KEBURUKAN RIYA' DAN SUM'AH

Oleh Dr Udah Mohsin

Keburukan Riya’ dan sum`ah


Makna riya’   dan sum`ah                                                                                                 
Makna riya’ sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din.:
فحد الرياء هو إرادة العباد بطاعة الله
إحياء علوم الدين - (3 / 290)
Bermaksud:  Riya’ ialah melakukan ketaatan kepada Allah bertujuan untuk mendapat (sanjungan/kedudukan) daripada manusia.
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya,  Fath al-Bari memberikan takrif riya’:
الرياء بكسر الراء وتخفيف التحتانية والمد وهو مشتق من الرؤية والمراد به إظهار العبادة لقصد رؤية الناس لها فيحمدوا صاحبها والسمعة بضم المهملة وسكون الميم مشتقة من سمع والمراد بها نحو ما في الرياء لكنها تتعلق بحاسة السمع والرياء بحاسة البصر
فتح الباري - ابن حجر - (11 / 336)
Maksud riya’ ialah menzahirkan ibadah bertujuan supaya manusia melihatnya lalu mereka memuji orang yang melakukan ibadah tersebut. Sum`ah pula ialah sama dengan riya’ tetapi ia berkaitan dengan pendengaran, manakala riya’ ia berkaitan dengan penglihatan.

Dari takrif riya’ yang telah dipaparkan di atas ternyata bahawa riya’ itu ialah seseorang itu menunjukkan kepada manusia sesuatu ibadah yang dilakukannya supaya mereka memujinya. Perbezaan di antara riya’ dan sum`ah ialah riya’ itu  pada perbuatan, manakala sum`ah itu pada pendengaran. Sebagai contoh: Jika seorang itu mengerjakan sembahyang maka riya’ itu boleh berlaku dalam perbuatan-perbuatan sembahyang, seperti berdiri, rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain. Manakala sum`ah pula boleh berlaku pada bacaan-bacaan yang dibaca dalam sembahyang, seperti membaca fatihah, surah dan lain-lain bacaan.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan riya’
 فالمرائي هو العابد والمراءى هو الناس المطلوب رؤيتهم بطلب المنزلة في قلوبهم والمراءى به هو الخصال التي قصد المرائي إظهارها والرياء هو قصده إظهار ذلك
إحياء علوم الدين - (3 / 290)
Bermaksud: Yang melakukan riya’ ialah orang yang melakukan ibadah itu. Yang diriya’kan ialah orang yang dituntut untuk mendapat kedudukan/sanjungan di hati mereka. Perkara yang diriya’kan ialah sesuatu yang dikasadkan oleh orang yang melakukan riya’ untuk menzahirkannya. Riya’ ialah kasad orang itu menzahirkan perkara yang diriya’kan.

Perkara yang diriya’kan
 وتجمعه خمسة أقسام وهي مجامع ما يتزين به العبد للناس وهو البدن والزي والقول والعمل والأتباع والأشياء الخارجة
إحياء علوم الدين - (3 / 290)
Bermaksud: Perkara yang diriya’kan itu adalah banyak boleh dihimpunkan kepada lima bahagian iaitu badan, pakaian, perkataan, amalan, dan ramai pengikut atau sebagainya.

Riya’ mengenai perkara-perkara dunia
وكذلك أهل الدنيا يراءون بهذه الأسباب الخمسة إلا أن طلب الجاه وقصد الرياء بأعمال ليست من جملة الطاعات أهون من الرياء بالطاعات
إحياء علوم الدين - (3 / 290)
Bermaksud: Mereka yang cintakan dunia juga menunjuk-nunjukkan dengan lima perkara ini. Walaubagimana pun mencari kemegahan dan kasad riya’ dengan melakukan perkara –perkara yang bukan berbentuk ketaatan kepada Allah lebih ringan dari riya’ yang menggunakan ketaatan kepada Allah.

Kategori-kategori riya’                                                                                      
Riya’ itu mempuyai banyak kategori-kategorinya.                                                                           
Pertama. Iaitu yang paling buruk ialah riya’ pada keimanan. Ini adalah sifat orang munafiqin. (Ibn Hajar al-Haytami 1400H., 59.). Bermaksud menzahirkan keimanan dengan menyembunyikan kekufuran. Pada zahirnya sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi sebenarnya, hatinya tidak meyakini kebenaran apa yang dia lakukan. Pada anggapannya, itu semua hanya sia-sia bleak, dia melakukannya hanya untuk sanjungan masyarakat kepadanya sahaja                                                                                                                                          
Kedua. Riya’ pada asas ibadat yang wajib, seperti seorang yang biasanya meninggalkan ibadah jika dia bersendirian, tetapi dia melakukan ibadah itu apabila dia berada di hadapan orang ramai, kerana takut di cela.                                        .                                                                                                                                           
Ketiga. Riya’ dengan mengerjakan perkara-perkara sunat. Seperti seorang yang membiasakan mengerjakan sembahyang sunat ketika bersendirian, dengan keadaan malas dan tidak suka kepada pahalanya. Dia melakukannya, kerana takut mengurangkannya  atau tidak melakukannya ketika berada di hadapan orang ramai.                                                                                                                                       
Kempat. Riya’, dengan cara melakukan sifat-sifat ibadat, seperti mengelokkannya, memanjangkan rukun-rukunnya, menzahirkan kekhusyukkan padanya dan mengerjakan  segala  perkara-perkara yang berbentuk kesampurnaan/keutamaan, sedangkan ketika bersendirian hanya mengerjakan perkara-perkara yang wajib sahaja.  Ini semua dilarang kerana mengutamakan/mendahulukan makhluk dari khaliq. (Ibn Hajar al-Haytami 1400H., 59.).

Larangan riya’ dan sum`ah.                                                                                           
Terdapat banyak nas-nas yang menegah  dari
riya’ dan sum`ah.                                                                      

Di antaranya firman Allah: 
{فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (6)} [الماعون : 4 - 6]
Bermaksud: Maka, nerakalah bagi mereka yang sembahyang yang sifat mereka itu lalai terhadap sembahyang, mereka yang riya’ (dalam sembahyang.).  Maksud lalai terhadap sembahyang, ada diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. ialah  
يؤخرون الصلاة عن وقتها
وكذا رواه الحافظ أبو يعلى عن شيبان بن فَرُّوخ، عن عكرمة بن إبراهيم، به. ثم رواه عن أبي الربيع، عن جابر، عن عاصم، عن مصعب، عن أبيه موقوفًا (8) وهذا أصح إسنادًا، وقد ضعف البيهقي (9) رفعه، وصحح وقفه، وكذلك الحاكم
(Ibn Kathir  1999, 8: 495).                                                                                                                      

Bermaksud: mengakhirkan sembahyang dari waktunya.                                                                           Ia merangkumi meninggalkan sembahyang, mengerjakan sembahyang setelah habis waktu yang disyariatkan, dan melambatkan sembahyang dari awal waktunya sehingga habis waktu. (Ibn Kathir  1999, 8: 495).                                                                                                                                    
Tafsiran di atas  selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
تِلْكَ صَلَاةُ الْمُنَافِقِ يَجْلِسُ يَرْقُبُ الشَّمْسَ حَتَّى إِذَا كَانَتْ بَيْنَ قَرْنَيْ الشَّيْطَانِ قَامَ فَنَقَرَهَا أَرْبَعًا لَا يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهَا إِلَّا قَلِيلًا
صحيح مسلم - (3 / 318)
Bermaksud: Yang demikian itu adalah sembahyang orang munafiq, dia duduk, memerhatikan matahari, dan apabila matahari berada di antara dua tanduk syaitan ( hampir sangat terbenam) maka dia pun berdiri (mengerjakan sembahyang) lalu dia mematuk (mengerjakannya dengan amat cepat), dia tidak menyebut Allah kecuali sedikit sahaja.                                                            

Maksud   mereka yang riya’ dalam sembahyang,  ialah menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai akan sembahyang yang mereka kerjakannya.                                                                                                   
Nas al-Quran di atas adalah jelas melarang keras dengan memberi balasan neraka kepada orang yang riya’ pada mengerjakan sembahyangnya. Iaitu sembahyang yang dilakukan hanya untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai, sedangkan jika bersendirian belum tahu dia mengerjakannya.

Mengenai larangan riya’ juga, firman Allah lagi:
{إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا (142)} [النساء : 142]
Bermaksud: Bahawasanya orang-orang munafiq mereka menipu Allah (pada anggapan mereka), sedangkan sebenarnya Allah yang menipu mereka (dengan membiarkan mereka terus berada di dalam kejahatan dan kesesatan), apabila mereka bangun mendirikan sembahyang mereka mengerjakannya dengan malas, menunjuk-nunjukkan (sembahyangnya) kepada manusia, dan mereka tidak menyebut Allah kecuali sedikit sahaja.
يُرَاءُونَ النَّاسَ  Mereka menunjuk-nunjukkan (sembahyangnya) kepada manusia.
Bermaksud: Mereka sembahyang bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk-menunjuk kepada manusia. Oleh kerana itu mereka banyak tidak menghadiri sembahyang yang kebiasaannya mereka tidak dilihat orang ramai seperti sembahyang `Isyak dan Subuh.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
صحيح البخاري - (3 / 46)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah katanya, Nabi s.a.w. bersabda: Tiada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin dari sembahyang Subuh dan Isyak. Jika mereka mengetahui kelebihan yang terdapat pada kedua-duanya nescaya mereka datang mengerjakannya sekalipun dengan merangkak.

Mengenai larangan riya’ juga, firman Allah:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ} [البقرة : 264]
Bermaksud: Wahai mereka yang beriman! Janganlah kamu hapuskan sedekah-sedekah kamu dengan mengungkit-ungit dan menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, dan dia tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. 

Dari nas di atas dapat dipahami, orang yang membelanjakan harta dengan menunjuk-nunjuk itu adalah sifat orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat,  dan dari nas al-Quran di atas juga menunjukkan riya’ itu membatalkan pahala sedekah.
Dari hadith-hadith pula,                                                                                                                                                          
Di antaranya:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِه               
صحيح البخاري – (20 / 153)
Bermaksud: Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memperdengarkan (suaranya, seperti membaca al-Quran) Allah akan memperdengarkan dengannya. Sesiapa yang menunjuk-nunjukkan (amalannya) maka Allah akan menunjuk-nunjuk dengannya. 

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fatah al-Bari telah membawakan pendapat ulama-ulama mengenai maksud nas di atas. Di antaranya:
Kata al-Khattabi: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan tanpa ikhlas, bertujuan untuk dilihat oleh manusia dan diperdengarkan kepada mereka, maka orang itu dibalas di atas yang demikian itu dengan cara Allah memalukannya dan menzahirkan apa yang dia menyembunyikannya.                  

Ada pula yang mengatakan maksudnya ialah:  Sesiapa yang melakukan amalan bertujuan untuk mendapat keagongan dan kedudukan di sisi manusia, bukan bertujuan kerana Allah, maka Allah jadikan amalan itu sebagai perbualan di kalangan orang ramai yang orang itu hendak mendapat kedudukan di sisi mereka, dan tiadalah baginya pahala di akhirat.  

Ada juga yang mengatakan maksudnya ialah :  Orang yang tujuan amalannya untuk memperdengarkannya kepada orang ramai dan untuk mereka melihatnya supaya mereka mengagongkannya dan tinggi kedudukkannya di sisi mereka dia akan mencapainya, dan itu adalah sebagai balasan amalannya, dan tiada pahala baginya di akhirat.                                                    

Ada juga yang mengatakan makna hadith di atas ialah sesiapa yang memperdegarkan keaiban-keaiban orang dan menyebarkannya, Allah akan menzahirkan keaiban-keaibannya dan memperdengarkan kepadanya perkara yang dibencinya.   Ada juga yang mengatakan makna hadith di atas ialah sesiapa yang menisbahkan kepada dirinya amal salih yang dia tidak mengerjakannya dan mendakwa kebaikkan yang dia tidak mengerjakannya maka Allah akan menzahirkan keaibannya dan menzahirkan pendustaannya.  Ada juga yang mengatakan makna hadith di atas ialah sesiapa yang melakukan amalan dengan riya’ maka Allah akan menunjukkan kepadanya pahala amalan itu tetapi Allah mengharamkan pahala itu kepadanya. 

Ada juga yang mengatakan makna:  Allah akan memperdengarkan dengannya ialah Allah memasyhurkannya atau Allah memenuhkan pendengaran orang ramai dengan pujian buruk kepadanya شهره أو ملأ اسماع الناس بسوء الثناء عليه    di dunia atau pada Hari Kiamat kerana keburukan hatinya.                    

Ibn Hajar menambah lagi, katanya:  Terdapat beberapa hadith yang menjelaskan bahawa balasan itu adalah di akhirat, maka itu adalah yang muktamad. Di antara hadith-hadithnya:
عن أَبُى هِنْدٍ الدَّارِيُّ أَنَّهُ
سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَامَ مَقَامَ رِيَاءٍ وَسُمْعَةٍ رَايَا اللَّهُ تَعَالَى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَسَمَّعَ
مسند أحمد – (45 / 287)
Bermaksud: Daripada Abu Hind al-Dari bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang melakukan (sesuatu amalan) dengan riya’ dan sum`ah maka pada Hari Kiamat Allah akan riya’ dan sum`ah kepadanya. Ibn Hajar berkata lagi: Terdapat beberapa hadith yang jelas menunjukkan berlaku yang demikian itu pada Hari Kiamat dan itulah yang muktamad.                                                                                                                                                        
Ibn Hajar berkata lagi: Dari hadith ini menunjukkan, sunat/sebaik-baiknya (isttihbib) melakukan amal salah secara sembunyi. Walaubagaimanapun kadang kala sunat/sebaik-baiknya di zahirkan amalan itu iaitu bagi orang yang menjadi ikutan, supaya orang rami mengikutnya. Ianya dilakukan mengikut keperluan. Kata Ibn `Abd al-salam: Dikecualikan dari sunat/sebaik-baiknya melakukan amal salah secara sembunyi adalah kepada orang yang menzahirkannya supaya menjadikan ikutan atau supaya dimanafaatkannya, contohnya menulis ilmu.                                                                 
 Contoh dari hadith ialah:
عن أَبُى حَازِمِ بْنُ دِينَارٍ
أَنَّ رِجَالًا أَتَوْا سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ وَقَدْ امْتَرَوْا فِي الْمِنْبَرِ مِمَّ عُودُهُ فَسَأَلُوهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْرِفُ مِمَّا هُوَ وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ أَوَّلَ يَوْمٍ وُضِعَ وَأَوَّلَ يَوْمٍ جَلَسَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فُلَانَةَ امْرَأَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ قَدْ سَمَّاهَا سَهْلٌ مُرِي غُلَامَكِ النَّجَّارَ أَنْ يَعْمَلَ لِي أَعْوَادًا أَجْلِسُ عَلَيْهِنَّ إِذَا كَلَّمْتُ النَّاسَ فَأَمَرَتْهُ فَعَمِلَهَا مِنْ طَرْفَاءِ الْغَابَةِ ثُمَّ جَاءَ بِهَا فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ بِهَا فَوُضِعَتْ هَا هُنَا ثُمَّ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى عَلَيْهَا وَكَبَّرَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ رَكَعَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ نَزَلَ الْقَهْقَرَى فَسَجَدَ فِي أَصْلِ الْمِنْبَرِ ثُمَّ عَادَ فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لِتَأْتَمُّوا وَلِتَعَلَّمُوا صَلَاتِي
صحيح البخاري - (3 / 450)

… Setelah selesai, Baginda menghadap kepada orang ramai dan bersabda: Wahai orang rami! Bahawasanya aku melakukan ini, supaya kamu mencontohinya dan supaya kamu mengetahui sembahyangku.                                                                                                                                                      
Al-Tabari berkata: Ibn `Umar, Ibn Mas`ud dan sekumpulan dari kalangan al-salaf al-salih mereka melakukan sembahyang  tahajjud di masjid dan menzahirkan amal-amal salih mereka, supaya menjadi ikutan. Al-Tabari berkata lagi: (Iaitu bagi) sesiapa yang menjadi ikutan, amalannya menjadi contoh, dia mengetahui hak Allah ke atasnya, dapat mengalahkan syaitan yang menggudanya, sama sahaja baginya amalannya yang dilakukan secara zahir (di hadapan orang ramai) dengan yang tersembunyi (berseorangan) kerana tujuannya adalah benar. Adapun bagi yang lain dari itu maka secara sembunyi adalah lebih afdal.                                                  .                                                                                                                                 
Di atas yang demikian itulah yang dilakukan oleh al-slaf al-salih.                                                                                                                                        
Contoh bagi yang pertama, hadith:
حماد بن سلمة عن ثابت عن أنس قال سمع النبي صلى الله عليه و سلم رجلا يقرأ ويرفع صوته بالذكر فقال انه اواب قال فإذا هو المقداد بن الأسود أخرجه الطبري
Yang diriwayatkan oleh Hammad bin Salamah daripada Thabit daripada Anas katanya: Nabi s.a.w. mendengar seorang lelaki yang membaca (al-Quran) dan mengangkat suaranya dengan zikir maka jawab Baginda: Dia adalah orang yang sangat kembali kepada Allah (banyak bertaubat.).                    Contoh bagi yang kedua, hadith:
 الزهري عن أبي سلمة عن أبي هريرة قال قام رجل يصلي فجهر بالقراءة فقال له النبي صلى الله عليه و سلم لا تسمعني واسمع ربك أخرجه احمد وبن أبي خيثمة وسنده حسن
فتح الباري – ابن حجر – (11 / 337)
Yang diriwayatkan oleh al-Zuhri daripada Abu Salamah daripada Abu Hurayrah katanya, seorang bangun mengerjakan sembahyang dan dia menyaringkn suaranya dalam bacaannya maka Nabi s.a.w. bersabda: Jangan engkau memperdengarkan kepada aku, tetapi perdengarkanlah kepada Tuhanmu.                                                                                                                                                                       
Dalam hadith yang pertama Rasulullah s.a.w. memuji orang yang menyaringkan suaranya dan dalam hadith kedua Rasulullah s.a.w. mencela orang yang menyaringkan suaranya. Ini ialah kerana orang yang pertama melakukannya kerana Allah dan untuk menjadi contoh,  tetapi orang yang kedua melakukannya kerana menunjuk-nunjuk, tidak ikhlas kerana Allah.                                                         

Di antara hadith-hadith mengenai larangan riya’
الْخَيْلُ لِثَلَاثَةٍ لِرَجُلٍ أَجْرٌ وَلِرَجُلٍ سِتْرٌ وَعَلَى رَجُلٍ وِزْرٌ فَأَمَّا الَّذِي لَهُ أَجْرٌ فَرَجُلٌ رَبَطَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأَطَالَ فِي مَرْجٍ أَوْ رَوْضَةٍ فَمَا أَصَابَتْ فِي طِيَلِهَا ذَلِكَ مِنْ الْمَرْجِ أَوْ الرَّوْضَةِ كَانَتْ لَهُ حَسَنَاتٍ وَلَوْ أَنَّهَا قَطَعَتْ طِيَلَهَا فَاسْتَنَّتْ شَرَفًا أَوْ شَرَفَيْنِ كَانَتْ أَرْوَاثُهَا وَآثَارُهَا حَسَنَاتٍ لَهُ وَلَوْ أَنَّهَا مَرَّتْ بِنَهَرٍ فَشَرِبَتْ مِنْهُ وَلَمْ يُرِدْ أَنْ يَسْقِيَهَا كَانَ ذَلِكَ حَسَنَاتٍ لَهُ وَرَجُلٌ رَبَطَهَا فَخْرًا وَرِئَاءً وَنِوَاءً لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ فَهِيَ وِزْرٌ
صحيح البخاري - (9 / 465)
Bermaksud: Kuda itu untuk tiga golongan manusia, bagi seorang dia mendapat pahala, bagi seorang lain pula ia sebagai dinding (dari kefakiran atau dari api neraka),  dan bagi seorang lain pula dia mendapat dosa. Adapun bagi orang yang mendapat pahala ialah seorang yang mengikat kuda itu pada jalan Allah, lalu dia mengikat tali kuda itu dalam kawasan tanah yang luas atau dalam kawasan yang tinggi, maka kawasan yang terdapat pada tali itu dari tanah yang luas tersebut atau dari kawasan tinggi tersebut adalah pahala baginya. Dan jika kuda itu memutuskan talinya dan berlari ke satu tempat ke satu tempat adalah tahinya dan kesan-kesannya, kebaikkan bagi orang itu. Dan sekiranya kuda itu melalui di sebatang sungai lalu ia minum darinya, sedangkan tuannya tidak mahu memberikannya minum maka itu adalah kebaikkan baginya. Dan seorang yang mengikat kudanya kerana bermegah-megah, menunjuk-nunjuk dan memusuhi orang Islam maka ia adalah dosa ke atasnya.

Di antara hadith-hadith mengenai larangan riya’
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ
صحيح مسلم - (10 / 9)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawasanya orang yang pertama dibicarakan pada Hari Kiamat ialah seorang lelaki yang mati shaid, orang itu dibawa datang, lalu  diperkenalkan kepadanya nekmat-nekmat Allah kepadanya maka orang itu pun mengenali nekmat-nekmat itu, Allah bertanya kepadanya: Apa yang engkau lakukan terhadap nekmat-nekmat itu? Orang itu menjawab: Aku berperang kerana-Mu sehingga aku mati shahid, Allah berfirman: Engkau dusta, tetapi sebenarnya engkau berperang supaya dikatakan, engkau seorang yang berani/pahlawan dan sesungguhnya orang telah berkata begitu, kemudian orang itu diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dia dicampakkan ke dalam neraka. Dan seorang yang mempelajari ilmu kemudian mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang itu dibawa datang, , lalu  diperkenalkan kepadanya nekmat-nekmat Allah kepadanya maka orang itu pun mengenali nekmat-nekmat itu, , Allah bertanya kepadanya: Apa yang engkau lakukan terhadap nekmat-nekmat itu? Orang itu menjawab: Aku telah mempelajari ilmu dan aku telah mengajarkannya dan aku telah membaca al-Quran kerana-Mu. Allah menjawab, engkau berdusta, tetapi sebenarnya engkau mempelajari ilmu supaya dikatakan, engkau alim dan engkau membaca al-Quran supaya dikatakan, qari’ dan sesungguhnya telah dikatakan demikian,  kemudian orang itu diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dia dicampakkan ke dalam neraka. Dan seorang lelaki yang Allah telah meluaskan rezeki ke atasnya dan Allah telah mengkurniakan kepadanya berbagai-bagai bentuk harta, semuanya. Kemudian, orang itu dibawa datang, , lalu  diperkenalkan kepadanya nekmat-nekmat Allah kepadanya, maka orang itu pun mengenali nekmat-nekmat itu, , Allah bertanya kepadanya: Apa yang engkau lakukan terhadap nekmat-nekmat itu? Orang itu menjawab: Aku tidak meninggalkan semua jalan yang Engkau suka untuk dibelanjakan ke atasnya kecuali aku belanjakan padanya kerana-Mu. Allah menjawab: Engkau berdusta, tetapi sebenarnya engkau melakukannya supaya dikata, engkau dermawan, dan sesungguhnya, telah diperkata demikian kemudian orang itu diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dia dicampakkan ke dalam neraka.
Di antara hadith-hadith mengenai larangan riya’
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَال
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَرَأَيْتَ رَجُلًا غَزَا يَلْتَمِسُ الْأَجْرَ وَالذِّكْرَ مَالَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا شَيْءَ لَهُ فَأَعَادَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُولُ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا شَيْءَ لَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبَلُ مِنْ الْعَمَلِ إِلَّا مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ
سنن النسائي - (10 / 204)
Bermaksud: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. seraya berkata: Apa pandanganmu terhadap, seorang lelaki yang pergi berperang untuk mendapat pahala dan sebutan nama? bagaimana dia? Maka jawab Rasulullah s.a.w.: Tiada sesuatu baginya, maka Baginda mengulanginya tiga kali, Rasulullah berkata kepadanya: tiada sesuatu baginya, kemudian Baginda bersabda: Bahawasanya Allah tidak menerima amalan kecuali adalah ia semata-mata dan dituntut dengannya kerana-Nya (Allah).

Di antara hadith-hadith mengenai keburukan riya’ juga:
عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالَ الرِّيَاءُ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ تُجَازَى الْعِبَادُ
مسند أحمد - (39 / 43)
بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ بِأَعْمَالِكُمْ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً
مسند أحمد - (39 / 44)
عن محمود بن لبيد قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر قالوا يا رسول الله وما الشرك الأصغر قال الرياء ان الله تبارك وتعالى يقول يوم تجازى العباد بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراؤون بأعمالكم في الدنيا فانظروا هل تجدون عندهم جزاء
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده صحيح
مسند أحمد بن حنبل - (5 / 429)
Bermaksud: Daripada Mahmud bin Labid katanya, Rasulullah s.a.w. sabda: Bahawasanya yang paling aku takuti ke atas kamu ialah syirik kecil. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apa itu syirik kecil ? Jawab Baginda, riya’. Bahawasanya Allah t.w.t. berfirman ketika dibalas segala hamba-hamba-Nya terhadap amalan mereka: Pergilah kamu kepada yang kamu riya’kan amalan-amalan kamu, semasa di dunia. lihatlah, adakah kamu mendapat sebarang balasan dari mereka?  

Dari nas-nas yang telah dipaparkan, ternyata,  riya’ dan sum`ah adalah merupakan sifat buruk yang wajib ditinggalkan. Riya’ juga disebut sebagai al-shirk al-asghar (syirik kecil). Orang yang melakukan sesuatu amalan ketaatan dengan riya’ atau sum`ah amalan itu ditolak, dan orang itu dihumbankan ke dalam neraka. Oleh itu kita wajib melakukan ketaatan kepada Allah sama ada melakukan yang diperintahkan atau meninggalkan yang dilarang, hanya semata-mata kerana Allah s.w.t. sahaja selaras dengan firman-Nya:
{وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ } [البينة : 5]
Bermaksud: Mereka tidak diperintahkan kecuali untuk menyembah Allah dengan ikhlas, bagi-Nya agama itu.
Dan sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith qudsi:
قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنْ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
صحيح مسلم - (14 / 254)
Bermaksud: Allah t.a. berfirman (dalam hadith qudsi): Aku yang paling terkaya dari disekutukan, sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang dia menyukutukan padanya bersama-sama-Ku dengan yang lain maka Aku serahkan amalan itu  kepada sekutu.

Tanda-tanda orang yang riya dalam amalannya                                                                                                   
Kata Saidina Ali r.a.: Bagi orang yang riya’ itu ada tiga tanda. Malas jika berseorangan,  rajin jika bersama orang ramai, dan bertambah amalannya jika dipuji dan berkurangan amalannya jika dikeji.                                                                                                                                                                                     
الزواجر عن اقتراف الكبائر - (1 / 102)
Doa untuk menjauhi riya’
عَنْ أَبِي عَلِيٍّ رَجُلٍ مِنْ بَنِي كَاهِلٍ قَالَ خَطَبَنَا أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا
الشِّرْكَ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ فَقَامَ إِلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ حَزْنٍ وَقَيْسُ بْنُ المُضَارِبِ فَقَالَا وَاللَّهِ لَتَخْرُجَنَّ مِمَّا قُلْتَ أَوْ لَنَأْتِيَنَّ عُمَرَ مَأْذُونٌ لَنَا أَوْ غَيْرُ مَأْذُونٍ قَالَ بَلْ أَخْرُجُ مِمَّا قُلْتُ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ فَقَالَ لَهُ مَنْ شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُولَ وَكَيْفَ نَتَّقِيهِ وَهُوَ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُولُوا اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُ
مسند أحمد - (32 / 384) مسند أحمد - (32 / 383)
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده ضعيف لجهالة أبي علي الكاهلي
Bermaksud: Daripada Abu Ali, seorang lelaki dari bani kahil, katanya, Abu Musa al-Ash`ari berkutbah kepada kami lalu dia berkata: Wahai manusia kamu semua hendaklah takut dari syirik ini, kerana ia adalah lebih halus dari semut yang merangkak, maka Abdullah bin Hazn dan Qays bin al-Mudarib bangun pergi mengarahnya maka kedua-duanya berkata: Engkau hendaklah menyelamatkan dirimu dari apa yang telah engkau katakan, atau kami akan menemui Umar sama ada diizinkan atau tidak. Jawab Abu Musa aku akan menyelamatkan diriku dari apa yang telah aku kata, pada satu hari Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada kami lalu Baginda bersabda: Wahai manusia! Kamu hendaklah takut akan syirik ini kerana ia lebih tersembunyi dari semut yang melata, maka berkatalah orang yang mahu berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana kami hendak  menyelamatkan  dari kerana ia lebih tersembunyi dari semut yang melata? Jawab Baginda: bacalah:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَم
Hadith di atas sekalipun da`if  tetapi ia dikuatkan dengan hadith sahih di bawah ini:
معقل بن يسار يقول : انطلقت مع أبي بكر الصديق رضي الله عنه إلى النبي صلى الله عليه و سلم فقال يا أبا بكر للشرك فيكم أخفى من دبيب النمل فقال أبو بكر وهل الشرك إلا من جعل مع الله الها آخر قال النبي صلى الله عليه و سلم والذي نفسي بيده للشرك أخفى من دبيب النمل ألا أدلك على شيء إذا قلته ذهب عنك قليله وكثيره قال قل اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك وأنا أعلم وأستغفرك لما لا أعلم
قال الشيخ الألباني : صحيح
الأدب المفرد - (1 / 250)
Bermaksud: Daripada Ma`qal bin Yasar katanya: Aku pergi bersama-sama Abu Bakr al-Siddiq  berjumpa Rasulullah s.a.w. maka sabda Baginda: Wahai Abu Bakr! Pada kalangan kamu terdapat syirik yang lebih tersembunyi dari semut yang melata, maka Abu Bakr pun berkata: Tiadalah syirik itu kecuali orang yang menjadikan bersama-sama Allah Tuhan yang lain, Nabi s.a.w. bersabda: Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, Bagi syirik itu ada yang lebih tersembunyi dari semut yang melata. Tidakkah aku tunjukkan engkau kepada sesuatu apabila engkau mengucapkannya akan hilanglah ia darimu, yang banyak dan yang sedikitnya, sabda Baginda, ucaplah:
اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك وأنا أعلم وأستغفرك لما لا أعلم
Nas pertama menggunakan lafaz jamak dan nas kedua menggunakan lafaz mufrad yang maksud kedua-duanya sama, iaitu berlindung kepada Allah dari syirik yang lebih halus dari semut yang melata.

Pandangan para ulama mengenai keburukan riya’ dan sum`ah                                                                            
Setelah dijelaskan nas-nas al-Quran dan Hadith mengenai larang keras dan keburukan riya itu maka di sini dibawakan pandangan ulama mengenainya.                                                                                                      Ibn Hajar al-Haytami dalam kitab-nya al-Zawajir  berkata: Sepakat  ulama-lama besar yang menjadi ikutan, untuk mencela sifat riya’, hukumnya haram, dan dosa besar.                                                                                                                                                   Saidina Umar r.a. berkata ketika melihat orang yang menundukkan tengkuknya: Wahai tuan punya tengkuknya! Angkat tengkukmu, khusuk itu bukan pada tengkuk, tetapi khusuk itu pada hati.                                                                                                                                                                  
Abu Umamah melihat seorang lelaki menangis dalam masjid ketika sujud maka katanya kepada lelaki tersebut: Awak! Awak! Kalaulah ini di rumahmu Perkataan Abu Umamah tersebut bermaksud: Dalam masjid di hadapan orang ramai tidak perlu menangis, kerana dikuatiri membawa kepada riya’, tetapi menangislah di rumah, sewaktu bermunajat kepada  Allah bersendirian.                                             .                                                                                                            
`Ubadah bin Samit r.a. berkata kepada orang yang berkata, aku berperang dengan menggunakan pedangku pada sabil Allah bertujuan kerana Allah dan kerana pujian manusia, (Ubadah bin samit r.a. berkata): Tiada sesuatu untukmu, tiada sesuatu untukmu, tiada sesuatu untukmu, bahawasanya Allah berfirman (dalam hadith qudsi): Aku yang paling terkaya dari disekutukan, sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang dia menyukutukan padanya bersama-sama-Ku dengan yang lain maka Aku serahkan amalan itu  kepada sekutu.                                                                  
Qatadah berkata: Apabila seseorang itu riya’ maka Allah berfirman: Hamba-Ku memperolok-olokkan Aku.                                                  .                                                                                                                                            
Al-Fudayl bin `Iyad r.a. berkata: … Meninggalkan beramal kerana manusia adalah riya’, dan beramal kerana manusia adalah syirik, ikhlas pula ialah Allah menyelamatkan engkau dari kedua-duanya.
الزواجر عن اقتراف الكبائر - (1 / 53)
Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata: Riya’ itu menghapuskan amalan, menjadi sebab bagi kemurkaan Allah, laknat Allah dan jauh daripada mendapat rahmat-Nya, dan ia juga merupakan setengah dari dosa-dosa besar yang membinasakan.
الزواجر عن اقتراف الكبائر - (1 / 63)
Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith mengenai orang yang berperang, orang alim yang mengajarkan ilmunya dan orang pemurah yang mendermakan hartanya, semuanya itu dilakukan kerana riya’,  maka Allah menyeksa mereka dan memasukkan mereka ke dalam neraka, katanya: Ia menunjukkan kepada bersangatan pengharaman riya’, dan bersangatan dahsyat balasan azabnya, sekaligus mewajibkan supaya ikhlas dalam amalan.  Firman Allah:
وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
Ia juga menunjukkan bahawa kelebihan-kelebihan jihad yang banyak disebutkan dalam nas-nas, itu adalah bagi orang melakukannya dengan ikhlas, kerana Allah, begitu juga mengenai pujian kepada ulama yang menyebarkannya ilmu mereka dan juga kepada orang dermawan yang membelanjakan harta mereka, semua ini adalah kepada orang yang melakukannya ikhlas kerana Allah. (Al-Nawawi T.T.(b), 13: 50-51).
Manakala pandangan Imam al-Ghazali mengenai keburakan riya’ ini akan diperkata kemudian iaitu ketika membicarakan mengenai mengubati riya dan mengubati hati yang terdapat padanya riya.

Amalan yang dilakukan kerana beribadah kepada Allah dan kerana riya’                                                     
Menurut zahir nas-nas yang telah dibincangkan dan dari zahir perbincangan ulama-ulama yang telah disebutkan, menunjukkan bahawa amalan yang dilakukan kerana Allah dan kerana riya’ adalah ditolak dan pelakunya dimasukkan ke dalam neraka. Walaubagaimanapun di bawah ini akan dibawakan pandangan Imam al-Ghazali dan Imam Ibn Abd Salam mengenai perkara ini secara detail.
Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam kitabnya al-Zawajir menyatakan: Berlaku khilaf di antara Imam al-Ghazali dengan Imam Ibn Abd al-Salam mengenai orang yang tujuan amalannya untuk riya’ dan ibadah.
Imam al-Ghazali berkata: Jika dorongan dunia itu yang menang maka tiada pahala baginya, jika dorongan akhirat yang menang maka baginya pahala. Jika kedua-duanya sama, maka gugurlah kedua-duanya, dan tiada pahala.

Manakala Imam Ibn Abd al-Salam berkata: Tiada pahala baginya langsung (sama ada dorongan dunia yang menang atau dorongan akhirat yang menang), kerana beberapa hadith yang telah disebutkan. Antaranya, hadith qudsi: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang dia menyukutukan padanya dengan yang lain dari Aku maka Aku berlepas dari amalan itu, amalan itu adalah bagi yang dia menyukutukannya.
 Imam al-Ghazali menta’wilan hadith tersebut ialah kepada orang yang tujuan dia beramal itu sama banyak di antara kerana Allah dengan kerana riya’, atau kerana riya itu lebih kuat.

Dari penjelasan pandangan Imam al-Ghazali bahawa riya’ itu sekalipun haram tetapi ia tidak menegah dari mendapat pahala, dengan syarat dorongan ibadah kepada Allah itu yang lebih kuat. Dari situ dia berpendapat: Jika dilihat oleh manusia itu adalah yang lebih kuat dan ia sebagai yang menguatkan perlakuannya, walaubagimana pun jika  perkara itu tiada, nescaya orang itu tidak akan meninggalkan ibadah itu dan sekiranya jika semata-mata bertujuan riya sahaja nescaya dia tidak melakukan ibadah itu maka pada sangkaan kami, - sedangkan ilmu mengenainya adalah di sisi Allah-:  Bahawasanya perbuatan itu tidak menghapuskan keseluruhan pahala, tetapi orang itu disiksa mengikut kadar riya’ dan diberi pahala mengikut kadar tujuan untuk mendapat pahala.                                             

Kata Imam Ibn Hajar al-Haytami: Pendapat Imam al-Ghazali ini bertentangan dengan pendapatnya sendiri yang sebelumnya iaitu: Apabila seseorang itu bertujuan untuk mendapat pahala dan pujian manusia kedua-duanya sekali, pada sedekah dan sembahyangnya, maka itu adalah syirik yang bertentangan dengan ikhlas, dan kami telah menyebutnya dalam kitab Ikhlas. Menurut Ibn Hajar al-Haytami lagi: Pendapat Imam al-Ghazali ini juga bertentangan dengan apa yang telah kami nukilkan daripada Sa`id bin al-Musayyab r.a., dan `Ubadah bin al-Samit. r.a. yang menunjukkan kepada,  orang itu tidak mendapat pahala langsung. Dengan ini pendapat Ibn Abd al-Salam adalah lebih rajah (lebih kuat).
    الزواجر عن اقتراف الكبائر - (1 /56-57).
الزواجر عن اقتراف الكبائر - (1 /58)

Amalan yang dilakukan dengan Ikhlas kemudian didatangi riya’ setelah selesai amalan itu dilakukan
Menurut Imam al-Ghazali dam Ihya’ `Ulum al-Din : Jika didatangi gembira, semata-mata gembira, tanpa menzahirkannya, ini tidak merosakkan amalan, kerana amalan itu telah selesai tanpa riya’. Tetapi jika orang itu  suka untuk menzahirkannya lalu dia bercerita maka ini ditakuti (menjejaskan amalan itu), kerana dalam athar dan akhbar terdapat nas yang menunjukkan bahawa perbuatan itu menggugurkan amalan itu.  Walaubagimana pun menurut Imam al-Ghazali: Adalah jauh, setelah dilakukan sesuatu amalan maka amalan yang kemudian itu boleh membatalkan  pahala amalan yang sebelumnya, bahkan menurut kias (al-aqyas) bahawa orang itu mendapat pahala di atas amalannya yang telah lalu, dan disiksa di atas perbuatan riya’nya pada mentaati Allah setelah ketaatan itu dilakukan.  
إحياء علوم الدين 3: 299
Berubah akad sebelum selesai amalan                                                               
Imam al-Ghazali seterusnya menjelaskan: Bersalahan jika akadnya berubah kepada riya’ sebelum selesai dari  sembahyangnya maka yang demikian itu boleh membatalkan sembahyang dan menghapuskan amalan sembahyang itu.    
Kata Imam al-Ghazali lagi: Jika riya’ itu datang sebelum selesai sembahyang sedangkan akad sembahyang itu dengan ikhlas kemudian datang riya’  pada pertengahan sembahyang  maka ini jika hanya semata-mata gembira, ia tidak menjejaskan amalan. Tetapi jika ia merupakan riya’ yang mendorong kepada beramal dan disudahi ibadah itu dengan riya’ itu maka hapuslah pahalanya. Sebagai contoh: Kalau tidak kerana manusia nescaya dia memberhentikan sembahyangnya, dia menyempurnakan sembahyangnya itu kerana takut  celaan manusia, maka hapuslah pahalanya, dan wajib ke atasnya mengulangi sembahyang itu jika sembahyang itu fardhu. Hukum puasa dan haji sama seperti sembahyang.

Adapun jika riya itu tidak menegahnya dari tujuan (kasad) menyempurnakan ibadah, untuk mendapat pahala daripada Allah seperti kedatangan satu kumpulan manusia ketika seseorang itu sedang sembahyang maka dia gembira dengan kehadiran mereka lalu dia riya’ dan bertujuan mengelokkan sembahyangnya supaya mereka lihat sedangkan kalau mereka tidak hadir dia tetap menyempurnakan sembahyangnya juga, ini adalah riya’ yang memberi kesan kepada amalan dan ia menjadi pendorong untuk bergerak maka  dalam hal ini jika riya’ itu menang dan mengalahkan, sehingga lemahlah tujuan untuk  ibadah dan untuk mendapat pahala daripada Allah dan jadilah tujuan untuk ibadah itu terselindung, dalam masalah ini sepatutnya ia merosakkan ibadah sekalipun telah dilakukan beberapa rukun sembahyang, kerana  niat kita ketika ihram itu hendaklah dengan syarat tidak didatangi apa yang mengalahkannya dan menyeliputinya.

Walaubagaimanapun dalam masalah ini hukumnya mungkin boleh  dikatakan ia tidak merosakkan ibadah itu, memandangkan kepada akadnya, dan kekal tujuan asal untuk mendapat pahala daripada Allah s.w.t., sekalipun ia menjadi lemah kerana diserang oleh tujuan lain yang lebih kuat darinya.  Kata Imam al-Ghazali: al-Hirth al-Muhasibi r.a. cenderung kepada amalan itu gugur/rosak dalam perkara yang lebih ringan dari ini. Menurut Imam al-Ghazali lagi: Menurut kias (wa al-aqyas) di sisi kami: Riya’ yang mendatang ini jika kesannya tidak nampak dalam amalan, bahkan amalan it terus berkekalan yang lahir dari dorongan agama cuma dicampuri rasa gembira dengan dilihat oleh manusia maka ini tidak merosakkan amalan kerana asal niat mash ada, dan niat itu masih kekal sebagai pendorong kepada amalan, dan yang membawa kepada menyempurnakan sembahyangnya.
Menurut Imam al-Ghazali lagi: Adapun Hadith-hadith mengenai riya’ maka hadith ini ditafsirkan (mahmulah) kepada tujuan amalan iaitu adalah  semata-mata hanya kerana makhluk. Adapun mengenai larangan menyukutukan amalan dengan yang lain daripada Allah maka ia ditafsirkan (mahmulah) kepada bahawa kasad riya’ itu sama kuat dengan kasad untuk mendapat pahala daripada Allah atau kasad riya’ itu lebih kuat daripadanya. Adapun jika kasad riya’ itu lemah berbanding dengan kasad untuk mendapat pahala daripada Allah maka ia tidak boleh secara keseluruhan  menghapuskan pahala sedekah dan lain-lain amalan dan tidak sayugia merosakkan sembahyang. Imam al-Ghazali seterusnya berkata: Tidak jauh juga dikatakan: Bahawa yang diwajibkan ke atas seseorang itu ialah, sembahyang dengan ikhlas kerana Allah. Yang ikhlas itu ialah  yang tidak dicampuri sesuatu maka orang itu tidak menunaikan yang wajib dengan adanya campuran ini. Ilmu yang sebenar mengenainya  adalah di sisi Allah.

Riya’ yang disertakan ketika akad
Semata-mata riya’
Kata  Imam al-Ghazali: Orang yang menyertakan riya ketika permulaan akadnya (takbirah al-ihram bagi sembahyang), dengan cara memulakan sembahyangnya dengan tujuan riya, maka jika dia berterusan dalam keadaan itu hingga dia memberi salam maka tidak khilaf lagi (di kalangan ulama) bahawa orang itu kena qada’ dan sembahyangnya tidak dikira.
Jika dia menyesal pada pertengahan sembahyangnya dengan meminta ampun kepada Allah dan kembali kepada kebenaran sebelum selesai sembahyangnya maka dalam perkara ini ada tiga pendapat.
Pendapat pertama. Sembahyangnya tidak sah kerana kasadnya adalah riya’. Oleh itu dia hendaklah sembahyang semula.

Pendapat kedua. Dia  mesti mengulangi perbuatan-perbuatan sembahyang seperti rukuk dan sujud. Perbuatan-perbuatan  sembahyangnya rosak (tafsud) tetapi takbirah al-ihramnya tidak rosak kerana takbirah al-ihram merupakan akad sedangkan riya’ itu lintasan dalam hati maka ia tidak boleh mengeluarkan takbirah al-ihram dari ia sebagai akad.

Pendapat ketiga. Dia tidak perlu mengulangi sesuatu bahkan dia meminta ampun kepada Allah dalam hati dan meneruskan ibadahnya (sembahyang) dengan ikhlas, kerana yang dilihat ialah akhir ibadah, sama seperti jika seseorang itu memulakan ibadah/sembahyangnya dengan ikhlas dan diakhiri dengan riya’ maka amalannya adalah rosak.

Pandangan Imam al-Ghazali dalam masalah tersebut.
Kata Imam al-Ghazali: Dua pendapat yang akhir itu adalah amat terkeluar dari kias fekah (qiyas al-fiqh), terutamanya pendapat yang mengatakan dia mesti mengulangi rukuk dan sujud dan tidak perlu diulangi takbirh al-ihram sebab rukuk dan sujud jika kedua-duanya tidak sah maka ia merupakan perbuatan tambahan  dalam sembahyang maka ia merosakkan sembahyang.

Begitu juga dengan orang yang mengatakan: Jika seseorang itu mengakhiri amalannya/sembahyang dengan ikhlas sah amalan itu kerana dilihat kepada akhir amalan. Pendapat ini juga lemah, kerana riya’ itu mencacatkan niat, sedangkan waktu yang paling penting untuk menjaga hukum niat ialah ketika takbirah al-ihram. Oleh itu yang selaras dengan kias fekah ialah dikatakan: Jika dorongan orang itu (mengerjakan sembahyang) semata-mata riya’ dari permulaan akad (takbir alihram), bukan kerana mendapat pahala dari Allah dan melaksanakan perintah-Nya maka permulaan (takbirah al-ihramnya) tidak sah dan yang selepasnya juga tidak sah. Contohnya: Seseorang yang jika dia bersendirian dia tidak sembahyang, tetapi apabila dia melihat orang ramai mengangkat takbirah al-ihram sekalipun sekiranya pakaiannya najis dia pun sembahyang juga. Dia sembahyang benar-benar kerana orang ramai. Maka sembahyang yang seperti ini dikira sembahyang yang tidak ada niat, kerana niat itu adalah merupakan menyahut dorongan agama, sedangkan di sini tidak ada dorongan agama dan tidak ada menyahut agama.

Dorongan yang Berhampur.                                                                                           
Adapun jika sekiranya tidak ada orang pun dia sembahyang juga, tetapi terbit daripada orang itu perasaan sukakan juga kepada  pujian, maka di sini terhimpun bagi orang itu dua pendorong (kerana Allah dan kerana pujian manusia). Dalam masalah ini sama ada dalam perkara sedekah dan membaca al-Quran atau perkara lain yang tidak terdapat ketika melakukannya perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan, (tahlil dan tahrim).  Atau dalam perkara menunaikan akad sembahyang dan haji. (dua perkara ini ketika mengerjakannya ada perkara  yang boleh dilakukan dan ada perkara yang haram dilakukan).

Hukum sedekah dan membaca al-Quran yang mempunyai dorongan yang bercampur
Dalam perkara sedekah maka hukumnya dia derhaka kepada Allah kerana dia menyahut seruan dorongan riya’ dan dia mentaati Allah kerana menyahut dorongan pahala. Firman Allah:
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)
Orang itu mendapat pahala mengikut kadar tujuannya yang benar, dan disiksa mengikut kadar tujuannya yang rosak, salah satu dari kedua-duanya tidak menggugurkan yang lain.

Dorongan yang bercampur pada mengerjakan sembahyang
Adapun dalam perkara sembahyang di mana ia boleh berlaku rosak ke pada niat maka  sembahyang itu ada yang fardhu dan ada yang sunat.

Sembahyang sunat
Jika sembahyang itu sunat maka hukumnya adalah hukum sedekah. Dari satu sudut dia derhaka kepada Allah, dan dari satu sudut yang lain dia melakukan ketaatan kepada Allah, kerana terdapat pada hatinya dua pendorong. Tidak boleh dikatakan sembahyangnya rosak dan mengikutnya/berimam kepadanya salah (batil).
Sekalipun  bagi orang yang sembahyang Terawih, lalu ternyata tanda-tanda dari keadaan imam itu bahawa tujuannya adalah riya’ kerana dia menampakan keindahan bacaannya. Kalau tidak kerana orang rami sembahyang di belakangnya dan dia berseorangan dalam rumah nescaya dia tidak sembahyang, oleh itu tidak sah mengikut di belakangnya.  Maka sesungguhnya kembali kepada pendapat ini adalah amat jauh, bahkan terhadap orang Islam hendaklah disangkakan bahawa dia bertujuan untuk mendapat pahala dengan sembahyang sunatnya. Maka dengan kasad/tujuan ini sembahyang seseorang itu sah dan mengikut di belakang imam itu sah. Jika ternyata dari imam itu tanda-tanda yang lain maka imam itu derhaka/berdosa dengan sebabnya.

Sembahyang fardhu yang mempunyai dua dorongan.
Dorongan yang tidak boleh berpisah.
Adapun jika sembahyang itu fardhu, kemudian terdapat bagi seorang itu dua dorongan (kerana Allah dan kerana riya’) maka jika dorongan itu tidak boleh berpisah dan berlakulah dua dorongan maka ini tidak gugur wajib daripada  orang itu. (kewajipan sembahyang itu masih berada ke atas orang itu, tidak terlepas daripadanya), kerana kewajipan itu bukan pendorong secara bersendirian kepada orang itu.

Dorongan yang boleh berpisah.
Jika setiap dorongan itu boleh berpisah dengan yang lain, sekira-kira jika tidak kerana dorongan riya’ nescaya dia menunaikan fardhu, kalau tidak ada dorongan fardhu nescaya dia melakukan sembahyang sunat kerana riya’. Maka dalam masalah ini perlu dilihat, ini mempunyai besar kemungkinan. Kemungkinan boleh dikatakan: Yang wajibnya ialah sembahyang dengan ikhlas kerana Allah Ta`ala. Dalam hal ini dia tidak menunaikan wajib dengan benar-benar ikhlas.

Kemungkinan yang lain boleh dikatakan: Yang wajibnya ialah melaksanakan perintah dengan dorongan yang satu, (kerana Allah semata-mata.).   Tetapi telah didapati ada disertai dengan yang lain maka tidak menegah gugur fardhu dari orang itu. Hukumnya seperti seorang yang sembahyang dalam rumah yang dirampas dari orang lain.

Kata Imam al-Ghazali: Jika adalah riya’ itu pada seumpama bersegera untuk mengerjakan sembahyang, bukan riya itu pada mengerjakan sembahyang. Seperti seorang yang bersegera sembahyang pada awal waktu untuk berjemaah kerana riya’, sedangkan sekiranya bersendirian nescaya dia melambatkan kepada pertengahan waktu maka ini jelas sah sembahyang itu dan gugur fardhu dari orang itu, kerana dorongan untuk mengerjakan sembahyang tidak disertai oleh yang lain.
Perbahasan di atas adalah pada riya’ yang mendorong dan membawa kepada mengerjakan amalan. Adapun semata-mata gembira dengan dilihat oleh orang ramai maka jika kesannya tidak sampai dalam amalan maka ia jauh dari boleh merosakkan sembahyang. Inilah yang layak menurut perundangan fekah ( qanun al-fiqh).

Masalah di atas adalah rumit kerana para fuqaha’ tidak menyentuh perkara ini dalam perbahasan fekah. Mereka yang membincangkan perkara ini tidak melihat kepada undang-undang fekh (qanun al-fiqh) dan kandungan fatwa para fuqaha mengenai sah sembahyang dan kerosakannya, bahkan mereka benar-benar menghendaki supaya dibersihkan hati dan menuntut supaya ikhlas dalam ibadat dan ibadat itu menjadi rosak dengan hanya sedikit lintasan.

Apa yang kami sebut di atas adalah merupakan tujuan kami (membincangkan dengan cara yang terperinci,) mengikut pandangn kami. Ilmu yang sebenarnya mengenai perkara itu adalah di sisi Allah a.j.  Dia Yang Maha mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, dan Dia-lah Yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.

Mengubati riya dan mengubati hati yang terdapat padanya riya
Al-Imam al-Ghazali berkata dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din: Bahawa riya’ itu menghapuskan amalan, sebab kemurkaan Allah s.w.t, dan ianya merupakan sebahagian dari dosa-dosa besar yang membinasakan. Perkara yang begini bentuknya wajib bersungguh-sungguh menghilangkannya, sekalipun dengan mujahadah dan  sanggup mengharungi kesusahan. Ia tidak boleh sembuh kecuali dengan meminum ubat yang amat pahit. Mujahadah ini diperlukan oleh semua hamba-hamba Allah. Ini ialah kerana kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan lemah akalnya dan lemah untuk membezakan sesuatu, dia melihat kepada manusia dan dia banyak terikut kepada mereka. Dia melihat orang ramai banyak berpura-pura di antara mereka dengan mereka, maka kanak-kanak itu dengan sendirinya suka kepada berpura-pura, dan sifat itu akan  meresap dalam dirinya. Dia hanya akan merasakan bahawa sifat itu sebagai pembinasaan adalah setelah sempurna akalnya. Sifat riya’ itu telah pun berada dalam hatinya dan ia telah pun berakar umbi padanya, oleh itu dia tidak mampu menghapuskannya kecuali dengan benar-benar mujahadah dan melawan kekuatan sahwatnya, tiada terlepas seseorang kepada perlunya mujahadah ini, cuma kadang kala perasaan itu kuat dan kadang kala tidak.                                                                                                                                  
Untuk mengubatinya ada dua peringkat. Pertama, mencabut terus batang dan akar umbinya yang dari situ ia akan bercabang. Kedua, menolak apa yang terlintas darinya ketika itu juga.                                                       

Peringkat pertama, mencabut terus batang dan akar umbinya iaitu rasa suka kepada kedudukan/pangkat dan kemasyhuran (hub al-manzilah wa al-jah). Jika hendak diperjelaskan ia kembali kepada tiga asas iaitu merasai seronok dipuji, menjahui dari kepahitan dikeji dan amat mengharap kepada apa yang ada pada orang lain.
إحياء علوم الدين،3 : 299-302)
Menurut Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam kitabnya al-Zawajir: Orang yang mendapat taufiq bersungguh-sungguh menghilangkan riya’, dengan cara mujahadah, menanggung kesusahan yang bersangatan, dan melawan kekuatan runtunan sahwat, kerana seseorang itu tidak akan terlepas dari yang demikian, kecuali orang yang dikurniakan Allah hati yang sejahtera, suci dan bersih dari pencemaran tujuan-tujuan (keduniaan) dan dari (sanjungan/pujian) orang ramai, dia sentiasa ingat kepada Allah yang memiliki sekelian alam ini. Hanya sedikit orang yang demikian itu, kebanyakkan mereka tidak terlepas darinya.

Suka dipuji, suka mendapat kedudukan dan suka apa yang ada pada manusia merupakan satu kemudaratan, menghilangkan kesalihan hati, tidak mendapat tawfiq di dunia, dan tidak mendapat kedudukan yang tinggi di akhirat, disamping mendapat seksa yang bersangatan dan kemurkaan dan kehinaan daripada Allah s.w.t.
الزواجر عن اقتراف الكبائر - (1 / 63)



Rujukan
Ibn Hajar al-Haytami, Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar. 1400 H. al-Zawajir. Al-Qahirah: Matba`ah Dar al-sha`b.
Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir. 1999/1420. Tafsir al-Quran al-`Azim. Dar Tayyibah Li al-Nashr Wa al-Tawzi`.

Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. T.T.(b) Sharh al-Nawawi `Ala Sahih Muslim. Al-Qahirah: al-Matba`ah al-Misriyyah Wa Maktabatuha.