Kebaikkan dan Dosa


Dr. Udah bin Mohsin
Masjid al-Istiqamah Sg Merab 


عَنْ نَوَّاسِ بْنِ سمعان رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم قال:   الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ. رواه مسلم
وعن وابصة بن معبد رضي الله تعالى عنه قال : أتيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقال : جئت تسأل عن البر ؟ قلت : نعم وقال : إستفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن إليه القلب والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك .  حديث حسن رويناه في مسندي الإمامين أحمد بن حنبل والدرامي بإسناد حسن
 الأربعون النووية - 1 / 27)

Hadith ke dua puluh tujuh.

Maksud hadith

Daripada al-Nawwas bin Sam`an r.a.`. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Kebaikan  ialah akhlak yang mulia, dan dosa itu ialah sesuatu yang menggaru dalam jiwamu/hati, dan engkau tidak suka manusia mengetahuinya.
 Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim.
Daripada Wabusah bin Ma`bad r.a.`. katanya: Aku datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bertanya: Adakah engkau datang bertanya mengenai kebaikan? Jawabku, ya. Lalu sabdanya: Mintalah fatwa kepada hatimu, kebaikan itu ialah sesuatu yang diri dan hatimu berasa tenang kepadanya. Dan dosa ialah sesuatu yang menggaru di dalam diri dan berulang alik dalam hati sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu dan mereka memberi fatwa kepadamu.
Hadith ini hadith hasan. Kami telah meriwayatkannya di dalam dua musnad kepunyaan dua imam, Imam Ahmad dan Imam al-Darimi dengan sanad yang hasan.


Syarah hadith secara ringkas

Hadith pertama ialah menyatakan tentang al-birr, iaitu kebaikan, ia adalah akhlak yang mulia. Manakala dosa pula ialah sesuatu yang menggaru dalam hati/jiwa, dan pelakunya pula tidak suka perkara itu dilihat oleh orang ramai.

Hadith kedua pula menyatakan mengenai seorang Sahabat yang bernama Wabisah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu Baginda terus bertanya kepadanya: adakah kedatanganmu ini untuk bertanya aku mengenai al-birr iaitu kebaikan? Jawabnya, ya, lalu Baginda bersabda kepadanya: Mintalah fatwa kepada hatimu, al-birr/kebaikan ialah sesuatu yang diri dan hatimu berasa tenang kepadanya, menakala dosa ialah sesuatu yang mengaru di dalam diri dan berulang alik dalam hati, sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu dan mereka memberi fatwa kepadamu.


Syarah hadith secara terperinci


Sabda Baginda
البر حسن الخلق
al-Bir mempunyai banyak pegertian. Antaranya:
Segala bentuk kebaikan dan ketaatan kepada Allah.
Al-bir, dari segi bahasa ialah
Nama yang merangkumi segala ketaatan dan amal kebaikan  (safwah al-tafasir , 1: 88). Nama yang merangkumi segala kebaikan dan segala perbuatan yang diridaia. (al-Mudabighi t.t.  214) Atau dengan perkataan lain ia adalah merupakan ketaatan kepada Allah yang merangkumi segala bentuk ketaatan. (Ibn Hajar al-Haytami t.t. 214) Ini bererti bahawa al-bir  adalah segala bentuk kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Dengan ini al-bir itu adalah amat luas sekali yang merangkumi segala bentuk kebaikan yang diredhai Allah atau segala ketaatan kepada-Nya. Selaras dengan firman Allah:

وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (سورة البقرة، 2: 177)
Bermaksud:  dan tetapi kebaikan itu ialah orang yang beriman kepada Allah, Hari Akhirat, para malaikat, kitab Allah, dan para anbia. Orang itu mendermakan harta yang dikasihinya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba. Orang itu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila berjanji, sabar di dalam kesusahan,  penderitaan dan dalam pertempuran  (fi sabil Allah). Merekalah orang yang  benar dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa.

Al-birr di sini merangkumi akidah, syariah dan akhlak iaitu yang terangkum didalam keseluruhan ajaran Islam. Ia lebih luas dari akhlak yang mulia. Al-bir bermaksud: Sesuatu yang dituntut oleh syara` samaada wajib atau mandub. Lawan baginya ialah al-itham iaitu dosa, iaitu  sesuatu yang dilarang oleh syarak. (Ibn hajar al-Haytami t.t. 214) Akhlak yang mulia adalah sebahagian besar dari al-bir, Hadith ini sama seperti hadith Nabi yang lain yang menyebut:

الْحَجُّ عَرَفَةُ (سنن النسائى، الحج)  

Bermaksud: Haji itu `arafah.

Rukun haji bukan hanya wuquf di `arafah sahaja tetapi adalah lebih dari itu, tetapi Rasulullah s.a.w. menyebut   Haji itu `arafah adalah  menunjukkan kepada pentingnya wuquf di `arafah bagi mengerjakan haji. Nas yang seperti ini dikatakan bahawa al-hasr di sini adalah majazi, bukan haqiqi. Bermaksud: pmbatasan disini majaz bukan hakikat. Dibataskan al-bir yang luas itu hanya kepada husn al-khuluq yang khusus. Ini jika husn al-khuluq itu bermaksud dengan seumpama manis muka, tidak menggangu orang lain, suka untuk saudaranya yang muslim apa yang dia suka untuk dirinya, berinteraksi dengan orang lain dengan baik, bersifat lemah lembut ketika berbincang, menghukum dengan adil, berkorban diri dan harta, berbuat baik  ketika senang, mengutamakan orang lain ketika susah dan lain-lain sifat yang dipuji.  Tetapi jika husn al-khuluq/ akhlak yang mulia, dimaksudkan dengannya ialah berakhlak dengan akhlak-akhlak yang dituntut oleh syarak iaitu melaksanakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan larangan-Nya maka maksud pembatasan dalam nas ini adalah hakikat/sebenar. Ini kerana maksud al-bir dengan maksud husn al-khuluq adalah sama.

Al-bir selain dari memberi maksud sebagimana yang di atas tadi ia juga memberi   maksud berbuat baik kepada dua ibu bapa, berkhidmat kepada kedua-duanya dan tidak melakukan sebarang keburukkan kepada kedua-duanya.
Ini dapat dilihat antaranya nas dibawah ini:

عن عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ « الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا » . قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ « ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ » . قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ « الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ    (صحيح البخارى، مواقيت الصلاة))
Bermaksud: Daripada Abd. Allah katanya: Aku bertanya Nabi s.a.w. : Apakah amalan yang paling disukai Allah? Jawab Nabi, sembahyang dalam waktunya. Katanya, kemudian apa? Jawab Nabi, kemudian berbuat baik kepada dua ibu bapa. Katanyanya, kemudian apa? Jawab Nabi: Berjihad pada jalan Allah.

Maksud bir al-walidayn/ berbuat baik kepada dua ibu bapa, ialah berihsan kepada kedua-duanya, berkhidmat kepada kedua-duanya serta tidak melakukan keburukan kepada-kedua-duanya.

Sabda Rasulullah:

والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطلع عليه الناس

BermaksudDan dosa itu ialah sesuatu yang menggaru dalam jiwamu/hati, dan engkau tidak suka manusia mengatahuinya

Ini menunjukkan bahawa dosa itu menjadikan hati pelakunya tidak tenteram dan gelisah. Oleh kerana itu dia tidak suka  dosanya diketahui oleh orang lain. Maksud tidak suka/benci di sini ialah dari sudut pandangan agama. Seperti orang yang melakukan zina, mencuri, minum arak dan yang seumpamanya. Dia tidak suka perbuatan-perbuatan ini diketahui oleah orang ramai.

Orang yang tidak  merasakan demikian iaitu orang yang berasa senang dengan melakukan dosa, bahkan dia menghebohkan dosanya,  adalah tanda yang amat buruk kepada orang itu. Sabda Rasulullah s.a.w.:

كُلُّ أُمَّتِى مُعَافَاةٌ إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنَ الإِجْهَارِ أَنْ يَعْمَلَ الْعَبْدُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحُ قَدْ سَتَرَهُ رَبُّهُ فَيَقُولُ يَا فُلاَنُ قَدْ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ فَيَبِيتُ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ ».  (صحيح مسلم، الزهد والرقلق)ِ ».

Bermaksud: Setiap umatku diberi kemaafan, kecuali orang yang berterang-terang, (mengiklankan perbuatan buruk), dan adalah termasuk di dalam berterang-terang bahawa seseorang hamba Allah itu melakukan satu (perkara buruk) kemudian sampai ke waktu pagi Allah menutupnya, lalu dia mendedahkannya dengan berkata: Wahai sipulan! Malam tadi aku berbuat begini, begini. Di waktu malam Tuhannya telah menutupnya dan terus menutupnya, tetapi di waktu pagi dia membuka apa yang Allah menutupnya.

Keburukan yang dilakukannya itu adalah seperti zina, mencuri dan minum arak bahkan, jika dia menganggap bahawa zina, mencuri dan minum arak itu halal, yakni boleh dilakukan oleh orang Mukmin maka dia telah terkeluar dari Islam kerana menghalalkan sesuatu yang telah jelas dilarang oleh Allah di dalam al-Quran. Orang Mukmin sepatutnya menjauhi dosa dan sentisa menjaga diri dari terkena dosa.   

عَنِ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدِيثَيْنِ أَحَدُهُمَا عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - وَالآخَرُ عَنْ نَفْسِهِ قَالَ « إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ » . فَقَالَ بِهِ هَكَذَا
 (صحيح البخاري، الدعوات )

Bermaksud: Daripada al-Harith bin Suyid katanya: Abd. Allah bin Mas`ud menyampaikan kepada kami dua hadith, salah satu dari ke dua-duanya daripada Nabi s.a.w. dan satu lagi darinya sendiri, sabdanya/katanya: Bahawasanya orang Mukmin melihat dosanya, seolah-olahnya dia duduk di bawah bukit dia takut (batu-batu di atas bukit itu) jatuh menghempapnya. Dan bahwasanya orang yang fajir/fasik melihat dosanya (hanya) seperti lalat yang lalu di atas hidungnya maka dia berkata mengenainya: seperti ini.

Hadith ini menunjukkan bahawa orang Mukmin sangat berusaha menjauhi dosa manakala orang fasik mengambil ringan tentang dosa lantas dia kerap melakukannya.

Apabila dibincangkan mengenai melakukan perkara buruk iaitu melakukan dosa maka terkeluarlah sesuatu yang hanya berbentuk angan-angan. Angan-angan hendak berbuat dosa, tetapi tidak buat. Ini adalah dimaafkan.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِى عَنْ أُمَّتِى مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا ، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ » (صحيح البخارى، العتق)

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a.` katanya: Nabi s.a.w. bersabda: Bahawasanya Allah memaafkan untukku mengenai umatku apa yang diwas-waskan oleh dadanya selama dia belum melakukannya atau bercakap (mengenainya)                

 Maksud apa yang diwas waskan oleh dadanya ialah keburukkan yang terlintas di hatinya.
Hadith ini menunjukkan perkara-perkara buruk yang terlintas di hati itu dimaafkan selagi tidak dilakukan atau dicakapkan. Dalam riwayat yang lain pula :
 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رضى الله عنهما - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - فِيمَا يَرْوِى عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ قَالَ « إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً » (صحيح البخارى ن الرقاق)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. daripada Nabi s.a.w. pada apa yang Baginda meriwayatkan daripada Tuhannya: `a.w.j. sabdanya: Allah berfirman (dalam hadith qudsi): Bahawasanya Allah menulis kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, kemudian Allah menerangkan: Sesiapa yang bercita-cita dengan kebaikan dan dia tidak melakukannya Allah tulis di sisi-Nya untuk orang itu satu kebaikan penuh. Maka jika dia bercita-cita tentang kebaikan dan dilakukannya Allah tulis di sisi-Nya bagi orang itu 10 kebaikan hingga 700 ganda, hingga ganda-ganda yang amat banyak. Dan sesiapa yang bercita-cita mengenai kejahatan dan tidak melakukannya Allah menulis di sisi-Nya untuk orang itu satu kebaikan penuh, dan jika orang itu bercita=cita mengenai kejahatan , lalu dilakukannya Allah tulis baginya satu kejahatan

Kata Wabisah:

أتيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقال : جئت تسأل عن البر ؟ قلت : نعم

Bermaksud: Aku datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bertanya: Adakah engkau datang bertanya mengenai kebaikan? Jawabku, ya.

Hadith ini adalah merupakan salah satu dari mu`jizat Rasulullah  s.a.w.  kerana Rasulullah memberi tahu kepada Wabisah apa yang ada dalam hatinya sebelum Wabisah memperkatakannya kepada Baginda. (Ibn Hajar al-Haytami t.t. 215).

Dalam hadith ini, Nabi memberitahu Wabisah dengan cara bertanya sesuatu yang Wabisah hendak tanyakan perkara itu kepada Nabi s.a.w. Ini bererti Nabi telah mengetahui apa yang hendak ditanyakan oleh Wabisah kepada Baginda.

Kepada Rasulullah, perkara ini adalah mu`jizat Baginda tetapi kepada kebanyakkan  orang ini adalah kahanah iaitu memberi tahu mengenai sesuatu yang akan berlaku tanpa dalil syarak. Kadang-kadang yang diberi tahu itu betul dan pada kebiasaannya tidak betul. Orang Islam dilarang percaya dengan perkhabaran orang ini. Sabda Rasulullah s.a.w.:

عَن أَبِى هُرَيْرَةَ وَالْحَسَنِ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (مسند أحمد، مسند أبى هريريرة ) 

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah dan al-Hasan daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Sesiapa yang datang menemui tukang tilik dan mempercayai apa yang dikatanya maka sesungguhnya dia telah mengingkari apa yang diturunkan ke atas Muhammada s.a.w.

Hadith di atas melarang keras dari mendatangi dan mempercayai kata tukang tilik dan yang seumpamanya.

Walau bagai manapun terdapt perkara yang seumpama ini  dari orang salih yang dipangil sebagai firasat al-mu`min.

الربيع يقول: كنت أنا والمزني والبويطي عند الشافعي، فنظر إلينا، فقال لي: أنت تموت في الحديث، وقال للمزني: هذا لو ناظره الشيطان، قطعه وجدله، وقال للبويطي: أنت تموت في الحديد.
قال: فدخلت على البويطي أيام المحنة، فرأيته مقيدا مغلولا (سير أعلام النبلاء - 10 / 40

Bermaksud: Kata al-Rabi`: Aku, al-Muzani dan al-Buti berada di sisi al-Shafi` lalu dia memandang kepada kami, katanya kepada aku: Engkau mati dalam al-hadith. Katanya kepada al-Muzani: Ini jika berdebat dengan syatan nuscaya dia dapat mengalahkannya, dan katanya kepada al-Buti: Engkau mati dalam besi. Kata al-rabi`: Aku masuk menemui al-Buti pada hari-haru mihnah  aku melihatnya dibelenggu (dengan besi)

Makna firasah ialah, pertama, apa yang Allah campakkan  kepada hati awliya’-Nya maka mereka mengetahui keadaan setengah manusia dengan melalui bentuk keramat dan isabah al-zann wa al-hads. Kedua, sejenis yang dipelajari dengan melalui tanda-tanda, ujian, bentuk badan dan akhlak lalu diketahui hal keadaan manusia. (Ibn al-Athir t.t. 3: 428)

Adapun riwayat berikut:

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « اتَّقُوا فِرَاسَةَ الْمُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُورِ اللَّهِ ». ثُمَّ قَرَأَ (إِنَّ فِى ذَلِكَ لآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ ). قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَقَدْ رُوِىَ عَنْ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ فِى تَفْسِيرِ هَذِهِ الآيَةِ (إِنَّ فِى ذَلِكَ لآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ) قَالَ لِلْمُتَفَرِّسِينَ.
قال الشيخ الألباني : ضعيف

Bermaksud: Daripada Abu Sa`id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu takut firasah orang Mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah.
Ia adalah daif.

Sabda Baginda s.a.w.

إستفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن إليه القلب

Bermaksud: : Mintalah fatwa kepada hatimu, kebaikan itu ialah sesuatu yang diri dan hatimu berasa tenang kepadanya. Dan dosa ialah sesuatu yang mengaru di dalam diri dan berulang alik dalam hati sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu dan mereka memberi fatwa kepadamu.

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyuruh Qubaysah supaya meminta fatwa kepada hatinya. Yang dijadikan panduan fatwa  ialah kata hati. Kerana kebaikan itu ialah yang diri dan hatimu merasai tenang kepadanya. Ini ialah kerana pada asalnya hati manusia itu adalah dapat mengenal kebaikan, menerimanya dan cenderung kepadanya. (Ibn Hajar al-Haytami t.t. 216). Selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

« كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ ، كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ ، هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ » . (صحيح البخارى، الجنائز)




Bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu dia dilahirkan menurut fitrah (cenderung kepada Islam/kebaikan), maka kedu-dua ibu bapalah yang menjadikan kanak-kanak itu memeluk agama Yahudi, Nasrani atau Majusi, seperti binatang ternakkan (yang seperti kambing) ia melahirkan anaknya (sampurna kejadian), adakah engkau melihatnya cacat? (putus teling, hidung atau lainnya).

Selain dari itu Rasulullah s.a.w. adalah menujukan sabdanya itu kepada Wabusah, seorang sahabat yang cerdik dan alim. Oleh itu Rasulullah bercakap kepadanya selaras dengan keilmuannya dan kefahamanya dan ketakwaannya. Dalam hal ini ada diriwayatkan  daripada  `Aisah katanya:


أمرنا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أن ننزل الناس منازلهم. (صحيح مسلم ، مقدمة)

Bermaksud; Rasulullah s. a.w. menyuruh kita untuk meletakkan seeorang itu di tempatnya yang sesuai.

Adapun kepada orang yang jahil terhadap agama, tidak berpegang dengan ajaran agama, bergolomang dengan dosa maka kata hatinya tidak boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mengetahui kebaikan (al-birr). Selaras dengan firman Allah:

وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (12) إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ (13) كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (14) كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ (15) ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُو الْجَحِيمِ (16) ثُمَّ يُقَالُ هَذَا الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ (سوورة المطففين، 83: 12-17)

Bermaksud: Dan tiada yang mendustakannya (Hari Kiamat) kecuali sesiapa orang melampau lagi amat banyak berdosa. Apabila dibacakan ke atasnya Ayat-ayat Kami dia berkata: Itu adalah cerita-cerita dongeng. Bahkan, tetapi sebenar, dosa-dosa yang amat banyak telah menyelaputi hati mereka kerana apa yang mereka telah lakukan. Bahkan sesunggohnya mereka adalah terdinding dari rahmat Tuhan mereka. Kemudian mereka akan masuk ke dalam neraka al-jahim. Kemudian dikatakan (kepada mereka): Inilah yang kamu telah mendustakannya.

Perkara-perkara yang telah jelas halalnya atau haramnya kerana jelas nas yang sahih mengenainya maka tidak perlu bertanya kepada hati. Seperti haram judi, riba, zina, arak dan lainnya.

Sabda Baginda


والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك

Bermaksud:  Dan dosa itu ialah sesuatu yang menggaru dalam jiwamu/hati, dan engkau tidak suka manusia mengatahuinya.\

Di dalam riwayat yang lain:

جامع العلوم والحكم - (1 / 251)
عن مسلم بن مسلم قال سمعت أبا ثعلبة الخشني يقول قلت يا رسول الله أخبرني ما يحل لي و ما يحرم علي قال البر ما سكنت إليه النفس واطمأن إليه القلب والإثم ما لم تسكن إليه النفس ولا يطمئن إليه القلب وإن أفتاك المفتون.   وهذا أيضا إسناد جيد

Bermaksud: Daripada Muslim bin Muslim katanya: Aku mendengar Abu Tha`labah al-Khushaniyy berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Khabarkan kepada aku apa yang halal bagiku dan yang haram ke atasku? Jawab Baginda: Kebaikan itu apa yang jiwa dan hati merasa tenang dan tenteram kepadanya. Dan dosa itu sesuatu yang jiwa dan hati tidak tenang dan tenteram kepadanya sekalipun para mufti memberi fatwa kepadamu.

Hadith ini menunjukkan dosa itu menjadikan hati dan jiwa seseorang Mukmin itu tidak tenteram. Manakala kebaikan pula menjadikan hati dan jiwanya tenteram dan tenang.

Dalam hadith ini juga diperkatakan sekalipun para ulama’ memfatwakannya. Ini ialah kepada orang yang Allah kurniakan kepadanya ilmu yang lulas sedangkan apa yang difatwakan oleh ulama’  itu hanya menurut sangkaan mereka sahaja tanpa disertakan dengan dalil syarak. Tetapi apabila mereka membawa dalil syarak maka wajib baginya menerimanya sekalipun hati dan jiwanya tidak tenang. Contohnya seperti kemudahan berbuka puasa (tidak berpuasa) bagi orang yang musafir yang cukup syaratnya.
Pengajaran

1.     Kebaikan itu amat luas.
2.     Akhlak yang mulia adalah merupakan asas kebaikan atau ia merupakan kebaikan
3.     Kebaikan akan menjadikan seeorang Mukmin merasa tenang.
4.     Dosa akan menjadikan seseorang Mukmin merasa tidak tenang dan gelisah.
5.      Hati seseorang Mukmin yang alim dan bertakwa boleh menjadi rujukan dalam mengenal kebaikan.
6.     Hati seorang yang jahil terhadap agama dan orang fasik tidak boleh jadi rujukan untuk mengetahui kebaikan
7.     Hati dirujuk untuk mengetahui kebaikan adalah dalam perkara-perkara yang tiada dalil padanya.