Berbakti kepada Ibu Bapa


Oleh Dr. Udah bin Mohsin

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد و على اله و أصحابه أجمعين. 

Berbaktilah Kepada Dua Ibu Bapamu dan Jangan sekali-kali derhaka kepada mereka

Berbakti kepada dua ibu bapa atau disebut berbuat baik (ihsan) kepada kedua-dua ibu bapa. Biasa disebut dalam Bahasa Arab birr al-walidyan. Pada zaman di mana manusia sibuk dengan mengejar kebendaan maka ramai anak-anak yang sama ada sedar atau tidak  telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Dalam tulisan ini penulis cuba menerangkan kewajipan berbakti kepada dua ibu bapa berasaskan kepada ayat-ayat al-Quran, Hadith-Hadith Rasulullah s.a.w. dan pandangan ulama mengenainya. Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dan dapat mengamalkannya.
Nas-nas mengenai perintah berbakti kepada dua ibu bapa
Firman Allah s.w.t.
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24) رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا (25)} [الإسراء: 23 –
Bermaksud: Dan Tuhan-Mu telah menentukan bahawa kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya sahaja, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan, dan jika sampai kepadamu salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya umur tua maka janganlah engkau kata kepada kedua-duanya: upp, ( suara yang lahir dari kebencian), dan jangan engkau tengking kedua-duanya, bahkan hendaklah engkau berkata kepada kedua-duanya perkataan yang mulia (sopan santun). Dan hendaklah engkau merendahkan dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan, dan berkatalah kepada kedua-duanya: Wahai Tuhanku! Belaskasihanilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya memelihara aku sewaktu kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui dengan apa yang ada pada diri kamu jika kamu adalah orang yang saleh, maka bahawasanya Dia adalah amat memberi keampunan bagi mereka yang kembali kepada-Nya (bertaubat).
Firman Allah lagi:
{ وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا (36)
النساء: 36،
Bermaksud: Dan hendaklah kamu menyembah Allah, dan jangan kamu menyekutukannya dengan sesuatu, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan
Firman-Nya lagi:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِنْ جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (8) } [العنكبوت: 8،
Bermaksud: Dan Kami perintahkan manusia supaya berihsan kepada dua ibu bapa, dan jika kedua-duanya mendesakmu supaya mensyirikkan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka jangan engkau taat kepada kedua-duanya. Kepada aku tempat kamu kembali, dan Aku akan memberi tahu kamu dengan apa yang kamu lakukan
Dalam ayat di atas Allah telah menjelaskan bahawa Allah telah menetapkan bahawa kamu hendaklah menyembah Allah sahaja, tidak yang lain-Nya, dan kamu hendaklah berihsan kepada dua ibu bapa. Perintah berihsan kepada kedua-dua ibu bapa adalah setelah perintah menyembah Allah sahaja. Ini menunjukkan bahawa berihsan kepada ibu bapa itu adalah amat penting. Perkataan إِحْسَانًا dari segi ikrab adalah maf`ul mutlaq bagi fi`l yang tersembunyi. Taqdirnya:  إِحْسَانًا  وتحسنون atau
  إِحْسَانًا احسنوا . Kata al-Shaykh Abu al-Su`ud dalam Tafsirnya:
{وبالوالدين إحسانا} متعلق بمضمر أي وتحسنون او احسنوا
تفسير أبي السعود = إرشاد العقل السليم إلى مزايا الكتاب الكريم (1 / 123):
Apabila salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya telah tua maka janganlah engkau berkata dengan perkataan yang buruk kepada mereka, sehinggakan perkataan “ upp” pun jangan cakap kepada kedua-duanya, apatah lagi yang lebih dari itu. Dan jangan engkau melakukan perbuatan buruk kepada kedua-duanya seperti menengking kedua-duanya. Tetapi engkau hendaklah berkata kepada kedua-duanya perkataan yang mulia yang bersopan.
Dalam ayat di atas Allah juga memerintahkan supaya anak-anak merendahkan diri kepada dua ibu bapa kerana sayang kepada kedua-duanya dan berdoa untuk kedua-duanya supaya Allah mengasihani ibu bapa sebagaimana ibu bapa mengasihaninya semasa dia kecil.
Dalam ayat di atas juga Allah menjelaskan sekiranya kedua-dua ibu bapa itu mendesak anak mereka  supaya melakukan syirik terhadap Allah dengan sesuatu, maka janganlah taat kepada mereka dalam perkara itu. Sama dengan syirik ialah kekufuran dan kemunafikan. Begitu juga jika mereka menyuruh untuk berlaku derhaka kepada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:
«لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ»
صحيح مسلم (3 / 1469):
Bermaksud: Tiada ketaatan dalam maksiat kepada Allah, bahawasanya taat itu dalam perkara makruf.
Hadith yang lain:
«السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى المَرْءِ المُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ عَلَيْهِ وَلَا طَاعَةَ» : [ص:210] وَفِي البَاب عَنْ عَلِيٍّ، وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، وَالحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو الغِفَارِيِّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
سنن الترمذي ت شاكر (4 / 209)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi dalam Sunannya. Katanya: Hadith ini hasan sahih.
Bermaksud: Keatas seseorang Muslim hendaklah mendengar dan taat pada perkara yang dia suka atau dia benci, selama tidak disuruh dengan melakukan maksiat. Maka jika dia disuruh dengan maksiat maka tidak boleh dengar dan taat ke atasnya.
Taat kepada ibu bapa, ketua atau lainnya adalah dalam perkara yang tidak derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun dalam perkara maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak boleh taat.
Maksud ihsan terhadap ibu bapa.
Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya menyatakan:
وَالْإِحْسَانُ إِلَى الْوَالِدَيْنِ: مُعَاشَرَتُهُمَا بِالْمَعْرُوفِ، وَالتَّوَاضُعُ لَهُمَا، وَامْتِثَالُ أَمْرِهِمَا، وَالدُّعَاءُ بِالْمَغْفِرَةِ بَعْدَ مَمَاتِهِمَا، وَصِلَةُ أَهْلِ وُدِّهِمَا،
تفسير القرطبي (2 / 13):
Bermaksud: Ihsan kepada dua ibu bapa ialah bergaul dengan kedua-duanya dengan sebaik-baiknya, merendah diri kepada kedua-duanya, melaksanakan suruhan kedua-duanya, berdoa untuk keampunan setelah kedua-duanya meninggal dunia dan menghubungkan silaturrahim kepada keluarga orang yang kedua-duanya mengasihinya.
Imam al-Tabari menyebut dalam Tafsirnya mengenai ihsan terhadap ibu bapa:
ما فرض الله على أمتنا لهما من فعل المعروف لهما، والقول الجميل، وخفض جناح الذل رحمة بهما، والتحنن عليهما، والرأفة بهما، والدعاء بالخير لهما، وما أشبه ذلك من الأفعال التي ندب الله عباده أن يفعلوا بهما
تفسير الطبري = جامع البيان ت شاكر (2 / 292)
Bermaksud: Apa yang Allah fardukan ke atas umat ini terhadap kedua-duanya, dari melakukan kebaikkan terhadap kedua-duanya, perkataan yang indah, tawadu` kepada kedua-duanya kerana belas kasihan, sayang dan gembira. Juga, berdoa kebaikkan untuk kedua-duanya dan lain-lain dari perbuatan yang dituntut oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya untuk melakukannya kepada kedua-duanya.
Dari penjelasan di atas menunjukkan ihsan terhadap ibu bapa atau berbakti kepada ibu bapa merangkumi: Bergaul dengan kedua ibu bapa dengan sebaik-baiknya, berkata dengan baik kepada kedua-duanya, merendah diri kepada kedua-duanya, yang lahir dari rasa sayang dan kasih, melakukan apa yang disuruh oleh kedua-duanya dan menjauhi yang ditegah oleh kedua-duanya kecuali dalam perkara maksiat, berdoa meminta kebaikkan untuk kedua-duanya, khususnya setelah kedua-duanya meninggal dunia, menghubungkan silaturrahim kepada keluarga orang yang disayangi oleh kedua-duanya, dan lain-lain. Ini termasuk tidak mengutamakan isteri dan anak-anak dari kedua-dua ibu bapa, memberi perbelanjaan kepada ke dua-duanya, mentaati kedua-duanya.
Dalil mengenai bergaul dengan kedua ibu bapa dengan sebaik-baiknya
Di antaranya:
Firman Allah:
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا  وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ
Bermaksud: Dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan, dan jika sampai kepadamu salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya umur tua maka janganlah engkau kata kepada kedua-duanya: upp, ( suara yang lahir dari kebencian), dan jangan engkau tengking kedua-duanya, bahkan hendaklah engkau berkata kepada kedua-duanya perkataan yang mulia (sopan santun). Dan hendaklah engkau merendahkan dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan, dan berkatalah kepada kedua-duanya
Dalam ayat di atas Allah menyuruh anak supaya berihsan terhadap ibu bapa iaitu berbakti kepada kedua-duanya. Apabila kedua-duanya atau salah satu dari kedua-nya telah tua, apatah lagi telah uzur maka janganlah engkau berkata kepada mereka perkataan yang tidak beradab, sekali pun dengan menggunakan perkataan “upp”. Imam Ibn kathir berkata dalam Tafsirnya  mengenai maksud “upp” ialah: 
لَا تُسْمِعْهُمَا قَوْلًا سَيِّئًا، حَتَّى وَلَا التَّأْفِيفَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى مَرَاتِبِ الْقَوْلِ السَّيِّئِ
تفسير ابن كثير ت سلامة (5 / 64):
Bermaksud: Jangan engkau memperdengarkan kepada kedua-duanya perkataan yang buruk, sehingga perkataan “upp” yang mana perkataan itu adalah yang paling ringan bagi perkataan buruk.
apatah lagi menengking mereka, tetapi engkau hendaklah berkata kepada mereka perkataan yang baik, dan engkau hendaklah merendah diri kepada mereka  yang timbul dari belas kasihan.
Di antaranya juga ialah sabda Rasulullah s.a.w.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ: «أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أَبُوكَ»
صحيح البخاري (8 /
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan sebaik-baiknya kepadanya? Jawab Baginda: Ibumu. Orang itu bertanya lagi: kemudian siapa? Jawab Baginda: kemudian ibumu. Orang itu bertanya lagi: kemudian siapa? Baginda menjawab: Kemudian ibumu. Orang itu bertanya lagi: Kemudian siapa: Baginda menjawab: Kemudian bapamu.
Dalam Hadith di atas Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa orang yang paling berhak untuk kita melakukan sebaik-baik pergaulan kepadanya ialah kepada ibu, lepas itu ibu juga, lepas itu ibu juga, dan lepas itu baru bapa. Orang lain adalah selepas mereka. Dengan ini kita mesti bergaul dengan ibu dengan sebaik-baiknya, lepas itu kepada bapa, lepas itu baru orang lain, termasuk isteri dan anak-anak. 
Kata Imam al-Nawawi: Orang yang paling berhak untuk berbakti kepadanya ialah ibu, selepas itu bapa, lepas itu orang yang paling hampir, kemudian yang paling hampir. Sebab diutamakan ibu dari yang lain mengikut kata ulama ialah: Ibu banyak berpenat kerana anak, amat belas kasihan kepadanya, berkhidmat kepadanya, menanggung kesusahan ketika mengandung dan melahirkan, selepas itu menyusukan, mendidik, menjaga khususnya ketika sakit dan lain-lain lagi.
شرح النووي على مسلم (16 / 102):
Al-Hafiz Ibn Hajar menukil daripada Ibn Battal dalam Fath al-Bari kandungannya: Berbakti kepada ibu tiga kali ganda dari berbakti kepada bapa, ini ialah kerana kesusahan yang dideritai oleh ibu ketika mengandung, kemudian melahirkan, kemudian menyusukan. Kesangsaraan bagi tiga perkara ini khas hanya bagi ibu sahaja. Adapun dari segi mendidik maka itu dilakukan oleh kedua-duanya.
فتح الباري لابن حجر (10 / 402)
Dalam Hadith yang lain:
عن عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الجِهَادِ، فَقَالَ: «أَحَيٌّ وَالِدَاكَ؟» ، قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: «فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ»
صحيح البخاري (4 / 59
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Abdullah bin `Amrw r.a. katanya: seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta izin kepada Baginda untuk berjihad maka jawab Baginda: Adakah kedua-dua ibu bapamu hidup? Jawabnya: Ya. Sabda Baginda: Kepada kedua-dua nya hendaklah engkau berjihad.
Kata al-`Allamah al-`Ayni mengenai  Hadith di atas dalam `Umdah al-Qari maksud  Kepada kedua-duanya hendaklah engkau berjihad 
إبذل مَالك وأتعب بدنك فِي رضَا والديك
عمدة القاري شرح صحيح البخاري (14 / 251):
Bermaksud: Curahkan hartamu dan penatkan badanmu untuk keredhaan ibu bapamu.
Dalam satu riwayat menyebut:
أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، قَالَ: أَقْبَلَ رَجُلٌ إِلَى نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أُبَايِعُكَ عَلَى الْهِجْرَةِ وَالْجِهَادِ، أَبْتَغِي الْأَجْرَ مِنَ اللهِ، قَالَ: «فَهَلْ مِنْ وَالِدَيْكَ أَحَدٌ حَيٌّ؟» قَالَ: نَعَمْ، بَلْ كِلَاهُمَا، قَالَ: «فَتَبْتَغِي الْأَجْرَ مِنَ اللهِ؟» قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: «فَارْجِعْ إِلَى وَالِدَيْكَ فَأَحْسِنْ صُحْبَتَهُمَا»
صحيح مسلم (4 / 1975):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Abdullah bin `Amrw bin al-`As katanya: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Aku baiah kepadamu untuk berhijrah dan berjihad, aku menghendaki pahala daripada Allah, Jawab Nabi s.a.w.: Adakah seorang dari kalangan kedua-dua ibu bapamu yang masih hidup? Jawabnya: Ya, bahkan kedua-duanya. Jawab Nabi s.a.w.: Adakah engkau menuntut pahala daripada Allah? Jawabnya, Ya. Nabi berkata: Kembalilah kepada kedua-dua ibu bapamu dan lakukanlah sebaik-baik pergaulan kepada kedua-duanya.
Hadith di atas menunjukkan bahawa tinggal bersama ibu bapa iaitu hidup bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapa dan melakukan kebaikkan kepada kedua-duanya adalah mendapat pahala daripada Allah dan ia lebih penting dari berjihad fi sabilillah.
Kata Imam al-Nawawi mengenai Hadith di atas dalam Sharah Sahih Muslim: Ini semua dalil yang menunjukkan besar kelebihan berbakti kepada dua ibu bapa, dan ia dituntut lebih kuat dari berjihad fi sabilillah. Ia menjadi hujjah kepada ulama yang mengatakan: Tidak harus (tidak boleh) berjihad kecuali dengan izin kedua-duanya jika kedua-duanya Muslim, atau izin yang Muslim dari kedua-duanya. Adapun jika kedua-duanya musyrik maka di sisi Imam al-Shafi`i dan ulama yang sama dengannya, tidak disyaratkan izin kedua-duanya. Adapun Imam al-Thawri beliau mensyaratkannya. Ini semua jika belum berada dalam barisan peperangan dan sudah tentu berlaku peperangan, jika sudah dalam keadaan itu maka tidak perlu kepada izin. Kata Imam al-Nawawi lagi: Ijmak ulama ke atas perintah supaya berbakti (birr) kepada dua ibu bapa, dan derhaka kepada kedua-duanya adalah haram, termasuk dalam dosa-dosa besar.
شرح النووي على مسلم (16 / 104):
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: Hadith di atas adalah pada jihad yang fraud kifayah. Adapun jihad yang fraud `ain maka tidak perlu kepada izin. Dalilnya apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban melalui jalan yang lain daripada Abdullah bin `Amrw:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ عَنْ أَفْضَلِ الْأَعْمَالِ قَالَ الصَّلَاةُ قَالَ ثُمَّ مَهْ قَالَ الْجِهَادُ قَالَ فَإِنَّ لِي وَالِدَيْنِ فَقَالَ آمُرُكَ بِوَالِدَيْكَ خَيْرًا فَقَالَ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ نَبِيًّا لَأُجَاهِدَنَّ وَلأَتْرُكَنَّهُمَا قَالَ فَأَنْتَ أَعْلَمُ
Bermaksud: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya mengenai seafdal-afdal amalan. Jawab Rasulullah s.a.w.: Sembahyang. Kemudian apa ??? Jawab Baginda: Jihad. Orang itu berkata lagi: Bagiku dua ibu bapa, Rasulullah s.a.w. menjawab: Aku menyuruhmu berbuat baik kepada dua ibu bapa. Orang itu berkata: Demi Yang mengutus engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, aku akan berjihad dan aku akan tinggalkan kedua-duanya. Jawab Baginda: Engkau lebih mengetahui.
Hadith ini adalah pada jihad yang fraud `ain, untuk menyelaraskan ( taufiq) di antara dua Hadith.
فتح الباري لابن حجر (6 / 141):
Perkataan al-Hafiz Ibn Hajar ini bermaksud: Hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam Sahih mereka adalah mengenai jihad yang berbentuk fraud kifayah. Adapun Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya ini adalah pada jihad yang berbentuk fraud `ain. Oleh itu Hadith-Hadith  itu tidak bertentangan. Dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban Rasulullah s.a.w. menyerahkan kepada orang yang bertanya itu iaitu terserahlah kepadanya mana yang lebih baik dengan sabdanya: فَأَنْتَ أَعْلَمُ  setelah orang yang bertanya itu berkata: وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ نَبِيًّا لَأُجَاهِدَنَّ وَلأَتْرُكَنَّهُمَا …. 
al-Hafiz Ibn Hajar seterusnya menyatakan: 
وَهَلْ يُلْحَقُ الْجَدُّ وَالْجَدَّةُ بِالْأَبَوَيْنِ فِي ذَلِكَ الْأَصَحُّ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ نَعَمْ
Bermaksud: Adakah dimasukkan datuk lelaki dan datuk perempuan kepada ibu dan bapa? Mengikut pendapat yang lebih sahih di sisi ulama-ulama mazhab al-shafi`i, (jawapannya ilah) Ya.
Maksudnya ialah datuk lelaki dan datuk perempuan sama hukumnya dengan ibu bapa dari segi wajib berbakti kepada mereka.
Katanya lagi:

وَاسْتُدِلَّ بِهِ عَلَى تَحْرِيمِ السَّفَرِ بِغَيْرِ إِذْنِ لِأَنَّ الْجِهَادَ إِذَا مُنِعَ مَعَ فَضِيلَتِهِ فَالسَّفَرُ الْمُبَاحُ أَوْلَى
فتح الباري لابن حجر (6 / 141):
Bermaksud: Diambil dalil dari Hadith tersebut , haram bermusafir tanpa izin ibu bapa,  kerana jihad yang mempunyai kelebihan yang besar ditegah dilakukan tanpa izin ibu bapa maka musafir yang harus adalah lebih utama ditegah.
Sama dengan musafir yang harus ialah melancong, pergi ke laut untuk memancing kerana semata-mata hobi, pergi ke hutan naik bukit kerana semata-mata hobi atau yang seumpamanya dari perkara-perkara yang harus.
Dalam riwayat yang lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ الصُّحْبَةِ؟ قَالَ: «أُمُّكَ، ثُمَّ أُمُّكَ، ثُمَّ أُمُّكَ، ثُمَّ أَبُوكَ، ثُمَّ أَدْنَاكَ أَدْنَاكَ»
صحيح مسلم (4 / 1974:
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah katanya: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orangnya yang paling berhak untuk sebaik-baik pergaulan? Jawab Baginda: Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu, kemudian yang paling hampir, yang paling hampir.
Dalam riwayat yang lain:
أَخْبَرَنَا بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ جَدِّي قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ أَبَرُّ؟ قَالَ: «أُمَّكَ» قَالَ: قُلْتُ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «أُمَّكَ» قَالَ: قُلْتُ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «أُمَّكَ» قَالَ: قُلْتُ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أَبَاكَ، ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ» وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، وَعَائِشَةَ، وَأَبِي الدَّرْدَاءِ: وَبَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ هُوَ ابْنُ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِيُّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
سنن الترمذي ت شاكر (4 / 309)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi dalam Sunannya. Katanya: Hadith ini hasan.
Bermaksud: Daripada Bahz bin Hakim katanya: Bapaku menyampaikan Hadith kepadaku daripada datukku katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Kepada siapa aku melakukan bakti? Jawab Baginda: Ibumu, katanya lagi, aku berkata: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Ibumu. Katanya lagi, aku berkata: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Ibumu. Katanya, aku berkata: Kemudian siapa? Jawab Baginda: kemudian bapamu, kemudian yang paling hampir, kemudian yang paling hampir
Dalam membahaskan:  Kemudian yang paling hampir, kemudian yang paling hampir di samping Hadith di atas asasnya adalah al-Quran. Di antaranya firman Allah:
{وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ} [النساء: 36]
Bermaksud: Dan hendaklah kamu menyembah Allah, dan jangan kamu mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim …
Dalam ayat al-Quran di atas Allah memerintahkan supaya berihsan kepada kaum kerabat setelah diperintahkan berihsan kepada ibu bapa.
Dari ayat al-Quran dan Hadith-Hadith di atas menunjukkan bahawa berihsan atau berbakti itu dimulai dengan kedua-dua ibu bapa, kemudian baru kaum kerabat. Dimulai dengan yang paling dekat, kemudian yang selepasnya kemudian yang selepasnya.
Dalam menjelaskan berbakti kepada kaum kerabat ini  Imam al-Nawawi menjelaskan.  Didahulukan berbakti itu kepada ibu, kemudian bapa, kemudian anak-anak, kemudian datuk-datuk lelaki, kemudian datuk-datuk perempuan, kemudian saudara lelaki, kemudian saudara perempuan, kemudian kaum kerabat yang mahram seperti adik beradik lelaki bapa, adik beradik perempuan bapa, kemudian adik beradik lelaki ibu, adik beradik perempuan ibu. Didahulukan yang lebih hampir, kemudian selepasnya. Didahulukan yang seibu dan sebapa dari yang hanya satu sahaja. Kemudian kaum kerabat yang bukan mahram seperti anak lelaki bapa suadara dan anak perempuannya yang dari sebelah bapa, kemudian dari sebelah ibu dan lain-lain, kemudian (kekeluargaan) yang secara perkahwinan (al-musaharah), kemudian (kekeluargaan) secara dimerdikakan, kemudian jiran tetanga, Didahulukan kaum kerabat yang jauh rumahnya dari jiran (yang bukan kerabat). Begitu juga jika kaum kerabat itu dari negeri lain ia diutamakan dari jiran yang bukan keluarga. Para ulama memasukkan suami dan isteri dalam mahram.
(شرح النووي على مسلم 16 / 103
Suami dan isteri adalah termasuk dalam mahram yang dekat, kerana di antara kedua-duanya tidak terdinding.
Perbahasan di atas adalah dari segi berbakti atau disebut Ihsan atau al-birr, bukan dari segi nafakah. Adapun dari segi nafakah maka akan diperkatakan kemudian
Mengenai kewajipan isteri mentaati suami adalah tajuk yang berasingan
Berkata dengan baik kepada kedua-dua ibu bapa
Dalinya, antara lain, Firman Allah:
{إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23)} [الإسراء: 23]
Bermaksud: Dan jika sampai kepadamu salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya umur tua maka janganlah engkau kata kepada kedua-duanya: upp, (suara yang lahir dari kebencian), dan jangan engkau tengking kedua-duanya, bahkan hendaklah engkau berkata kepada kedua-duanya perkataan yang mulia
Ayat di atas menyuruh kita supaya bercakap dengan kedua-dua ibu bapa dengan perkataan yang mulia iaitu yang beradab sopan, menegah dari menggunakan perkataan yang buruk, walau dengan menggunakan perkataan “upp”.
Dengan ini mengeraskan suara atau yang seumpamanya kepada ibu bapa adalah dilarang.

Merendah diri kepada kedua-duanya, yang lahir dari rasa saying dan kasih
Di antara dalilnya:
Firman Allah:
{ وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ } [الإسراء: 24]
Bermaksud: Dan hendaklah engkau merendahkan dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan
Menurut Imam Ibn Kathir maksud ayat di atas ialah tawaduk kepada kedua-duanya dengan perbuatanmu.  تَوَاضَعَ لَهُمَا بِفِعْلِكَ
تفسير ابن كثير ت سلامة (5 / 64)
Merendah diri atau tawaduk kepada kedua-dua ibu adalah merupakan penghormatan yang amat luas. Ia merangkumi tidak berjalan di hadapannya, tidak duduk di hadapannya, tidak duduk di tempat yang lebih tinggi darinya seperti, bapa, ibu duduk di atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi. Tidak memanggil ibu bapa dengan namanya sahaja, tetapi hendaklah memanggil ayah, ibu atau yang sepertinya sekalipun mereka itu kafir. Nabi Ibrahim memanggil bapanya yang kafir:
{يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا (42) يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا (43) يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَنِ عَصِيًّا (44) يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا (45)} [مريم: 42 - 45
 Bermaksud: Wahai bapaku! Kenapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar dan melihat, dan dia tidak mengkayakan engkau dari sesuatu. Wahai bapaku! Sesungguhnya telah datang kepadaku ilmu yang ia tidak datang kepadamu oleh itu ikutlah aku akan menunjukkan engkau jalan yang benar. Wahai bapaku! Janganlah engkau menyembah syaitan, kerana bahawasanya syaitan itu dia adalah derhaka terhadap Allah Yang Maha pengasih. Wahai bapaku! Bahawasanya aku takut bahawa engkau akan dihinggapi azab daripada Allah Yang Maha pengasih dan engkau menjadi penolong kepada syaitan.
Dalam ayat ini menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim menggunakan perkataan bapa sekalipun bapanya itu kafir.
Ibn al-Sunni meriwayatkan:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا مَعَهُ غُلَامٌ، فَقَالَ لِلْغُلَامِ: «مَنْ هَذَا؟» قَالَ: أَبِي. قَالَ: «فَلَا تَمْشِ أَمَامَهُ، وَلَا تَسْتَسِبَّ لَهُ، وَلَا تَجْلِسْ قَبْلَهُ، وَلَا تَدْعُهُ بِاسْمِهِ»
عمل اليوم والليلة لابن السني (1 / 353)
Hadith ini juga disebut oleh Imam al-Nawawi dalam al-Adhkar.
الأذكار للنووي ت الأرنؤوط (1 291):
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Nabi s.a.w. melihat seorang lelaki, bersama-samanya seorang muda, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada pemuda itu: Siapa ini? Jawabnya: Bapaku. Sabda Nabi s.a.w. kepadanya: Jangan engkau berjalan di hadapannya, jangan melakukan sesuatu perbuatan yang menjadikan bapamu memakimu, jangan engkau duduk di hadapannya dan jangan engkau panggilnya dengan namanya.
Mengutamakan tempat duduk dalam kenderaannya sendiri akan isteri dan anak dari ibu bapa, tidak duduk dengan beradab di hadapan ibu bapa dan lain-lain perbuatan yang menunjukkan tidak beradab.
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya menghormati orang tua dengan sabdanya:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُوَقِّرْ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا " (3)
مسند أحمد ط الرسالة (11 / 529):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya. Menurut muhaqqiqnya ia adalah sahih.
مسند أحمد ط الرسالة (11 / 529):
Bermaksud: Bukan dari kalangan kami orang yang tidak menghormati orang tua dari kalangan kami, dan tidak menyayangi yang kecil dari kalangan kami.
Kalau dengan orang tua yang bukan bapanya pun disuruh menghormati maka apatah lagi kepada ibu bapa.
Di antara menghormati ibu bapa ialah dengan mencium tangan kedua-duanya.
Memberi salam kepada kedua-duanya ketika masuk rumah, masuk bilik atau ketika bertemu dengan mereka. Berjabat tangan dengan cara yang hormat, dan adalah baik jika mencium tangan mereka. Dalam Hadith yang panjang mengenai orang Yahudi setelah Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan mereka mengenai:
تِسْعِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ  maka mereka pun   فَقَبَّلُوا يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ. فَقَالَا: نَشْهَدُ أَنَّكَ نَبِيٌّ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ»
سنن الترمذي ت شاكر (5 / 77):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidi dalam Sunannya. Katanya: Hadith ini hasan sahih.
Kata Imam al-Nawawi:
رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيِّ وَابْنُ مَاجَهْ بِأَسَانِيدَ صَحِيحَةٍ
 المجموع شرح المهذب (4 / 640):
Hadith di atas diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, al-Nasa’i Ibn Majah dengan sanad-sanad yang sahih.
Bermaksud: Maka mereka pun mencium kedua-dua tangan dan kaki Baginda dan berkata: Kami menyaksi bahawasanya engkau adalah Nabi.
Hadith lain:
عن أُمُّ أَبَانَ بِنْتُ الْوَازِعِ بْنِ زَارِعٍ، عَنْ جِدِّهَا، زَارِعٍ وَكَانَ فِي وَفْدِ عَبْدِ الْقَيْسِ قَالَ: لَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَجَعَلْنَا نَتَبَادَرُ مِنْ رَوَاحِلِنَا، فَنُقَبِّلُ يَدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ...
سنن أبي داود (4 / 357)
Bermaksud: Daripada Umm Aban binti al-Wazi` bin Zari` daripada datuknya, Zari`, beliau bersama-sama dalam rombongan Abd al-Qays katanya: apabila sampai di al-Madinah kami bersegera dari kenderaan kami dan kami mencium tangan Nabi s.a.w. dan kakinya.
Jika boleh mencium kedua-dua tangan Nabi s.a.w. sebagai penghormatan kepada Baginda, maka boleh juga mencium tangan kedua-dua ibu bapa sebagai penghormatan kepada mereka.
Jika mereka memberi salam maka hendaklah segera dijawab dengan memandang kepada mereka dengan rasa gembira.

Melakukan apa yang disuruh oleh kedua-duanya dan menjauhi yang ditegah oleh kedua-duanya (mentaati kedua-duanya) kecuali dalam perkara maksiat
Dalilnya, antara lain: Firman Allah s.w.t.:
{ وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (14) وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ } [لقمان: 14، 15]
Bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapa. Ibunya mengandungnya dalam keadaan kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, oleh itu engkau hendaklah bersyukur kepada Aku dan kepada dua ibu bapamu, dan kepada Aku tempat kembali. Dan jika kedua-duanya mendesakmu untuk mensyirikkan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya maka janganlah engkau mentaati kedua-duanya, dan bergaullah dengan kedua-duanya dengan baik di dunia, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada Aku, kemudian kepada Akulah kamu kembali dan Aku akan memberi tahu  kepada kamu dengan apa yang kamu telah melakukan.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan supaya berbakti kepada dua ibu bapa. Dilarang derhaka kepada kedua-duanya dan Allah memerintahkan supaya bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih kepada dua ibu bapa. Walau bagaimana jika kedua-duanya menyuruh supaya melaku syirik maka tidak boleh taat, tetapi engkau hendaklah bergaul dengan kedua-duanya di dunia dengan baik.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
«لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ»
صحيح مسلم (3 / 1469):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya.
Bermaksud: Tiada ketaatan dalam maksiat kepada Allah, bahawasanya taat itu dalam perkara makruf.
Firman-Nya lagi:
{قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (151) } [الأنعام: 151]
Bermaksud: Katakanlah: Marilah aku bacakan kepada kamu apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu kea ta kamu (iaitu) Bahawa kamu tidak menyukutukan dengan-Nya akan sesuatu, berihsan terhadap dua ibu bapa, dan jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan, Kami Yang memberi rezeki kepada kamu dan anak-anak kamu …
Firman-Nya lagi:
{وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا } [النساء: 36]
Bermaksud: Dan hendaklah kamu sembah Allah, dan jangan kamu mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan.
Dari penjelasan di atas maka wajib bagi anak untuk mentaati ibu bapanya kecuali dalam perkara maksiat.

Berdoa meminta kebaikkan untuk kedua-dua ibu bapa, khususnya setelah kedua-duanya meninggal dunia
Antara nas mengenainya:
Firman Allah:
وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Bermaksud: Dan berkatalah kepada kedua-duanya: Wahai Tuhanku! Belaskasihanilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya memelihara aku sewaktu kecil.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada anak supaya berdoa kepada Allah: Wahai Tuhanku! Belaskasihanilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya memelihara aku sewaktu kecil. Bagaimana jagaan ibu dan bapa kepada anak sewaktu anak itu masih kecil adalah amat sangat, maka seperti itulah anak diperintahkan oleh Allah berdoa untuk ibu bapanya. Asal perintah adalah wajib. Oleh itu wajib bagi anak mendoakan untuk kedua-dua ibu bapanya khususnya apabila kedua-dua telah meninggal dunia.
Mengenai kelebihan anak salih yang mendoakan untuk kedua-dua ibu bapa Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
صحيح مسلم (3 / 1255)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya.
Bermaksud: Apabila seseorang itu mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah iaitu sedekah yang terus mengalir, ilmu yang dimanfaatkan dan anak salih yang berdoa untuknya.
Dalam Hadith di atas Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa di antara pahala yang berterusan yang diperolehi oleh seseorang itu sekalipun dia telah meninggal dunia ialah anak salih yang mendoakan untuknya. Selagi anak itu berdoa untuknya selagi itu dia mendapat pahala. Dengan ini kebaikkan doa yang dilakukan oleh anak itu adalah untuk kedua-duanya sekali iaitu untuk anak kerana dia telah menunaikan perintah Allah dan untuk ibu bapa kerana nas mengenainya adalah jelas dari al-Quran dan Sunnah.
Dalam Hadith yang lain:
عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيِّ، قَالَ: بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا؟ قَالَ: «نَعَمْ الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا، وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا، وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا، وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا، وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا»
سنن أبي داود (4 / 336):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya dan beliau tidak mendaifkannya. Dengan ini ia menjadi hujjah.
Bermaksud: Daripada Abu Usayd, Malaik bin Rabi`ah al-Sa`idi katanya: Sedang kami berada di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki daripada Bani Salamah lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Adakah terdapat Sesuatu dari berbakti kepada dua ibu bapa yang aku boleh melakukannya setelah kedua-duanya meninggal dunia? Jawab Baginda: Ya, berdoa untuk kedua-duanya dan meminta ampun untuk kedua-duanya, melaksanakan janji kedua-duanya setelah kedua-duanya tidak ada, menghubungkan silaturrahim yang tidak dapat dihubungkan kecuali dengan kedua-duanya dan memuliakan sahabat-sahabat kedua-duanya.
Hadith di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada dua ibu bapa setelah kedua-duanya meninggal dunia ada banyak cara iaitu berdoa dan meminta ampun untuk kedua ibu bapa, melaksanakan janji kedua-duanya, menghubungkan silaturrahim kerabat kedua-duanya, bermula dengan yang lebih hampir dan memuliakan sahabat-sahabat kedua-duanya. Meninggalkan perkara-perkara di atas bererti tidak berbakti kepada dua ibu bapa.
Menghubungkan silaturrahim kepada keluarga orang yang disayangi oleh kedua-dua
Di antara nas mengenainya:
Sabda Rasulullah s.a.w.:
«إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ»
صحيح مسلم (4 / 1979):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya
Bermaksud: Bahawasanya sebaik-baik kebaikkan ialah anak yang menghubungkan silaturrahim ahli keluarga kesayangan bapanya.
Hadith di atas menunjukkan bahawa di antara sebaik-baik kebaikkan ialah menghubungkan silaturrahim ahli keluarga kesayangan bapa.
Dalam riwayat yang lain:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْمَرْءِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ، بَعْدَ أَنْ يُوَلِّيَ»
سنن أبي داود (4 / 337)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya dan beliau tidak mendaifkannya. Ole itu Hadith di atas menjadi hujjah.
Bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawasanya sebaik-baik kebaikkan ialah seseorang itu menghubungkan ahli keluarga kesayangan bapanya setelah bapa itu meninggal dunia.
Tidak mengutamakan isteri dan anak-anak dan yang lain dari kedua-dua ibu bapa
Tidak mengutamakan isteri dan anak-anak dari kedua-dua ibu bapa dari segi sebaik-baik pergaulan.
Di antara dalilnya
{ وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا } [الإسراء: 23]
Bermaksud: Dan Tuhan-Mu telah menentukan bahawa kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya sahaja, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan
Firman-Nya lagi:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا (36)
النساء: 36،
Bermaksud: Dan hendaklah kamu menyembah Allah, dan jangan kamu menyekutukannya dengan sesuatu, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan
Nas-nas al-Quran di atas menunjukkan bahawa Allah memerintahkan, setelah menyembah Allah Yang Asa dan jangan sekali-kali menyukutukan-Nya dengan yang lain hendaklah berbakti kepada dua ibu bapa. Ini menunjukkan kepada besarnya kewajipan berbakti kepada dua ibu bapa itu.
Di antara dalilnya  juga ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang telah disebutkan sebelum ini:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ: «أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أَبُوكَ»
صحيح البخاري (8 /
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan sebaik-baiknya kepadanya? Jawab Baginda: Ibumu. Orang itu bertanya lagi: kemudian siapa? Jawab Baginda: kemudian ibumu. Orang itu bertanya lagi: kemudian siapa? Baginda menjawab: Kemudian ibumu. Orang itu bertanya lagi: Kemudian siapa: Baginda menjawab: Kemudian bapamu.
Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa orang yang paling utama untuk mendapat sebaik-baik pergaulan ialah ibu, lepas itu bapa. Malangnya terdapat dari kalangan anak-anak, mereka tidak berbuat demikian. Kadang kala Bahasa yang tidak manis yang mereka gunakan kepada kawan-kawan mereka, mereka gunakan untuk kedua ibu bapa. Bahasa yang kurang beradab yang mereka gunakan kepada anak isteri, mereka gunakan kepada dua ibu bapa. Bahkan terdapat juga yang menggunakan Bahasa dan pergaulan yang lebih kasar kepada ibu bapa daripada yang digunakan kepada anak isteri dan kawan-kawannya. Ini adalah anak yang derhaka.
Memberi nafkah kepada ke dua-duanya
Di anta nas mengenainya:
Firman Allah:
وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحساناً ) الإسراء / 23 ،
Bermaksud: Dan Tuhan-Mu telah menentukan bahawa kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya sahaja, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan
Dan lain-lain ayat yang menyuruh supaya berihsan kepada kedua-dua ibu bapa menunjukkan kepada wajib memberi nafakah kepada kedua-duanya, kerana perkataan ihsan yang bermaksud melakukan kebaikkan adalah amat luas yang merangkumi memberi nafakah ketika kedua-duanya memerlukan. Begitu juga dengan firman Allah:
{وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا } [لقمان: 15]
Bermaksud: Hendaklah engkau bergaul atau bersama-sama dengan kedua-dua dengan cara yang baik.
Bersama-sama hidup dengan ibu bapa dengan cara yang baik ialah  jika kedua-duanya memerlukan sesuatu seperti makanan, pakaian atau lainnya maka hendaklah diberi, sekalipun ibu bapa itu  kafir.
Dalam Hadith lain:
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ لِي مَالًا وَوَلَدًا، وَإِنَّ وَالِدِي يَحْتَاجُ مَالِي؟ قَالَ: «أَنْتَ وَمَالُكَ لِوَالِدِكَ، إِنَّ أَوْلَادَكُمْ مِنْ أَطْيَبِ كَسْبِكُمْ، فَكُلُوا مِنْ كَسْبِ أَوْلَادِكُمْ»
سنن أبي داود (3 / 289)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan beliau tidak mendaifkannya. Oleh itu Hadith ini menjadi Hujjah.
Bermaksud: Daripada `Amrw bin Shu`ib daripada bapanya daripada datuknya, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Bahawasanya bagiku harta dan anak, dan bahawasanya bapaku berhajat kepada hartaku. Baginda menjawab: Engkau dan hartamu untuk bapamu, dan bahawasanya anak-anak kamu adalah dari sebaik-baik usahamu, maka makanlah dari usaha anak-anakmu.
Hadith di atas menunjukkan bahawa harta anak adalah baik untuk bapa.
Dalam Hadith yang lain:
إِنَّ مِنْ أَطْيَبِ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَوَلَدُهُ مِنْ كَسْبِهِ
سنن أبي داود (3 / 288)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan beliau tidak mendaifkannya. Oleh itu Hadith di atas menjadi Hujjah.
Bermaksud: Bahawasanya dari sebaik-baik sesuatu yang dimakan oleh seseorang itu ialah dari usahanya dan anaknya adalah dari usahanya.
Kata Ibn al-Mundhir:
وَأَجْمعُوا على أَن نَفَقَة الْوَالِدين اللَّذين لَا كسب لَهما وَلَا مَال وَاجِبَة فِي مَال الْوَلَد
الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع (2 / 480)
Bermaksud: Ijmak ulama bahawa nafkah kedua-dua ibu bapa yang tidak ada usaha bagi kedua-duanya dan tidak ada harta wajib pada harta anak.
Dari segi urutan memberi nafakah itu boleh dipahami dari Hadith berikut:
Di antara nas mengenainya:
«ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا، فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا» يَقُولُ: فَبَيْنَ يَدَيْكَ وَعَنْ يَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ
صحيح مسلم (2 / 692):
Bermaksud: Mualilah dengan dirimu dan bersedekahlah kepadanya, jika berlebihan maka kepada ahli keluargamu, dan jika berlebihan sesuatu dari ahli keluargamu maka bagi kerabatmu, maka jika berlebihan dari mereka maka seperti ini seperti ini.
Hadith di atas menunjukkan nafkah itu hendaklah dimulakan dengan diri sendiri, kemudian keluarga kemudian kerabat, lepas itu kepada yang berikutnya.
Imam al-Nawawi berkata:
الِابْتِدَاءُ فِي النَّفَقَةِ بِالْمَذْكُورِ عَلَى هَذَا التَّرْتِيبِ وَمِنْهَا أَنَّ الْحُقُوقَ وَالْفَضَائِلَ إِذَا تَزَاحَمَتْ قُدِّمُ الْأَوْكَدُ فَالْأَوْكَدُ
شرح النووي على مسلم (7 /83):
Bermaksud: Nafakah itu dimulakan dengan susunan yang tersebut.  Hak-hak dan kelebihan-kelebihan  apabila bertembong hendaklah didahulukan yang lebih utama lepas itu seterusnya.
Dalam Hadith lain:
«إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فَقِيرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ فَإِنْ كَانَ  فِيهَا فَضْلٌ فَعَلَى عِيَالِهِ، فَإِنْ كَانَ فِيهَا فَضْلٌ فَعَلَى ذِي قَرَابَتِهِ» أَوْ قَالَ: «عَلَى ذِي رَحِمِهِ، فَإِنْ كَانَ فَضْلًا فَهَاهُنَا وَهَاهُنَا»
سنن أبي داود (4 / 27):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya dan beliau tidak mendaifkannya. Oleh itu Hadith di atas menjadi hujjah.
Bermaksud: Apabila seseorang kamu fakir maka hendaklah dimulai dengan dirinya, maka jika padanya ada lebih maka kepada orang yang wajib diberi nafakah kepada mereka (isteri, anak kemudian ibu bapa) maka jika padanya lebih maka kepada kerabatnya atau kepada dhu al-arham, maka jika ada lebih maka di sini dan di sini.
Dalam Hadith yang lain:
وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ»
صحيح البخاري (7 / 63):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Mulailah dengan orang yang di bawah tanggunganmu.
Kata al-Munawi:
ويؤخذ مما تقرر أن الكلام في غير النفقة أما هي فيقدم نفسه ثم زوجته ثم ولده الصغير ثم الأم ثم الأب
فيض القدير (2 /
Bermaksud: Dari apa yang dibincangkan (bahawa mengutamakan ibu dan bapa dari yang lain) adalah pada yang bukan nafakah, adapun nafakah maka didahulukan dirinya, kemudian isterinya kemudian anaknya yang kecil, kemudian ibu, kemudian bapa.

Sebab diperintahkan berihsan  kepada dua ibu bapa
Di antara sebabnya:
Firman Allah
{وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (15)} [الأحقاف: 15]
Bermaksud: : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapa. Ibunya mengandungnya dalam keadaan susah payah dan melahirkannya dalam keadaan susah payah, sedang lama tempoh menanggungnya berserta tempoh menceraikan susunya ialah 30 bulan, sehingga apabila anak itu sudah sampai ke peringkat dewasa yang sampurna kekuataannya dan telah sampai umurnya 40 tahun dia berkata: Wahai Tuhanku! Ilhamkan aku untuk bersyukur terhadap nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada aku dan kepada kedua-dua ibu bapaku, dan supaya aku beramal salih yang Engkau redhai, dan perbaikilah untukku pada zuriatku, bahawasanya aku bertaubat kepada-Mu dan bahawasanya aku adalah dari kalangan orang Muslim (yang tunduk patuh kepada-Mu)
Dalam ayat di atas Allah menjelaskan kesusahan yang ditanggung oleh ibu ketika dia mengandung, ketika dia melahirkan anak, di samping itu ibu juga menyusukan anaknya.
Penderitaan ibu mengandung, penderitaan ibu melahirkan anak dan kesusahan menyusukannya dan menjaganya adalah perkara yang telah jelas.
Tanggung jawab bapa pula antara lain:
وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،
صحيح البخاري (2 / 5):
Bermaksud: Dan seseorang lelaki itu dia menjaga ahli keluarganya dan dia bertanggug jawab dari jagaannya.
Hadith di atas menunjukkan betapa besar tanggung jawab bapa kepada orang yang di bawah jagaannya. Yang di bawah jagaannya itu termasuk isteri dan anak-anak. Penjagaan iaitu adalah amat luas, yang merangkumi nafkah, pendidikan dan lainnya yang diperlukan oleh anak yang akan menjadi sebagai seorang yang salih yang bertakwa kepada Allah.
 Di antara kewajipan bapa juga ialah firman Allah:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا } [التحريم: 6]
Bermaksud: Wahai mereka yang beriman! Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada ketua keluarga supaya menjaga diri mereka dan ahli keluarga mereka dari api neraka. Ketua keluarga adalah bapa. Dengan ini bapa berkewajipan memberi segala ilmu  kepada ahli keluarga yang menjadikan mereka selamat dari api neraka.
Dari penjelasan di atas maka wajarlah bagi anak untuk berihsan kepada dua ibu bapa.
Kelebihan berihsan kepada dua ibu bapa.
Ia dari sebaik-baik amalan.
أَخْبَرَنَا - صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ، وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى دَارِ - عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ العَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ؟ قَالَ: «الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا» قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: «بِرُّ الوَالِدَيْنِ» قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: «الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ» قَالَ: حَدَّثَنِي بِهِنَّ، وَلَوِ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي
صحيح البخاري (8 / 2):
Bermaksud: … Daripada Abd Allah katanya: Aku bertanya Nabi s.a.w.: Apakah amalan yang disukai Allah? Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya, katanya: Kemudian apa? Baginda menjawab: berbakti kepada dua ibu bapa. Katanya: Kemudian apa? Baginda menjawab: Berperang pada jalan Allah. Katanya: Baginda menyampaikan Hadith kepada aku, dan jika aku meminta ditambah nescaya Baginda menambahnya untuknya.
Dalam Hadith di atas Rasulullah s.a.w. meletakkan berbakti kepada dua ibu bapa itu selepas menunaikan sembahyang fardu dalam waktunya.
Salah satu dari sebab pengampunan dosa.
{وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (15) أُولَئِكَ الَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنْهُمْ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَنَتَجَاوَزُ عَنْ سَيِّئَاتِهِمْ فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ وَعْدَ الصِّدْقِ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ (16)} [الأحقاف: 15، 16]
Bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapa. Ibunya mengandungnya dalam keadaan susah payah dan melahirkannya dalam keadaan susah payah, sedang lama tempoh menanggungnya berserta tempoh menceraikan susunya ialah 30 bulan, sehingga apabila anak itu sudah sampai ke peringkat dewasa yang sampurna kekuataannya dan telah sampai umurnya 40 tahun dia berkata: Wahai Tuhanku! Ilhamkan aku untuk bersyukur terhadap nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada aku dan kepada kedua-dua ibu bapaku, dan supaya aku beramal salih yang Engkau redhai, dan perbaikilah untukku pada zuriatku, bahawasanya aku bertaubat kepada-Mu dan bahawasanya aku adalah dari kalangan orang Muslim (yang tunduk patuh kepada-Mu). Mereka adalah orang yang Kami terima dari mereka sebaik-baik apa yang mereka lakukan dan Kami hapuskan kejahatan mereka, mereka adalah pada kalangan penghuni syurga, (yang demikian itu) adalah janji benar yang mereka dijanjikan.
Sebab bagi menambahkan umur
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُمَدَّ لَهُ فِي عُمْرِهِ، وَأَنْ يُزَادَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، فَلْيَبَرَّ وَالِدَيْهِ، وَلْيَصِلْ رَحِمَهُ " (2)
مسند أحمد ط الرسالة (21 / 93):
) حديث صحيح، وهذا إسناد حسن من أجل ميمون بن سياه، ومن دونه ثقات. يونس: هو ابن محمد المؤدَب، وحَزْم: هو ابن أبي حزم القُطَعي.
وأخرجه ابن أبي الدنيا في "مكارم الأخلاق " (244) من طريق أحمد بن =
مسند أحمد ط الرسالة (21 / 93):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya. Hadith di atas adalah sahih.
Bermaksud: Daripada … katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang suka bahawa dia di panjangkan umurnya dan bahawa dia ditambah pada rezkinya maka dia hendaklah berbakti kepada dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturahimnya.
Hadith di atas menunjukkan sesiapa yang berbakti kepada dua ibu bapa dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezkinya.
Anak-anak akan berbakti kepadanya.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «بَرُّوا آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ، وَعِفُّوا تَعِفُّ نِسَاؤُكُمْ»
المعجم الأوسط (1 / 299):
رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَطِ، وَرِجَالُهُ رِجَالُ الصَّحِيحِ غَيْرَ شَيْخِ الطَّبَرَانِيِّ أَحْمَدَ غَيْرَ مَنْسُوبٍ، وَالظَّاهِرُ
مجمع الزوائد ومنبع الفوائد (8 / 138):
أَنَّهُ مِنَ الْمُكْثِرِينَ مِنْ شُيُوخِهِ فَلِذَلِكَ لَمَّ يَنْسُبْهُ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ.
مجمع الزوائد ومنبع الفوائد (8 / 139)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Tabari dalam al-Mu`jam al-Awsat.
Bermaksud: Daripada Ibn Umar katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : Hendaklah kamu berbakti kepada bapa-bapa kamu maka anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Hendaklah kamu memelihara diri kamu maka isteri kamu akan menjaga diri mereka.
Sebab masuk syurga.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «رَغِمَ أَنْفُهُ، ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ، ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ» قِيلَ: مَنْ؟ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: «مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ، أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا، ثُمَّ لَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ»
صحيح مسلم (4 / 1978):
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Hina, kemudian hina, kemudian hina, ditanyakan: Siapa dia? Wahai Rasulullah! Jawab Baginda: Orang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya ketika kedua-duanya tua, atau salah seorang, atau kedua-duanya, kemudian dia tidak masuk syurga.
Hadith di atas menunjukkan bahawa salah satu dari jalan-jalan masuk syurga itu ialah berbakti kepada dua ibu bapa khususnya apabila salah seorang atau kedua-duanya tua.
Larangan derhaka kepada dua ibu bapa
Di antara nas-nas mengenainya:
Firman Allah:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24) رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا (25)} [الإسراء: 23 –
Bermaksud: Dan Tuhan-Mu telah menentukan bahawa kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya sahaja, dan terhadap kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berihsan, dan jika sampai kepadamu salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya umur tua maka janganlah engkau kata kepada kedua-duanya: upp, ( suara yang lahir dari kebencian), dan jangan engkau tengking kedua-duanya, bahkan hendaklah engkau berkata kepada kedua-duanya perkataan yang mulia (sopan santun). Dan hendaklah engkau merendahkan dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan, dan berkatalah kepada kedua-duanya: Wahai Tuhanku! Belaskasihanilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya memelihara aku sewaktu kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui dengan apa yang ada pada diri kamu jika kamu adalah orang yang salih, maka bahawasanya Dia adalah amat memberi keampunan bagi mereka yang kembali kepada-Nya (bertaubat).
Dalam Hadith:
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الكَبَائِرِ، قَالَ: «الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَشَهَادَةُ الزُّورِ»
صحيح البخاري (3 / 172):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. ditanya mengenai dosa-dosa besar, Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah, derhaka kepada dua ibu bapa, membunuh jiwa dan saksi palsu.
Dalam Hadith di atas Nabi s.a.w. menjelaskan mengenai dosa-dosa besar iaitu mensyirikkan Allah kemudian derhaka kepada dua ibu bapa kemudian baru yang lainnya. Baginda meletakkan derhaka kepada dua ibu bapa setelah mensyirikkan Allah adalah menunjukkan betapa besarnya dosa derhaka kepada dua ibu bapa.
Dalam Hadith yang lain:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " الكَبَائِرُ: الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَاليَمِينُ الغَمُوسُ
صحيح البخاري (8 / 137):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Abd Allah bin `Amrw daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Dosa-dosa besar ialah mensyirikkan Allah, derhaka kepada dua ibu bapa, membunuh jiwa dan sumpah palsu.
Hadith yang lain:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ» قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ؟ قَالَ: «يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ، فَيَسُبُّ أَبَاهُ، وَيَسُبُّ أُمَّهُ»
صحيح البخاري (8 / 3)
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada Abd Allah bin `Amr r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawasanya sebahagian dari dosa paling besar bahawa seorang itu melaknat kedua-dua ibu bapanya, maka dikatakan: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang itu melaknat kedua-dua ibu bapanya? Baginda menjawab: seseorang itu memaki bapa seseorang lain lalu orang lain itu memaki bapanya dan memaki ibunya.
Hadith yang lain:
عَنِ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الأُمَّهَاتِ، وَمَنْعًا وَهَاتِ، وَوَأْدَ البَنَاتِ، وَكَرِهَ لَكُمْ: قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةَ المَالِ "
صحيح البخاري (8 / 4):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada al-Mughirah bin Shu`bah daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Bahawasanya Allah mengharamkan derhaka kepada ibu-ibu, menegah dari memberikan kepada yang berhak dan meminta sesuatu yang dia tidak sepatutnya dapat,  menanam anak perempuan hidup-hidup, dan Allah membenci kamu memperkatakan hal orang lain yang tidak berkaitan, banyak bertanya dan menghilangkan harta.
Dari nas-nas yang telah dibentangkan menunjukkan bahawa derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar bahkan ia adalah dari salah satu dosa yang paling besar.
Perkara-perkara yang sewajibnya dan sebaik-baiknya kita lakukan kepada ibu bapa
Ini adalah sebagai isi kandungan dan penjelasan dari apa yang telah dibincangkan sebelum ini.
Gunakan Bahasa yang baik ketika bertutur dengan kedua-dua ibu bapamu.
Memberi salam kepada kedua-duanya ketika masuk rumah, masuk bilik mereka atau ketika bertemu dengan mereka. Berjabat tangan dengan cara yang hormat, dan adalah baik jika mencium tangan mereka khususnya jika lama sudah tidak berjumpa.
Jika mereka memberi salam maka hendaklah segera dijawab dengan memandang kepada mereka dengan rasa gembira.
Jangan sekali-kali engkau memandang  hina kepada ke dua-dua  ibu bapamu dalam apa keadaan sekalipun.
Janganlah bakhil untuk membelanjakan kepada kedua-dua ibu bapa. Jika mereka tidak memerlukan, maka berilah hadiah kepada mereka, khususnya sempena munasabah yang tertentu.
Jika ibu bapamu memanggilmu maka engkau hendaklah segera menyahut. Jika kamu masih sibuk dengan kerjamu maka engkau hendaklah meminta izin dengan sebaik-baiknya, selepas itu segera mendapatkannya.
Jangan meninggikan suara kepada kedua-dua ibu bapamu, dan jangan memanggil mereka dengan nama mereka, bahkan hendaklah memanggil mereka bapa, ibu atau yang sepertinya sekalipun mereka tidak beragama Islam.
Sabar menanggung kesusahan kerana kedua-dua ibu bapa, dan berkhidmat kepada kedua-duanya semampumu.
Taat kepada kedua-duanya selama bukan dalam perkara maksiat.
Selalu menziarahinya, jika tidak tinggal bersama.
Jangan berjalan di hadapan kedua-duanya tetapi di belakang atau bersebelahan , kerana beradab dan kasih kepada kedua-duanya dan jangan duduk di hadapan mereka.
Apabila engkau bercakap dengan salah seorang dari ibu bapamu maka rendahkan suaramu, jangan engkau memotong percakapannya, bahkan engkau hendaklah mendengarnya dengan baik sehingga dia menghabiskan percakapannya. Jika engkau perlu memanggil salah seorang dari kedua-duanya maka jangan engkau angkat suaramu lebih dari yang diperlukan olehnya.
Berbincang dengan kedua-duanya dan mengambil perhatian terhadap pandangan mereka dalam perkara-perkara yang penting.
Tidak boleh keluar untuk musafir yang harus atau yang sepertinya kecuali dengan izin kedua-duanya
Dahulukan suruhan kedua-duanya dari orang lain.
Tidak berputus asa untuk memperbaiki kedua-dua ibu bapamu, bahkan engkau hendaklah berbaik sangka kepada Allah untuk memberi petunjuk kepada kedua-duanya.
Mengajak kedua-duanya kepada kebaikkan dengan cara yang paling baik dan berlemah lembut dengan kedua-duanya
Mengajar kedua-duanya sesuatu yang memberi manfaat kepada kedua-duanya dan menghampirkan mereka kepada Allah. Seperti sembahyang, puasa dan lainnya.
Berhubung  dengan kedua-duanya melalui telepon atau yang seumpamanya sewaktu engkau berjauhan dari mereka.
Janganlah isteri dan anakmu menjadi sebab begimu engkau derhaka kepada dua ibu bapa atau cuai dari menunaikan kewajipanmu.
Jika makan bersama-sama dengan ibu bapamu maka janganlah engkau makan dahulu dari mereka kecuali jika mereka memberi keizinan.
Jangan sekali-kali menentang dan bersikap kasar kepada kedua-duanya apatah lagi kerana sesuatu perkara yang tidak penting.
Jika engkau melihat kemungkaran dari kedua ibu bapamu maka janganlah engkau kerana hendak menghilangkan kemungkaran itu terus bersikap kasar, meninggalkan cara berhikmah, tidak berlemah lembut untuk memberi nasihat kepada mereka.
Bermesra dengan cara yang baik dan menggembirakan mereka adalah salah satu tanda ketaatan kepada mereka.
Apabila engkau melihat salah seorang dari mereka membawa sesuatu yang berat hendaklah engkau bersegera mengambil dan membawanya.
Apabila salah seorang dari mereka keluar dari rumah untuk berkerja atau yang sepertinya maka katalah kepada ibumu: Dalam penjagaan Allah, wahai ibuku, dan kepada bapa: Allah mengkembalikan kamu dalam keadaan selamat sejahtera, wahai bapa!. Atau yang sepertinya.
Jangan banyak meminta dari kedua-duanya, tetapi banyakkan berterima kasih kepada kedua-duanya kerana apa yang telah dilakukan oleh kedua-duanya kepadamu dan adik-beradikmu adalah amat banyak.
Apabila salah seorang dari kedua-duanya sakit maka engkau hendaklah seberapa boleh berada di sisinya, berilah khidmatmu kepada mereka dan mengikuti perkembangan kasihatan dan perubatan mereka, dan berusaha seberapa boleh untuk kerihatan mereka dan berdoa untuk kesembuhan mereka.
Jagalah rahsia kedua ibu bapamu, jangan sekali-kali engkau memberitahunya kepada orang lain. Apabila engkau mendengar dari kedua ibu bapamu perkataan yang mereka tidak suka hendaklah engkau diam. Jangan engkau beri tahu kepada mereka supaya perasaan mereka tidak tersentuh.
Berdoalah untuk ibu bapamu khususnya dalam sembahyang. Ingatlah perbuatan baikmu itu menjadikan Allah redha kepadamu dan kepada dua ibu bapamu. Oleh itu lakukanlah dengan berterusan.
Apabila kedua-duanya meninggal dunia hendaklah engkau berdoa untuk kedua-duanya supaya Allah memberi keampunan kepada mereka, bersedekahlah untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiat kedua-duanya dan hubungkan silaturrahim kepada keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka khususnya orang yang mereka kasihi semasa hayat mereka. 

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين