HUKUM HAKAM BERKAITAN TANAH PERKUBURAN 2

OLEH UST DR UDAH MOHSIN

4.  Hukum meletakkan batu nisan dan menjirus air.

عَنِ الْمُطَّلِبِ قَالَ لَمَّا مَاتَ عُثْمَانُ بْنُ مَظْعُونٍ أُخْرِجَ بِجَنَازَتِهِ فَدُفِنَ أَمَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- رَجُلاً أَنْ يَأْتِيَهُ بِحَجَرٍ فَلَمْ يَسْتَطِعْ حَمْلَهُ فَقَامَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَحَسَرَ عَنْ ذِرَاعَيْهِ - قَالَ كَثِيرٌ قَالَ الْمُطَّلِبُ قَالَ الَّذِى يُخْبِرُنِى ذَلِكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ - كَأَنِّى أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِ ذِرَاعَىْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- حِينَ حَسَرَ عَنْهُمَا ثُمَّ حَمَلَهَا فَوَضَعَهَا عِنْدَ رَأْسِهِ وَقَالَ « أَتَعَلَّمُ بِهَا قَبْرَ أَخِى وَأَدْفِنُ إِلَيْهِ مَنْ مَاتَ مِنْ أَهْلِى ». (سنن أبى داود الجنائز)

Bermaksud: Daripada al-Mutallib katanya, apabila Othman bin Maz`un meninggal dunia dibawa keluar jenazahnya lalu dikuburkan, Nabi s.a.w. menyuruh seorang untuk membawakan batu kepadanya tetapi orang itu tidak terdaya untuk membawanya maka Nabi s.a.w. datang ke batu itu dan menyengsingkan dua lengannya, Kathir berkat, al-Mutallib yang memberi tahu kepada aku mengenai perkara itu daripada Nabi s.a.w.berkata: Aku melihat keputihan dua lengan Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menyingsingnya, kemudian Baginda membawnya dan meletakkannya di bahagian kepala Othman dan bersabda: Denganya aku mengenali kubur saudaraku dan aku akan mengkebumikan ke arahnya orang yang mati dari keluargaku           
                                             
عن جعفر بن محمد عن أبيه : أن الرش على القبر كان على عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم (سنن البيهقى، الجنائز)

Bermaksud: Daripada Ja`far bin Muhammad daripada bapanya,  bahawa merenjis di atas kubur adalah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.    

Hadith yang pertama menunjukkan Nabi meletakkan batu di bahagian kepala Uthman bin Maz`un. Inilah yang menjadi pensyari`atan meletakkan batu nisan. Dari hadith ini juga menunjukkan adalah merupakan satu perkara yang baik mengumpulkan kubur si mati dengan keluarganya, tetapi memandangkan tanah wakaf kampung kita ini adalah wakaf umum, kawasanya amat terhad dan penduduknya amat pesat maka dilarang berbuat demikian kerana menjaga kepentingan awam dari kepentingan peribadi atau kepentingan keluarga.

Manakala athar di atas menunjukkan kepada pensyari`atan menjirus air ke atas kubur setelah mayat dikebumikan

Pandangan ulama mengenai perkara di atas:  
    
Kata al-Shafi`I : Diletakkan batu atau apa jua tanda di bahagian kepala (Ma`rifah al-Sunan Wa al-Athar, 6: 286) Kata al-Nawawi: Baik (yustahab) Diletakkan batu kecil dan dijirus air. Katanya lagi: al-sunnah diletakkan di atas kepalanya tanda yang jelas, samada dari batu atau kayu. Ada juga yang berpendapat diletakkan juga di bahagian kaki tetapi yang terdapat dalam hadith diletakkan tanda di bahagian kepala sahaja. Kata al-Mutawwli dan lain-lain: Makruh dijirus dengan air mawar kerana mensia-siakan harta. (al-Nawawi t.t. 5: 282). 

Pendapat penulis: Adalah baik untuk dicacakkan nisan di atas kubur sebagai tanda, tetapi hendaklah tidak ada sebarang pembaziran. Adalah baik dijirus air di atas kubur setelah mayat dikuburkan dengan air sejuk sahaja. Sebarang perkara atau perbuatan bentuk pembaziran hendaklah dijauhi kerana dilarang membelanjakan harta bukan pada tempatnya.  

5.  Hukum ditulis sesuatu di atas kubur.

Nas-nas mengenainya

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : نَهَى رَسُولُ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُبْنَى عَلَى الْقَبْرِ أَوْ يُزَادَ عَلَيْهِ أَوْ يُجَصَّصَ. زَادَ سُلَيْمَانُ بْنُ مُوسَى : أَوْ يُكْتَبَ عَلَيْهِ. (سنن النسائى ، الجنائز)

Bermaksud: Daripada Jabir katanya: Rasulullah s.a.w. menegah bahawa dibina di atas kubur, ditambah di atasnya atau disimen. Suliman bin Musa meriwatkan dengan ada tambahan   atau ditulis di atasnya      
       
عَنْ جَابِرٍ قَالَ نَهَى النَّبِىُّ –صلى الله عليه وسلم- أَنْ تُجَصَّصَ الْقُبُورُ وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهَا وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهَا وَأَنْ تُوطَأَ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ قَدْ رُوِىَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ جَابِرٍ.  (سنن الترمذى ، الجنائز)

Bermaksud: Daripada Jabir katanya: Nabi s.a.w. menegah bahawa disimen kubur, ditulis atasnya, dibina di atasnya dan dipijak    

Nas-nas di atas menunjukkan larangan  ditulis sesuatu di atas kubur.

Pandangan ulama’ mengenainya.

Kata Abu al-Tayyib al-Sindy: Kemungkinan tegahan menulis itu adalah umum,termasuk menulis nama orang yang dikuburkan, tarikh wafat, menulis sesuatu darial-Quran atau nama-nama Allah untuk mengambil barkat kerana lama kelamaan akan gugur dan dipijak. Kata al-Shawkani di dalam Nayl al-Awtar: Hadith ini menunjukkan haram menulis di atas kubur. Zahirnya tiada perbezaan di antara menulis nama orang yang dikuburkan dan lainnya. (al-Mubarkfuri t.t., 4: 133) Menurut Ibn Hajar al-Haytami: Salah seorang ulama’ mazhab al-Shafi`i: Makruh menulis sesuatu di atas kubur. Kata al-`Adhra`i salah seorang ulama mazhab al-Shafi`i: Menulis di atas kubur adalah makruh, sama ada yang ditulis itu nama si mati dibahagian kepalanya atau lainnya. Beginilah yang telah disebut oleh ulama secara umum. Selepas itu beliau memberi penditilan.

Menurut kias yang jelas, haram menulis ayat al-Quran kerana ia terdedah kepadadipijak, terkena najis dan terkena kekotoran mayat ketika digali semula pada tanah perkuburan awam. Yang lain dari al-Quran kemungkinan makruh atau haram kerana ada larangan. Adapun menulis nama si mati supaya dikenal sekadar yang perlu sahaja, maka ia disukai (istihbab), tidak makruh khususnya kubur awliya dan salihin supaya dikenali. Menurutnya ditegah menulis nama itu jika bertujuan untuk berbangga-bangga, untuk hiasan dan menyebut sifat-sifatnya yang palsu atau menulis al-Quran. (Ibn Hajar al-Haytami t.t. 2: 12)
            
Pandangan penulis. Tegahan menulis di atas kubur dalam nas-nas di atas adalah umum, sama ada nama si mati atau lainnya. Perbuatan itu jika tidak haram adalah makruh.  Tetapi ada juga ulama yang mengharuskan ditulis nama si mati sahaja untuk mudah dikenali.

6.  Hukum duduk di atas kubur

عَنْ جَابِرٍ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ. (صحيح مسلم، الجنائز)
Daripada Jabir katanya: Rasulullah s.a.w. menegah bahawa dikeraskan tanah kubur (disimen), duduk di atas kubur dan dibina  di atas kubur

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ ». (صحيح مسلم، الجنائز)

Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawa seseorang itu duduk di atas satu bara api lalu terbakarlah pakaiannya maka bara itu sampai ke kulitnya adalah lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.

Hadith di atas adalah jelas menunjukkan betapa buruknya duduk di atas kubur. Dari hadith ini menunjukkan duduk di atas kubur itu adalah ditegah.

عن جابر يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى أَنْ يُقْعَدَ عَلَى الْقَبْرِ وَأَنْ يُقَصَّصَ وَيُبْنَى عَلَيْهِ. (سنن أبى داود، الجنائز)
يقصص ، يجصص

Bermaksud: Daripada Jabir katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. menegah duduk di atas kubur, mengkeraskan (menyimen) dan membina di atasnya.

Nas-nas di atas menunjukkan kepada larangan duduk di atas kubur dan duduk di atas kubur amat buruk balasannya.

Pandangan ulama' mengenainya

Kata al-Imam al-Nawawi: Haram duduk di atas kubur. Begitu juga berteliku danmenyandar ke atasnya. (al-Nawawi  1392, 7: 37). Walau bagimana pun al-Nawawi didalam syarah al-Muhadhdhab menyebut larangan ini ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan makruh Tanzih. Pendapat yang kedua ini adalah pendapat al-Shafi`i dan jamhur ulama mazhab al-Shafi`i.(al-Nawawi t.t. 5: 312) Kata al-Shawkani: Duduk di atas kubur adalah haram. Ini adalah pendapat jamhur ulama’ ((al-Mubarkfuri t.t., 4: 133)

Pandangan penulis. Duduk di atas kubur adalah di larang. Asal larangan adalah menunjukkan kepada haram. Kemudian dikuatkan pula pula dengan hadith lain  sebagaimana yang dijelaskan oleh Baginda. Sama dengan duduk ialah bersandar dan berteliku sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Imam al-Nawawi.

.......bersambung siri 3