Masjid Al-Istiqamah Sg Merab.
بسم الله الرحمن
الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد
وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Marilah sama-sama
kita melebihbanyakkan ihya’ al-layl pada malam 10 yang akhir bulan Ramadan, khususnya pada malam-malam yang ganjil, mudah-mudahan
Allah kurniakan kepada kita Laylah al-qadr.
Firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ
رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5 )
(سورة القدر، 97: 1-5)
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam
laylah al-qadr. Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu malam laylah
al-qadr? Malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan. Turun
para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa
segala perkara. Selamatlah malam yang barkat itu sehingga terbit fajar.
Ada disebut oleh al-Imam
Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Terdapat di kalangan Bani Isra`il seorang yang
pada malamnya sembahyang sehingga Subuh, dan pada waktu siangnya berjihad
melawan musuh sehingga petang, dia berbuat demikian selama 1,000 bulan, lalu
Allah turunkan ayat ini yang menunjukkan sembahyang/ibadah pada malam laylah
al-qadr adalah lebih baik dari amalan lelaki Bani Isra’il tersebut. (Ibn
Katir 1999, 8:443)
Al-Imam Ibn
Kathir juga ada menyebut tentang, pada satu hari Rasulullah s.a.w. ada menyebut
kepada para Sahabat, mengenai empat orang lelaki dari kalangan Bani
Isra’l, mereka beribadat kepada Allah selama 80 tahun dan mereka tidak derhaka
kepada-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hizqil bin
al-`Ajuz dan Yusa` bin Nun, maka para sahabat pun hairan mengenai perkara itu,
lalu malaikat Jibril turun dan berkata: Ya Muhammad umatmu pelik dengan ibadah
mereka yang beribadah 80 tahun tanpa
sebarang maksiat walau seklip mata, Sesungguhnya Allah telah menurunkan yang
lebih baik dari yang demikian itu, lalu Jibril pun membacakan ayat:
{
إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ
الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Ini lebih baik dari apa yang engkau dan
sahabat-sahabatmu hairankan. Maka Rasulullah s.a.w. dan para sahabat gembira.
(Ibn Katir 1999, 8:443)
Penjelasan mengenai:
إِنَّا أَنزلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada
laylah al-qadr.
Apa yang
dimksudkan dengan al-Quran diturunkan oleh Allah pada malam layh al-qadr
ialah Allah menurunkan al-Quran itu sekali gus dari al-Lawh al-Mahfuz ke
Bait al-`Izzah di langit dunia. Selepas itu diturunkan kepada Rasululah
s.a.w. sedikit-sedikit.
Ini berdasarkan
nas-nas berikut:
عن بن عباس : قوله
{ إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال نزل القرآن جملة واحدة في ليلة القدر وكان الله
عز و جل ينزل على رسول الله صلى الله عليه و سلم بعضه في أثر بعض قالوا { لولا نزل
عليه القرآن جملة واحدة كذلك لنثبت به فؤادك ورتلناه ترتيلا }
سنن النسائي الكبرى
- (6 / 519)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas, firman
Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya: al-Quran itu diturunkan sekelai gus pada malam laylah al-qadr, Allah a.`.w.j.
menurunkannya ke atas Rasulullah s.a.w. setengahnya selepas setengahnya. Mereka
(orang-orang kafir) berkata: Mengapa tidak al-Quran itu diturunkan kepada
Muhammad dengan sekali gus? Diturunkan al-Quran dengan cara demikian (beransur-ansur)
adalah untuk Kami menetapkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya kepadamu
dengan teratur satu persatu.
Dalam riwayat yang lain:
عن ابن عباس رضي
الله عنهما في قوله تعالى : ـ { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال : أنزل القرآن
جملة واحدة في ليلة القدر إلى السماء الدنيا و كان بموقع النجوم و كان الله ينزله
على رسول الله صلى الله عليه و سلم بعضه في أثر بعض قال : و قالوا : { لولا نزل
عليه القرآن جملة واحدة كذلك لنثبت به فؤادك و رتلناه ترتيلا }
هذا حديث صحيح على شرطهما و لم يخرجاه
تعليق الذهبي قي
التلخيص : على شرط البخاري ومسلم
المستدرك على
الصحيحين للحاكم مع تعليقات الذهبي في التلخيص - (2 / 242)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`.
pada firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya: al-Quran itu diturunkan sekali gus pada malam laylah al-qadr ke langit
dunia. Dan adalah dengan sedikit-sedikit
dan adalah Allah menurunkannya kepada Rasulullah s.a.w. setengahnya pada
selepas setengahnya. Kata Ibn `Abbas Orang-orang kafir bekta: Mengapa tidak
al-Quran itu diturunkan kepada Muhammad dengan sekali gus? ? Diturunkan
al-Quran dengan cara demikin (beransur-ansur) adalah untuk Kami menetapkan hatimu dengannya
dan Kami membacakannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
Dalam riwayat lain:
عن ابن عباس في
قوله : { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال : أنزل القرآن جملة واحدة حتى وضع في
بيت العزة في السماء الدنيا ونزله جبريل عليه السلام على محمد صلى الله عليه و سلم
بجواب كلام العباد وأعمالهم
المعجم الكبير –
(12 / 32)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`.
pada firman Allah:
إِنَّا
أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya: al-Quran itu diturunkan sekali
gus sehingga diletakkan di bayt al-`izzah pada langit dunia, dan
menurunkannya oleh Jibril `a.s. kepada Muhammad s.a.w. mengikut tuntutan perkataan dan
perbuatan hamba.
Dalam riwayat yang lain:
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ : إنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ، قَالَ :
دُفِعَ إِلَى جِبْرِيلَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ جُمْلَةً , فوضع فِي بَيْتِ الْعِزَّةِ
ثم جَعَلَ يَنْزِلُه تَنْزِيلاً.
مصنف ابن أبي شيبة
- (10 / 533)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`.
pada firman Allah:
إِنَّا
أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya,
diberikan kepada Jibril pada malam laylah al-qadr sekali gus, kemudian
diletakkan pada bayt al-`azzah kemudia selepas itu Jibril menurunkannya
sedikit-sedikit.
Menurut Ibn
Kathir: Ibn `Abbas dan lainnya berkata: Allah telah menurunkan al-Quran sekali
gus dari al-Lawh al-Mahfuz ke Bayt al-Izzah dari langit dunia,
kemudian diturunkan sedikit-sedikit kepada Rasulullah s.a.w., mengikut
peristiwa dalam masa 23 tahun. (Ibn Kathir 1999, 8: 441).
Kata al-Hafiz Ibn
Hajar: Bahawasanya al-Quran itu diturunkan sekali gus dari Lawh al-Mahfuz
ke langit dunia, kemudian selepas itu diturunkan sedikit-sedikit adalah
merupakan pendapat yang sahih lagi muktamad. (Ibn Hajar t.t. 9: 4-5).
Perkataan لَيْلَةُ الْقَدْرِ
yang bererti: Malam al-qadr. Maksud al-qadr di sini, ada ulama
yang mengatakan agong (al-ta`zim). Iaitu malam yang agong, sama seperti
firman Allah:
{وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ } [الأنعام
: 91]
Al-qadr, dalam ayat di atas bermaksud agong. Malam al-qadr
itu agong kerana al-`Quran turun pada malam itu, atau kerana malaikat turun
pada malam itu, atau kerana berakat, rahmat dan keampunan yang diturunkan pada
malam itu, atau kerana orang yang menghidupkannya menjadi mempunyai keagongan.
Ada ulama yang mengatakan maksud al-qar di sini ialah menyempitkan seperti
firman Allah:
{وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ } [الطلاق : 7]
Al-qadr dalam ayat di atas bermaksud sempit. Maksud sempit di
sini ialah laylh al-qadr tidak diketahui ketepatan masanya, atau kerana
bumi menjadi sempit penuh dengan malaikat. Ada ulama yang mengatakan maksud al-qadr
di sini ialah al-qadar iaitu qada’dan qadar, penentuan Allah. Bermaksud:
pada malam itu ditentukan perkara-perkara yang berlaku pada tahun itu selaras
dengan firman Allah:
{ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) }
[الدخان : 4 ، 5]
Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara
yang mempunyai hikmah
Di atas tadi apa yang dijelaskan oleh
al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. (Ibn Hajar t.t. 4: 255)
Al-Imam al-Nwawi berkata dalam Sharh
Sahih Musim: Para ulama berkata: Dinamakan laylah al-qar kerana
malaikat menulis berhubung dengan penentunan, rezeki dan ajal (seeorang) yang
berlaku pada tahun itu berdasarkan
firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ
كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara
yang mempunyai hikmah.(al-Nawawi t.t. 8: 57)
Pandangan-pandangan di atas adalah
mempunyai dalil dari alQuran atau Hadith. Oleh itu boleh difahami bahawa laylah al-qadr
adalah malam yang agong yang sangat mulia, bumi menjadi sempit, sesak dengan
malikat, waktu yang tepat berlakunya tidak diketahui. Oleh itu kita hendaklah
berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Pada malam itu ditentukan
perkara-perkara yang akan berlaku pada tahun itu. Oleh itu kita hendaklah
membanyakkan istighfar dan doa bermohon kepada Allah agar Allah mengampunkan
dosa kita dan memberikan kepada kita kebaikan dunia dan akhirat.
Penjelasan mengenai:
وَمَا أَدْرَاكَ
مَا لَيْلَةُ الْقَدْر
Yang bermaksud: Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu laylah al-qadr?
Ayat ini menunjukkan kepada betapa tingginya
kedudukkan malam laylah al-qadr itu ia adalah di luar pengetahuan
makhluk, makhluk tidak mengetahuinya. Tidak mengetahui ketingian kedudukkan laylah
al-qadr itu melainkan Allah Yang Amat mengetahui tentang perkara-perkara
ghaib. Ini ditunjukkan oleh firman Allah:
لَيْلَةُ القدر
خَيْرٌ مّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
(Abu al-Su`ud t.t. 7: 40).
Penjelasan mengenai:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Bermaksud: Malam laylah al-qadr adalah
lebih baik dari seribu bulan
Apa yang dipilih oleh Ibn Jarir al-Tabari,
seorang ulama tafsir yang terkenal, maksud:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
ialah beribadah pada malam itu adalah lebih
baik dari 1,000 bulan yang tidak terdapat padanya laylah al-qadr. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Penjelasan mengenai:
تَنزلُ
الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
Bermaksud: Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan
mereka
Pada malam laylah al-qadr itu para
malaikat, termasuk Jibril turun kebumi. Mereka turun kerana pada malam itu
terdapat banyak berkat. Malaikat turun apabila terdapat berkat dan rahmat.
Menurut Qatadah dan lainnya, pada malam itu ditentukan segala perkara,
ditentukan ajal dan rezeki, selaras dengan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ
كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
(Ibn Katir 1999, 8:443).
Adapun firman Allah:
حم (1)
وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (2) إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا
كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4)
سورة الدخان،44:
1-4))
Bermaksud: Ha mim. Demi al-Quran yang menerangkan kebenaran. Bahawasanya Kami
menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat, bahawasanya Kamilah yang
memberi peringatan. Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap
perkara yang mempunyai hikmah.
Al-Imam Ibn Kathir menjelaskan: Dalam ayat ini Allah s.w.t memberitahu
bahawa Allah menurunkan al-Quran adalah pada malam yang barkat, malam yang
barkat itu adalah malam laylah al-qadr sebagaimana firman Allah:
إِنَّا أَنزلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Bermaksud: Sesungguhnya
Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam laylah al-qadr, yang demikian itu
adalah pada bulan Ramadan, sebagaimana firman-Nya:
{
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزلَ فِيهِ الْقُرْآنُ }
Bermaksud: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran. (Ibn Katir 1999, 8:445)
Dengan demikian maka penjelasan dan
penetapan sesuatu perkara adalah pada bulan Ramadhan pada malam laylah al-qadr.
Jika
dikatakan penentuan sesuatu perkara itu berlaku pada malam nisfu Sha`ban maka
pendapat ini adalah lemah. Kata al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir: Sesiapa yang
berkata, penentuan itu berlaku pada malam nisfu Sha`ban adalah jauh dari yang
diharapkan kerana nas al-Quran menunjukkan penetepan sesuatu perkara adalah
dalam bulan Ramadhan. Hadith yang menyebut:
"تقطع
الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له، وقد أخرج اسمه في
الموتى" (2)
Bermaksud: Ditentukan ajal dari Sha`ban hingga ke Sha`ban, sehingga seseorang itu
hendak menikah dan mendapat anak, dan namanya telah dimasukkan di kalangan
orang-orang yang akan mati.
Adalah hadith mursal. Hadith yang
seperti ini tidak boleh menentang nas. (Ibn Katir 1999, 7: 246). Hadith mursal
adalah da`if. Hadith da`if apabila bertentangan dengan nas yang qat`i
al-thubut iaitu yang diyakini kebenarannya ia hendaklah ditolak. Yang perlu
kepada penyelarasan (al-tawfiq/al-jam`) ialah jika nas-nas yang zahirnya
bertentangan itu kedua-duanya atau semuanya sahih.
Al-Imam al-Nawawi juga menjelaskan bahawa
penentuan sesuatu perkara itu adalah dalam bulan Ramadan, pada malam laylah
al-qar, katanya: Para ulama berkata: Dinamakan laylah al-qar kerana
malaikat menulis berhubung dengan penentunan, rezeki dan ajal (seseorang) yang
berlaku pada tahun itu berdasarkan
firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ
أَمْرٍ حَكِيمٍ
Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara
yang mempunyai hikmah.
(al-Nawawi t.t. 8: 57). Laylah al-qadr
adalah dalam bulan Ramadahan , bukan bulan Sha`ban.
Do`a kita pada malam yang penuh dengan berkat dan rahmat,
dan pada malam yang ditentukan ajal dan rezeki, kebaikan dan keburukan agar kita dapat menghidupkannya
dengan sembahyang, doa, istighfar dan taubat, dan lain-lain supaya kita
mendapat kebaikan, rahmat, keampunan, kebarkatan dan keredaan dari Allah a.s.w.t.
Penjelasan firman Allah:
سَلَامٌ هِيَ
حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Bermaksud: Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan
mereka, membawa segala perkara.
Malam laylah al-qadr itu adalah
malam yang selamat, sehingga terbit fajar. Ada juga ulama yang mentafsirkan
pada malam itu malaikat memberi salam kepada orang yang sembahyang di masjid
sehingga terbit fajar. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Apabila telah dijelaskan bahawa malam itu
adalah malam yang penuh barkat dan rahmat, para malaikat turun memenuhi bumi
maka tidak hairanlah para malaikat itu mengucap salam kepada orang yang sembahyang di masjid.
Di antara kelebihan malam laylah al-qadr
juga ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ صَامَ
رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
صحيح البخاري، فضل
ليلةالقدر))
Bermaksud: Sesiapa yang puasa bulan Ramadhan dengan beriman akan kebenarannya dan
kelebihannya dan mengharapkan pahala semata-mata daripada Allah, diampunkan
baginya dosa yang telah lalu. Dan sesiapa yang sembahyang /ibadah pada malam
laylah al-qadr kerana beriman dan mengharapkan pahala semata-mata daripada Allah diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu.
«
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ
مِنْ ذَنْبِهِ » (صحيح البخارى، الصوم)
Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang /ibadah pada malam laylah al-qadr kerana
beriman dan mengharapkan pahala semata-mata daripada Allah diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu.
Dari keterangan-keterangan yang telah
dijelaskan menunjukkan sungguh besar kelebihan laylah al-qadr itu. Malam
itu adalah malam yang telah diturunkan al-Quran padanya, Beramal ibadah pada
malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan yang lain.
Malam itu adalah penuh dengan berkat dan rahmat. Pada malam itu dijelas dan
ditentukan ajal dan rezeki. Pada malam itu para malaikat turun ke bumi, dan ada
ulama mengatakan mereka memberi salam kepada orang yang sembahyang di masjid
dan orang yang menghidupkan malam itu dimpunkan dosa-dosanya yang lepas.
Sungguh beruntung mereka yang beribadah di masjid pada
malam laylah al-qadr itu.
Bila waktu berlaku laylah al-qadr:
Mengenai bilakah berlakunya malam laylah al-qadr
itu al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, telah
membawakan lebih dari 40 pendapat ulamak
mengenainya. al-Hafiz Ibn Hajar juga
telah memberikan komen terhadap pandapat-pendapat tersebut. Pendapat pertama: Ia telah diangkat. Ini merupakan pendapat
Shi`ah. Pendapat ini tidak benar (dusta). Kedua: Ia hanya berlaku satu tahun
sahaja pada zaman Rasulullah s.a.w. Ketiga: Ia hanya berlaku kepada umat ini
sahaja, tidak kepada umat yang sebelumnya. Keempat: Ia mungkin berlaku
sepanjang tahun. Kelima: Ia khusus pada bulan Ramadan, mungkin pada semua malam-malamnya.
Keenam: Ia berpindah-pindah pada semu bulan Ramadhan dan ia berada pada satu
malam yang tertentu yang tidak diketahui. Ketujuh: Ia pada awal malam dari
bulan ramadhan. Kelapan: Ia adalah malam pertengahan dari bulan Ramadhan. Kesembilan
malam pertengahan bulan Sha`ban (malam nisfu Sha`ban). Kesepuluh: Malam 17 dari
bulan Rmadahan. Kesebelas: Ia tersembunyi pada pertengahan 10 (dari bulan
Ramadhan). Kedua belas: Ia adalah malam 18 (dari bulan Ramadan). Ketiga belas:
Ia adalah malam 19 (dari bulan Ramadhan). Keempat belas: Ia adalah malam
pertama dari sepuluh yang akhir (dari bulan Ramadhan). Kelima belas: Sama
dengan yang sebelumnya, Cuma jika bulan itu sempurna ia pada malam 20, jika
bulan tidak sempurna ia pada malam 21. Keenam belas: Malam 22. Ketujuh belas:
Malam 23. Kelapan belas: Malam 24. Kesembilan belas: Malam 25. Kedua puluh:
Malam 26. Kedua puluh satu: Malam 27. Kedua puluh dua: Malam 28. Kedua puluh
tiga: Malam 29. Kedua puluh empat: Malam 30.
Kedua puluh lima: Ia pada malam-malam yang ganjil 10 yang akhir. Kedua
puluh enam: Berpindah-pindah pada 10 yang akhir. Kedua puluh tujuh: Yang lebih
diharapkan malam 21. Kedua puluh lapan: Yang lebih diharapkan malam 23. Kedua
puluh sembilan: Yang lebih diharapkan malam 27. Ketiga puluh: Berpindah-pindah
pada tujuh yang akhir. Ketiga puluh dua: Berpindah-pindah pada pertengahan bulan
yang akir. Ketiga puluh tiga: Malam 16 atau 17. Ketiga puluh empat: Malam 17,
19 atau 21. Ketiga puluh lima: Awal malam bulan Ramadan atau akhir malam. Ketiga
puluh enam: Awal malam atau malam kesembilan, atau malam 17, atau malam 21atau
akhir malam. Ketiga puluh tujuh: Malam 19,atau 21atau 23. Ketiga puluh lapan:
Malam 23, atau 27, Ketiga puluh sembilan: Malam 21 atau 23, atau 25. Keemapat
puluh: Terkandong dalam tujuh yang akhir dari bulan Ramadan. Keempat puluh satu:
Malam 22 atau 23. Keempat puluh dua: Pada pertenghan 10 yang genap dan 10 yang
akhir. Keempat puluh tiga: Malam yang ketiga dari 10 yang akhir atau yang
kelima darinya. Malam yang ketiga mungkin 23, mungkin 27. Keempat puluh empat:
Pada tujuh atau lapan dari awal pertengahan kedua (16-23). Keempat puluh lima:
Pada awal malam atau akhir malam atau malam gangil. Setengah-setengah pendapat
itu boleh dimasukkan kepada yang lain. (Ibn Hajar t.t. 4: 263-266).
Kata al-Hafiz Ibn Hjar lagi: Yang paling
rajih ia adalah pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir, dan ianya
berpindah-pindah, tidak tetap. Yang lebih diharapkan dari malam-mlam yang
ganjil itu pula menurut ulamak-ulamak mazhab al-Shafi`i ialah malam 21 atau malam
23, dan yang lebih diharapkan menurut kebanyakan ulamak ialah malam 27. Para ulamak
berkata: Hikmat disembunyikan malam laylah
al-qadr itu ialah supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencarinya,
bersalahan jika ditentukan satu malam tertentu nescaya hanya mencari pada malam
itu sahaja.
Menurut
al-Hafiz Ibn Hajar lagi: Ada berlaku khilaf di kalangan ulamak samada
orang yang mendapat malam laylah al-qadr itu dia mendapat tanda atau
tidak, seperti ada dikatakan dia melihat segala sesuatu sujud, ada dikatakan
juga dia melihat cahaya pada
tempat-tempat yang tinggi sekalipun tempat itu gelap, ada dikatakan juga
dia mendengar salam dari malaikat atau ada dikatakan juga doanya diperkenankan.
Apa yang dipilih oleh al-Tabri ialah itu semua
bukan satu kepastian, tidak disyaratkan bahawa orang yang mendapat
laylah al-qadr itu dia melihat sesuatu atau mendengarnya. Para ulama juga ada
khilaf, adakah mendapat pahala yang agong sebagaimana yang dijanjikan, bagi
orang yang mendapatkannya sekalipun dia tidak mendapat sebarang tanda, atau
pahala yang amat agong sebagaimana yang dijanjikan itu diberikan kepada orang
yang ditunjukkan tanda kepadanya? Menurut al-Tabri, al-Mahlab, Ibn al-`Arabi
dan sekumpulan ulamak adalah kepada yang pertama, iaitu tidak perlu kepada
mendapat tanda, manakala ulamak yang lebih ramai kepada yang kedua, iaitu dia
mendapat tanda. Menurut al-Hafiz Ibn Hajr: Pada pandangankau yang rajihnya
ialah yang kedua sekalipun aku tidak mengingkari bahawa pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bertujuan
untuk mendapat laylay al-qadr sekalipun dia tidak mengetahui akan laylah al-qadr dan dia tidak mendapatkannya.
Apa yang dibincangkan di sini ialah dari
segi mendapat pahala yang tertentu sebagai mana yang dijanjikan. (Ibn Hajar
t.t. 4: 266-267).
Dari apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar
di atas menunjukkan bahawa, adalah pahala yang besar bagi orang yang beribadah
untuk mendapatkan laylah al-qadr sekalipun dia tidak mengetahuinya dan
dia tidak mendapatkannya. Adapun bagi orang yang mendapatkannya dan dia mengetahui
dia mendapatnya maka dia mendapat pahala sebagimana yang dijanjikan.
Menurut pandangan penulis yang amat da`if lagi
amat kerdil ini, pandangan al-Imam al-Tabari dan lain-lain hendaklah juga
diambil perhatian, iaitu harus juga seseorang itu mendapat laylah al-qadr dan
mendapt pahala sebagiman yang dijanjikan, sekalipun dia tidak mengetahuinya dan
tidak dinampakkan tanda kepadanya. Mungkin orang itu tidak mengetahui yang dia
dapat dan tidak diberikan tanda kepadanya kerana itulah yang lebih baik
baginya. Apa yang penting ialah al-istiqamah. Maksud al-istiqamah ialah
seseorang itu terus berada di jalan yang benar, sedikit pun tidak melencong.
Dengan lain perkataan berterusan sampai mati melaksanakan segala perintah Allah
dan meninggalkan segala larangan-Nya, kerana al-istiqamah itu adalah
merupakan satu pemberian yang amat agong
daripada Allah samada orang itu diberikan karamah atau tidak,
samaada dia diberikan tanda mendapat laylah al-qadr atau tidak.
Di bawah ini penulis hanya membawakan beberapa
hadith sahaja mengenai kelebihan malam 10 yang akhir bulan Ramadan. Antaranya:
قالت عَائِشَةُ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ
مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
(صحيح مسلم )
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w.
bersungguh-sungguh pada 10 malam yang akhir apa yang Baginda tidak lakukan pada
yang lainnya.
عَنْ عَائِشَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا
اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
صحيح مسلم))
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Apabila masuk 10 yang akhir dari bulan
Ramadan Baginda menghidupkan malam itu dan membangunkan keluarganya dan
bersungguh-bersungguh (beribadah).
عَنْ عَائِشَةَ
قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ
مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ
الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ (صحيح البخاري )
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di
masjid pada 10 yang akhir dari bulan Ramadan, dan bersabda: Berusaha
sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah
al-qadr pada 10 yang akhir dari bulan Ramadan.
- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ
فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
صحيح البخاري )-)
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Bahawa Rasulullah bersabda: Berusaha
sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah
al-qadr pada malam yang ganjil
dari 10 yang akhir bulan Ramadan.
- عَنْ ابْنِ عُمَرَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رِجَالًا
مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ
الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي
السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي
السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ
(صحيح البخارى)
Bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a.`. bahawa beberapa
orang sahabat Nabi s.a.w. mereka diperlihatkan laylah al-qadr dalam mimpi pada
tujuh yang akhir, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku berpendapat mimpi kamu
sesungguhnya telah menepati pada tujuh yang akhir dari bulan Ramadan, maka
sesiapa yang bersungguh-sunguh mencarinya maka dia hendaklah bersungguh-sungguh
mencarinya pada tujuh yang akhir dari bulan Ramadan.
Dari nas-nas yang dipaparkan menunjukkan lebih kuat Laylah
al-qadr itu berlaku pada malam 10 yang akhir dalam bulan Ramadan. Dari 10
malam yang akhir itu pula lebih diutamakan pada malam-malam yang ganjil.
Tanda-tanda pada waktu malam dan pagi laylah
al-qadr.
Antara riwayat-riwayat mengenainya:
عن أُبَيٌّ
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ
هِيَ اللَّيْلَةُ
الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ
تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا
صحيح مسلم - (4 /
150)
Bermaksud: Daripada `Ubay, demi Allah, aku mengetahui malam apa ia, ia adalah
malam yang Rasulullah s.a.w. menyuruh kita menghidupkannya iaitu malam subuh
27. Tandanya matahari terbit pada subuh harinya tiada pancaran (sinaran yang
kelihatan seperti benang) baginya.
Riwayat yang lain:
عن أُبَيٌّ
،
وهي طلقة بلجة لا حارة ولا باردة كأن فيها
قمرا يفضح كواكبها، لا يخرج شيطانها حتى يخرج فجرها").
صحيح ابن حبان - (8
/ 444)
Menurut al-Arnawut, hadith di atas hukumnya
sahih berserta dengan shawahidnya.(al-Arnawut t.t. 8: 444)
Bermaksud: Daripada `Ubay, malam yang bercahaya (mushriqah), tidak panas dan tidak
sejuk, seolah-oleh pada malam itu tedapat bulan yang mengingkap bintang-bintanhnya,
tidak keluar syatannya sehingga keluar fajarnya.
Riwayat lain
وقال رسول الله صلى
الله عليه و سلم إن أمارة ليلة القدر أنها صافية بلجة كان فيها قمرا ساطعا ساكنة
ساجية لا برد فيها ولا حر ولا يحل لكوكب أن يرمي به فيها حتى تصبح وإن إمارتها أن
الشمس صبيحتها تخرج مستوية ليس لها شعاع مثل القمر ليلة البدر ولا يحل للشيطان أن
يخرج معها يومئذ
تعليق شعيب
الأرنؤوط : الشطر الأول من الحديث حسن وأما الشطر الثاني فمحتمل للتحسين لشواهده
وإسناد هذا الحديث ضعيف
مسند أحمد بن حنبل
- (5 / 324)
Bermaksud: Rasulullah bersabda, bahawa tanda malam laylah al`-qadr itu ia bersih
dan bercahaya, seolah-oleh terdapat pada malam itu bulan yang bercahaya,
tenang, tiada ribut, tidak panas dan tidak sejuk, tiada bintang yang merejam
pada malam itu sehingga waktu Subuh. Dan tandanya bahawa matahari pada waku
paginya keluar dengan sempurna tiada pancaran baginya, seperti bulan purnama,
dan ketika itu tidak boleh bagi syatan keluar bersama-samanya.
Riwayat lain:
عن أبي هريرة قال :
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم و إن الملائكة تلك الليلة أكثر في الأرض من عدد
الحصى
قال الألباني : إسناده حسن وبيانه في
الصحيحة 2205
صحيح ابن خزيمة -
(3 / 332)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:… Dan malaikat
pada malam itu berada di bumi lebih banyak dari bilangan batu-batu kecil.
Dari apa yang dipaparkan menunjukkan laylah
alqadr itu pada malamnya, tidak gelap, bercahaya, seolah-olah terdapat
bulan yang bercahaya, tenang, tiada ribut petir, tidak panas dan tidak sejuk,
dan tiada rejaman bintang sehingga waktu Subuh, manakala pada waktu paginya
pula matahari terbit dan tiada sinaran panas, sama seperti bulan purnama. Wa
Allah a`lam.
Harapan dan doa
Marilah sama-sam kita berdoa kepada Allah agar Allah
memberi kekuatan kepada kita dapat menghidupkan malam laylah al-qadr dan
Allah mengurniakan kepada kita mendapatkannya.
وبالله التوفيق
والهداية
وصلى الله على
سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.
Rujukan
Al-Quran al-Karim
Abu al-Su`ud, Muhammad bin Muhammad al-`Imadi.T.T. Irshad
a-`Aql al-Salim `Ila Mazaya al-Quran al-Karim. Al-Qahirah: Maktabah
Muhammad `Ali Subayh.
Ahmad bin Hambal. 1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad
bin Hambal, tahqiq al-Arnawut. Muassasah al-Risalah
Al-Arnawut,
Shu`ayb. T.T. Tahqiq Shaih Ibn Hibban. Muassasah al-Risalah. Al-Maktabah
al-Shamilah.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar,
T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari. al-Qahirah:Al-Maktabah
al-salfiyyah.
Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq
Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Al-Hakim, Muhammad bin `Abd Allah. 1990/1411. Al-Mustadrak
`Ala al-Sahihayn. ma`a ta`liqat al-Dhahabi Fi al-Talkhis. Bayrut: Dar
al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Ibn Abi Shaybah, Abd Allah bin Muhammad. T.T. Musannaf
Ibn Abi Shaybah. Al-Mktabah al-Shamilah.
Al-Nasa’i,
Ahmad bin Shu’ayb. 1991/1411. . al-Sunan al-Kubra,tahqiq Dr. Abda
al-Ghaffar Sulayman. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Nawawi,
Yahya bin Sharaf. T.T. Sharh al-Nawawi `Ala Sahih Muslim. Al-Qahirah:
al-Matba`ah al-Misriyyah Wa Maktabatuha.
Ibn Hajar al-`Asqalani, Ahmad bin `Ali. T.T.
Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari. Al-Maktabah al-Salafiyyah.
Ibn Hibban,
Muhammad bin Hibban. T.T. Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Balaban, tahqiq Shu`yab al-Arnawut.
Muassasah al-Risalah.
Ibn Kathir,
Ismail bin Umar bin Kathir. 1999/1420. Tafsir al-Quran al-`Azim. Dar
Tayyibah Li al-Nashr Wa al-Tawzi`.
Al-Tabarani, Sulayman bin Ahmad. 1983/1404. Al-Mu`jam
al-Kabir, tahqiq Hamdi bin Abd al-Hamid. Al-Musil: Maktabah al-`Ulum Wa
al-Hikam.