Hadith adalah Sumber Syariah

Dr Udah bin Mohsin

Sahabat-Sahabat Rasulullah s.a.w. Adalah Amat Berpegang Teguh Dengan Hadith
Sahabat-Sahabat Rasulullah s.a.w. adalah amat berpegang teguh dengan Hadith, kerana ia merupakan sebagai pentafsir kepada al-Quran  dan ia merupakan sebagai sumber syariah Islam. Berpegang teguh dengan Hadith ini bukan setakat pegangan para sahabat Rasulullah sahaja, tetapi ia adalah pegangan seluruh orang yang beriman. Ini lah kerana:

Pertama. 
Allah memerintahkan orang yang beriman supaya beriman kepada Rasulullah, Muhammad s.a.w. Di antara lain firman-Nya:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا (136) } [النساء : 136 ، 137]


(Surah al-Nisa, 4: 136.)Bermaksud: Wahai mereka yang beriman! Hendaklah kamu beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan ke atas Rasul-Nya, dan kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesiapa yang kufur kepada Allah s.a.w. malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat maka dia telah sesat yang amat jauh.

Ayat al-Quran di atas antara lain memerintahkan orang yang beriman supaya beriman kepada Rasulullah iaitu Muhammad s.a.w. Beriman kepada Rasulullah s.a.w. bererti percaya dengan penuh keyakinan kepada Rasulullah s.a.w.. Ini bererti apa yang dibawa oleh Baginda diterima dengan penuh keyakinan dan berpegang teguh dengannya, samaada yang dibawa itu al-Quran atau penjelasan dan penerangnya kepada al-Quran. Penjelasan dan penerangan Baginda tentang al-Quran itu adalah termasuk dalam takrif Hadith atau Sunnah. Dengan ini orang yang menolak Hadith  bererti dia tidak beriman kepada Rasulullah s.a.w. Tidak beriman kepada Rasulullah bererti dia menolak al-Quran atau dengan lain kata dia tidak beriman kepada al-Quran kerana al-Quran yang menyuruh supaya beriman dengan Rasulullah s.a.w.

Kedua. 
Allah memerintahkan orang yang beriman supaya taat  kepada Rasulullah, Muhammad s.a.w. Di antara lain firman-Nya:
{وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (132) } [آل عمران : 132]
Bermaksud: Dan hendaklah kamu tat kepada Allah dan Rasul-Nya mudah-mudahan kamu diberi rahmat.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan orang Mukmin supaya mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, kedua-dua sekali. Tidak memadai hanya taat kepada Allah sahaja. Jika mentaati Allah s.a.t. itu ialah melalui al-Quran, itu mengerjakan apa yang disuruh dan mejauhi larangan, maka mentaati Rasulullah s.a.w. adalah dengan mentaati Baginda dengan mengerjakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Suruhan atau larang an Baginda ini adalah termasuk dalam kategori Hadith atau Sunnah. Dengan ini orang yang tidak mahu berpegang  dengan Hadith dia adalah tidak taat kepada Rasulullah s.a.w.. Tidak  taat kepada Rasulullah s.a.w. bererti dia tidak mentaati Allah s.w.t. kerana Allah yang memerintahkan supaya taat kepada Rasulullah s.a.w. Dengan ini orang yang tidak berpegang dengan Hadith atau Sunnah dia adalah derhaka Kepada Allah.

Ketiga.
 Allah memerintahkan  Rasulullah s.a.w. supaya menerangkan al-Quran kepada manusia. Firman Allah:
{وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ  [النحل : 44]
(Surah al-Nahl, 16: 44.). Bermaksud “Dan Kami turunkan kepada engkau al-zikr (al-Quran) supaya engkau terangkan  kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.

 Perkataan: لِتُبَيِّنَ  yang bermaksud: Supaya engkau Menerangkan.  Menerangkan itu merangkumi menjelaskan atau yang seumpamanya.  Ayat ini menunjukkan bahawa peranan Rasulullah s.a.w. adalah untuk mejelaskan atau menerangkan al-Quran kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka. Mejelas atau menerangkan itu adalah bermakna mentafsirkan. Yang diturunkan oleh Allah kepada manusia  ialah al-Quran. Dengan ini adalah kewajipan Rasulullah s.a.w. dengan perintah daripada Allah s.a.w. untuk mentafsirkan al-Quran kepada manusia.  Pentafsiran daripada Rasulullah s.a.w. ini  adalah termasuk dalam takrif Hadith atau Sunnah, kerana yang datang daripada Rasulullah s.a.w. yang lain daripada al-Quran adalah Hadith atau Sunnah. Dengan ini melalui perintah Allah s.w.t. bahawa Hadith itu adalah sebagai pentafsir kepada al-Quran.

Keempat.
Di antara tugas Rasulullah s.a.w. adalah mengajar Hadith kepada orang Mukmin.
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (164) أَ} [آل عمران : 164 ، 165
( Al-Imran: 164)
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan kepada orang mukmin kerana mengutuskan kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya(Allah), mensucikan mereka dan mengajar mereka al-kitab dan al-hikmah sekalipun mereka sebelum itu adalah di dalam kesesatan yang nyata. Ayat di atas Allah menyatakan antara peranan Rasulullah adalah:
Membacakan kepada orang-orang mukmin ayat Allah. Mensucikan mereka. Mengajar mereka Al-Kitab dan al-hikmah. Apakah yang dimaksudkan dengan al-hikmah? Untuk mengetahui maksudnya ayat di atas perlu diambil daripada pelbagai sudut:

Al-hikmah bukan bermaksud al-Kitab( al-Quran) kerana perkataan “waw” yang bermaksud “dan” menunjukkan perkataan sebelumnya “waw” lain daripada yang selepasnya.

Al-hikmah di sini merupakan wahyu, kerana jika bukan wahyu mungkin benar dan mungkin salah. Bagaimana Rasulullah diperintahkan oleh Allah mengajar sesuatu yang salah?.

Al-hikmah hendaklah menunjukkan sesuatu yang diketahui oleh Rasul, kerana Rasul tidak boleh mengajar sesuatu yang dia tidak tahu. 
Dengan ini Al-hikmah ialah yang lain daripada Al- Quran, yang diwahyukan oleh Allah kepada rasulNya dan seterusnya diketahui oleh Rasulullah untuk diajar kepada manusia iaitu al-Sunnah.  
 
Terdapat juga contoh bahawa maksud al-hikmah adalah sunnah iaitu firman Allah:
وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ
  ( Al-Ahzab: 34)
Bermaksud: “Hendaklah kamu ingat apa yang dibaca di rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah dan al-hikmah”.Ternyata bahawa maksud al-hikmah di sini adalah Sunnah. Daripada dalil yang dipaparkan menunjukkan bahawa wahyu itu ada dua bahagian, wahyu mutlu iaitu Al-Quran dan wahyu /  mutlu iaitu Sunnah.

Kelima.                                                                                                            
Allah memberi otoriti kepada Rasulullah s.a.w. untuk menghalal dan mengharamkan sesuatu.
Firman-Nya:
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ } [الأعراف : 157
Bermaksud: Mereka yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang mereka dapati tertulis dalam kitab al-Tawrah dan Injil yang menyuruh mereka dengan makruf dan menegah mereka dari kemungkaran, dan dia menghalalkan untuk mereka perkara-perkara yang baik dan mengharamkan kepada mereka perkara-perkara yang keji.

Dalam ayat di atas Allah telah memberi otoriti kepada Rasulullah s.a.w. untuk menghalalkan sesuatu yang baik dan mengharamkan perkara-perkara yang buruk . Perkara-perkara yang dihukumkan halal dan haram daripada Rasulullah s.a.w. ini termasuk dalam kategori Hadith. Dengan ini orang yang menolak Hadith dia menolak perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w. Ini bererti dia tidak beriman dengannya.

Keenam
Allah memerintahkan kepada orang Mukmin supaya menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan dan menerima penetapan dan hukuman Baginda  s.a.w.
Firman-Nya:
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) } [النساء : 59
Bermaksud: Maka jika kamu berbalah pada sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat ,itu adalah lebih baik dan lebih elok kesudahannya. Mengkembalikan kepada Allah ialah kepada al-Quran dan mengkembalikan kepada Rasulullah s.a.w. adalah keputusan Baginda, samaada suruhan, larangan atau lainnya yang semua ini termasuk dalam letegrti Hadith.
Firman-Nya:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا (36)} [الأحزاب : 36
  (Al-Ahzab: 36)
Maksudnya: “Tidak ada bagi orang mukmin lelaki atau perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan sesuatu perkara bagi mereka ada pilihan di dalam perkara itu dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan rasulNya maka sesungguhnya dia telah nyata sesat.
Kandungan ayat di atas menunjukkan  ialah sebagai seorang Mukmin, samaada lelaki atau perempuan dia hendaklah menerima keputusan daripada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. Rasulullah s.a.w., tanpa ada pilihan. Keputusan daripada Allah adalah melalui al-Quran manakala Keputusan daripada Rasulullah s.a.w. adalah termasuk dalam kategori Hadith. Dengan ini orang yang tidak menerima ketetapan Rasulullah s.a.w. maka dia tidak beriman kepada Al-Quran, kerana dia menolak isi Kandungan al-Quran yang jelas.
Firman-Nya lagi:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (65) } [النساء : 65
( al-Nisa’: 65)                                     .                                                                                                                                               Bermaksud: “Maka demi Tuhan engkau, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau sebagai hakim pada sebarang perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tidak mendapati sebarang keberatan di dalam diri mereka dari hukaman engkau dan menerima dengan sepenuhnya.

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang yang tidak menjadikan Rasulullah sebagai hakim dalam pergaduhan yang berlaku di kalangan mereka maka dia adalah bukan orang yang beriman. Hukuman daripada Rasulullah adalah umum samaada yang diambil dari al-Quran atau lainnya, yang lain dari al-Quran adalah Hadith. Ayat ini jells menyuruh supaya berpegang dengan Hadith.

Ketujuh                                                                                                                      Balasan yang amat buruk bagi orang yang tidak mengikut Rasulullah s.a.w.
Firman-Nya:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا (115)} [النساء : 115
Bermaksud:  Sesiapa yang menentang  Rasulullah setelah ternyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya) dan mengikut bukan jalan orang Mukmin Kami memberikannya kuasa untuk melakukan yang dipilihnya dan Kami akan memasukkan ke dalam neraka Jahannam dan ia merupakan seburuk-buruk tempat kembali.

Ayat di atas menunjukkan orang yang menentang Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak tempatnya adalah neraka Jahannam.


Perintah Allah dari ayat-ayat di atas.
Apabila telah sabit daripada al-Quran bahawa Allah memerintahkan orang yang beriman supaya beriman kepada Rasulullah s.a.w., mentaatinya, mengetahui bahawa di antara tugas Rasulullah s.a.w. ialah menerangkan al-Quran kepada manusia, Rasulullah s.a.w. juga bertugas sebagai mengajarkan Hadithnya kepada manusia, dan Allah juga telah menjelaskan supaya sebagai seorang Mukmin mesti menerima hukuman dan penetapan daripada Rasulullah s.a.w., maka para Sahabat Rasulullah s.a.w. dan semua orang yang beriman adalah berpegang teguh dengan Hadith atau Sunnah, kerana ia telah jelas daripada al-Quran. Menolak sesuatu perkara yang telah jelas sabit daripada al-Quran adalah kafir.
Disini penulis membawakan beberapa contoh supaya mudah dipahami.

Mengerjakan sembahyang.

Apabila Allah menyuruh orang yang beriman supaya mengerjakan sembahyang. Di antaranya, firman-Nya:
{ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ [البقرة : 43
Bermaksud: Dan hendaklah kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan hendaklah kamu rukuk bersama-sama dengan orang yang rukuk
Dan Rasulullah s.a.w. yang telah diberi tugas oleh Allah untuk menjelaskan al-Quran telah pun bersabda supaya mengerjakan sembahyang itu sebagaimana yang Baginda lakukan dengan sabdanya:
وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
صحيح البخاري - (18 / 423)
Bermaksud: Dan hendaklah kamu sembahyang sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.


Maka adakah boleh bagi seorang Mukmin, apatah lagi seorang sahabat, yang Hadith itu pada mulanya ditujukan kepadanya, untuk mengadakan satu cara sembahyang lain dari apa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w?. Tidak ini bererti dia telah mengengkari suruhan Rasulullah?. Tidakkah dia juga telah menginkari perintah Allah yang mana Allah telah menyuruh orang yang beriman supaya mentaati Rasulullah s.a.w?. Tidakkah dia beriman dengan Allah dimana  Allah telah menjelaskan bahawa di antara tugas Rasulullah s.a.w. adalah untuk menjelaskan al-Quran?. Oleh itu semua sahabat Rasulullah dan seterusnya semua orang Mukmin mengerjakan sembahyang sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Cara kita sembahyang sekarang ini, sebagai seorang Mukmin kita adalah mengikut cara sembahyang Rasulullah s.a.w.

Mengerjakan Haji
Allah berfirman dalam al-Quran mengenai kewajipan mengerjakan haji bagi orang Mukmin :
{وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا } [آل عمران : 97
Bermaksud: Bagi Allah ke atas manusia mengerjakan haji ke baytullah bagi orang yang mampu sampai kepadanya.
Ayat di atas menunjukkan kepada kewajipan mengerjakan haji. Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

لِتَأْخُذُوا مَنَاسِكَكُمْ فَإِنِّي لَا أَدْرِي لَعَلِّي لَا أَحُجُّ بَعْدَ حَجَّتِي هَذِهِ
صحيح مسلم - (6 / 426)
Bermaksud: Kamu hendaklah mengambil cara beribadah haji kamu (dariku) maka sesungguhnya aku tidak tahu mungkin aku tidak mengerjakan haji selepas hajiku ini.
Dalam Hadith di atas Rasulullah memerintahkan supaya cara mengerjakan haji itu hendaklah diambil  daripada Baginda. Oleh itu orang yang mengerjakan haji tidak mengikut cara yang diajarkan oleh Rasulullah hajinya ditolak. Orang itu telah derhaka kepada Rasulullah s.a.w. di samping dia derhaka kepada Allah.

Berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Allah s.w.t. telah memerintahkan orang Mukmin supaya beselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Firman-Nya:
{ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (56) } [الأحزاب : 56 ،
Bermaksud: Bahawasanya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi , wahai mereka yang beriman!  Kamu hendaklah berselawat dan salam ke atasnya  dengan   sampurnanya.
Dalam ayat di atas Allah s.w.t. telah memerintahkan orang Mukmin supaya berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. manakala Rasulullah s.a.w. pula apabila ditanya mengenai bagaimana cara berselawat ke atas Baginda? Di  antara selawat yang diajarkan oleh Baginda ialah:
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد
صحيح ابن حبان - (5 / 288)
Ini adalah antara selawat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan ini bolehkah seseorang itu mengatakan bahawa selawat ini atau yang seumpamanya  yang telah sabit daripada Rasulullah s.a.w.  ia tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w? Dan adakah boleh baginya menolak selawat yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Tidakkah dengan menolak selawat yang telah sabit diajar oleh Rasulullah s.a.w. dia telah derhaka kepada Rasulullah s.a.w. di samping dia telah derhaka kepada Allah s.w.t.?

Mengucap dua kaimah syahadah
Dua kalimah syahadah ini terdapat dalam al-Quran. Syahadah pertama ialah, firman Allah:
{ فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ } [محمد : 19]
Syahadah kedua, firman Allah:
{مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ } [الفتح : 29]
Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ terdapat dalam al-Quran, Surah Muhammad, ayat 19. Manakala مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ terdapat dalam al-Quran surah al-Fath, ayat 29. Allah juga telah menjelaskan dalam al-Quran bahawa Allah tinggikan sebutan Baginda Rasulullah s.a.w. dengan firman-Nya:
{وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4} [الشرح : 4]
Bermaksud: Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu          
Allah angkat sebutan Rasulullah yang paling penting ialah dalam dua kalimah syahadah.
Oleh itu dalam syahadah apabila disebut Allah maka hendaklah juga disebut Rasulullah.                                                                           
Rasulullah s.a.w. telah mengajar kepada kita bahawa Islam itu  diasaskan kepada dua kalimah syahadah, dengan sabdanya:
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
صحيح البخاري - (1 / 11)
Bermaksud: Diasaskan Islam itu kepada lima perkara, iaitu شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ , mendirikan sembahyang, memberikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di Bulan Ramadan. Perkataan  شَهَادَةِ  adalah masdar iaitu akar kata. Oleh itu jika seseorang itu hendak mengucapkannya maka dia mengucapkan:  أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أشهد . Apabila ia merupakan asas Islam maka setiap orang Muslim mesti mengucapkannya.
Dua kalimah syahadah ini juga tanda seseorang itu beriman kepada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:
هَلْ تَدْرُونَ مَا الْإِيمَانُ بِاللَّهِ وَحْدَهُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ
صحيح البخاري - (1 / 154)
Bermaksud: Adakah kamu mengetahui apakan beriman dengan Allah Yang Esa, iaitu tunggal? Para Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Jawab Baginda: شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ , mendirikan sembahyang, memberikan  zakat dan puasa pada bulan Ramadan.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mengucap dua kalimah syahadah adalah tanda seseorang itu telah memelok Islam:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
صحيح البخاري - (5 / 356
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Muadh bin Jabal ketika Baginda mengutusnya ke Yaman: Engkau akan pergi  menemui satu kaum Ahli Kitab, apabila engkau sampai kepada mereka maka serulah mereka kepada bersyahadah: أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ , maka jika mereka mentaati engkau dengan perkara itu maka beri tahulah mereka bahawa Allah memfardukan ke atas mereka lima waktu sembahyang pada setiap siang dan malam …
Rasulullah s.a.w. juga menerangkan bahawa seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah dia tidak boleh diperangi. Sabdanya:
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ
صحيح البخاري - (1 / 42)
Bermaksud: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga  mereka bersyahadah:
أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, ….
Rasulullah s.a.w. mejelaskan bahawa seseorang yang bersaksi dua kalimah syahadah dia diharamkan dari neraka, sabdanya:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
صحيح البخاري - (1 / 218)
Bermaksud: Tiada seseorangpun yang bersyahadah  أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ yang benar-benar daripada hatinya kecuali Allah haramkannya api neraka.


Dengan ini bahawa dua kalimah syahadah itu ada dalam al-Quran dan telah dijelaskan oleh amat banyak Hadith mengenai dua kalimah tersebut. Maka sebagai seorang Mukmin yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dia mesti menerima dua kalimah syahadah. Menolak dua kalimah syahadah bererti dia ingkar kepada ajaran Rasulullah s.a.w. dan ingkar suruhannya yang dengan sendirinya dia adalah ingkar perintah Allah.

Memakai tudung bagi wanita.
Memakai tudung bagi wanita adalah sabit dari al-Quran. Firman Allah s.w.t.:
{وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31) } [النور : 31]
Firman-Allah:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Dan hendaklah mereka (wanita Mukmin) menutup  dengan tudung kepada yang besar ke atas belahan lecher baju mereka
Khumur adalah jamak khimar iaitu tudung  besar yang menutup dari kepala kebadannya.  (Lisan `al-Arab, 20: 1260 dan 41: 4444).
Dengan ini memakai tudung kepala adalah sabit dari nas al-Quran. Menolaknya adalah menolak Sesutu yang telah sabit dari al-Quran yang jelas. Dia bukan seorang Mukmin.

Perkara yang boleh khilaf dan perkara yang tidak boleh khilaf
Sesuatu yang telah sabit daripada al-Quran dengan jelas yang dipanggil sebagai qat`iyyah al-dalalah, seperti Allah itu adalah Yang Esa, iaitu Satu adalah sabit dengan jelas daripada al-Quran. Firman Allah:
{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ } [الإخلاص : 1]
Bermaksud: Katakan olehmu: Dia adalah Allah Yang Esa.
Oleh itu sesiapa yang mengatakan Tuhan itu dua maka dia telah menentang ayat al-Quran yang jelas maka dia telah terkeluar daripada seorang Mukmin, dengan lain perkataan dia bukan seorang Muslim. Sama seperti itu juga ialah menolak Hadith sebagai sumber syariah atau menolak Hadith sebagai pentafsir al-Quran.

Ayat al-Quran yang dhann al-dalalah iaitu pengambilan dalil dari al-Quran itu berbentuk dhan, tidak sampai kepada yakin seperti maksud  al-ba’ pada firman Allah:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ } [المائدة : 6]

Perkataan:  وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ  perkataan ba’ di sini ada mempunyai banyak makna. Ba’ li al-tab`id bermaksud sebahagian, walau sedikit pun. Dengan ini memadai menyapu kepala, walau sedikit pun. Ba’ li al-ilsaq. Ini memerlukan menyapu kepala itu sekurang-kurangnya satu perempat kepala. Ba’,  zaidah li al-ta’kid. Ini memerlukan menyapu seluruh kepala. Dengan ini berlaku khilaf di kalangan ulama tentang kadar menyapu kepala ketika berwuduk. Ada ulama yang mengatakan sebahagian kepala, walaupun sedikit. Ada ulama yang mengatakan satu perempat kepala, dan ada yang mengatakan seluruh kepala.
Dari sini ternyata dalam perkara agama itu ada yang boleh khilaf dan ada yang tidak boleh khilaf. Mengenai Hadith sebagai sumber syariah atau Hadith sebagai pentafsir al-Quran tidak boleh khilaf padanya kerana ia telah sabit daripada al-Quran secara jelas iaitu qat`iy al-dalalah. Orang yang menolaknya dia terkeluar daripada sebagai seorang orang Mukmin.