Kepentingan Meriwayatkan Hadith

Oleh:
Ust Dr. Udah Mohsin

Kepentingan Meriwayatkan Hadith  Dengan  Tepat Dan Memahami Maksud Hadith dengan Benar.
Mukadimah
Ramai orang yang ketika menulis sesuatu Hadith hanya dengan menyebutkan nama Sahabat sahaja, atau hanya menyebutkan nas Hadith sahaja, dengan tidak menyebut sumber rujukannya dari kitab-kitab Hadith, seperti menyebut:
(صحيح البخارى، كتاب فضل ليلة القدر، باب التماس ليلة القدرفى السبع الأواخر)
Sedangkan apabila mereka menulis ayat al-Quran mereka akan menyebut nama Surah dan no. ayat dengan lengkap. Memandangkan kedua-duanya iaitu al-Quran dan Hadith adalah merupakan sumber syariat Islam maka sepatutnya keduanya hendaklah dijaga kesahihannya.
Di antara cara untuk menjaga kesahihan sesuatu Hadith adalah dengan menyebutkan sumber rujukannya dengan tepat. Apabila sesuatu Hadith iaitu diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya maka itu menunjukkan Hadith itu sahih. Jika Hadith itu diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maka pada kebiasaannya Imam al-Tirmidhi memberi hukum Hadith tersebut. Jika ia diriwayatkan oleh Imam al-Tabarana di dalam Mu`jamnya maka dalam kitab itu banyak mengandungi Hadith da`if.
Selain dari kepentingan meriwayatkan Hadith dengan tepat dengan menyebut sumbernya secara jelas sehingga diketahui sesuatu Hadith itu sahih dan sah untuk dijadikan sumber syariah Islam maka adalah amat penting untuk memahami sesuatu Hadith itu dengan benar supaya umat Islam tidak terpesong dari ajaran Islam yang benar, sama ada dari segi akidah, syariah dan lainnya.
Ini adalah matlamat asas seminar ini diadakan.
Kepentingan meriwayatkan Hadith  dengan  tepat
a)    Hadith sebagai sumber syariah Islam
Hadith adalah merupakan sumber syariat Islam setelah al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT :
{وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا } [الحشر: 7]
Bermaksud:
Ma, adalah mawsul dengan erti alladhi bererti sesuatu. Sesuatu itu adalah umum yang merangkumi al-Quran dan Hadith. Iaitu apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah SAW hendaklah diterima.
Dan firman-Nya:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) } [النساء: 59]
Bermaksud:
Maksud taat kepada Allah adalah taat kepada ajaran al-Quran, Maksud al-Rasul adalah Muhammad SAW. Manakala taat kepada Rasul adalah mentaati Rasulullah SAW ketika hidupnya dengan melaksanakan suruhannya dan meninggalkan larangan. Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia maka mentaatinya adalah berpegang teguh dengan ajarannya. Ajarannya itu ialah yang dipanggil sebagai Hadith atau Sunah.
Diulang perkataan ati`u kepada Rasul sebagaimana ati`u kepada Allah menunjukkan bahawa taat kepada Rasul itu sama kuatnya dengan taat kepada Allah. Adapun kepada ‘ulu al-amar maka tidak diulang perkataan ati`u. Ini menunjukkan taat kepada ‘ulu al-amar tidak mutlak. Ia selagi tidak bertentangan dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW:
«لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي المَعْرُوفِ»
 (صحيح البخارى، كتاب الأحكام، باب قول الله تعالى و أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم)
Bermaksud:
Apabila Allah SWT dalam al-Quran telah jelas menyuruh berpegang teguh dengan Hadith atau Sunah Rasulullah SAW maka kepada orang Mukmin adalah wajib berpegang teguh dengannya. Dan ia adalah sumber syariah atau ajaran Islam setelah al-Quran al-Karim, yang berperanan sebagai menjelas dan mentafsirkannya serta membawa hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran.
Mengenai kewajipan berpegang teguh dengan Hadith Rasulullah SAW di samping perintah Allah SWT dalam al-Quran adalah Hadith Rasulullah SAW yang amat banyak. Di antaranya sabda Baginda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى» ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: «مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الجَنَّةَ ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى»
 (صحيح البخارى، كتاب الإعتصام بالكتاب والسنة، باب باب الاقتداء بسنن رسول الله صلى الله عليه وسلم ...)
Bermaksud:
Sabda Baginda lagi:
وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ كَمَا حَرَّمَ اللَّهُ ": «هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ»
(سنن الترمذى، كتاب العلم، باب ما نهي عنه أن يقال عند حديث النبي صلى الله عليه وسلم)
Bermaksud:
Dalam Hadith yang lain:
عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «أَلَا إِنِّي أُوتِيتُ الْكِتَابَ، وَمِثْلَهُ مَعَهُ أَلَا يُوشِكُ رَجُلٌ شَبْعَانُ عَلَى أَرِيكَتِهِ يَقُولُ عَلَيْكُمْ بِهَذَا الْقُرْآنِ فَمَا وَجَدْتُمْ فِيهِ مِنْ حَلَالٍ فَأَحِلُّوهُ، وَمَا وَجَدْتُمْ فِيهِ مِنْ حَرَامٍ فَحَرِّمُوهُ، أَلَا لَا يَحِلُّ لَكُمْ لَحْمُ الْحِمَارِ الْأَهْلِيِّ، وَلَا كُلُّ ذِي نَابٍ مِنَ السَّبُعِ،
(سنن أبي داود، كتاب السنة، باب فى لزوم السنة)
Bermaksud:
Apabila telah sabit perintah daripada Allah SWT melalui al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW supaya berpegang dengan Hadith/Sunah maka wajiblah Hadith/Sunah itu dijaga,  sebagaimana menjaga al-Quran.

b)   Cara pemeliharaan Hadith/Sunah Oleh para Sahabat
Hadith yang telah dipelajari daripada Rasulullah SAW itu dijaga dengan sebaik-baiknya oleh para Sahabat. Di antara cara-caranya ialah dengan:
Pertama. Menghafaz
Para Sahabat mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut Rasulullah SAW dengan bersungguh-sungguh, kemudian mereka menghafaznya. Saidina Mu`awiyah r.a. berkata:
وَكُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا هُوَ بِقَوْمٍ فِي الْمَسْجِدِ قُعُودٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا يُقْعِدُكُمْ؟» قَالُوا: صَلَّيْنَا الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ، ثُمَّ قَعَدْنَا نَتَذَاكَرُ كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ إِذَا ذَكَرَ شَيْئًا تَعَاظَمَ ذِكْرُهُ» . «هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ، وَقَدْ سَمِعَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ الْأَسْلَمِيُّ مِنْ مُعَاوِيَةَ غَيْرَ حَدِيثٍ»
[التعليق – من تلخيص الذهبي] – على شرطهما
(المستدرك على الصحيحين للحاكم، 1: 172)
Bermaksud:
Kedua. Menulis
Terdapat beberapa orang Sahabat yang memiliki tulisan Hadith Rasulullah SAW seperti Abdullah bin `Amr bin al-`As, Jabir bin Abdullah, Anas bin Malik r.a. ajma`in dan lain-lain.
Ketiga. Mengamalkan
Hadith Rasulullah SAW dipelajari untuk diamalkan. Oleh itu Hadith Rasulullah SAW yang telah dipelajari dipelihara dan dijaga melalui amalan. Apabila para Sahabat belajar solat daripada Rasulullah SAW maka mereka pun mengerjakannya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Begitu juga dengan wuduk, haji, puasa, zikir, membaca al-Quran dan lain-lain.
Hadith yang telah diterima daripada Rasulullah SAW itu dipelihara dengan sebaik-baiknya diamalkan dan diajarkan kepada yang lain. Sahabat-Sahabat yang menghadiri majlis ilmu daripada Rasulullah SAW akan menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Hadith itu seterusnya dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain, daripada peringkat Sahabat kepada peringkat tabi`in, daripada peringkat tabi`in kepada atba` tabi`in sehingga akhirnya. Ini semua adalah daripada perintah Allah dan Rasul-Nya agar mereka berbuat demikian. (Udah Mohsin 1995, 82-84).

      C) Cara menilai kesahihan sesuatu Hadith
Untuk menilai sesuatu Hadith itu sahih daripada Rasulullah SAW atau tidak adalah dilihat kepada sanad dan matan.
Para ulama telah membuat kaedah untuk menilai Hadith dari sudut Sanad dan matan. Sanad ialah jalan yang membawa kepada matan. Manakala matan adalah nas Hadith. Sanad mengandungi perawi-perawi yang meriwayatkan Hadith tersebut serta cara mereka menerima Hadith tersebut.
Bagi seseorang perawi yang hendak meriwayatkan Hadith dia hendaklah seorang Muslim, baligh, `adil dan dhabit.
Untuk lebih jelas sila rujuk (Udah Mohsin 1995, 104-108).
Perbahasan ini ada kaitan dengan ilmu al-jarh dan al-ta`dil serta sejarah perawi.
Manakala matan pula, para ulama telah membuat kaedah bagi mengenal kepalsuan pada matan Hadith.
Lafaznya lemah, maknanya rosak, seperti nas hadith itu bertentangan dengan kenyataan yang dapat dirasai melalui pancaindera, nas Hadith itu mengharuskan kerosakan atau mengikut hawa nafsu, setiap Hadith yang ternyata bertentangan dengan kenyataan yang sebenar. Setiap Hadith yang bertentangan dengan al-Quran, Hadith mutawter dan ijmak ulama. Setiap Hadith yang bertentangan dengan sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Setiap Hadith yang hanya diriwayatkan oleh perawi yang taksub dengan mazhabnya sedangkan Hadith itu berhubung dengan mazhabnya. Hadith itu memperkatakan perkara yang tidak munasabah pada syarak. Setiap Hadith yang mendakwa bahawa nas itu didengar atau diketahui oleh para sahabat tetapi mereka menyembunyikannya. Sila lihat (Udah Mohsin 1995, 104-108).

d)   Larangan keras daripada berdusta ke atas Rasulullah SAW
Adalah amat dilarang dengan keras berdusta ke atas Rasulullah SAW. Ini ialah kerana sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa Hadith atau Sunah itu adalah merupakan sumber syariat Islah.
Mengenai larangan berdusta ke atas Rasulullah SAW di antara lain sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ، مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
(صحيح البخارى، كتاب الجنائز، باب ما يكره من النياحة على الميت)

Bermaksud: Bahawasanya berdusta ke atasku tidak sama seperti berdusta ke atas seseorang daripada kamu. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya dari neraka.
Maksud tempat duduk ialah tempat tinggal.
Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan Hadith larangan dari berdusta ke atas Rasulullah SAW beliau menyebut:
تَعْظِيمُ تَحْرِيمِ الْكَذِبِ عَلَيْهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ فَاحِشَةٌ عَظِيمَةٌ وَمُوبِقَةٌ كَبِيرَةٌ
 (Al-Nawawi1392H,1: 69)
Bermaksud: Sungguh besar pengharaman pendustaan ke atas Rasulullah SAW ia adalah keji yang amat sangat dan pembinasa yang sangat besar.
Dalam Hadith yang lain:
مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
(صحيح البخارى، كتاب العلم، باب إثم من كذب على النبي صلى الله عليه وسلم)
Bermaksud: Sesiapa yang berkata ke atasku apa yang aku tidak kata maka dia hendaklah menyediakan tempat duduknya dari api neraka.
Apabila Rasulullah SAW melarang keras dari berdusta ke atasnya maka yang diperintahkan ialah meriwayatkan Hadith itu dengan benar dan tepat.
        e) Sekarang ini Hadith-Hadith Rasulullah SAW telah dikumpulkan
Allah SWT memelihara  Hadith Rasulullah SAW sebagaimana Allah memelihara  al-Quran al-Karim. Allah memelihara Hadith Rasulullah SAW dengan mewujudkan ulama-ulama besar dalam bidang Hadith yang sanggup bertungkus lumus mengumpulkan Hadith Rasulullah SAW. dalam kitab mereka. Di antara mereka ialah Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmidhi, Imam Abu Daud, Imam al-Nasa’I, Imam Ibn Majah dan lain-lain yang sangat banyak. Oleh itu apabila kita hendak mengambil sesuatu Hadith dari kitab-kitab ini maka untuk menjaga kebenaran sesuatu Hadith maka kita hendaklah menyebut rujukan dari kitab tersebut dengan seberapa tepat, dengan menyebut nama kitab, kitab apa dan bab apa. Seperti katanya:
صحيح البخارى، كتاب الصوم، باب وجوب الصوم) )
daripada Ibn Umar r.a. Jika disebut no. Hadith adalah lebih baik.
Juga seperti katanya:
(سنن الترمذى، كتاب الزهد، باب ما جاء فى فضل البكاء من خشية الله)
Kata Imam al-Tirmidhi:
(هذا حديث حسن صحيح).
daripada Abu Hurayrah r.a. Hadith no. 2311.
Tidak memadai hanya menyebut daripada Ibn Umar sahaja atau daripada Abu Hurayrah sahaja.

          F) Menjaga ketepatan ketika meriwayatkan Hadith sebagaimana
            al-Quran.
Apabila seseorang itu menyebut ayat al-Quran di dalam tulisannya maka dia akan menyebut Surah apa, dan ayat yang ke berapa, tetapi apabila dia menyebut Hadith dalam tulisannya dia tidak menyebut rujukannya dengan tepat. Hanya memadai dengan menyebut nama Sahabat yang meriwayatkannya sahaja atau langsung tidak menyebut apa-apa, dengan tidak menyebut kitab rujukannya dengan tepat.
Sedangkan kita telah faham bahawa Hadith adalah merupakan sumber syariat Islam sebagaimana al-Quran. Jika al-Quran kita wajib menjaga kesahihannya, maka begitu juga terhadap Hadith.

Hadith adalah untuk diamalkan.
Dari apa yang diperkatakan sebelum ini bahawa Allah SWT melalui al-Quran al-Karim dan Rasul-Nya SAW telah memerintahkan orang Mukmin supaya berpegang teguh dengan Hadith. Ini bererti kita sebagai orang Mukmin wajib mengamalkan atau melaksanakan isi kandungan Hadith Rasulullah SAW itu. Untuk mengamalkan sesuatu Hadith maka kita kena memahaminya dengan sebaik-baiknya.
Dalam tulisan ini saya akan membawakan beberapa contoh Hadith yang perlu difahami dengan sebaik-baiknya.
Di antaranya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ»
(صحيح مسلم، كتاب الزهد والرقائق)
Imam al-Nawawi berkata:
قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ) مَعْنَاهُ أَنَّ كُلَّ مُؤْمِنٍ مَسْجُونٌ مَمْنُوعٌ فِي الدُّنْيَا مِنَ الشَّهَوَاتِ الْمُحَرَّمَةِ وَالْمَكْرُوهَةِ مُكَلَّفٌ بِفِعْلِ الطَّاعَاتِ الشَّاقَّةِ فَإِذَا مَاتَ اسْتَرَاحَ مِنْ هَذَا وَانْقَلَبَ إِلَى مَا أَعَدَّ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ مِنَ النَّعِيمِ الدَّائِمِ وَالرَّاحَةُ الْخَالِصَةُ مِنَ النُّقْصَانِ وَأَمَّا الْكَافِرُ فَإِنَّمَا لَهُ مِنْ ذَلِكَ مَا حَصَّلَ فِي الدُّنْيَا مَعَ قِلَّتِهِ وَتَكْدِيرِهِ بِالْمُنَغِّصَاتِ فَإِذَا مَاتَ صَارَ إِلَى الْعَذَابِ الدَّائِمِ وَشَقَاءِ الْأَبَدِ
 شرح النووي على مسلم
(18 / 93):
Dari apa yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi di atas menunjukkan maksud Hadith di atas bahawa orang Mukmin  ditegah di dunia ini dari menurut nafsu sahwatnya yang diharamkan dan yang dibenci, sebaliknya diperintahkan melakukan ketaatan yang sukar, maka apabila dia mati rehatlah dia dari ini semua, seterusnya kembali kepada apa yang dijanjikan oleh Allah dari berbagai-bagai nekmat yang berkekalan yang tidak berkurangan. Adapun orang kafir maka baginya di dunia ini sekalipun sedikit yang diperolehi dalam keadaan yang sukar ??? maka apabila dia mati dia akan kembali kepada azab yang berkekalan dan kesusahan yang berkekalan.
Ini menunjukkan bagi orang kafir macam mana punya susah di dunia ini ia adalah syurga baginya, berbanding dengan keadaannya setelah dia meninggalkan dunia.
Adapun Hadith palsu seperti:
الدنيا جيفة، وطلابها كلاب
Ia adalah Hadith palsu.
كشف الخفاء ط القدسي (1 / 409):
Maka ia tidak boleh dijadikan Hujah.

Contoh yang lain:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مِسْكِينًا وَأَمِتْنِي مِسْكِينًا وَاحْشُرْنِي فِي زُمْرَةِ المَسَاكِينِ يَوْمَ القِيَامَةِ
«هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ»
(سنن الترمذى، كتاب الزهد، باب ما جاء أن فقراء المهاجرين ...)

Hadith ini ramai ulama yang menghukumkannya da`if, tetapi ia bukan palsu.
كشف الخفاء ت هنداوي (1 / 205):
Jika Hadith ini diterima maka maksud miskin di sini ialah
إِنَّمَا سَأَلَ المسكنة الَّتِي يرجع مَعْنَاهَا إِلَى الإخبات والتواضع فَكَأَنَّهُ عَلَيْهِ السَّلَام سَأَلَ الله تَعَالَى أَن لَا يَجعله من الجبارين المتكبرين وَأَن لَا يحشره فِي زمرة الْأَغْنِيَاء (المسرفين)
البدر المنير (7 / 370):
Maksud miskin di sini ialah tawadu` . Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT supaya Allah tidak menjadikannya sebagai seorang yang bongkak dan takbur dan Allah tidak menghimpunkannya dari kalangan orang kaya yang bersikap melampau-lampau dalam membelanjakan harta, makan minum dan yang seumpamannya.