Kelebihan Bulan Ramadhan


Oleh Ustaz Dr Udah Mohsin



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Cara Menghayatinya

Bulan Ramadhan adalah berbeza dengan bulan-bulan yang lain kerana bulan Ramadhan ini mempunyai kelebihannya sendiri yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Oleh itu kita hendaklah menghayati bulan Ramadhan ini lebih istimewa dari bulan-bulan yang lain. Dalam tulisan ini akan disentuh beberapa pekara yang  sewajibnya dan yang sebaik-baiknya dilakukan dalam bulan yang mulia dan berkat ini.

Kelebihan bulan Ramadhan

Untuk mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, bolehlah dilihat dari nas-nas berikut. Antaranya:

Firman Allah s.w.t.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ} [البقرة : 185

Bermaksud: Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang batil)

Nas di atas menunjukkan bahawa al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang memisahkan di antara haq dengan batil itu diturunkan dalam bulan Ramadhan.

Firman-Nya lagi:



{  إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) [الدخان : 3 - 4]

Bermaksud: Bahawasanya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang berkat, bahawasanya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.

Nas di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada malam yang berkat dan pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara. Malam yang berkat ialah laylah al-qadr kerana firman Allah:
{إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1)} [القدر : 1]

Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr.

Maksud, pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara, menurut Ibn kathir: Pada malam laylah al-qadr itu dijelaskan dari al-lawh al-mahfuz kepada malaikat akan perkara yang akan berlaku (bagi seseorang) dalam setahun, mengenai ajal, rezeki dan lain-lain. Inilah yang diriwayatkan daripada Ibn `Umar dan lain-lain dari kalangan salaf. (Ibn kathir 7: 246). Menurut `Izz al-Din Ibn Abd al-Salam: Pada malam itu ditulis rezeki, ajal, kebahagiaan dan kecelakaan (seseorang) dari setahun ke setahun. (Ibn Abd al-Salam t.t. 6: 13).

Apabila telah dijelaskan sebelum ini bahawa al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan maka malam yang berkat yang padanya dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara adalah dalam bulan Ramadhan.

Firman-Nya lagi:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ 5   (القدر

Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr. Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu laylah al-qadr?  Laylah al-qadr  adalah lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara. Selamatlah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.

Nas di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada laylah al-qadr. laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan (yang lainnya).  Pada malam itu malaikat  turun ke dunia membawa segala perkara, dan malam itu adalah malam yang selamat sejahtera sehingga terbit fajar. Maksud malaikat  turun ke dunia membawa segala perkara, menurut Ibn Abd al-Salam ialah perkara yang telah ditentukan pada malam itu dari rezeki, ajal (seeorang) dan yang lainnya.  (Ibn Abd al-Salam t.t. 8: 73). Menurut Ibrahim al-Qattan dalam Taysir al-Tafsir: Para malaikat dan jibril turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka berserta dengan berkat dan rahmat Allah. (Ibrahim al-Qattan t.t. 3: 443).

Telah dijelaskan bahawa al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan maka laylah al-qadr adalah pada bulan Ramadhan. 

Mengenai kelebihan bulan Ramadhan juga ialah:
 
عَنْ عَائِشَةَ 
قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ (صحيح البخاري )

Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di masjid pada 10 yang akhir dari bulan Ramadhan, dan bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah al-qadr pada 10 yang akhir dari bulan Ramadhan.
Nas yang lain:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
صحيح البخاري )-)

Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Bahawa Rasulullah bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah al-qad pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir bulan Ramadhan.

Dua nas di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di masjid pada 10 yang akhir bulan Ramadan dan Baginda menyuruh umatnya supaya mendapatkan laylah al-qadr pada 10 yang akhir bulan Ramadhan khususnya pada malam yang ganjil.

Mengenai kelebihan bulan Ramadhan juga:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
سنن النسائي بشرح السيوطي وحاشية السندي ، 434 :4

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah A.W.J. memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup  padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat  jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan.

Nas di atas menunjukkan bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan berkat, dibuka pintu-pintu  langit, ditutup pintu neraka, dibelenggu segala syaitan yang amat jahat, pada bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu malam, sesiapa yang diharamkan mendapatkan  kebaikan malam itu maka dia diharamkan (dari mendapatkannya).

Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang yang mendapat kebaikan malam yang lebih baik dari 1000 malam, iaitu malam laylah al-qadr. Ya Allah berilah kami kebaikan laylah al-qadr, dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang mendapatkannya.

Dalam nas yang lain Rasulullah bersabda:

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
صحيح البخاري - (11 / 55)

Bermaksud: Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup  pintu-pintu neraka jahanam dan dibelenggu syaitan-syaitan.

Dalam riwayat lain:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
صحيح مسلم - (5 / 337)

Dua nas di atas menunjukkan apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.

Dalam riwayat yang lain:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَسَلْمَانَ
سنن الترمذى،   صحيح ابن حبان، 8: 222 ، صحيح ابن حزيمة 3: 188 ، المستدرك على الصحيحين للحاكيم مع التعليقات الذهبى فى التلحيص 1: 582))

Bermaksud: … Dan menyeru oleh (malaikat ) yang menyeru: Wahai orang yang suka kebaikan, Lakukanlah!, wahai orang yang sukakan kejahatan, kurangkanlah! Bagi Allah, ramai  orang yang dimerdekakan dari neraka. Yang demikian itu adalah setiap malam.

Di antara kandungan nas di atas ialah pada setiap malam Ramadhan Allah memerdekakan (melepaskan ramai orang) dari api neraka.

Di antara kelebihan Ramadhan juga ialah:

عن ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yang paling  pemurah dengan kebaikan, dan  Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang  bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat).

Di antara apa yang difahami dari nas di atas ialah Rasulullah amat pemurah dengan kebaikan dalam bulan Ramadhan, lebih pemurah dari bulan-bulan yang lain. Dan dalam bulan Ramadhan juga Rasulullah bertadarus al-Quran dengan Jibril.


Beberapa Kemenangan Besar

Di antara kemenangan-kemenangan besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah peperangan Badr. Ibn kathir ketika menjelaskan firman Allah:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْر

Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepada kamu pada peperangan Badr. Ia berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan, tahun kedua hijrah. (Ibn kathir 2: 111)

Pembukaan Makkah juga adalah berlaku dalam bulan Ramadhan.

وكان فتح مكة في رمضان
الموطأ - رواية محمد بن الحسن - (2 / 177)
صحيح ابن حبان - (9 / 261)

Bermaksud: Adalah Makkah dibuka pada bulan Ramadhan.

Dari apa yang telah dibentangkan ternyata bulan Ramadhan itu mempunyai banyak kelebihannya. Ia adalah merupakan bulan yang berkat, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu nereka dan dibelenggu syaitan yang amat jahat itu. Dalam bulan yang berkat ini diwajibkan berpuasa, diturunkan al-Quran yang menjadi panduan hidup kepada manusia. Dalam bulan yang berkat ini terdapat laylah al-qadr yang lebih baik dari 1,000 bulan yang lain. Dalam bulan yang berkat ini Rasulullah s.a.w. melebih banyakkan segala bentuk kebaikan dan pada malam bulan yang mulia ini Rasulullah bertadarus al-Quran bersama Jibril. Dari segi sejarahnya pula kemenangan-kemenangan besar berlaku dalam bulan Ramadhan seperti peperangan Badr dan pembukaan Makkah. Marilah sama-sama kita berusaha agar kita adalah dari kalangan orang yang mendapat kebaikan, kelebihan dan kejayaan dari bulan yang penuh berkat ini dan berdoa kepada Allah agar mengurniakannya kepada kita.


Doa ketika  berbuka adalah mustajab

عن عَبْدِ الله بْنِ عَمْروٍ ، رَضِيَ الله عَنْهُمَا , سَمِعْتُ رَسُولَ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم يَقُولُ : لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ فَكَانَ عَبْدُ الله بْنُ عَمْروٍ إِذَا أَفْطَرَ دَعَا أَهْلَهُ وَوَلَدَهُ وَدَعَا.
رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ.
وَرَوَاهُ ابْنُ مَاجَةَ وَالْحَاكِمُ ، وَالْبَيْهَقِيُّ فِي الْكُبْرَى مِنْ طَرِيقِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْروٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَة مَا تُرَدُّ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الله يَقُولُ عِنْدَ فِطْرِهِ : اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي - زَادَ فِي رِوَايَةٍ : ذُنُوبِي لَفْظُ ابْنِ مَاجَةَ وَإِسْنَادُهُ صَحِيحٌ.
وَلَهُ شَاهِدٌ مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ رَوَاهُ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَالْبَزَّارُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ ، وَابْنُ مَاجَةَ وَابْنُ خزيمَةَ , وابن حبان في صحيحيهما.
إتحاف الخيرة المهرة - (3 / 102)

Bermaksud: Daripada Abd Allah bin `Umrw r.a.`. aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bagi orang yang berpuasa ketika ia berbuka terdapat doa yang tidak ditolak/diperkenankan. Abd Allah bin `Amrw berdoa ketika beliau berbuka:

اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي - زَادَ فِي رِوَايَةٍ : ذُنُوبِي

Bermaksud: Ya Allah! Bahawasanya aku bermohon kepada–Mu dengan rahmat-Mu yang Engkau luaskan kepada segala sesuatu, bahawa Engkau mengampuni  aku, dalam satu riwayat,  dosaku. (mengampuni dosaku).


Doa setelah berbuka puasa.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
سنن أبى داود – (6 / 309)

Bermaksud: Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila Baginda telah berbuka berdoa:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Ya Allah! Bagi-Mu aku berpuasa, dan di atas rezeki-Mu aku berbuka.

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
سنن أبى داود – (6 / 308)

Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila Baginda telah berbuka berdoa:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Hilang dahaga, basahlah peluh dan mendapat pahala   إِنْ شَاءَ اللَّهُ


Doa orang yang berpuasa tidak ditolak

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
سنن الترمذى - (12 / 25)

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: tiga (golongan manusia) tidak ditolak doa mereka. Orang yang puasa sehingga dia berbuka, imam (pemerintah) yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah mengangkat doanya ke atas awan Dan Allah buka untuknya pintu-pintu langit, dan Allah berkata: Aku akan tolong engkau walau setelah satu masa.

Di antara kandungan hadith di atas ialah doa orang yang berpuasa tidak ditolak. Oleh itu banyakkan berdoa kepada Allah semasa ketika kita berpuasa, khususnya dalam bulan Ramadhan yang berkat ini.   

Doa ketika melihat anak bulan

عن طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ ، وَالسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ ، رَبِّي وَرَبُّك اللَّهُ  هلال رشد وخير
رواه الترمذي وقال: حديث حسن
شرح رياض الصالحين - (1 / 1409)

Bermaksud: Daripada Talhah bin `Ubud Allah r.a.`. bahawa Nabi s.a.w. apabila Baginda melihat anak bulan Baginda berdoa:

: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ ، وَالسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ ، رَبِّي وَرَبُّك اللَّهُ  هلال رشد وخير

Bermaksud: Ya Allah perlihatkanlah anak bulan kepada kami dengan aman dan iman, selamat dan Islam. Tuhanku dan tuhan kamu adalah Allah, awal bulan yang cerdik dan baik.


Cara menghayati Ramadhan

Berpuasa

Berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah wajib. Firman Allah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ
[البقرة : 185

Bermaksud: Bermaksud: Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang batil), maka sesiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan bulan Ramadhan itu hendaklah dia berpuasa.
Ayat di atas menunjukkan bahawa sesiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan hendaklah dia berpuasa. Nas yang lain yang menunjukkan kepada perintah puasa pada bulan Ramadhan,

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
صحيح البخاري - (1 / 11)

Bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a.`.katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Diasaskan Islam itu kepada lima (perkara). Menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.

Kelebihan berpuasa

Manakala mengenai kelebihan berpuasa pula antara lain:  
                                                                                                                       
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا
صحيح البخاري - (6 / 457)

Bermaksud: Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya.

Di antara apa yang boleh difahami dari nas di atas ialah puasa iatu adalah untuk Allah dan Dia yang akan membalasnya, tidak seperti kebaikan-kebaikan yang lain, satu kebaikan dibalas dengan sepuloh. Balasan pahala puasa hanya Allah yang mengetahuinya. Oleh itu sama-samalah kita memperelokkan puasa kita, mudah- mudahan puasa kita mendapat balasan yang amat besar dari Allah.

Puasa merupakan ibadah yang lama, satu hari, sejak dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Oleh itu seseorang itu terus mendapat pahala yang berpanjangan sejak dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Dengan itu jika seseorang itu membaca al-Quran maka dia mendapat pahala yang berganda, di samping pahala membaca al-Quran adalah pahala puasa. Seperti itu juga jika dia mengerjakan kebaikan-kebaikan yang lain.

Sembahyang fardu

Dalam bulan Ramadhan di samping seseorang itu berpuasa wajiblah ke atasnya mengerjakan sembahyang fardu lima waktu, sama seperti bulan-bulan yang lain. Perintah sembahyang dalam al-Quran adalah amat banyak. Di antarnya:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (56) } [النور : 56 ، 57]

Bermaksud: Dan hendaklah kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan taat kepada Rasulullah mudah-mudahan kamu dirahmati

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
صحيح البخاري، الإيمان))

Bermaksud: Islam itu diasaskan kepada lima perkara, mengucap kalimah syahadah iaitu أشهد أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وأشهد َأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai orang yang meninggalkan sembahyang:

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ». وَفِى الْبَابِ عَنْ أَنَسٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ. (سنن الترمذى، الإيمان)

Bermaksud: Perjanjian yang antara kita dengan mereka ialah sembahyang maka sesiapa yang meninggalkannya sesunguhnya dia telah kafir.

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang adalah kafir. Sabda Baginda lagi:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ. (صحيح مسلم، الإيمان)

Bermaksud: Bahawasanya di antara seseorang itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan sembahyang.

Ini bererti sesiapa yang meninggalkan sembahyang dia adalah kafir. Maksud kafir di sini samada kafir hakiki atau kafir nikmat ia jelas menunjukkan betapa buruknya orang yang meninggalkan sembahyang itu.


Perintah sembahyang fardu dengan berjamaah

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ (43) أَ} [البقرة : 43 ، 44]

Bermaksud:Dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang mukmin supaya rukuk bersama-sama dengan orang-orang  yang rukuk, tidak hanya rukuk sendiri, tetapi hendaklah bersama-sama dengan orang-orang lain yang rukuk. Ini menunjukkan kepada suruhan berjemaah.

Nas yang lain: 

وَالَّذِى نَفْسـِى بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ، ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلاَةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا، ثُمَّ آمُرَ رَجُلاً فَيَؤُمَّ النَّاسَ، ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ، وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ الْعِشَاءَ (صحيح البخارى، الأذان)

Bermaksud: Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku bercita-cita untuk menyuruh dibawakan kayu api lalu dinyalakan. Kemudian aku menyuruh didirikan sembahyang. Lalu dilaungkan azan, kemudian aku menyuruh seorang, lalu dia menjadi imam kepada orang ramai, kemudian aku pergi bersama-sama. Beberapa orang lelaki dan aku membakar rumah mereka (yang tidak hadir berjemaah). Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, jika seseorang dari mereka mengetahui bahawa dia akan dapat sesuatu yang baik nescaya dia akan menghadiri sembahyang isyak berjemaah.
Hadith ini menunjukkan kepada pentingnya sembahyang berjemaah. Dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. bersabda:

 لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلاَةِ فَتُقَامَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى مَنَازِلِ قَوْمٍ لاَ يَشْهَدُونَ الصَّلاَةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ (صحيح البخارى، الخصومات)

Bermaksud: Sesungguhnya aku bercita-cita untuk menyuruh mendirikan sembahyang lalu didirikan, kemudian aku pergi ke rumah-rumah  mereka yang tidak menghadiri sembahyang lalu aku membakar ke atas mereka

Hadith ini menunjukkan kepada pentingnya sembahyang berjemaah.


Kelebihan sembahyang berjamaah

Di antara kelebhan sembahyang jamaah ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

لاَ يَزَالُ الْعَبْدُ فِى صَلاَةٍ مَا كَانَ فِى مُصَلاَّهُ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ وَتَقُولُ الْمَلاَئِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. حَتَّى يَنْصَرِفَ أَوْ يُحْدِثَ ». قُلْتُ مَا يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو أَوْ يَضْرِطُ. (صحيح مسلم، المساجد )

Bermaksud: Seseorang hamba Allah itu dikira dalam sembahyang selama dia berada di tempat sembahyangnya kerana menunggu sembahyang, dan berkata Malaikat: “Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas”. 

Sabda baginda

مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ. )صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

Di antara kelebihan sembahyang berjemaah juga ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. (صحيح البخارى، الأذان)

Bermaksud: Sembahyang berjemaah lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan 27 darjat.
Sabda Baginda lagi:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِى جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. (صحيح مسلم، المساجد)

Bermaksud: Sesiapa yang bersembahyang Isyak berjemaah seolah-olah dia bangun sembahyang sunat separuh malam, dan sesiapa yang bersembahyang Subuh berjemaah maka seolah-olah dia sembahyang sunat seluruh malam.


Sembahyang-sembahyang  sunat termasukklah:

Sembahyang terawih

Pensyaratan sembahyang terawih

عن عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ فَلَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِك (صحيح البخاري، كتاب صلاة التراويح، باب فضل من قام رمضان)

Bermaksud: Daipada `Urwah, bahawa `Aisah r. a. `. mengkhabarkan kepadanya, bahawa pada satu malam Rasulullah s.a.w. keluar pada waktu tengah malam lalu Baginda sembahyang di masjid, maka beberapa orang sembahyang mengikut sembahyang Baginda. Pada waktu pagi orang ramai bercerita, (maka pada waktu malam berikutnya) berhimpunlah lebih ramai dari mereka (yang sebelumnya), maka Rasulullah pun sembahyang, lalau orang ramai  sembahyang mengikutnya. Pada waktu pagi orang ramai bercerita, maka pada malam yang ketiganya ramailah orang-orang di masjid, maka Rasulullah s.a.w. keluar (dan menuju ke dalam masjid) lalu disembahyangkan dengan sembahyang Baginda (orang ramai mengikut sembahyang Baginda). Maka pada malam ke empatnya penuh sesaklah masjid dengan ahlinya sehingga apabila Baginda keluar untuk menunaikan sembahyang  Subuh, setelah Baginda menunaikan sembahyang, Baginda menghadap ke pada orang ramai dan mengucap sahadah kemudian bersabda, Amma ba`d, sesungguhnya tidak tersembunyi kedudukan kamu ke atasku, tetapi aku takut akan difardukan ia ke atas kamu maka kamu lemah/tidak mampu. Rasulullah s.a.w. wafat keadaannya adalah di atas yang demikian itu.

 Berjamaah sembahyang terawih

وَعَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ
خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي يَقُومُونَ يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ (صحيح البخاري، كتاب صلاة التراويح، باب فضل من قام رمضان)

Bermaksud:  Daripada Ibn Shihab daripada `Urwah bin al-Zubayr daripada Abd. Al-Rahman bin Abd. Al-qari’ bahawasanya beliau berkata: Aku keluar ke masjid bersama-sama `Umar bin al-Khattab r. a.`. pada satu malam bulan Ramadhan, ketika itu  orang ramai berpecah-pecah, ada orang yang sembahyang sendiri, ada yang sembahyang kemudian di belakangnya terdapat beberapa orang maka Umar berkata: Aku berpendapat,  kalau aku himpunkan mereka di di belakang imam seorang  qari itu adalah lebih utama, kemudia dia memutuskan azamnya dan menghimpunkan mereka berimamkan `Ubay bin Ka`ab. Kemudia aku keluar bersamanya pada malam yang lain ketika itu orang ramai sembahyang mengikut sembahyang qari mereka lalu kata `Umar: Sebaik-baik bid`ah ialah ini. Dan mereka yang tidur dan bangun pada akhir malam adalah lebih afdal dari yang sembahyang pada awalnya. Orang ramai sembahyang pada awalnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar pengarang kitab Fath al-Bari ada menyebut pandangan ulamak mengenai perkara ini. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, perkara yang ditakuti, iaitu ia akan dianggap sebagai wajib sudah tidak akan berlaku, maka Sadina `Umar meminta supaya mereka semua sembahyang berimamkan Ubay bin Ka`b. Ia bertujuan untuk menyatukan ummah dan untuk lebih mencergaskan kepada kebanyakan orang yang sembahyang. Kebanyakan ulama cenderung kepada pendapat Umar. . (Ibn Hajar t.t. 4: 252)


Kelebihan sembahyang terawih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
 (صحيح البخاري، كتاب صلاة التراويح، باب فضل من قام رمضان ) الفتح :   252:4

Bermaksud: Dari pada abu HurayrahBahawa Rasulullah s. a.w. bersabda: Sesiapa yang sembahyang bulan Ramadhan (terawih) dengan kedaan beriman dan mengharapkan (keampunan Allah) diampunkan baginya apa yang terdahulu dari dosa-dosanya.


Sembahyang witir

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
سنن أبى داود - (4 / 206)

Kata al-Imam al-Nawawi sanadnya sahih (al-Nawawi t.t., 3: 472)
Bermaksud: Daripada Abu Ayyub al-Ansari katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang witir itu adalah tuntutan ke atas setiap orang Muslim, maka sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan lima rekaat maka bolehlah dia melakukannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan tiga rekaat maka boleh dia mengerjakannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan satu rekaat maka bolehlah dia mengerjakannya.

Hadith di atas menunjukkan kepada tuntutan sembahyang witir. Walau bagimanapun tuntutan ini tidak wajib kerana yang wajib hanya sembahyang fardu lima waktu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. antara lain, ialah hadith yang panjang, dalam hadith itu ada  disebut:

...فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ...
صحيح البخاري - (1 / 80)

Bermaksud: Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima sembahyang dalam satu hari dan satu malam, maka orang itu berkata: Adakah ke atasku selain darinya? Jawab Baginda: tidak, kecuali engkau melakukan sunat.

Hadith yang lain:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ خَافَ أَنْ لَا يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
و قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ مَحْضُورَةٌ
صحيح مسلم - (4 / 129)

Bermaksud: Daripada Jabir katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang takut bahawa dia tidak bangun pada akhir malam maka dia hendaklah mengerjakan witir pada awalnya, dan sesiapa yang yakin bahawa dia bangun pada akhir malam maka hendaklah dia mengerjakan witir pada akhir malam, maka sesungguhnya sembahyang pada akhir malam iatu adalah disaksikan dan yang demikian itu adalah lebih afdal.

Hadith di atas adalah menunjukkan kepada pensyariatan witir dan menunjukkan bahawa mengerjakan witir pada akhir malam adalah lebih afdal dari awal malam dan dari pertengahan malam.

Hadith yang lain:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَوْتِرُوا قَبْلَ أَنْ تُصْبِحُوا
صحيح مسلم - (4 / 126)

Bermaksud: Daripada Abu Sa`id bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang witir sebelum kamu berada dalam  waktu Subuh. Hadith di atas jelas menunjukkan kepada pensyariatan sembahyang witir dan ia hendaklah dikerjakan sebelum waktu Subuh.
Hadith yang lain:

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
سنن أبى داود - (4 / 206)

Kata al-Imam al-Nawawi sanadnya sahih (al-Nawawi t.t., 3: 472)
Bermaksud: Daripada Abu Ayyub al-Ansari katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang witir itu adalah tuntutan ke atas setiap orang Muslim, maka sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan lima rekaat maka bolehlah dia melakukannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan tiga rekaat maka boleh dia mengerjakannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan satu rekaat maka bolehlah dia mengerjakannya.

Hadith di atas menunjukkan kepada tuntutan sembahyang witir. Walau bagimanapun tuntutan ini tidak wajib kerana yang wajib hanya sembahyang fardu lima waktu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. antara lain, ialah hadith yang panjang, dalam hadith itu ada  disebut:

...فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ...
صحيح البخاري - (1 / 80)

Bermaksud: Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima sembahyang dalam satu hari dan satu malam, maka orang itu berkata: Adakah ke atasku selain darinya? Jawab Baginda: tidak, kecuali engkau melakukan sunat.


Sembahyang Rawatib

Sembahyang sunat rawatib.

Sembahyang sunat rawatib mengikut bilangan rekaat yang  sekurang-kurangnya iaitu adna al-kamal ada sebanyak 10 rekaat. Iaitu:
* Dua rekaat sebelum Zuhur.
* Dua rekaat sesudah Zuhur.
* Dua rekaat selepas Maghrib.
* Dua rekaat  selepas `Isa
*Dua rekat sebelum Subuh.
 ( al-Shirazi, t.t. 3: 461; al-Nawawi t.t. 3: 462) Ini tidak termasuk Witir. Sembahyang sunat rawatib yang disebutkan di atas iaitu dua rekaat sebelum Zuhur, dua rekaat sesudah Zuhur, dua rekaat selepas Maghrib, dua rekaat  selepas `Isya dan dua rekaat sebelum Subuh adalah sembahyang sunat rawatib yang mu’akkad. (Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1995, 1; 115)
Sembahyang sunat rawatib mengikut kadar yang lebih sempurna (al-akmal) ada sebanyak 18 rekaat, iaitu:
Dua reka`at sebelum Subuh.
Dua rekaat selepas Maghrib
Dua rekaat lepas Isha’
Empat rekaat sebelum Zuhur
Empat rekaat lepas Zuhur
Empat rekaat sebelum `Asar
( al-Shirazi, t.t. 3: 461; al-Nawawi t.t. 3: 462) Ini tidak termasuk witir. 18 rekaat di atas adalah termasuk yang muakkad dan yang tidak muakkad.

Kelebihan sembahyang rawatib
عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ عَنْبَسَةَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَنْبَسَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ
سنن الترمذى – (2 / 192)

Bermaksud: Daripada Umm Habibah r.a.  katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang sembahyang pada satu hari dan satu malam, 12 rekaat dibina untuknya sebuah rumah di syurga, iaitu empat rekaat sebelum Zuhur, dua rekaat selepasnya, , dua rekaat selepas Maghrib, dua rekaat selepas `Isya dan dua rekaat sebelum subuh.

عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ قَال سَمِعْتُ أُخْتِي أُمَّ حَبِيبَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَالْقَاسِمُ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُكْنَى أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَالِدِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ مُعَاوِيَةَ وَهُوَ ثِقَةٌ شَأْمِيٌّ وَهُوَ صَاحِبُ أَبِي أُمَامَةَ
سنن الترمذى، الصلاة))

Bermaksud: Daripada `Ambasah bin Abu Sufyan katanya, aku mendengar saudara perempuanku Umm Habibah, isteri Nabi s.a.w. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memelihara empat rekaat sebelum Zuhur dan empat rekaat selepasnya, Allah haramkannya ke atas api neraka.
Hadith di atas menunjukkan kepada pensyariatan dan kelebihan sembahyang sunat empat rekaat sebelum dan selepas Zuhur.

 Sembahyang tahajjud

Firman Allah:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا ([الإسراء، 17 : 79]

Bermaksud:  Dan dari waktu malam hendaklah engkau bertahajjud, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau  di tempat yang terpuji.

Perintah Allah ini sekalipun ditujukan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi ia juga dituntut kepada umatnya.

Firman-Nya lagi:

{إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15) آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ } [الذاريات : 15 - 17]

Bermaksud: Bahawasanya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman syurga dengan beberapa mata air terpancar padanya, mereka sentiasa menerima apa yang dikurniakan kepada mereka oleh Tuhan mereka, mereka di dunia dahulu adalah orang yang melakukan kebaikan. Mereka sedikit sahaja tidur dari waktu malam.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - يَرْفَعُهُ قَالَ سُئِلَ أَىُّ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَىُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ « أَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ . (صحيح مسلم، الصيام)

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a.`. marfu` kepada Rasulullah s.a.w. katanya, Baginda  ditanya mengenai sembahyang  yang  lebih utama  setelah sembahyang fardu,  dan puasa yang lebih utama setelah puasa bulan Ramadhan? Jawab Baginda ialah: Sembahyang  di waktu malam dan puasa yang paling afdal setelah puasa di bulan Ramadhan ialah puasa bulan Allah, bulan Muharram
Waktu yang paling baik untu tahajjud
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ » (صحيح البخارى، التهجد)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a.`. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:  Allah t.w.t.,   Tuhan kita  turun ke langit dunia setiap malam,  ketika tinggal lagi satu pertiga malam yang akhir, katanya-Nya: Sesiapa yang berdo’a kepada-Ku maka Aku akan perkenankan, sesiapa yang meminta kepada-Ku Aku akan berikan kepada-Nya, dan sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, Aku beri ampun kepadanya.

Berusaha untuk mendapatkan Laylah al-qadr
Firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5 ) (سورة القدر، 97: 1-5)

Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam laylah al-qadr. Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu malam laylah al-qadr?  Malam laylah al-qadr  adalah lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara. Selamatlah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.

Ada disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Terdapat di kalangan Bani Isra`il seorang yang pada malamnya sembahyang sehingga subuh, dan pada waktu siangnya berjihad melawan musuh sehingga petang, dia berbuat demikian selama 1,000 bulan, lalu Allah turunkan ayat ini yang menunjukkan sembahyang/ibadah pada malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari amalan lelaki Bani Isra’il tersebut. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Ibn Kathir juga ada menyebut tentang, pada satu hari Rasulullah s.a.w.  ada menyebut  kepada para Sahabat, mengenai empat orang lelaki dari kalangan Bani Israi’l, mereka beribadat kepada Allah selama 80 tahun dan mereka tidak derhaka kepada-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hizqil bin al-`Ajuz dan Yusa` bin Nun, maka para sahabat pun hairan mengenai perkara itu, lalu malaikat Jibril turun dan berkata: Ya Muhammad umatmu pelik dengan ibadah mereka  yang beribadah 80 tahun tanpa sebarang maksiat walau sekelip mata, Sesungguhnya Allah telah menurunkan yang lebih baik dari yang demikian itu, lalu Jibril pun membacakan ayat:

{ إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Ini lebih baik dari apa yang engkau dan sahabat-sahabatmu hairankan, maka Rasulullah s.a.w. dan para sahabat gembira

Penjelasan mengenai:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Apa yang dipilih oleh Ibn Jarir al-Tabari, seorang ulama tafsir yang terkenal, maksud:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

ialah beribadah pada malam itu adalah lebih baik dari 1,000 bulan yang tidak terdapat padanya laylah al-qadr.  (Ibn Katir 1999, 8:443)

Penjelasan mengenai:
تَنزلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ

Pada malm laylah al-qadr itu para malaikat, termasuk Jibril turun kebumi. Mereka turun kerana pada malam itu terdapat banyak berkat. Malaikat turun apabila terdapat berkat dan rahmat. Menurut Qatadah dan lainnya, pada malam itu ditentukan segala perkara, ditentukan ajal dan rezeki, selaras dengan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
 (Ibn Katir 1999, 8:443).


Tadarus al-Quran

عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang paling  pemurah dengan kebaikan, dan  Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat).

Di antara apa yang difahami dari hadith di atas ialah Rasulullah s.a.w. bertadarus al-Quran dengan Jibril pda malam bulan Ramadhan. Oleh itu kita sebagai umatnya adalah dituntut untuk bertadarus al-Quran pada bulan Ramadhan yang berkat itu.


Bersedekah

عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang paling  pemurah dengan kebaikan, dan  Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramdan sehingga Ramadhan berlalau, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang  bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat).

Nas di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang amat pemurah sekali dengan kebaikan adalah dalam bulan Ramadhan. Kebaikan adalah segala sesuatu yang memberi menafa`at. Rasulullah s.a.w. adalah pemurah dengan segala bentuk kebaikan dunia dan akhirat untuk Allah dan kerana Allah.  Di antara kebaikan itu ialah membelanjakan harta pada jalan Allah.

Kata al-Imam al-Nawawi: Sunat menambahkan bersifat pemurah pada bulan Ramadhan (al-Nawawi 1392, 15: 68
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
سنن الترمذى - (3 / 301)

Bermaksud: Daripada Zayd bin Khalid al-Juhani katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa adalah baginya seperti pahala orang yang berpuasa dengan tidak dikurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun.

Hadith di atas menunjukkan kepada pahala yang amat besar kepada orang yang memberi buka puasa. Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa wajib.


Berdoa

Telah dijelaskan sebelum ini bahawa doa orang puasa tidak ditolak, begitu juga doa ketika berbuka adalah mustajab, apatah lagi pada laylah al-qudr yang lebih baik dari 1000 bulan yang lainnya.

Lain-lain kebaikan

Hadith sahih yang telah disebutkan sebelum ini:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)

Bermaksud: Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang paling  pemurah dengan kebaikan, dan  Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalau, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang  bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat).

Telah dikatakan sebelum ini al-khair iaitu kebaikan adalah segala bentuk kebaikan dunia dan akhirat. Termasuk dalamnya membelanjakan harta pada jalan Allah, menyebarkan ilmu yang memberi manafa`at, mendatangkan manafa`at kepada orang ramai,  memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan dan lain-lain. Jika Rasulullah s.a.w. melebih banyakkan segala bentuk kebaikkan pada bulan Ramadhan ini maka umatnya adalah dituntut berbuat demikian.

Menjauhi maksiat.

Sembahyang, puasa dan lain-lain ibadah yang dilakukan adalah bertujuan untuk menjadikan pelakunya sebagai orang yang bertakwa yang sifatnya yang terpenting antara lain ialah menjauhi maksiat.

Mengenai puasa Allah berfirman:

{ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183) } [البقرة : 183]

Bermaksud: Wahai mereka yang beriman difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke atas mereka yang sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertakwa.

Nas di atas menunjukkan tujuan berpuasa adalah untuk menjadi orang yang bertakwa.
Dalam hadith pula,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
صحيح البخاري - (6 / 472)

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a.`. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkatan palsu (berdusta) dan melakukannya, maka Allah tidak berhajat bahawa dia meninggalkan makanannya dan minumannya.

Nas di atas menunjukkan bahawa Allah tidak menerima puasa orang yang bercakap bohong.

Dalam hadith yang lain Rasulullah menjelaskan:

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
مسند أ حمد - (19 / 351)
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده حسن
مسند أحمد بن حنبل - (2 / 441)

Bermaksud: Ramai dari orang yang berpuasa, tiada dari puasanya kecuali lapar. Dan ramai orang bangun (dari tidur untuk sembahyang), tiada baginya dari bangun sembahyangnya kecuali (hanya) berjaga. (tidak mendapat pahala).

Dalam riwayat yang lain:

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : كم من صائم ليس له من صيامه إلا الظمأ وكم من قائم ليس له من قيامه إلا السهر
قال حسين سليم أسد : إسناده حسن ولكن الحديث صحيح
سنن الدارمي - (2 / 390)

Nas di atas sama maksud dengan nas yang sebelumnya hanya disebut dahaga ganti dari lapar.
Dari dua nas di atas menunjukkan ramai orang berpuasa tetapi apa yang dia dapat hanya lapar dan dahaga sahaja, tiada pahala baginya. Begitu juga ramai orang yang sembahyang malam apa yang dia dapat hanya berjaga malam sahaja, tiada pahala baginya. Ini ialah kerana sembahyang dan puasa begitu juga ibadah-ibadah yang lain yang sepatutnya menjadikan pelakunya sebagai orang yang bertakwa, yang sifatnya yang terpenting antara lain ialah menjauhi maksiat tidak ada pada orang itu, maka sembahyang dan puasanya tidak diterima oleh Allah. Ibadah yang dilakukan sepatutnya melindungi pelakunya dari melakukan perkara-perkra yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ
صحيح البخاري - (6 / 457)

Bermaksud: Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali.

Nas di atas menunjukkan bahawa puasa itu adalah sebagai perisai yang menyelamatkan tuannya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang iaitu maksiat, apatah lagi dosa besar.

Nas yang lain mengenai sembahyang Allah berfirman:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ } [العنكبوت : 45]

Bermaksud: Dan hendaklah kamu mendirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu menegah dari fahsha' dan mungkar.

Fahsha' ialah perkara-perkara yang amat keji yang tergolong dalam dosa besar, sepeti zina. Manakala mungkar pula ialah semua perkara yang bertentangan dengan syarak. Oleh itu sembahyang itu akan mencegah pelakunya dari melakukan dosa apatah lagi dosa-dosa besar.

 Renungilah hadith berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
صحيح مسلم - (12 / 459)

Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Adakah kamu mengetahui? Apa itu muflis? Para sahabat menjawab: Orang yang muflis dari kalangan kami ialah orang yang tiada dirham dan tiada barang, maka kata Rasulullah: Bahawasanya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa sembahyang, puasa dan zakat, dan dia datang sesungguhnya dia telah memaki orang ini, menuduh zina orang ini, makan harta orang ini, mengalirkan darah orang ini dan memukul orang ini, maka dia memberi orang ini dari kebaikan-kebaikannya, dan orang ini dari kebaikannya, maka jika habis kebaikan-kebaikannya sebelum ditunaikan  apa yang ke atasnya, diambillah kejahatan (dosa) mereka dan dicampakkan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan dalam neraka.

Nas di atas menerangkan bahawa orang yang benar-benar muflis dari kalangan umat Muhammad s.a.w. pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang telah kehabisan pahala kebaikkan, seperti pahala sembahyang, pahala puasa, pahala zakat dan lain kerana diberikan kepada oarang-orang yang dizalimi semasa di dunia, setelah habis pahalanya, tetapi masih banyak lagi kejahatan yang dilakukannya maka dosa orang yang dizalimi itu dihumbankan ke atasnya, lalu orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Nas di atas juga adalah jelas menunjukkan tidak memadai jika hanya melakukan kebaikan sahaja tetapi maksiat/kezaliman juga dilakukan.

Ya Allah! Terimalah sembahyang, puasa dan segala amal kebikan kami. Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang yang mendapat limpah kurniaan kebaikan-Mu pada bulan yang berkat ini, seterusnya pada bulan-bulan yang lainnya. Ampunilah dosa kami. Jadikanlah sembahyang,  puasa dan ibadah-ibadah yang lain serta amal-amal salih yang lainnya menjadikan kami sebagai orang yang bertakwa, melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu. 

AminYa Rabb al-`alamin!.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين.



Disediakan oleh:
Dr. Udah bin Mohsin
Masjid al-Istiqamah, Sungai Merab Luar,
43000, Kajang, Selangor, Darul Ehsan.
Rujukan:

Abu Daud, Suliman bin al-Ash’ath. T.T. Sunan Abi Daud. Al-Maktabah al-Shamilah.
Ahmad bin Abu Bakr bin Ismail al-Busiri. T.T. Ittihaf al-Khiyarah al-Maharah. Al-Maktabah al-Shamilah.
Ahmad bin Hambal. 1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, tahqiq al-Arnawut. Muassasah al-Risalah
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musnad Min Hadith Rasul Allah S.A.W.  Wa Sunanih Wa Ayyamihn (Sahih al-Bukahri).  Al-Maktabah al-Shamilah
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar, T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari. Al-Qahirah:Al-Maktabah al-salfiyyah.
Al-Darimi, Abdullah bin Abd al-Rahman. 1966/1386. Sunan al-Darimi. Al-Qahirah: Sharikah al-Tiba’ah al-Fannayyah al-Muttahidah.
Ibn Abd al-Salam, `Iz al-Din, `Abd al-`Aziz bin `Abd al-Salam. 1996/1416. Tafrsir al-`Izz bin `Abd al-Salam Tfsir al-Quran tahqiq Dr. Abd Allah bin Ibrahim. Bayrut: Dar Ibn Hazm.
Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban. T.T. Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Balaban, tahqiq Shu`yab al-Arnawut. Muassasah al-Risalah.
 Ibn Kathir, Ismail bin Umar. 1999/1420. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Al-Maktabah al-Shamilah
Ibn Khuzaymah, Muhammad bin Ishaq bin Khuzaymah. 1970/1390. Sahih Ibn Khuzaymah, Ahkam al-Ahadith Li al-A`zami wa al-Albani. Bayrut: al-Maktab al-Islami
Ibrahim al-Qattan t.t. Taysir al-Tafsir. Al-Maktabah al-Shamilah.
Muslim bin al-Hajjaj. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musamma Sahih Muslim. Al-Maktabah al-Shmilah
Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Muhammad bin Salaih al-`Uthaymin. T.T. Shrh Riad al-Salihin. Al-Maktabah al-Shamilah.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin `Isa bin Surah. T.T. Sunan al-Tirmidhi. Al-Maktabah al-Shamilah.
Malik bin Anas. 1991/1413. Muawtta’ al-Imam Malik, Dr. Taqiyyuddin al-Nadawi. Dimisq: Dar al-Qalam.
Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. T.T. Sunan al-Nasa’i Sharh al-Suyuti. Al-Qahirah: al-Matba’ah al-Misriyyah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sahraf. T.T. al-Majmu’ Sharah al-Muhadhdhab. Al-Qahirah: Matba’ah al-‘Alamiyyah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. T.T. Sharh al-Nawawi `Ala Sahih Muslim. Al-Qahirah: al-Matba`ah al-Misriyyah Wa Maktabatuha.