PUASA SHA'BAN

Masjid al-Istiqamah Sg. Merab
Oleh Udah bin Mohsin
Puasa  bulan Sha`ban dan beramal pada malam Nisfu Sha`ban

Puasa yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebulan, selepas bulan Ramadhan adalah bulan Sha`ban. Dalam bulan Sha`ban adakalanya Baginda puasa sebulan penuh, dan ada kalanya kurang sedikit. Manakala beribadah pada malam nisfu Sha`ban adalah digalakkan sekalipun Hadith-Hadith mengenainya da`if, kerana para fuqaha’ berpendapat boleh beramal dengan Hadith da`if dalam fada’il al-a`mal.
Pensyari`atan puasa bulan Sha`ban
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ
لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا
صحيح البخاري - (7 / 79)
Bermaksud: Daripada Abu Salamah bahawa Aishah r.a. menyampaikan Hadith kepadanya, kata Aishah r.a.: Nabi s.a.w. tidak berpuasa pada sebulan lebih banyak dari bulan Sha`ban, maka sesungguhnya adalah Baginda berpuasa keseluruhan bulan Sha`ban, dan Baginda bersabda: Lakukanlah dari amalan itu apa yang kamu mampu, maka bahawasanya Allah tidak jemu sehingga kamu yang jemu, dan sembahyang yang paling disukai Nabi s.a.w. ialah yang dikekalkan, walaupun sedikit, dan apabila Baginda melakukan sesuatu sembahyang Baginda akan mengekalkannya.
Dalam Hadith lain:
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا
صحيح مسلم – (6 / 34)
Bermaksud: Daripada Abu Salamah katanya, aku bertanya Aishah r.a. mengenai puasa Rasulullah s.a.w. maka jawabnya: Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata, sesungguhnya Baginda telah berpuasa, dan Baginda tidak berpuasa sehingga kami berkata, Baginda telah tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa dari satu bulan yang lebih banyak Baginda berpuasa dari bulan Sha`ban, Adalah Baginda berpuasa Sha`ban keseluruhannya, adalah Baginda berpuasa bulan Sha`ban kecuali sedikit.
Maskud: Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata, sesungguhnya Baginda telah berpuasa, ialah banyak berpuasa. Maksud: dan Baginda tidak berpuasa sehingga kami berkata, Baginda telah tidak berpuasa, ialah banyak tidak berpuasa. Selaras dengan riwayat yang lain:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ "
صحيح البخاري (3 / 38):
Bermaksud: Daripada Aishah r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata: Baginda tidak berhenti, dan Baginda tidak berpuasa sehingga kami berkata: Baginda tidak berpuasa. Aku tidak melihat Baginda berpuasa penuh sebulan kecuali bulan Ramadan, dan aku tidak melihat Baginda lebih banyak berpuasa darinya pada bulan Sha`ban
Hadith-Hadith di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w. berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan bulan Sha`ban. Baginda adakalanya puasa penuh dalam bulan Sha`ban dan adakalanya kurang sedikit.
Hadith yang lain lagi:
عن أُسَامَة بْن زَيْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
سنن النسائي - (8 / 59)
أخرجه النسائي وأبو داود وصححه بن خزيمة عن أسامة بن زيد قال قلت يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم من شعبان قال ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم ونحوه من حديث عائشة عند أبي يعلى لكن قال فيه إن الله يكتب كل نفس ميته تلك السنة فأحب أن يأتيني أجلي وأنا صائم ولا تعارض بين هذا وبين ما تقدم من الأحاديث في النهى عن تقدم رمضان بصوم يوم أو يومين وكذا ما جاء من النهى عن صوم نصف شعبان الثاني فإن الجمع بينهما ظاهر بان يحمل النهى على من لم يدخل تلك الأيام في صيام اعتاده وفي الحديث دليل على فضل الصوم في شعبان
فتح الباري - ابن حجر - (4 / 215)
Bermaksud:  Daripada Usamah bin Zayd katanya, aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w. Aku tidak melihat engkau berpuasa sebulan dari beberpa bulan apa yang engkau berpuasa pada bulan Sha`ban? Baginda menjawab: Ia adalah bulan yang orang rami lalai darinya iaitu yang di antara bulan Rajab dengan Ramadan, ia merupakan bulan yang diangkat padanya amalan kepada Rabb al-`alamin, aku suka bahawa amalanku diangkat sedangkan aku berpuasa.                                           
Hadith di atas menunjukkan suruhan supaya membanyakkan puasa pada bulan Sha`ban kerana dalam bulan ini diangkatkan amalan ke langit. Daripada penjelasan Rasulullah” bulan yang orang ramai lalai mengenainya” menunjukkan dituntut di samping membanyakkan berpuasa, membanyakkan juga amalan-aman ibadah yang lain. Dengan ini marilah kita membanyakkan puasa dalam bulan Sha`ban ini serta membanyakkan juga amalan-amalan ibadah yang lain.
Perbahasan mengenai diangkatkan amalan
Diangkat amalan, harian
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ
قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَنَامُ وَلَا يَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَنَامَ يَخْفِضُ الْقِسْطَ وَيَرْفَعُهُ يُرْفَعُ إِلَيْهِ عَمَلُ اللَّيْلِ قَبْلَ عَمَلِ النَّهَارِ وَعَمَلُ النَّهَارِ قَبْلَ عَمَلِ اللَّيْلِ
صحيح مسلم - (1 / 419)
Bermaksud: Daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah s.a. bangun ketika bersama-sama dengan kami dengan menyebut lima kalaimah, sabdanya: Bahawasanya Allah a.w.j. tidak tidur, dan tidak sayugia bagi-Nya untuk tidur, Dia Yang merendahkan timbangan dan Yang mengangkatnya, diangkat kepada-Nya amalan malam sebelum amalan siang, dan amalan siang sebelum amalan malam.
Diangkat amalan, mingguan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ أَعْمَالُ النَّاسِ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّتَيْنِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ مُؤْمِنٍ إِلَّا عَبْدًا بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ اتْرُكُوا أَوْ ارْكُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَفِيئَا
صحيح مسلم - (12 / 431)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: Dibentangkan amalan manusia itu pada setiap Jumaat (minggu) dua kali, hari Isnin dan hari Khamis maka Allah memberi keampunan kepada setiap hamba yang Mukmin, kecuali hamba yang di antaranya dan di antara sudaranya pertelingkihan, maka dikatakan (kepdanya): Tinggalkan atau kemudiankan kedua-duanya sehingga kedua-duanya kembali berbaik-baik.
Diangkat amalan, tahunan
ثَنِي أَبُو سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
سنن النسائي - (8 / 59)
Bermaksud: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak melihatmu bepuasa satu bulan dari beberapa bulan yang engkau berpuasa dari bulan Sha`ban (engkau berpusa dalam bulan Sha`ban lebih dari yang lain) Baginda mejawab: Itu adalah bulan yang orang ramai lalai darinya, iaiatu di antara Rajab dengan Ramadan, ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada (Allah) Pemilik sekelian alam, maka akau suka bahawa diangkatkan amalanku sedangkan ketika itu aku berpuasa.
Puasa selepas nisf al-Sha`ban
Al-Shafi`iyyah
Berdalilkan kepada hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُومُوا
سنن أبى داود - (6 / 278)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrahn r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila telah masuk separuh bulan Sha`ban maka janganlah kamu berpuasa
Dalam riwayat yang lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا
قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ عَلَى هَذَا اللَّفْظِ
سنن الترمذى - (3 / 191)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apbila telah berbaki separuh dari bulan Sha`ban maka kamu jangan berpuasa.
Hadith-hadith di atas menunjukkan kepada larangan berpuasa setelah pertengahan Sha`ban.
Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam Tihfah al-Muhtaj berkata: Haram berpuasa setelah pertengahan Sha`ban jika orang itu tidak menghubungkan dengan hari yang sebelumnya, atau tidak mempunyai sebab dari apa yang akan datang. (yang akan disebutnya dalam perbahasan yang seterusnya).
Jika seseorang itu tidak berpuasa setelah dia berpuasa berturut-turut yang berhubung dengan pertengahan sha`ban  maka tidak boleh baginya berpuasa selepas itu tanpa sebab dari apa yang akan datang, ( yang akan disebutnya dalam perbahasan yang seterusnya) kerana sudah ketiadaan berhubung yang mengharuskan baginya berpuasa. (Ibn Hajar al-Haytami t.t., 13: 386)
Imam al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj berkata: Dari situ haram berpuasa setelah pertengan Sha`ban dengan tiada sebab dari apa yang akan datang,( yang akan disebutnya dalam perbahasan yang seterusnya) jika seseorang itu tidak menghubungkan dengan hari yang sebelumnya kerana Hadith:
إذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُومُوا
Difahamkan dari Hadith ini, jika seseorang itu berpuasa pada 15 Sha`ban dan yang berikutnya kemudian dia tidak berpuasa pada hari 17 Sha`ban maka haram baginya puasa pada hari 18 Sha`ban. Ini adalah jelas kerana puasa itu dilakukan setelah pertengahan Sha`ban yang tidak dihubungkan dengan yang sebelumnya.
(Al-Ramli.t.t, 9: 397.). 
Mengenai Perbahasan puasa setelah pertengahan Sha`ban ini juga sila lihat al-Majmu` oleh Imam al-Nawawi jilid 6,halaman 400. Ketika membahaskan Hadith
  إذا انتصف شعبان فلا صيام
Bukan al-Shafi`iyyah
Kata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari:
وقال جمهور العلماء يجوز الصوم تطوعا بعد النصف من شعبان وضعفوا الحديث الوارد فيه وقال أحمد وبن معين أنه منكر وقد استدل البيهقي بحديث الباب على ضعفه فقال الرخصة في ذلك بما هو أصح من حديث العلاء وكذا صنع قبله الطحاوي واستظهر بحديث ثابت عن أنس مرفوعا أفضل الصيام بعد رمضان شعبان لكن إسناده ضعيف واستظهر أيضا بحديث عمران بن حصين أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال لرجل هل صمت من سرر شعبان شيئا قال لا قال فإذا أفطرت من رمضان فصم يومين ثم جمع بين الحديثين بان حديث العلاء محمول على من يضعفه الصوم وحديث الباب مخصوص بمن يحتاط بزعمه لرمضان وهو جمع حسن والله أعلم
فتح الباري - ابن حجر - (4 / 129)
Kebanyakkan ulama (jamhur ulama) berkata: Harus berpuasa selepas nisf Sha`ban. Mereka mengatakan bahawa Hadith mengenainya iaitu hadith:
إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُو
adalah da`if. Menurut Ahmad dan Ibn Ma`in: Hadith  di atas adalah munkar.
فتح الباري - ابن حجر - (4 / 129)
Imam al-Naawi dalam al-Majmu` berkata:
قال احمد بن حنبل هذا حديث منكر قال وكان عبد الرحمن لا يحدث به يعني عبد الرحمن بن مهدى وذكر النسائي عن أحمد بن حنبل هذا الكلام قال أحمد والعلاء بن عبد الرحمن ثقة لا ينكر من حديثه إلا هذا الحديث قال النسائي ولا نعلم أحدا روى هذا الحديث غير العلاء
المجموع شرح المهذب - (6 / 399)
Ahmad bin Hanbal berkata: Hadith ini adalah munkar.
Mereka mengatakan: Hadith di atas  bertentangan dengan hadith-hadith lain yang sahih (yang lebih kuat darinya) iaitu:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
صحيح مسلم - (5 / 358)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan kamu dahulukan bulan Ramadan dengan berpuasa satu hari dan tidak juga dengan dua hari, kecualai seeorang yang berpuasa pada hari itu maka hendaklah dia berpuasa.
Mantuq Hadith ini menegah berpuasa sebelum Ramadhan satu hari atau dua hari kecuali orang yang telah menjadikan adat baginya puasa pada hari itu. Difahamkan dari Hadith ini harus puasa pada yang sebelumnya. Iaitu harus berpuasa sebelum dua hari dari bulan Ramadan. Hadith ini hendaklah didahulukan dari hadith yang diriwayatkan oleh al-`Ala kerana sanadnya lebih kuat.
Selain dari itu, Hadith sahih yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim iaitu Hadith:
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ
لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا
صحيح البخاري - (7 / 79)
Bermaksud: Daripada Abu Salamah bahawa Aishah r.a. menyampaikan Hadith kepadanya, Aishah r.a. berkata: Tiadalah Nabi s.a.w. berpuasa sebulan lebih banyak dari bulan Sha`ban, maka bahasanya Baginda berpuasa bulan Sha`ban keseluruhannya, dan adalah Baginda bersabda: Lakukanlah dari amalan itu apa yang kamu mampu maka bahawasanya Allah tidak jemu sehingga kamu yang jemu, dan sebaik-baik sembahyang (sunat) kepada Nabi s.a.w. ialah yang dikekelkan sekalipun sedikit, dan adalah Baginda apabila melakukan sesuatu sembahyang Baginda mengekalkannya.
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا
صحيح مسلم - (6 /
Bermaksud: Bermaksud: Daripada Abu Salamah katanya, aku bertanya Aishah r.a. mengenai puasa Rasulullah s.a.w. maka jawabnya: Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata, sesungguhnya Baginda telah berpuasa, dan Baginda tidak berpuasa sehingga kami berkata, Baginda telah tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa dari satu bulan yang lebih banyak Baginda berpuasa dari bulan Sha`ban, Adalah Baginda berpuasa Sha`ban keseluruhannya, adalah Baginda berpuasa bulan Sha`ban kecuali sedikit.
Hadith-Hadith di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa keseluruhan bulan Sha`ban atau kurang sedikit. Hadith di atas tidak menunjukkan yang dikurangkan Baginda itu samada pada awal atau pada selepas dari pertengahan Sha`ban. Hadith-hadith di atas melemahkan Hadith yang diriwayatkan oleh al-`Ala iaitu Hadith:
إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا
Dalam mazhab Hanbali, Muhammad bin Muflih dalam kitabnya al-Furu` berkta:
وَلَا يُكْرَهُ التَّقْدِيمُ بِأَكْثَرَ مِنْ يَوْمَيْنِ ، نَصَّ عَلَيْهِ ، لِظَاهِرِ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ { لَا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ إلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ } وَقِيلَ : يُكْرَهُ بَعْدَ نِصْفِ شَعْبَانَ
(Ibn Muflih t.t., 5: 96)
Bermaksud: Adalah tidak makruh mendahulukan (puasa) lebih dari dua hari ( sebelum Ramadhan) … kerana zahir dari Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah: Jangan seorang kamu mendahulukan bulan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya kecuali seseorang yang berpuasa pada hari itu maka dia hendaklah berpuasa. Ada juga dikatakan makruh berpuasa setelah separuh Sa`ban.
Pandangan Ibn Muflih di atas menunjukkan tidak makruh berpuasa sebelum dua hari dari bulan Ramadhan. Ada pun puasa pada kurang dua hari dari bulan Ramadhan adalah makruh kecuali bagi oang yang iltizama dengan puasa pada hari itu.
Kelebihan malam nisfu Sha`ban
Di antaranya:
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
سنن ابن ماجه - (4 / 303)
حسن ، المشكاة ( 1306 - 1307 ) ، الظلال ( 510 ) ، الصحيح ( 1144 و 1563 ) ، الرد على بليق ( 92 )
تحقيق الألباني
صحيح وضعيف سنن ابن ماجة - (3 / 390)
1563 - ( صحيح )
سلسلة الأحاديث الصحيحة رقم ( 1563 ) 4 / 86 ، ورقم ( 1144 ) 3 / 135 ، وفي صحيح الجامع رقم ( 1819 )
والهيثمي في مجمع الزوائد 8 / 65 وقال : رواه الطبراني في الكبير والأوسط ورجالهما ثقات
Hadith di atas adalah menjadi hujjah dari segi kesahihannya.
Bermaksud: Daripada Abu Musa al-Ash`ari daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: Bahawasanya Allah menjengok pada malam nisfu Sha`ban lalu Allah memberi keampunan kepada sekelian makhluknya kecuali kepada orang musyrik dan orang yang bertengkar.

Hadith-hadith da`if mengenai malam Nisf Sha`ban
Di antaranya:
Mengkhususkan malam nisf Sha`ban dengan membanyakkan sembahyang, dan puasa pada siangnya berdasarkan kepada Hadith:
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ
سنن ابن ماجه - (4 / 301)
Sanadnya adalah da`if. (al-`Iraqi 1939, 1: 210). 3 / 152)  ( al-Shawkani 1960, 51.).
Bermaksud: Daripada Saidina Ali bin Abu Talib r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila adalah malam nisfu Sha`ban maka hendaklah kamu bangun/sembahyang pada malamnya dan berpuasa pada siangnya, kerana Allah s.w.t. turun pada waktu itu  ke langit dunia ketika??? matahari terbenam, lalu Allah berfirman: Tiadakah orang yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku memberi keampunan kepadanya, Tiadakah orang yang meminta rezaeki kepada-Ku maka Aku akan beri rezeki kepadanya, tiadakah orang yang kena balak/penderitaan maka Aku selamatkannya, tiadakah orang yang begini, dan begini …  seginggan terbit fajar.
Ibn Rajab berkata dalam Lataif al-Ma`arif mengenai kelebihan malam nisfu Sha`ban: Terdapat beberapa Hadith yang khilaf ulama mengeneinya kebanyakkan ulama menghukumkannya da`if tetapi Ibn Hibban menghukumkan sebahagianya sahaih dan beliau meriwayatkan di dalam Sahihnya. Contohnya Haith:
عائشة قالت فقدت رسول الله فخرجت فإذا هو بالبقيع رافع رأسه إلى السماء فقال أ كنت تخافين أن يحيف الله عليك ورسوله فقلت ظننت أنك أتيت بعض نسائك فقال إن الله ينزل ليلة النصف من شعبان إلى السماء الدنيا فيغفر لأكثر من عدد شعر غنم بني كلب
Menurut Ibn Rajab: Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah. Imam al-Tirmidhi menyebut daripada Imam al-Bukhari bahawa beliau mendaifkannya.  (لطائف المعارف لابن رجب    1 / 136):

Dalam Sunan al-Tirmidhi adalah seperti berikut:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ
وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي بَكرٍ الصِّدِّيقِ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَائِشَةَ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ الْحَجَّاجِ و سَمِعْت مُحَمَّدًا يُضَعِّفُ هَذَا الْحَدِيثَ و قَالَ يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عُرْوَةَ وَالْحَجَّاجُ بْنُ أَرْطَاةَ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ
سنن الترمذى – (3 / 193
Bermaksud: Daripada Aishah katanya, pada satu malam aku tidak mendapati Rasulullah s.a.w. bersama-samaku, lalu aku keluar, tiba-tiba Baginda berada di al-Baqi` lalu Baginda bersabda: Adakah engkau takut bahawa Allah dan Rasul-Nya akan menzalimu? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Aku menyangka bahawa engkau menemui setengah isterimu lalu Baginda bersabda: Bahawasanya Allah a.w.j. turun pada malam nisfu Sha`ban ke langit dunia lalu Allah memberi keampunan kepada lebih dari bilangan rambut kambing biri-biri. ???


Al-Mubarkfuri dalam kitabnya Tuhfah al-Ahwadhi ada menyatakan bahwa hadith-hdith mengenai kelebihan malam Nisf Sha`ban adalah banyak, maka kesemu hadith-hadith ini menolak orang yang mengatakan tidak sabit langsung mengenai kelebihan malam nisf Sha`ban. ( تحفة الأحوذي - (3 / 367)
Katanya lagi: Maksud firman Allah:
إنا أنزلناه في ليلة مباركة إنا كنا منذرين  
 فيها يفرق كل أمر حكيم
Bermaksud: Bahawasanya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang barkat, bahawaanya Kami Yang memberi peringatan, padanya dibezakan setiap perkara yang telah ditetapkan.
Menurut jamhur ulama adalah malam Laylah al-qadr. Ada juga dikatakan malam nisfu Sha`ban. Pendapat jamhur ulama adalah yang benar. Al-Hafiz Ibn Kathir berkta: Sesiapa yang berkta ia adalah malam nisfu Sha`ban adalah jauh dari kebenaran kerana nas al-Quran menunjukkan kepada ia adalah dalam bulan Ramadan. تحفة الأحوذي - (3 / 367)
Menurut al-Laknawi: Mengenai perkara ini terdapat beberapa Hadith lain yang telah diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dan lainnya sebagimana yang telah dibentangkan oleh Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam kitabnya al-Idah Wa al-Bayan yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. membanyakkan beribadah dan berdoa, dan Baginda berziarah ke kubur dan berdoa untuk orang yang mati
Maka diketahui dari semua Hadith-Hadith itu samada yang qawli atau fi`li menunjukkan isthbab membanyakkan beribadah pada malam nif Sha`ban itu. Seseorang itu diberipilihan di antara sembahyang atau ibadah ibadah yang lain. Jika dia memileh sembahyang maka bilangan rakaat-rakaat itu tepulanglah kepadanya selama dia tidak melakukan apa yang ditegah oleh syarak samaada secara jelas atau secara isyarat. Adapun dengan cara yang tertentu sedangkan riwayat itu palsu atu amat da`if maka tidak sak lagi ia memudartkannnya.
(الآثار المرفوعة في الأخبار الموضوعة  للكنوى 1: 82)

Pandangan ulama mengenai hadith da`if
Ramai dari kalangan ulama yang membolehkan beramal dengan Hadith da`if dengan syarat-syaratnya.
Syarat-syartnya ialah:
Kata Imam al-Nawawi:
وقد قدمنا اتِّفَاقَ الْعُلَمَاءِ عَلَى الْعَمَلِ بِالْحَدِيثِ الضَّعِيفِ فِي فَضَائِلِ الْأَعْمَالِ دُونَ الْحَلَالِ وَالْحَرَامِ
المجموع شرح المهذب (3 / 248):
Ulama sepakat boleh beramal dengan Hadith da`if dalam kelebihan beramal, bukan pada perkara halal dan haram.
Kata Imam al-Suyuti:
وَذَكَرَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ لَهُ ثَلَاثَةَ شُرُوطٍ:
 أَحَدُهَا: أَنْ يَكُونَ الضَّعْفُ غَيْرَ شَدِيدٍ، فَيَخْرُجُ مَنِ انْفَرَدَ مِنَ الْكَذَّابِينَ وَالْمُتَّهَمِينَ بِالْكَذِبِ، وَمَنْ فَحُشَ غَلَطُهُ، نَقَلَ الْعَلَائِيُّ الِاتِّفَاقَ عَلَيْهِ.
الثَّانِي: أَنْ يَنْدَرِجَ تَحْتَ أَصْلٍ مَعْمُولٍ بِهِ.
الثَّالِثُ: أَنْ لَا يُعْتَقَدَ عِنْدَ الْعَمَلِ بِهِ ثُبُوتُهُ، بَلْ يُعْتَقَدُ الِاحْتِيَاطُ.
وَقَالَ: هَذَانِ ذَكَرَهُمَا ابْنُ عَبْدِ السَّلَامِ وَابْنُ دَقِيقِ الْعِيدِ
وَقِيلَ: لَا يَجُوزُ الْعَمَلُ بِهِ مُطْلَقًا، قَالَهُ أَبُو بَكْرِ بْنُ الْعَرَبِيِّ.
وَقِيلَ: يُعْمَلُ بِهِ مُطْلَقًا، وَتَقَدَّمَ عَزْوُ ذَلِكَ إِلَى أَبِي دَاوُدَ وَأَحْمَدَ، وَأَنَّهُمَا يَرَيَانِ ذَلِكَ أَقْوَى مِنْ رَأْيِ الرِّجَالِ.
تدريب الراوي في شرح تقريب النواوي (1 / 351):
Shykh al-Islam (al-Hafiz Ibn Hajar)menyebut ada tiga syarat:
Pertama: Da`ifnya tidak melampau. Terkeluar darinya Hadith yang hanyanya diriwayatkan oleh seorang yang pendusta, yang diriwayatkan oleh orang yang dituhmah dengan melakukan pendustaan dan Hadith yang diriwayatkan oleh orang yang banyak melakukan kesalahan dalam meriwayatkan Hadith. Al-`Ala’i menukilkan sepakat ulama ke atas perkara ini.
Kedua: Hadith itu adalah  termasuk dalam asal syarat iaitu ajaran Islam yang diamalkan
Ketiga: Ketika beramal dengannya hendaklah tidak beri`tiqad bahawa ia sabit daripada Rasulullah s.a.w. bahkan hanya semata-mata ihtiyat iaitu yang lebih berjaga-jaga, jangan sampai kurang. Katanya kedua-dua syarat yang akhir ini disebut oleh Imam Ibn Abd al-Salam dan Ibn Daqiqi al-`Id.
Dikatakan juga tidak boleh beramal dengan Hadith da`if langsung. Ini diperkatakan oleh Abu Bakr Ibn al-`Arabi.
Dikatakan juga, boleh beramal dengannya tanpa syarat. Pendapat ini disandarkan kepada Imam Abu Daud dan Imam Ahmad, kedua-duanya berpendapat Hadith da`if itu lebih kuat dari pendapat manusia.
Dari apa yang telah dijelaskan ternyata syarat untuk beramal dengan Hadith da`if ialah:
Pertama: Ia bukan pada perkara halal dan haram, termasuk juga padanya perkara-perkara yang berkitan dengan ikidah Islam, maka untuk berhujah dalam perkara-perkara ini mestilah Hadith itu sahih, bukan da`if.
Kedua: Da`if Hadith itu tidak bersangatan. Hadith yang amat da`if iaitu da`if jid dan dan palsu tidak boleh digunakan sekalipun dalam fadail al-a`mal.
Ketiga: Hadith itu adalah termasuk dalam syariat Islam yang diamalkan. Seperti yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, zakat, haji dan yang seumpamanya.
Keempat: Ketika beramal dengannya hendaklah tidak mengi`tiqadkan bahawa ia adalah sabit daripada Rasulullah s.a.w. Ia hanya semata-mata sebagi ikhtiyat iaitu untuk lebih berjaga-jaga. Supaya sesuatu yang bukan syariah jangan dianggap sebagai syariah.
Amalan pada malam Nisf Sha`ban dalam kitab fekah Shafi`i.
Di antaranya:
Imam al-Shafi`I berkta:
- ( قال الشَّافِعِيُّ ) وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ
 أخبرنا الرَّبِيعُ قال أخبرنا الشَّافِعِيُّ قال أخبرنا إبْرَاهِيمُ بن مُحَمَّدٍ قال رَأَيْت مَشْيَخَةً من خِيَارِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ يَظْهَرُونَ على مَسْجِدِ النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم لَيْلَةَ الْعِيدِ فَيَدْعُونَ وَيَذْكُرُونَ اللَّهَ حتى تَمْضِيَ سَاعَةٌ من اللَّيْلِ وَبَلَغْنَا أَنَّ بن عُمَرَ كان يحيى لَيْلَةَ جُمَعٍ وَلَيْلَةُ جُمَعٍ هِيَ لَيْلَةُ الْعِيدِ لِأَنَّ صَبِيحَتَهَا النَّحْرُ
الأم - (1 / 231)
Bermaksud: Imam al-shafi`I berkata, disampaikan kepada kami bahawasanya dikatakan, doa itu dikabulkan pada lima malam, iaitu  pada malam Jumaat, malam Hari Raya Kurban, malam Hari Raya Fitri, malam pertama bulan Rajab dan malam nisfu Sha`ban.
Dalam kitab Mughni al-Muhtaj menyebut:
وَيُسَنُّ إحْيَاءُ لَيْلَتَيْ الْعِيدِ بِالْعِبَادَةِ مِنْ صَلَاةٍ وَغَيْرِهَا مِنْ الْعِبَادَاتِ لِخَبَرِ { مَنْ أَحْيَا لَيْلَتَيْ الْعِيدِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ } رَوَاهُ الدَّارَقُطْنِيّ مَوْقُوفًا قَالَ فِي الْمَجْمُوعِ : وَأَسَانِيدُهُ ضَعِيفَةٌ ( 1 ) ، وَمَعَ ذَلِكَ اسْتَحَبُّوا الْإِحْيَاءَ لِأَنَّ الْحَدِيثَ الضَّعِيفَ يُعْمَلُ بِهِ فِي فَضَائِلِ الْأَعْمَالِ كَمَا مَرَّتْ الْإِشَارَةُ إلَيْهِ ، وَيُؤْخَذُ مِنْ ذَلِكَ كَمَا قَالَ الْأَذْرَعِيُّ عَدَمُ تَأَكُّدِ الِاسْتِحْبَابِ ...
 وَالدُّعَاءُ فِيهِمَا وَفِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَتَيْ أَوَّلِ رَجَبٍ وَنِصْفِ شَعْبَانَ مُسْتَجَابٌ فَيُسْتَحَبُّ كَمَا
صَرَّحَ بِهِ فِي أَصْلِ الرَّوْضَةِ
مغني المحتاج - (4 / 130)
Bermaksud: Sunat menghidupkan dua malam hari raya iaitu Hari Raya Kurban dan Hari Raya Fitri dengan mengerjakan ibadah seperti sembahyang dan lainnya kerana Hadith:
مَنْ أَحْيَا لَيْلَتَيْ الْعِيدِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
Maksudnya: Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya tidak mati hatinya pada hari yang hati-hati menjadi mati.
Hadith ini mauquf, diriyatkan oleh al-Darqutni. Dalam kitab al-Majmu` menyebut sanad-sanadnya da`if. Namun demikian para ulama mengalakkan (istahabbu) menghidupkan malam itu kerana Hadith da`if diamalkan dengannya dalam fada`il al-a`mal. Dengan itu tuntutannya tidak dikuatkan iaitu bukan sunat muakkad. Berdoa pada malam dua hari raya, pada malam Jumaat, pada malam pertama bulan Rajab, pada malam nisf Shaban adalah dikabulkan sebagaimana yang dijelaskan dalam Asl al-Raudah.
نهاية المحتاج، 7: 392
Sekalipun Hadith-Hadith di atas hukumnya da`if, tetapi galakkan supaya bangun pada 1/3 malam yang akhir  pada setiap malam,  dengan tidak dikhususkan kepada malam dan bulan tertentu adalah shaih. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w.:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَهُ هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحُ
صحيح مسلم – (4 / 140)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila berlalu separuh atau dua pertiga malam, Allah t.w. turun ke langit dunia dan berkata: Adakah terdapat orang yang meminta maka dia diberi?, Adakah terdapat orang yang berdoa maka dia dikabulkan?, Adakah terdapat orang yang meminta ampun maka dia diberi keampunan? Sehingga terbit fajar Subuh.
Dalam riwayat lain:
عن أَبَى هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْزِلُ اللَّهُ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا لِشَطْرِ اللَّيْلِ أَوْ لِثُلُثِ اللَّيْلِ الْآخِرِ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ أَوْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ ثُمَّ يَقُولُ مَنْ يُقْرِضُ غَيْرَ عَدِيمٍ وَلَا ظَلُومٍ
صحيح مسلم - (4 / 141)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. turun ke dunia pada pertengahan malam atau satu pertiga malam yang akhir lalu berkata: Siapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku mengkabulkannya? atau siapa yang meminta kepda-Ku maka aku memberikan kepadanya?, kemudian Dia berkata: Siapa yang membri hutang kepada Yang tidak memerlukan dan tidak menzalimi?

Kesimpulan
Rasulullah s.a.w. banyak berpuasa pada pada bulan Sha`ban. Ada kalanya Baginda puasa penuh pada bulan itu dan ada kalanya kurang sedikit. Baginda telah menjelaskan sebabnya ialah kerana pada bulan itu diangkatkan amalan seseorang kepada Allah s.w.t. Rab al-`alamin. Baginda suka sewaktu amalan di angkat Baginda bepuasa. Kita sebagai umatnya adalah disunatkan puasa pada bulam Sha`ban ini dan membanyakkannya. Beribadah pada malam nisfu Sha`ban adalah digalakan sekalipan Hadith-Hadith mengenainya da`if kerana menurut para fuqaha’ boleh beramal dengan Hadith-Hadith da`if dalam fadail al-a`mal. Sayugia di ingat bahawa beristighfar dan berdoa setiap malam pada akhir malam adalah dituntut melalui Hadith-Hadith yang sahih.