SELAMAT HARI RAYA 'IDIL FITRI

AJK Masjid Al-Istiqamah Sg Merab mengucapkan selamat menyambut hari raya 'idil fitri kepada semua para jamaah dan juga tuan/puan yang mengikuti blog ini.

Kami mendoakan semoga Ramadhan yang bakal berlalu beberapa hari lagi telah mentranformasi kehidupan kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga kita akan terus menjadi insan yang benar-benar istaqomah dalam kehidupan, sentiasa bermuhasabah dan berusaha memperbaiki diri, sentiasa redha dengan ketentuan Allah dan sentiasa mentaati segala perintah dan menjauhi laranganNya.

Malam semalam, malam 27 Ramadhan, majlis khatam quran untuk remaja telah pun dilaksanakan. Serentak dengan itu, majlis penghargaan buat semua petugas disepanjang Ramadhan telah turut diadakan. Bagi pihak AJK Masjid, terima kasih kepada semua yang terlibat didalam program Ihya' Ramadhan pada tahun ini.

Kepada semua para dermawan, terima kasih atas keprihatinan anda. Doa kami tuan/puan dilimpah rezeki yang halal dan semoga kehidupan tuan/puan sentiasa dalam rahmah Allah swt. Harapan kami agar infaq tuan/puan kepada masjid ini akan berterusan demi untuk menambah imarahkan masjid kita ini.

Akhirnya kami memohon ampun dan maaf, zahir dan batin, kerana sebagai manusia, kami tidak mungkin terlepas dari kekurangan dan kesalahan. Jika terlanjur kata, terkasar bahasa, maaf juga yang kami minta.

Kepada yang balik kampong, hati-hati dijalanraya. Doa kami mengiringi anda dan kami menanti kepulangan anda untuk terus berjamaah di masjid kita ini.

Wassalam.

Hj Rosli bin Talib
Pengerusi
Masjid Al-Istiqamah Sg Merab