PROGRAM SUMBANGAN MAKANAN UNTUK FAKIR MISKIN SEMPENA RAMADHAN 1432H

Sempena menyambut bulan Ramadhan 1432H ini, seperti tahun yang lepas, masjid akan menganjurkan program sumbangan makanan untuk fakir miskin disekitar kampong Sg. Merab ini. Jenis makanan adalah seperti berikut :

Beras - 5kg
Minyak masak - 1kg
Tepong gandum - 1kg
Gula - 1kg
Susu - 1 tin

Penyampaian sumbangan ini akan diadakan pada minggu pertama Ramadhan, InsyaAllah.

Berkaitan dengan itu, kami amat mengharapkan dan mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan untuk menjayakan program ini. Harapan kami dengan adanya sumbangan ini, mereka yang kurang bernasib baik ini tidak akan merasa dirinya tersisih dari masyarakat.

Semoga amal kita ini dari hati yang ikhlas dan hanya ALLAH juga akan membalasnya.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

1. Hj Rosli bin Talib - HP: 013-3088982
2. Bajuri Turman - HP : 017-3508292
3. Yacob Ludin - HP : 013-3769757
4. Hj Husin Jaafar - HP: 019-2666067