Disediakan oleh:
Ust Dr.Udah Mohsin
Ust Dr.Udah Mohsin
PUASA BULAN RAJAB
Di
antara Hadith-Hadith yang dijadikan dalil bagi pensyariatan puasa bulan Rajab
Pertama:
Daripada Usamah bin Zayd r.a. katanya:
قُلْتُ يَا رَسُولَ
اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ
ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ
فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا
صَائِمٌ
(سنن النسائى، كتاب
الصوم، صوم النبي صلى الله عليه وسلم)
Hadith
di atas diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’i dalam Sunannya.
Bermaksud:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak melihatmu berpuasa satu bulan dari
beberapa bulan yang engkau berpuasa dari bulan Sha`ban (engkau berpuasa dalam
bulan Sha`ban lebih dari yang lain) Baginda menjawab: Itu adalah bulan yang
orang ramai lalai darinya, iaitu di antara Rajab dengan Ramadan, ia adalah
bulan yang diangkatkan amalan kepada (Allah) Pemilik sekelian alam, maka akau
suka bahawa diangkatkan amalanku sedangkan ketika itu aku berpuasa.
Kata al-Hafiz Ibn Hajar dalam Tabyin
al-`Ajab Bi Ma Warda Fi Fadl Rajab: Hadith ini menunjukkan dalam bulan Rajab menyurupai dengan
Ramadan. Orang ramai beribadah (padanya) apa yang mereka lakukan dalam bulan
Ramadan, tetapi mereka lalai yang sepertinya dalam bulan Sha`ban , oleh itu
Baginda berpuasa pada bulan itu (sha`ban). Baginda Mengkhususkan Ramadan dan
Rajab dengan berpuasa menunjukkan kelebihan bulan Rajab. Perkara ini telah
diketahui dan diperakui di sisi mereka.
Kedua
Bulan Rajab adalah
termasuk dalam bulan al-hurum. Mengenai pensyariatan puasa bulan al-hurum:
عَنْ مُجِيبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ، عَنْ أَبِيهَا،
أَوْ عَمِّهَا، أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ
انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ، وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالُهُ وَهَيْئَتُهُ، فَقَالَ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَمَا تَعْرِفُنِي، قَالَ: «وَمَنْ أَنْتَ؟» قَالَ: أَنَا الْبَاهِلِيُّ،
الَّذِي جِئْتُكَ عَامَ الْأَوَّلِ، قَالَ: «فَمَا غَيَّرَكَ، وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ
الْهَيْئَةِ؟» ، قَالَ: مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلَّا بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ،
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ،
ثُمَّ قَالَ: «صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ، وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ» ، قَالَ: زِدْنِي
فَإِنَّ بِي قُوَّةً، قَالَ: «صُمْ يَوْمَيْنِ» ، قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: «صُمْ ثَلَاثَةَ
أَيَّامٍ» ، قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ
وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ "، وَقَالَ: بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثَةِ
فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
(سنن أبى داود، كتاب الصوم، باب في صوم أشهر الحرم)
Hadith
di atas diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya. Imam Abu Daud tidak
memberi komen mengenai Hadith ini. Hadith ini juga ada disebut oleh Imam
al-Nawawi dalam Riyad al-Salihin.
رياض الصالحين ط
الرسالة (1 / 358):
Bermaksud: Daripada Mujibah al-Bahiliyyah daripada bapanya
daripda bapa saudarnya bahawasanya beliau datang menemui Rasulullah s.a.w.
kemudian beliau balik. Setelah setahun seleps itu beliau datang bertemu
Rasulullah s.a.w. dan kedaan dan bentuknya telah berubah, lalu dia berkata:
wahai Rasulullah! Adakah engkau mengenali aku? Jawab Baginda: Siapa engkau? Dia
menjawab: Aku adalah al-Bahili yang datang kepadamu setahun yang lalu. Baginda
menjawab: Apakah yang yang mengubahkan bentukmu? Sedangkan engkau dahulu cantek
keadaan bentukmu? Dia menjawab: Setelah
aku meninggalkan engkau (setahun yang lalu) aku tidak makan makanan kecuali
pada waktu malam, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau mengazab dirimu.
Kemudian Baginda bersabda: Berpuaslah bulan sabar, dan satu hari dari setiap
bulan. Dia menjawab: Tambahkan bagiku kerana aku mempunyai kekuatan, jawab
Baginda: Puaslah dua hari (dari setip bulan), dia menjawab: Tambahkan bagiku,
Baginda menjawab: Puaslah tiga hari (dari setiap bulan). Dia menjawab:
Tambahkan bagiku. Baginda menjawab: Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan
tinggalkan, Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Puasalah dari
bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Baginda mengisyaratkan dengan jarinya yang
tiga kemudian Baginda menggegamnya, kemudian melepaskannya.
Bulan-bulan al-hurum ialah Dhu al-Qa`dah, Dhu al-Hijjah,
al-Muharram dan Rajab.
Pandangan
ulama mengenai puasa bulan al-hurum yang termasuk padanya bulan Rajab.
Imam Ibn al-Salah berkata: Hadith mengenai kelebihan puasa
secara umum dan Hadith mengenai puasa bulan-bulan al-hurum (Dhu
al-Qa`dah, Dhu al-hijjah, al-Muharram dan Rajab) sudah cukup untuk meggalakkan puasa
di bulan Rajab.
فتاوى ابن الصلاح - (1 / 180
Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam kitabnya, al-Fatawa
al-Kubra al-Fiqhiyyah ketika membincangkan Hadith di atas ada menyebut:
قال الْعُلَمَاءُ وَإِنَّمَا أَمَرَهُ بِالتَّرْكِ
لِأَنَّهُ كان يَشُقُّ عليه إكْثَارُ الصَّوْمِ كما ذَكَره في أَوَّلِ الحديث فَأَمَّا من لَا يَشُقّ عليه فَصَوْمُ
جَمِيعِهَا فَضِيلَةٌ
الفتاوى الفقهية الكبرى - (2 / 54)
Bermaksud: Para ulama berkata: Bahawasanya Baginda
menyuruh orang itu meninggalkan (puasa pada bulan-bulan al-hurum) kerana ia
menyusahkannya sebagaimana yang disebutkannya pada awal Hadith. Adapun
orang yang tidak susah baginya, maka puasa keseluruhan bulan-bulan itu adalah
satu kelebihan.
Imam
al-Nawawi dalam al-Majmu` menyebut:
قال اصحابنا ومن الصوم المستحب صوم الاشهر
الحرم وهي ذوالقعدة وذو الحجة والمحرم ورجب
المجموع شرح المهذب - (6 / 386)
Bermaksud: Sahabat-sahabat
kami berkata: Setengah dari puasa yang digalakan (al-mustahabb) ialah puasa
bulan-bulan al-hurum iaitu Dhu al-Qa`dah, Dhu al-hijjah,
al-Muharram dan Rajab.
Imam al-Nawawi
menjelaskan mengenai Hadith di
atas dalam kitabnya al-Majmu`: Rasulullah s.a.w. menyuruhnya ( al-Bahili
iaitu seorang Sahabt) berpuasa bulan-bulan al-hurum dan meninggalkannya.
Rasulullah menyuruhnya meninggalkan kerana susah baginya membanyakkan berpuasa.
Oleh itu bagi orang yang tidak susah baginya membanyakkan berpuasa maka puasa
seluruh bulan-bulan iatu adalah satu kelebihan.
Pandangan ulama mengenai
puasa keseluruhan bulan Rajab.
Berpandukan kepada Hadith di atas dan pandangan-pandangan
yang dibawa oleh Imam al-Nawawi dan juga Imam
Ibn Hajar al-Haytami di atas maka bagi orang yang mampu dan tidak menyusahkan
untuk berpuasa sebulan penuh bulan Rajab adalah satu kebaikan.
Walau bagaimana pun ada ulama yang tidak menyukai puasa
keseluruhan bulan Rajab, tetapi hendaklah berhenti berpuasa walau satu hari
pada bulan itu. Dalam kitab al-Iqna` Fi Fiqh al-Imam Ahmad ada menyebut:
Makruh (yukrah) hanya berpuasa
pada bulan Rajab sahaja, dan hilang
makruh itu dengan berbuka pada bulan itu walau satu hari, atau dia berpuasa
sebulan pada bulan yang lain dari tahun itu.
الإقناع
في فقه الإمام أحمد بن حنبل (1 / 319)
Sekarang ini kita berada dalam bulan Rajab. Bulan Rajab
adalah termasuk dalam Bulan al-hurum yang kita digalakan membanyakkan berpuasa
padanya. Sekurang-kurangnya marilah kita berpuasa pada hari Isnin dan khamis,
lebih baik lagi ditambah dengan puasa hari-hari bulan terang 13, 14 dan 15,
lebih banyak berpuasa pada bulan ini adalah lebih baik.