Daging Kurban dan Upah Pekerja

Oleh Dr.Udah bin Mohsin

بسم الله الرحمن الرحيم

Daging kurban tidak boleh dijual dan tidak boleh dijadikan sebagai upah pekerja.
Pada setiap tahun kita mengerjakan kurban. Persoalannya adakah kurban yang kita lakukan itu caranya menepati syarak atau tidak? Di sini penulis hanya akan membicarakan mengenai: Adakah daging kurban itu boleh dijual dan dijadikan upah kepada pekerja atau sebaliknya? Penulis dalam membahaskan perkara ini merujuk kepada al-Quran al-Karim Hadith Rasulullah s.a.w. dan pandangan-pandangan ulama, khususnya dalam mazhab al-Shafi`i. Hasilnya ialah daging kurban itu tidak boleh dijual oleh orang yang berkurban dan tidak boleh dijadikan upah kepada pekerja. 
Larangan menjual daging kurban
Firman Allah s.w.t.

{ لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ (28) } [الحج : 28 ، 29]
Bermaksud: Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan mereka mengingati dan menyebut nama Allah pada beberapa hari yang tertentu di atas apa yang Allah kurniakan rezeki kepada mereka  dari binatang ternakan (yang dijadikan kurban), maka makanlah darinya dan berikanlah makan kepada orang susah yang fakir miskin.
Firman-Nya lagi:
والْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ } [الحج : 36]
Bermaksud: Dan Kami jadikan unta (yang diberikan kepada fakir miskin Makkah)  untuk kamu sebagai sebahagian dari syiar agama Allah bai kamu. Pada menyembelih unta tersebut ada kebaikkan bagi kamu. Maka sebutlah nama Allah ke atasnya (semasa menyembelih) ketika ia berdiri, maka apabila ia tumbang maka makanlah darinya dan berilah makan kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta.
Dalam kedua-dua ayat di atas Allah menyebut: فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا .   Maka makanlah darinya dan berilah makan.  Ayat yang pertama: فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ.   maka makanlah drinya dan berikanlah makan kepada orang susah yang fakir miski. Ayat kedua: فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ. maka makanlah darinya dan berilah makan kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta.

Dari kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa binatang  kurban yang telah disembelih itu tidak boleh dijual. Ia adalah untuk dimakan oleh orang yang berkurban dan untuk diberikan makan kepada orang fakir dan yang tidak fakir.
Hadith Rasulullah s.a.w. Di antaranya:
عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلَا يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَبَقِيَ فِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَيْءٌ فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِي قَالَ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا
صحيح البخاري - (17 / 273)
Bermaksud: Daripada Salamah bin al-Akwa` katanya, Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berkurban maka janganlah dia meninggalkannya sampai waktu pagi setelah tiga hari dan terdapat di rumahnya sesuatu (dari daging kurban). Kemudian pada tahun akan datang para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah kami lakukan sebagaimana yang kami lakukan pada tahun lepas? Jawab Baginda: Makanlah dan simpanlah, kerana pada tahun lepas orang ramai susah, maka aku hendak supaya kamu memberi pertolongan padanya.
Dalam Hadith lain:
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا نَهَيْتَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الضَّحَايَا بَعْدَ ثَلَاثٍ فَقَالَ إِنَّمَا نَهَيْتُكُمْ مِنْ أَجْلِ الدَّافَّةِ الَّتِي دَفَّتْ فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا
صحيح مسلم - (10 / 157)
Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: Apa itu? Mereka menjawab: Engkau menegah bahawa dimakan daging kurban itu setelah tiga hari, maka Nabi s.a.w. menjawab: Bahawa sesungguhnya aku menegah kamu ialah kerana ramai orang susuh yang datang. (Adapun sekarang) maka makanlah, simpanlah dan bersdekahlah.
Hadith-Hadith  di atas menunjukkan bahawa daging  kurban itu hendaklah dimakan oleh orang yang berkurban, diberikan makan kepada orang lain, disedekahkan dan disimpan. Ini menunjukkan bahawa daging kurban itu dilarang untuk dijual.

Pandangan ulama mengenai menjual daging kurban.
Kata Imam al-Mawardi dari mazhab al-Shafi`i:
أَمَّا بَيْعُ لَحْمِ الْأُضْحِيَّةِ فَلَا يَجُوزُ فِي حَقِّ الْمُضَحِّي لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى : فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ فَنَصَّ عَلَى أَكْلِهِ وَإِطْعَامِهِ ، فَدَلَّ عَلَى تَحْرِيمِ بَيْعِهِ .
الحاوي في فقه الشافعي - (15 / 119)
Bermaksud: Adapun menjual daging kurban maka tidak harus bagi orang yang berkurban, kerana firman Allah yang bermaksud: Maka makanlah darinya dan berikanlah makan kepada orang susah yang fakir miskin.
Allah mengnaskan supaya memakannya dan memberikannya makan maka ia menunjukkan kepada haram menjualnya.
 Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu`:
واتفقت نصوص الشافعي والاصحاب على انه لا يجوز بيع شئ من الهدي والاضحية نذرا
كان أو تطوعا سواء في ذلك اللحم والشحم والجلد والقرن والصوف وغيره ولا يجوز جعل الجلد وغيره اجرة للجزار بل يتصدق به المضحي والمهدي أو يتخذ منه ما ينتفع بعينه كسقاء أو دلو أو خف وغير ذلك
* وحكى امام الحرمين ان صاحب التقريب حكى قولا غريبا انه يجوز بيع الجلد والتصدق بثمنه ويصرف مصرف الاضحية فيجب التشريك فيه كالانتفاع باللحم
* والصحيح المشهور الذي تظاهرت عليه نصوص الشافعي وقطع به الجمهور انه لا يجوز هذا البيع كما لا يجوز بيعه لاخذ ثمنه لنفسه وكما لا يجوز بيع اللحم والشحم
* قال اصحابنا ولا فرق في بطلان البيع بين بيعه بشئ ينتفع به في البيت وغيره والله أعلم
Bermaksud:Bersepakat nas al-Shafi`i dan sahabt-sahabt dalam mazhab al-shafi`i bahawa tidak harus (dilarang/haram) menjual sesuatu dari binatang al-hady dan kurban samada nazar atau atau sunat, sama ada daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan lainnya. Dan tidak harus menjadikan kulit dan lainnya sebagai upah bagi penyembelihan, bahkan orang yang berkurban itu menyedekahkannya atau memenfa`atkannya seperti dijadikan sebagai penceduk, beldi, khuf atau lainnya…  (al-Nawawi t.t.(a) 8: 335).
Kata Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim:
ومذهبنا أنه لا يجوز بيع جلد الهدى ولا الأضحية ولا شيء من أجزائهما لأنها لاينتفع بها في البيت ولا بغيره سواء كانا تطوعا أو واجبتين لكن ان كانا تطوعا فله الانتفاع بالجلد وغيره باللبس وغيره ولا يجوز اعطاء الجزار منها شيئا بسبب جزارته هذا مذهبنا وبه قال عطاء والنخعي ومالك وأحمد واسحق وحكى بن المنذر عن بن عمر وأحمد واسحق أنه لا بأس ببيع جلد هديه ويتصدق بثمنه قال ورخص في بيعه أبو ثور وقال النخعي والأوزاعي لا بأس أن يشتري به الغربال والمنخل والفأس والميزان ونحوها وقال الحسن البصري يجوز أن يعطى الجزار جلدها وهذا منابذ للسنة والله أعلم
شرح النووي على مسلم - (9 /
Bermaksd: Mazhab kami bahawasanya tidak harus (dilarang /haram) menjual kulit al-hadyi dan kurban dan tidak harus juga menjual bahagian-bahagian kedua-duanya …
Kata al-Shaykh Muhammad al-Sharbini al-Khatib dari mazhab al-Shafi`i ketika mensyarahkan perkataan Abu Shuja`:
 ( ولا يبيع من الأضحية شيئا )
(Dan orang yang berkurban itu tidak menjual sesuatu dari binatang kurbannya)
Katanya:
 ولو جلدها أي يحرم عليه ذلك ولا يصح سواء أكانت منذورة أم لا
الإقناع للشربيني - (2 / 592)
Bermaksud: Sekalipun kulitnya, yakni, haram ke atas orang yang berkurban menjualnya dan tidak sah, samaada kurban nazar atau tidak.
Kata Ibn Quddamah dari mazhab Hanbali.
وَلَهُ أَنْ يَنْتَفِعَ بِجِلْدِهَا ، وَلَا يَجُوزُ أَنْ يَبِيعَهُ ، وَلَا شَيْئًا مِنْهَا .
وَجُمْلَةُ ذَلِكَ أَنَّهُ لَا يَجُوزُ بَيْعُ شَيْءٍ مِنْ الْأُضْحِيَّةِ ، لَا لَحْمِهَا وَلَا جِلْدِهَا ، وَاجِبَةً كَانَتْ أَوْ تَطَوُّعًا لِأَنَّهَا تَعَيَّنَتْ بِالذَّبْحِ .
قَالَ أَحْمَدُ : لَا يَبِيعُهَا ، وَلَا يَبِيعُ شَيْئًا مِنْهَا .
المغني - (21 / 484)
Bermaksud: Dan baginya boleh mengambil manfaat dengan kulitnya, dan tidak harus (dilarang) untuk dia menjualnya dan tidak harus juga menjual sesuatu darinya. Ringkasnya bahawasanya tidak harus menjual sesuatu dari binatang kurban,  tidak harus dijual dagingnya dan juga tidak harus dijual kulitnya, samada kurban wajib atu sunat kerana kurban itu berlaku dengan disembelih. Kata Imam Ahmad (bin Hanbal): Dia tidak boleh menualnya dan tidak boleh menjual sesuatu darinya.
Kata Ibn  Rushd dalam kitab:  Bidayah al-Mujtahid Wa Kifayah al-Muqtasid
والعلماء متفقون فيما علمت أنه لا يجوز مع لحمها، واختلفوا في جلدها وشعرها وما عدا ذلك مما ينتفع به منها، فقال الجمهور‏:‏ لا يجوز يبعه؛ وقال أبو حنيفة‏:‏ يجوز بيعه بغير الدراهم والدنانير‏:‏ أي بالعروض‏.‏
كتاب: بداية المجتهد وكفاية المقتصد
كتاب الضحايا
الباب الرابع في أحكام لحوم الضحايا‏
Bermaksud: Menurut yang saya tahu, para ulama bersepakat tidak harus menjual dagingnya, dan mereka hilap tentang kulit dan bulunya dan yang lain dari yang demikian itu  dari sesuatu yang boleh dimanfaatkannya. Menurut kebanyakkan ulama: Tidak harus (dilarang) menjualnya, tetapi kata Abu Hanifah: Harus menjualnya dengan yang lain dari derham dan dinar.
Dari pendapat para ulama di atas menunjukkan dilarang (haram) menjual daging kurban oleh orang yang berkurban itu.

Larangan memberikan sesuatu dari binatang kurban kepada penyembelih
Daripada Saidinai `Ali r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلَالَهَا وَلَا يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا
صحيح البخاري - (6 / 195)
Bermaksud: Bahawa Nabi s.a.w. menyuruhnya untuk menguruskan  binatang kurban Baginda   dan  membahagikan binatang kurban Baginda, semuanya, daging, kulit dan penutupnya, dan Baginda  tidak memberikan pada penyembelihannya sesuatu pun.
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا
صحيح مسلم - (6 / 470)
Bermaksud: Daripada Saidina Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. menyuruh aku untuk menguruskan binatang kurbannya dan bahawa aku bersedekah dengan daging, kulit, penutupnya dan bahawa aku tidak memberikan penyembelih darinya. Kata Saidina Ali: Kami memberikannya (penyembelih) dari sisi kami.
Dua Hadith di atas menunjukkan di antara lain, bahawa binatang yang dijadikan al-hady dan kurban tidak boleh diberikan sesuatu darinya kepada penyembelih.
Imam al-Nawawi dalam al-Majmu` menyatakan:
ولا يجوز جعل الجلد وغيره اجرة للجزار بل يتصدق به المضحي والمهدي أو يتخذ منه ما ينتفع بعينه كسقاء أو دلو أو خف وغير ذلك
المجموع شرح المهذب - (8 / 420))
Bermaksud: Tidak harus (di larang/haram) menjadikan kulit dan lainnya sebagai upah kepada penyembelih, bahkan orang yang berkurban dan orang yang melakukan al-hadyi bersedekah dengannya atau menjadikan darinya sesuatu yang boleh di manfatkan benda itu seperti dijadikan untuk menjirus, baldi, khuf dan lain-lain.

Penyembelih tidak boleh diberi sesuatu dari penyembelihannya kerana/sebab penyembelihannya
Kata Imam al-Nawwi lagi dalam Sharh Sahih Muslim:
 ولا يجوز اعطاء الجزار منها شيئا بسبب جزارته هذا مذهبنا وبه قال عطاء والنخعي ومالك وأحمد واسحق
شرح النووي على مسلم - (9 / 65)
Bermaksud: Dan tidak harus (dilarang/haram) memberikan kepada tukang sembelih darinya sesuatu pun dengan sebab penyembelihannya. Ini adalah mazhab kami, dan dengannya juga yang telah dikatakan oleh `Ata’ al-Nakha`i, Malik, Ahmad dan Ishaq.
Kata Ibn Ibn Daqiq al-`Id dalam kitab Ihkam al-Ahkam Sharh `Umdah al-Ahkam.
وقوله: "أن لا أعطي الجزار منها شيئا" ظاهرة عدم الإعطاء مطلقا لكل وجه ولا شك في امتناعه إذا كان المعطى أجرة الذبح لأنه معاوضة ببعض الهدي والمعاوضة في الأخرى كالبيع
إحكام الأحكام شرح عمدة الأحكام - (1 / 324).  
Bermaksud: Dan perkataan Saidina Ali: Dan bahawa aku tidak memberikan tukang sembelih darinya sesuatu, jelas mengenai tiada memberikan langsong bagi setiap sudut. Tidak sak ditegah jika yang diberikan itu sebagai upah bagi penyembelihan, kerana ia sebagai gantian kepada sebagaian al-hadyi dan gantian pada yang lain, seperti jual beli.
Dilarang memberikan upah kepada si penyembelih ialah kerana memberinya sesuatu dari penyembelihannya itu dikira sebagai gantian dari kerjanya maka ia seperti  menjual sebahagian dari daging kurban itu kepada  si penyembelih. Menjual daging kurban adalah ditegah sebagaimana yang telah dijelaskan.
Dalam al-Majmu` Imam al-Nawawi ada menyebut: Tidak harus (dilarang/haram) menjual sesuatu dari binatang al-hady dan kurban samada nazar atau  sunat, sama ada daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan lainnya. Dan tidak harus menjadikan kulit dan lainnya sebagai upah bagi penyembelih, bahkan orang yang berkurban itu menyedekahkannya atau memanfa`atkannya seperti dijadikan sebagai alat menjirus, beldi, khuf atau lainnya. (al-Nawawi t.t.(a) 8: 335).
Kenyataan-kenyataan di atas menunjukkan larangan memberi upah yang diambil dari binatang  al-hadyi atau kurban dengan sebab penyembelihan. Ini menunjukkan dia boleh diberi upah dari yang lainnya sebagaimana yang akan dijelaskan kemudian.

Penyembelih boleh diberi daging kurban sembelihannya setelah dia diberi upah, kerana keadaannya sebagai seorang fakir atau lainnya.
Di samping dilarang daging kurban itu dijual dan di jadikan upah pekerja, Imam al-Nawawi juga ada menyebut dalam al-Majmu`: Menurut al-Shaykh Abu Hamid dan sahabt-sahabat (ulama dalam mazhab al-shafi`i): Sekiranya orang yang kurban itu memberikan kepada penyembelih sesuatu dari daging kurban atau kulitnya keran penyembelihannya  adalah tidak harus (ditegah/haram), tetapi jika dia telah memberikannya upah kemudian dia memberikannya daging kerana kefakirannya hukumnya harus, sama seperti dia memberikan daging itu kepada orang-orang fakir yang lain.
المجموع شرح المهذب - (8 /327
Menurut Imam Ibn Khuzaymah sebagaimn yang dinukil oleh al-Hafiz Ibn Hajar: Yang dimaksudkan dengan tegahan memberikan kepada penyembelih darinya adalah sebagai upahnya. Begitu juga yang dikatakan oleh Imam al-Baghawi dalam Sharah al-Sunah. Kata Imam al-Baghawi lagi: Adapun jika dia telah diberikan upah sepenuhnya, kemudian diberikan sedekah ke atasnya jika dia fakir, sebagaimana disedekahkan kepada fakir yang lain maka tidak megapa yang demikian itu.
الباري - ابن حجر - (3 / 556)
فتح الباري - ابن حجر - (3 / 557
Sama dengan apa yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar di atas ialah apa yang disebut oleh Badr al-Din al-`Ayni dalam kitabnya `Umdah al-Qari:
وفيه أنه لا يعطى أجرة الجزارة من لحم الهدي وقال ابن خزيمة النهي عن إعطاء الجزار المراد به أنه لا يعطى منها عن أجرته وكذا قال البغوي في ( شرح السنة ) قال وأما إذا أعطي أجرته كاملة ثم تصدق عليه إذا كان فقيرا كما يتصدق على الفقراء فلا بأس بذلك
عمدة القاري شرح صحيح البخاري - (15 / 254)                                                                                                                             
Dari kenyatan-kenyataan para ulama di atas  iaitu ulama-ulama mazhab al-Safi`i yang dipersetujui oleh Imam al-Nawawi, Imam Ibn Khuzaymah dan Imam al-Baghawi yang telah dipersetujui oleh al-Hafiz Ibn Hajar dan al-`Ayni menunjukkan daging kurban tidak boleh dijadikan upah kepada penyembelihan. Walau bagaimana pun penyembelih apabila telah diberi upah  maka dia boleh menerima sedekah jika dia miskin sebagaimana orang yang berkurban bersedekah kepada orang fakir yang lain.  Dengan demikian, penyembelih setelah diberi upah dia juga boleh menerima hadiah jika dia tidak fakir sebagaimana diberikan kepada orang lain.  Sama dengan upah penyembelihan,  ialah  upah untuk pekerjaan yang lain. Yang pentingnya: Daging kurban itu tidak boleh dijual dan tidak boleh dijadikan upah kerja sama ada kerja itu menyembelih, melapah, memotong tulang atau lain-lain.


Kurban adalah sebagai Ibadah
Kurban adalah sebagai Ibadah yang mempunyai syarat dan rukunnya, dan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Ia bukan seperti penyembelihan biasa yang bukan sebagai ibadah yang khusus.

Upah pekerja hendaklah bukan dari binatang kurban yang dikerjakannya
Sebagaimana yang telah dibentangkan sebelum ini bahawa ijmak ulama daging kurban tidak boleh dijual. Larangan ini adalah apa yang dipahamkan dari al-Quran dan Hadith. Memberikan daging kepada pekerja sebagai gantian dari kerjanya maka ia termasuk dalam menjual sebahagian dari daging kurban itu kepada pekerja. Menjual daging kurban adalah ditegah.
Penyembelih juga dilarang diberikan sesuatu dari  binatang kurban itu sebagai upah kepadanya.
Yang diharuskan ialah memberi upah kepada pekerja dengan diberikan kepadanya diambil  yang lain dari binatang kurban. Seperti diberikan kepadanya upah duit. Jika hendak juga mengunakan daging maka daging itu bukanlah dari binatang kurban tersebut.
Inilah yang dipahamkan dari nas yang telah disebutkan sebelum ini:
نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا
صحيح مسلم - (6 / 470)
Kami memberikannya (penyembelih) dari sisi kami.

Bolehkah daging kurban yang telah dimasak itu diberikan makan kepada pekerja?
Telah dijelaskan sebelum ini bahawa daging kurban itu tidak boleh diberikan kepada pekerja sebagai upah kepadanya. Adapun jika pekerja itu telah diberikan upahnya yang diambil bukan dari daging kurban tersebut, kemudian daging kurban yang dikerjakannya itu dimasak dan diberikan makan kepadanya adalah harus, sama juga dengan dia boleh menerima daging itu di atas kedudukannya sebagai orang fakir atau orang yang tidak fakir. Apa yang pentingnya ialah dia telah diberi upah dengan sesuatu yang bukan dari daging kurban tersebut.

Pengambilan daging kurban untuk fakir dan miskin.
Daging yang hendak diberikan kepada  fakir dan miskin atau yang lainnya  hendak diambil dari setiap binatang kurban. Tidak memadai jika diambil hanya dari sebahagian dari binatang-binatang kurban tersebut. Ini ialah kerana suruhan untuk memberikan daging kurban sama ada kepada orang miskin atau lainnya adalah ditujukan kepada   orang yang berkurban dan setiap ekor itu dimiliki kurbannya oleh orang yang berlainan

Kesimpulan
Daging kurban tidak boleh dijual. Ia juga tidak boleh dijadikan upah pekerja. Pekerja setelah diberi upah di atas pekerjaannya dia boleh menerima daging kurban tersebut sebagai seorang fakir jika dia fakir dan dia juga boleh menerimanya jika dia tidak fakir. Upah pekerja hendaklah diambil dari yang lain dari binatang kurban.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين