Assalamualaikum
Selepas kejayaan menganjurkan pakej umrah buat julung-julung kalinya pada bulan Mac yang lalu, in sha Allah masjid akan menganjurkan rombongan umrah pada tahun 2014 nanti. Tarikh yang dicadangkan adalah sekitar bulan Feb 2014.
 |
Taklimat di KLIA sebelum penerbangan ke Madinah |
Harga pula dianggarkan sama seperti tahun ini iaitu sekitar RM5,500 seorang. Walau bagaimanapun mana-mana jemaah wanita yang ingin turut serta sila pastikan anda mempunyai mahram yang turut sama. Visa hanya akan dikeluarkan untuk mereka yang memenuhi syarat ini sahaja.
 |
Tiba di airport Madinah |
Pendaftaran kini dibuka dan keutamaan adalah untuk ahli qariah kampong Sg Merab. Sila hubungi Tn Hj Rosli 013-3088982 untuk maklumat lanjut
Ini adalah antara gambar-gambar rombongan umrah bulan Mac yang lalu
 |
Dalam kapalterbang MAS Charter |
 |
Di kebun korma Madinah |
 |
Pakej diatur bersama Imtiyaz Travel & Tours |