KELEBIHAN BULAN RAMADAN


Dr Udah Mohsin
بسم الله الرحمن الرحيم

Kelebihan bulan Ramadan

Dalam tulisan ini saya memperkatakan mengenai kelebihan bulan Ramadan berdasarkan kepada al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w.
Bulan Ramadan itu mempunyai beberapa kelebihan. Di antaranya:

Pertama.
Bulan yang diturunkan padanya al-Quran.
Firman Allah:
{شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185) } [البقرة : 185 ، 186]
Bermaksud: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan membezakan (diantara yang benar dengan yang salah). Sesiapa yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka dia hendaklah berpuasa, dan sesiapa yang jatuh sakit atau musafir maka dia hendaklah menggantikan dengan hari-hari yang lainnya. Allah menghendakki kemudahan bagi kamu, dan Allah tidak menghendaki kesusahan bagi kamu, dan supaya kamu mencukupkan bilangan puasa selama sebulan, dan supaya kamu mengagongkan Allah di atas pertunjuk-Nya kepada kamu, dan mudah-mudahan kamu bersyukur.

Nas di atas meunjukkan bahawa al-Quran yang menjadi petunjuk dan yang membezakan di antara yang hak dengan yang batil itu diturunkan dalam bulan Ramadan.

Kedua.
Bulan yang diwajibkan padanya berpuasa.
Firman Allah:
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Bermaksud: Maka sesiapa yang menyaksikan anak bulan itu dari kalangan kamu maka dia hendaklah berpuasa.
Ayat ini adalah berkaitan dengan bulan Ramadan. Oleh itu puasa bulan Ramadan adalah wajib.

Ketiga.
Dalam bulan Ramadan pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
صحيح مسلم - (5 / 337
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:  Apabila datang bulan Ramadan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan.

Keempat.
 Pada malam awal Ramadan syaitan  dibelenggu, jin yang jahat juga dibelenggu, dan pada awal Ramadan juga diseru supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَسَلْمَانَ
سنن الترمذى - (3 / 103)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila berada pada awal malam bulan Ramadan syaitan-syaitan dan jin yang jahat dibelenggu, dan dikunci pintu neraka, dan tidak dibuka satupun darinya, dan sebaliknya dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup satu pintu pun darinya, kemudian diserukan oleh penyeru: Wahai orang yang suka kebaikan! Lakukanlah, wahai orang yang suka kejahatan! Kurangkanlah. Dan bagi Allah ramai dimerdekakan (dilepaskan) dari api neraka. Yang demikian itu berlaku setiap malam.

Mulai awal  bulan Ramadan  syaitan  dibelenggu, jin yanag jahat juga dibelenggu. Syaitan itu dibelenggu ada ulama yang mentafsirkan menurut zahir nas kerana keagongan bulan Ramadan itu, dan ada ulama’ yang mentafsirkan ia menunjukkan kepada banyaknya pahala dan banyaknya keampunan daripada Allah maka seolah-oleh syaitan itu dibelenggu.

Kelima.
Bulan Ramadan dan  bulan Ramadan berikutnya menghapuskan dosa yang antara kedua-duanya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
صحيح مسلم - (2 / 23)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Sembahyang fardu lima waktu, Jumaat hingga ke Jumaat dan Ramadan sehingga Ramadan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila pelakunya itu menjauhi dosa-dosa besar.

Nas di atas menunjukkan seseorang yang berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa bulan Ramadan berikutnya dosanya yang di antara dua Ramadan itu terhapus apabila dia menjauhi dosa-dosa besar.

Keenam.
Bulan yang terdapat padanya sembahyang terawih, dan orang yang mengerjakannya diampunkan dosanya yang telah lalu.

Di antara pensyariatan sembahyang terawih ialah:
عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلَاتِهِ نَاسٌ ثُمَّ صَلَّى مِنْ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوْ الرَّابِعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنْ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
(صحيح البخارى، التهجد،  باب تحريض النبى على صلاة الليل)
Bermaksud: Daripada `Urwah bin al-Zubayr daripada `Aishah umm al- al-mu`minin r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pada satu malam bersembahyang di masjid, maka orang ramai sembahyang di belakang  Baginda. Kemudian Baginda sembahyang  pada malam berikutnya dan ramailah orang, kemudian mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, dan Rasulullah s.a.w. tidak keluar sembahyang bersama mereka. Apabila di waktu Subuh Baginda bersabda:  Aku telah melihat apa yang kamu telah lakukan, tiada yang menegahku untuk aku keluar sembahyang bersama kamu kecuali aku takut bahawa difardukan ke atas kamu. Yang demikian itu adalah pada bulan Ramadan.

Hadith di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang pada bulan Ramadan di waktu malam bersama sahabat-sahabatnya. Sembahyang itu adalah sembahyang terawih.

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ
خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي يَقُومُونَ يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ
صحيح البخاري - (7 / 135)
Bermaksud: Daripada Abd. Al-Rahman bin Abd. Al-Qari’ bahawasanya beliau berkata: Aku keluar ke masjid bersama-sama `Umar bin al-Khattab r. a.`. pada satu malam bulan Ramadan, ketika itu  orang ramai berkelumpuk-kelumpuk, ada orang yang sembahyang sendiri, ada yang sembahyang kemudian di belakangnya terdapat beberapa orang mengikutnya, maka Umar berkata: Aku berpendapat,  kalau aku himpunkan mereka di  belakang imam seorang  qari maka itu adalah lebih utama, kemudian dia memutuskan azamnya dan menghimpunkan mereka berimamkan `Ubay bin Ka`ab. Kemudian aku keluar bersamanya pada malam yang lain ketika itu orang ramai sembahyang mengikut sembahyang qari mereka, lalu kata `Umar: Sebaik-baik bid`ah ialah ini, dan mereka yang tidur dan bangun pada akhir malam adalah lebih afdal  dari yang sembahyang pada awalnya. Orang ramai sembahyang pada awalnya.
Nas di atas  menunjukkan orang ramai melakukan sembahyang pada waktu malam di masjid secara berkelompok-kelompok pada zaman Saidina Umar r.a.. Kemudian  Saidina Umar menyuruh mereka sembahyang berjamaah di belakang seorang  imam. Sembahyang itu adalah sembahyang terawih.
Mengenai kelebihan sembahyang terawih:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
صحيح البخاري - (7 / 134)
Bermaksud: Dari pada Abu Hurayrah,Bahawa Rasulullah s. a.w. bersabda: Sesiapa yang sembahyang pada bulan Ramadan (terawih) dengan keadaan beriman dan mengharapkan (keampunan Allah) diampunkan baginya apa yang terdahulu dari dosa-dosanya.

Hadith di atas menunjukkan bahawa orang yang melakukan sembahyang terawih diampunkan dosanya yang telah lalu.

Jika sembahyang terawih yang hukumnya sunat muakkad dilakukan, maka apatah lagi sembahyang fardu lima waktu yang hukumnya wajib fadu `ain sudah mesti ditunaikan. Jika sembahyang terawih dilakukan berjama`ah maka sembahyang fardu lima waktu lebih-lebih lagi, kerana tuntutan berjamah sembahyang fardu adalah jauh lebih kuat.

Ketujuh.
Bulan yang terdapat padanya laylah al-Qadr.
Firman Allah:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ}
Bermaksud: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran
Dan firman-Nya:
{إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ}
Bermaksd: Bahawsanya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Laylah al-qdr.
Dalam ayat pertama Allah menerangkan al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadan, dan pada ayat kedua Allah menerangkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada Laylah al-qdr. Dengan ini menunjukkan bahawa Laylah al-qdr itu berada pada bulan Ramadan. Ibn `Abbas dan lain-lain berkata: al-Quran itu diturunkan daripada lawh al-mahfuz ke bayt al-`Izzah sekali gus, selepas itu diturunkan kepada Nabi Muhammada s.a.w. sedikit-sedikit mengikut keadaan.
تفسير ابن كثير - (8 / 441)
Al-Quran itu diturunkan dari lawh al-mahfuz ke bayt al-`Izzah sekali gos adalah dalam bulan Ramadan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
مسند أحمد - (15 / 302)
تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح وهذا إسناد رجاله رجال الشيخين وأبوقلابة روايته عن أبي هريرة مرسلة
مسند أحمد بن حنبل - (2 /
Bermaksud: Bulan Ramadan telah datang kepada kamu, ia merupakan bulan yang barkat, Allah memerintahkan puasa pada bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan dikunci padanya pintu-pintu neraka dan dibelenggu akan syaitan-syaitan  pada bulan itu. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu maka dia diharamkan.
Maksud satu malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah laylah al-Qadr.

Dari nas-nas di atas menujukkan dalam bulan Ramadan itu terdapat satu malam yang dipangil laylah al-Qadr. laylah al-Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan yang lain. Dengan ini sama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya.

Kelapan.
Bulan yang digalakkan padanya melebih banyakkan amal kebaikan.
Di antara dalilnya:
أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud: Bahawa Ibn `Abbas r.a. berkata: Adalah Nabi s.a.w. merupakan orang yang paling pemurah mengenai kebaikan, dan adalah Baginda yang paling pemurah dalam bulan Ramadan ketika malaikat Jibril bertemu dengannya , Jibril bertemu dengannya pada setiap malam bulan Ramadan sehingga habis bulan itu, Baginda Nabi s.a.w. membacakan al-Quran kepadanya. Apabila Jibril bertemu dengannya Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang ditiup.
Angin yang ditiup adalah menunjukkan kepada rahmat kebaikan yang besar.

Nas di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melebih banyakkan melaku kebaikan dalam bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Ini bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. adalah banyak melakukan kebaikkan pada bulan-bulan yang lain, dan  dalam bulan Ramadan maka lebih banyak lagi.

Dengan ini janganlah seseorang itu melakukan ibadah dan kebaikan-kebaikan yang lain  hanya dalam bulan Ramadan sahaja, dan pada bulan-bulan yang tidak dilakukan. Ini adalah salah. Perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran, sembahyang sunat, bersedekah dan lain-lain hendaklah dilakukan pada bulan-bulan yang lain dari bulan Ramadan, dan hendaklah dilebih banyakkan lagi pada bulan Ramadan.
Dalam hadith yang amat da`if  mengenai kelebihan bulan Ramadan:
من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه و من أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه
صحيح ابن خزيمة - (3 / 191)
Bermaksud: Sesiapa yang bertaqarrub kepada Allah padanya (bulan Ramadan) dengan satu kebaikan dia adalah seperti orang yang mengerjakan satu frdu pada bulan yang lain, dan sesiapa yang melakukan satu fardu padanya dia adalah seperti orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lainnya.

Kata orang yang mentafsir kitab
جمع الجوامع أو الجامع الكبير للسيوطي  beliau menukil pendapat al-Hafiz Ibn Hajar:
قال الحافظ ابن حجر فى أطرافه : مداره على علىِّ بن زيد بن جدعان وهو ضعيف ويوسف بن زياد الراوى عنه ضعيف جدا وتابعه إياس بن عبد الغفار عن على بن زيد عند البيهقى فى شعب الإيمان قال ابن حجر : وإياس ما عرفته انتهى)
أخرجه ابن خزيمة (3/191 ، رقم 1887) ، والبيهقى فى شعب الإيمان (3/305 ، رقم 3608) . وأخرجه أيضًا : الحارث كما فى بغية الباحث (1/412 ، رقم 321) ، وابن عدى (5/293 ترجمة 1432 عبد العزيز بن عبد الله) وقال : عامة ما يرويه لا يتابعه عليه الثقات .
جمع الجوامع أو الجامع الكبير للسيوطي - (1 / 26822)
Hadith di atas  menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani adalah amat da`if, Hadith  yang amat da`if tidak boleh jadi hujah.

Kesembilan.
Umrah dalam bulan Ramadan menyamai haji.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
لَمَّا رَجَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حَجَّتِهِ قَالَ لِأُمِّ سِنَانٍ الْأَنْصَارِيَّةِ مَا مَنَعَكِ مِنْ الْحَجِّ قَالَتْ أَبُو فُلَانٍ تَعْنِي زَوْجَهَا كَانَ لَهُ نَاضِحَانِ حَجَّ عَلَى أَحَدِهِمَا وَالْآخَرُ يَسْقِي أَرْضًا لَنَا قَالَ فَإِنَّ عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ تَقْضِي حَجَّةً أَوْ حَجَّةً مَعِي
صحيح البخاري - (6 / 410)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a. katanya, apabila Nabi s.a.w. kembali dari mengerjakan haji Baginda bersabda kepada Umm Sinan, seorang wanita Ansar: Apa yang menegahmu dari mengerjakan haji? Jawabnya: Bapa si pulan, iaitu suaminya, dia memiliki dua ekor unta, yang seekor telah digunakan untuk mengerjakan haji, dan seekor lagi digunakan untuk membajak tanah, Baginda menjawab: Bahawasanya umrah dalam bulan Ramadan menyamai satu haji, atau satu haji bersamaku.
Dalam riwayat yang lain.

عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَخْبَرَنِي رَسُولُ مَرْوَانَ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَى أُمِّ مَعْقَلٍ قَالَتْ
كَانَ أَبُو مَعْقَلٍ حَاجًّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَتْ أُمُّ مَعْقَلٍ قَدْ عَلِمْتَ أَنَّ عَلَيَّ حَجَّةً فَانْطَلَقَا يَمْشِيَانِ حَتَّى دَخَلَا عَلَيْهِ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عَلَيَّ حَجَّةً وَإِنَّ لِأَبِي مَعْقَلٍ بَكْرًا قَالَ أَبُو مَعْقَلٍ صَدَقَتْ جَعَلْتُهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطِهَا فَلْتَحُجَّ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأَعْطَاهَا الْبَكْرَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي امْرَأَةٌ قَدْ كَبِرْتُ وَسَقِمْتُ فَهَلْ مِنْ عَمَلٍ يُجْزِئُ عَنِّي مِنْ حَجَّتِي قَالَ عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تُجْزِئُ حَجَّة
سنن أبى داود - (5 / 350)
Bermaksud: Daripada Abu Bakrah bin Abdul Rahman, katanya utusan Marwan yang beliau telah mengutus kepada Umm Ma`qal menghabarkan kepada aku, Umm Ma`qal berkata: : Adalah bapa Ma`qal mengerjakan haji bersama-sama Rasulullah s.a.w., setelah beliau balik Umm Ma`qal berkata: Engkau telah mengetahui bahawa ke atasku wajib mengerjakan haji, lalu kedua-duanya berjalan sehingga kedua-duanya masuk menemui Rasulullah s.a.w. Umm Ma`qal berkata: Wahai Rasulullah! Ke atasku wajip mengerjakan haji, dan Abu Ma`qal mempunyai seekor unta yang masih muda, jawab Abu Ma`qal, benar katanya itu, aku telah menjadikannya untuk sabilillah, maka jawab Rasulullah s.a.w.: Berikan kepadanya (Umm Ma`qal iaitu isterinya) dan hendaklah dia mengerjakan haji denganya, kerana itu adalah sabilillah, maka Abu Ma`qal memberikan unta itu kepada Umm Ma`qal maka kata Umm Ma`qal: wahai Rasulullah! Aku perempuan yang telah tua dan aku sakit, maka adakah terdapat satu amalan yang memadakan untukku dari hajiku? Jawab Baginda: Mengerjakan satu umrah dalam bulan Ramadan mencukupkan/menyamai satu haji.

Nas-nas di atas menunjukkan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadan menyamai mengerjakan haji dari segi kelebihannya atau pahalanya, bukan bererti orang yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan sudah cukup, tidak perlu mengerjakan haji.

Kesimpulan
Di antara kelebihan bulan Ramadan ialah: Bulan yang diturunkan padanya al-Quran. Bulan yang diwajibkan padanya berpuasa, Dalam bulan Ramadan pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Mulai awal  bulan Ramadan syaitan  dibelenggu, jin yanag jahat juga dibelenggu, Bulan Ramadan dan  bulan Ramadan berikutnya menghapuskan dosa yang antara kedua-duanya bagi orang yang menjauhi dosa besar. Bulan yang terdapat padanya sembahyang terawih, dan orang yang mengerjakannya diampunkan dosanya yang telah lalu. Bulan yang terdapat padanya laylah al-Qadr. Bulan yang digalakkan padanya melebih banyakkan amal kebaikkan, dan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadan menyamai haji dari segi kelebihannya.

 وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين