KHABAR UMRAH

UMRAH 3-14 Februari 2016








PAKEJ UMRAH
Seperti dirancangkan, InsyaAllah rombongan umrah masjid Istiqamah akan diadakan pada 25 Feb 2013. Pakej ini akan masuk Mekah terus dan bertolak balik dari Madinah. Itinerary pakej ini adalah seperti dibawah.

Walau pada mulanya kami merancang rombongan ini sekitar 25 orang sahaja, tetapi atas permintaan yang sangat menggalakkan kami terpaksa membuka semula penyertaan pakej ini. Sekarang telah ada seramai 50 orang dan kami bercadang untuk menjadikan pakej ini kepada 2 buah bas atau kira-kira 80 orang. ADA KEKOSONGAN 30 TEMPAT LAGI

Sesiapa yang berminat sila hubungi ketua rombongan, Tn Hj Rosli HP 013-3088982 atau email roslipdc@gmail.com. Pengesahan tertakluk kepada siapa dulu.


ATURCARA :  

HARI KE 01, 25 FEB, ISNIN :   KUALA LUMPUR/JEDDAH/MEKAH

Peserta berkumpul 3 jam sebelum berlepas dari KLIA menuju ke Jeddah dengan
pesawat Malaysia Airlines pada jam 3:15 petang. Peserta berniat Ihram Umrah
dalam pesawat.Dijangka tiba di  Jeddah  jam  6.55 petang..Selepas urusan
imigresen dan ambilan bagasi, peserta berkumpul dan berlepas ke Mekah
dengan bas. . Setelah berehat seketika di hotel, peserta dibimbing untuk 
menyempurnakan Umrah 1.

HARI KE 02, 26 FEB, SELASA :  MEKAH

Peserta beribadat sendirian atau dengan bimbingan petugas

HARI KE 03, 27 FEB, RABU :   MEKAH

Peserta dibawa ziarah ke sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji iaitu ke Padang
Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum dibawa ke Miqat Jaaranah untuk  berniat
Umrah 2. Dalam perjalanan peserta dibawa melalui bukit Thur dan Jabal Nur
yang sangat bersejarah.

HARI KE 04-06, 28 FEB -01 MAC, KHAMIS-JUMAAT: MEKAH

Acara bebas di Mekah. Beribadah dengan bimbingan petugas. Solat jumaat di
Masjidil Haram.

HARI KE 07, 02 MAC, SABTU : MEKAH

Peserta dibawa ziarah ke tempat menyulam Kelambu Kaabah (Kiswah) atau
Muzeum Mekah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) sebelum ke
kandang unta. Seterusnya peserta ke Miqat Hudaibiyah untuk Umrah 3.

HARI KE 08, 03 MAC, AHAD: MEKAH

Acara bebas di Mekah. Beribadah dengan bimbingan petugas.

HARI KE 09 , 04 MAC , ISNIN  : MEKAH/MADINAH

Selepas Tawaf Wida’ peserta berlepas ke Madinah dengan bas berhawa dingin.
Dijangka tiba di Madinah di waktu petang. Peserta dibawa ziarah ke Maqam
Rasulullah S.A.W.

HARI KE 10, 05 MAC, SELASA : MADINAH

Peserta dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah
seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid
Tujuh, percetakan Al Quran sekiranya mendapat kebenaran dan berakhir di
Pasar Kurma.

HARI KE 11, 06 MAC, RABU: MADINAH


Acara bebas di Makkah. Beribadah dengan bimbingan petugas

HARI KE 12, 06 MAC ,  KHAMIS  : MADINAH/KUALA LUMPUR

Selepas Ziarah Wida’ peserta dihantar ke Lapangan Terbang Madinah untuk
penerbangan pulang ke Malaysia dengan penerbangan Malaysia Airlines.

HARI KE 13, 07 MAC, JUMAAT : KUALA LUMPUR

Tiba di KLIA pada 11:55 pagi  dengan kenangan manis di Tanah Suci.

JADUAL PENERBANGAN (TERTAKLUK KEPADA PENGESAHAN)

TARIKH
PESAWAT
DESTINASI
BERTOLAK
TIBA
25 FEB
MH 150
KUL JED
15:15
18:55
08 MAC
MH 151
MED KUL
21:10
11:55 + 1

HOTEL


MADINAH : MUBARAK MEDINAH   HOTEL
 ( 100 METER )@setaraf
MEKKAH : SARAYA IMAN 
( 280 METER )@setaraf

HARGA PAKEJ

4-5 SBLK
( DEWASA )
2-3 SBLK
( DEWASA )
UMUR 6-12
( KANAK-KANAK )
RM 5550
RM 5950-RM6150
POTONGAN 20%


====================================================================