PAKEJ UMRAH 2013

Masjidil Haram Mekah
Adalah dimaklumkan bahawa Masjid akan menganjurkan Pakej Umrah pada bulan Feb/Mac 2013. Pakej ini yang julung-julung kalinya dianjurkan akan diadakan secara usahasama dengan agensi pelancungan yang berpengalaman.

Harga yang dianggarkan adalah kira-kira RM5,500 bergantung kepada harga tiket dan hotel. Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan.


Masjidil AnNabawi Madinah
Tarikh yang dicadangkan ialah pada awal tahun, Feb/Mac dimana cuaca di Mekah dan Madinah agak sejuk. Walau bagaimanapun tarikh sebenar akan diputuskan secara rundingan dengan ahli rombongan dan syarikat pengurusan.

Pendaftaran telah dibuka dan tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja dan sehingga kini seramai 25 orang telah mendaftar. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh menghubungi Tn Hj Rosli Talib, 013-3088982 atau email roslipdc@gmail.com