Wanita Imam Jumaat


Oleh : Dr. Udah bin Mohsin

Mukadimah

Sembahyang Jumaat adalah menjadi satu kewajipan kepada kaum lelaki, dan ia tidak wajib bagi kaum wanita. Persoalannya adakah boleh bagi seorang wanita menjadi imam bagi sembahyang jumaat yang  makmumnya terdiri dari kaum lelaki dan wanita?. Ini satu persoalan yang memerlukan kepada jawapan.
Di dalam membincangkan  tajuk ini penulis menyentuh perkara-perkara berikut:

1. Imam sembahyang Jumaat oleh Rasulullah, Khulafa dan Sahabat.
Di zaman Rasulullah (s.a.w.) Imam sembahyang Jumaat adalah Rasulullah sendiri. Baginda tidak pernah memberi izin kepada seseorang wanita pun untuk menjadi imam sembahyang Jumaat. Perbuataan Rasulullah ini adalah termasuk di dalam Sunnahnya yang wajib diikut.  Manakala di zaman Khulafa' al-Rashidin dan di zaman Sahabat-sahabat dan seterusnya, tidak ada seorang pun wanita yang menjadi imam sembahyang jumaat sekalipun masjid telah dibuka dengan banyak, dan terdapat ramai wanita-wanita yang alim di dalam agama, mereka memberi fatwa dan menjadi rujukan di dalam agama seperti cAisyah (r.a.c), Umm Salamah dan lain-lain. Mereka tidak mahu melantik Umm al-Mukminin cAisyah,  isteri Rasulullah yang banyak memberi fatwa dan salah seorang Sahabat yang teralim tentang hadith Rasulullah,  'Aisah sendiri pun tidak pernah meminta untuk mejadi imam di dalam sembahyang Jumaat mestilah mempunyai sebab yang kuat yang sepatutnya dijadikan hujah di dalam perbahasan ini. Bukan setakat di zaman Rasulullah dan di zaman Sahabat sahaja tidak terdapat seorang perempuan menjadi imam sembahyang Jumaat, tetapi itulah yang berlaku di zaman Tabicin dan yang selepasnya sehingga berlalulah 14 kurun yang silam.  Ini bukan sekali-kali kerana tidak ada perempunan yang alim di dalam agama dan bukan kerana tidak banyak masjid.

2. Saf wanita di dalam sembahyang
Mengenai kewajipan sembahyang Jumaat  Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ  [الجمعة :
Bermaksud: Wahai mereka yang beriman! Apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari Jumaat hendaklah kamu segera kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Surah al-Jumaat, 62: 9) Ayat di atas adalah nas yang jelas menunjukkan kefarduan ibadah sembahyang Jumaat. Jika dilihat kepada khitab kefarduan sembahyang Jumaat tersebut pada fascaw adalah ditujukan kepada lelaki, sekalipun boleh dimasukknn perempuan padnya tetapi terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wanita Islam tidak wajib mengerjakan sembahyang Jumaat. Ini ialah kerana tidak ada riwayat yang menyebut bahawa semua kaum wanita muslimah di zaman Rasulullah mereka pergi sembahyang jumaat. Walau apapun hendak di kata, nas ini sekurang-kurangnya,  menunjukkan bahawa kaum lelaki itu lebih utama mengerjakan sembahyang Jumaat dari perempuan. Dengan ini imam sembahyang Jumaat mestilh lelaki, bukan perempuan.
Jika dilihat kepada hadith pula telah dinyatakan sebelum ini yang menjadi imam di zaman Rasulullah adalah Rasulullah sendiri dan Baginda tidak pernah menyuruh atau mengizinkan seorang wanita pun menjadi imam sembahyang Jumaat atau sembahyang fardu berjamaah di masjid. Nas-nas hadith yang sahih menunjukkan bahawa saf perempuan adalah di belakang saf lelaki, jauh untuk menjadi imam, apatah lagi menjadi imam sembahyang Jumaat. Di antara nas-nas itu ialah:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا ». (صحيح مسلم، الصلاة، 132)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah (r.a.c), katanya Rasulullah bersabda:  Sebaik-baik saf lelaki ialah saf yang pertama dan yang seburuk-buruknya ialah saf yang paling akhir, menakala sebaik-baik saf perempuan ialah saf yang paling  belakang dan seburuk-buruknya ialah saf yang awal.( Muslim 1955, 1: 326, Abu Daud 1969, 1: 438, al-Tirmidhi 1937, 1: 436.)  Ini ialah kerana saf yang akhir bagi lelaki hampir dengan perempuan dan saf yang awal bagi perempuan adalah berhampiran dengan lelaki. Hadith ini menunjukkan bahawa saf  perempuan adalah di belakang saf lelaki. Jauh untuk menjadi imam sembahyang fardu apatah lagi sembahyang Jumaat. 
Di dalam  riwayat Abu Sacid al-Khudri Rasulullah menjelaskan:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ إِذَا سَجَدَ الرِّجَالُ فَاغْضُضْنَ أَبْصَارَكُنَّ لا تَرَيْنَ عَوْرَاتِ الرِّجَالِ مِنْ ضِيقِ الأُزُرِ
Bermaksud: Wahai kaum wanita apabila kaum lelaki sujud hendaklah kamu merendahkan penglihatan  kamu supaya kamu tidak melihat aurat lelaki kerana kain yang sempit. (Ahmad 1978, 3: 3)
Daripada Sahl bin Sacd katanya:
 لَقَدْ رَأَيْتُ الرِّجَالَ عَاقِدِى أُزُرِهِمْ فِى أَعْنَاقِهِمْ مِثْلَ الصِّبْيَانِ مِنْ ضِيقِ الأُزُرِ خَلْفَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ قَائِلٌ يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ لاَ تَرْفَعْنَ رُءُوسَكُنَّ حَتَّى يَرْفَعَ الرِّجَالُ.) (صحيح مسلم، الصلاة، 133)
Bermaksud: Aku melihat kaum lelaki mengikat kain mereka di tengkok mereka seperti kanak-kanak kerana kain yang sempit di belakang Nabi (s.a.w.) maka terdapat orang yang berkata: Wahai kaum wanita janganlah kamu mengangkat kepala kamu sehingga kaum lelaki bangun (Muslim 1955, 1: 326)
 Hadith-hadith ini juga jelas menunjukkan saf perempuan adalah di belakang lelaki. Jauh bagi perempuan untuk menjadi imam sembahyang fardu apatah lagi sembahyang Jumaat.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ ، فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَالَ « قُومُوا فَلأُصَلِّ لَكُمْ » . قَالَ أَنَسٌ فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا قَدِ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ ، فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ ، وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا... (صحيح البخاري، الصلاة، 20)
Antara maksud hadith ini ialah: Aku dan seorang yatim di belakang Baginda Rasulullah, manakala nenek perempuan di belakang kami. (al-Bukhari di dalam Ibn Hajar t.t. 1: 488, al-Tirmidhi 1937, 1: 454-456, al-Nasa'I t.t. 2: 85-86) Hadis ini menunjukkan bahawa saf perempun adalah yang paling belakang sekali, iaitu dibelakang kanak-kanak.
عَنْ أَبِى مَالِكٍ الأَشْعَرِىِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ كَانَ يُسَوِّى بَيْنَ الأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِى الْقِرَاءَةِ وَالْقِيَامِ وَيَجْعَلُ الرَّكْعَةَ الأُولَى هِىَ أَطْوَلُهُنَّ لِكَىْ يَثُوبَ النَّاسُ وَيَجْعَلُ الرِّجَالَ قُدَّامَ الْغِلْمَانِ وَالْغِلْمَانَ خَلْفَهُمْ وَالنِّسَاءَ خَلْفَ الْغِلْمَان
Antara maksud hadith ini ialah: Rasulullah meletakkan saf lelaki di hadapan kanak-kanak dan  saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.(al-Harith 1992, 1: 270)  Dari hadith ini menunjukkan bahawa saf perempuan adalah di belakang sekali, di belakang kanak-kanak. Di dalam riwayat yang lain:
عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ هُوَ وَرَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأُمُّهُ وَخَالَتُهُ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَعَلَ أَنَسًا عَنْ يَمِينِهِ وَأُمَّهُ وَخَالَتَهُ خَلْفَهُمَا. (النسائي، الإمامة، إذا كانوا رجلين وامرأتين)
Bermaksud:  Daripada Anas bahawasanya dia,  Rasulullah (s.a.w.), ibunya dan emak sudaranya bersembahyang, Rasulullah meletakkan Anas di sebelah kanannya, menekala ibunya dan emak sudaranya di belakang kedua-duanya. (al-Nasa'I t.t. 2: 86) Di dalam hadith ini juga menunjukkan saf perempuan adalah di belakang sekali iaitu di belakang kanak-kanak walaupun kanak-kanak itu  anaknya sendiri.
Dari nas-nas di atas menunjukkan saf perempuan adalah paling belakang iaitu di belakang kanak-kanak, jauh untuk jadi imam apatah lagi untuk menjadi imam sembahyang Jumaat.

3.      Sembahyang Jumaat adalah satu ibadah, bukan adat.
Sembahyang Jumaat sama dengan sembahyang-sembahyang fardu yang lain adalah merupakan ibadah, bukan adat. Di dalam perkara ibadah, kita sebagai seorang Mukmin hendaklah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, tidak boleh mereka-reka atau mencipta yang baru. Cara sembahyang fardu, dengan takbir al-ihram, qiyam, rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dan seterusnya dengan diimamkan oleh seorang lelaki jika sembahyang itu berjamaah  antara lelaki dengan perempuan, dan cara sembahyang Jumaat dengan azan, dua khutbah dan seterusnya dengan diimamkan oleh lelaki, ini semua merupakan ibadah yang tidak boleh diubah. Mengubah ibadah tidak sah ibadahnya dan adalah merupakan bid'ah yang dilarang. Larangan mereka-reka/mencipta di dalam ibadah adalah disandarkan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah. Firman Allah:
{ أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ } [الشورى : 21
Bermaksud: Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah.(Surah al-Shura, 42: 21)
Ayat ini menunjukkan  bahawa pensyariatan  agama  itu adalah dari Allah, bukan dari yang lain-Nya. Adapun pengambilan syariat oleh orang Mukmin dari Rasulullah, itu  adalah kerana perintah dari Allah. Dengan ini perkara agama iaitu ibadah adalah hanya diambil dari Allah dan RasulNya, tidak boleh direka-rekaka. Dalam hal ini Rasulullah bersabda:

« مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ ».) (مسلم، الأقضية،17)
Bermaksud: Sesiapa yang mengada-adakan di dalam perkara kami ini (agama) yang bukan darinya dia adalah ditolak ( Muslim 1955, 3: 1343) Di dalam riwayat yang lain Rasulullah bersabda:

وَمَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهْوَ رَدٌّ ») (  صحيح البخاري، اليوع، النجش، 60)
Bermaksud: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan tidak mengikut peraturan kami dia adalah ditolak.( al-Bukhari di dalam Ibn Hajar, t.t. 4: 355 ) Mengada-adakan/mencipta di dalam perkara ibadah adalah bid'ah yang dilarang. Sabda Rasulullah:
وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ».(سنن أبي داود،  السنة ، 6، سنن الترمذي، العلم 16، سنن ابن ماجة، المقدمة، 6،  سنن الدارمي، المقدمة، 96، مسند أحمد ، العرباض بن سارية، سنن البيهقي، آداب القاضي، 20825   )
Bermaksud: Jauhilah dari mengada-ngadakan di dalam perkara ugama kerana setiap yang di ada-adakan adalah bidcah dan setiapa bidcah adalah sesat.(Abu Daud 1974, 5: 14-15, Ibn Majah t.t. 1: 16, al-Tirmidhi 1965, 5: 44 )
Adalah haram lagi tidak sah sekiranya seorang itu dengan sengaja sembahyang subuh tiga rakaat atau lebih, kerana pada anggapannya dua rakaat itu tidak sesuai memandangkan baru sahaja bangun tidur dan badan masih cergas. Oleh itu perlu kepada riadah yang lebih dari dua rekaat, atau dia menganggap tiga rakaat atau lebih itu adalah lebih baik dari hanya dua rakaat sahaja. Perbuatan ini haram, lagi tidak sah kerana di dalam perkara sembahyang kita mesti ikut Rasulullah. Sabdanya:
وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِى أُصَلِّى ْ (صحيح البخاري ، الأذان، 18)
Bermaksud: Hendaklah kamu sembahyang sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.( al-Bukhari di dalam Ibn Hajar t.t. 2: 111 ).
Dari keterangan-keterangan di atas menunjukkan larangan untuk mencipta ibadah. Ibadah hendaklah dilakukan mengikut sebagimana yang disyaricatkan.

4. Perbezaan di antara ibadah dengan perkara-perkara duniawi
Jika perkara yang berkaitan dengan ibadah bentuknya adalah ittibac iaitu mengikut maka perkara-perkara yang berkaitan dengan duniawi bentuknya adalah ibtidac iaitu mereka/cipta. Ini bererti perkara-perkara yang berkaitan dengan duniawi seseorang itu hendaklah menggunakan akal dan ilmunya untuk mencari jalan yang lebih baik bagi menghasilkan yang lebih mendapat manfaat, selagi tidak bertentangan dengan garis-garis yang telah ditetapkan oleh syara. Seseorang itu digalakkan membuat teori-teori baru melalui kajian-kajian yang mendalam di dalam bidang sains, kejurutraan, ekonomi dan lainnya, tetapi berkaitan dengan ibadah sembahyang hendaklah dia menunaikan sembahyang itu mengikut sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) dengan tidak boleh mengubahnya.  Suruhan mengunakan akal dan ilmu pengetahuan  bagi mendapatkan munafa'at yang lebih baik  pada perkara-perkara duniawi boleh difahami dari sabda Rasulullah (s.a.w.):
« أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ ».(صحيح مسلم، الفضائل، 141)
Bermaksud: Kamu lebih mengatahui mengenai urusan dunia kamu.(Muslim 1955, 4: 1836 )

5.      Kaum lelaki lebih utama mengimarahkan masjid berbanding kaum wanita
Sebelum ini telah dinyatakan nas al-Quran dan Hadith mengenai suruhan mengerjakan sembahyang Jumaat, saf lelaki dan saf wanita ketika sembahyang di dalam masjid, di zaman Rasulullah dan Sahabat yang semuanya menunjukkan bahawa kaum lelaki adalah menguasai masjid lebih dari kaum wanita, dan dari hadith-hadith yang lain juga menunjukkan bahawa kaum lelaki adalah lebih menguasai masjid dari kaum wanita. Antaranya ialah sabda Rasulullah (s.a.w.):
« إِذَا اسْتَأْذَنَتِ امْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعْهَا » ( البخاري، النكاح، 116)
Bermaksud: Apabila isteri seseorang dari kamu meminta izin untuk pergi ke masjid maka jangan dia menegahnya. (al-Bukhari di dalam Ibn Hajar, 9: 337,  Muslim 1955, 1: 326-327) Hadith ini menunjukkan bahawa hak mengimarahkan masjid itu adalah kepada kaum lelaki kerana  isteri dikehandaki meminta izin kepada suaminya apabila hendak  pergi masjid dan kepada suami janganlah dia melarangnya. Adapun bagi suami dia tidak perlu untuk meminta izin kepada isteri apabila dia hendak pergi ke masjid. Jika suami dan isteri sama tarafnya untuk mengimarahkan masjid maka tidaklah perlu bagi isteri untuk meminta izin dari suaminya sebagaimana isteri tidak perlu meminta izin dari suami untuk mengerjakan sembahyang fardu di rumah.
Apabila telah jelas menunjukkan bahwa kaum lelaki itu lebih utama untuk mengimarahkan masjid maka layaklah mereka yang duduk dibarisan hadapan dan layaklah mereka yang menjadi imam.

6.      Tidak ada sebab penting kaum wanita untuk menjadi imam
Memandangkan kaum lelaki yang layak menjadi imam adalah masih terlalau ramai, mereka boleh membaca al-Quran dengan baik, mereka alim tentang agama, mereka tidak mempunyai sesuatu yang mencacatkan untuk menjadi imam  maka tidak ada sebab penting yang dianggap daruruh perempuan boleh jadi imam. Oleh kerana itu perempuan tidak boleh menjadi imam sembahyang Jumaat.
Dari penjelasan-penjelasan yang disandarkan kepada nas-nas yang sahih lagi banyak  menunjukkan imam sembahyng Jumaat, sembahyang fardu dan sembahyang sunnat yang terdiri dari lelaki dan perempuan imamnya adalah lelaki.

7.      Perbincangan mengenai hadith Umm Waraqah
1. Nas hadith
Terdapat hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa wanita menjadi imam dan di belakangnya terdapat lelaki. Wanita itu ialah Umm Waraqah. Hadith Umm Waraqah adalah sebagai berikut:
591 - عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ بِنْتِ نَوْفَلٍ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- لَمَّا غَزَا بَدْرًا قَالَتْ قُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ائْذَنْ لِى فِى الْغَزْوِ مَعَكَ أُمَرِّضُ مَرْضَاكُمْ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَرْزُقَنِى شَهَادَةً. قَالَ « قِرِّى فِى بَيْتِكِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَرْزُقُكِ الشَّهَادَةَ ». قَالَ فَكَانَتْ تُسَمَّى الشَّهِيدَةَ. قَالَ وَكَانَتْ قَدْ قَرَأَتِ الْقُرْآنَ فَاسْتَأْذَنَتِ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ تَتَّخِذَ فِى دَارِهَا مُؤَذِّنًا فَأَذِنَ لها. .. (سنن أبي داود، الصلاة)
Antara maksud hadith ini ialah Umm Waraqah, seorang wanita qariah, meminta izin kepada Rasulullah untuk melantik seorang juru azan lalalu Baginda mengizinkan kepadanya…( Abu Daud 1969, 1: 396-397)
Di dalam riwayat yang lain menyatakan:
592 - ،  وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَزُورُهَا فِى بَيْتِهَا وَجَعَلَ لَهَا مُؤَذِّنًا يُؤَذِّنُ لَهَا وَأَمَرَهَا أَنْ تَؤُمَّ أَهْلَ دَارِهَا. (سنن أبي  داود، الصلاة، 62)
Bermaksud: Adalah Rasulullah (s.a.w.) menziarahinya di rumahnya dan Rasulullah menjadikan untuknya seorang juru azan, dan Rasulullah menyuruhnya menjadi imam untuk ahli rumahnya. (Abu daud 1969, 1: 397, al-Darqutni 1966, 1: 404)
2. Hukum hadith
Menurut Ibn Hajar di dalam riwayat tersebut terdapat perawi yang bernama Abd al-Rahman bin Khallad, beliaufih jahalah ( Ibn Hajar 1979, 2: 29) dengan itu  hadith ini da'if. Walau bagimanapun Ibn Hibban memasukkannya di dalam kitabnya al-Thiqat. (Abadi 1967, 2: 302) Dengan ini menurutnya hadith ini boleh dijadikan hujah Dengan demikian terdapat  hilaf di kalangan ulama  hadith  tentang kesahihan hadith ini, ada yang menerima dan ada yang menolak.
3. Tafsiran hadith
Jika hadith Umm Waraqah itu bertaraf maqbul iaitu boleh dijadikan hujjah maka zahir maksud hadith tesebut ialah Umm Waraqah adalah menjadi imam bagi ahli rumahnya  sebagaimana dijelaskan di dalam nas hadith tersebut. Ini bererti Umm Waraqah tidak boleh menjadi imam bagi yang lain dari ahli rumahnya. Jika ditafsirkan maksud dar di dalam hadith ini adalah bermaksud satu kawasan yang besar yang mengandung banyak bilangan rumah, tafsiran ini tidak benar, kerana tidak terdapat bukti-bukti yang menunjukkan demikian. Perbincangan lanjut mengenai pendapat ulama mengenai hadith ini akan diperkatakan selepas ini.

8.      Wanita menjadi imam di dalam sembahyang
Di dalam membahaskan tajuk ini saya bincangkan sepeti berikut:
  1. Wanita menjadi imam bagi wanita
  2. Wanita menjadi imam bagi lelaki dan wanita
Wanita menjadi imam bagi wanita
Terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa wanita boleh menjadi imam bagi wanit. Antara nas-nasnya ialah
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا. (سنن البيهقي، كتاب الصلاة،5563،   مسند الشافعي، 1: 53)
Bermaksud: Daripada Umm Salamah bahawasanya beliau menjadi imam kepada kaum wanita dan beliau berdiri di tengah-tengah. (al-Bayhaqi 1989, 1: 343, al-Shafici, 1: 53)

عن عائشة أنها أمت نسوة في المكتوبة فأمتهن بينهن وسطا وسطا، (السنن الصغرى، 1: 343، السنن البيهقي، 3: 131)
Bermaksud: Daripada cAisah (r.a.c.) bahawasanya beliau menjadi imam bagi kaum wanita untuk sembahyang fardu lalu beliau mengimamkan mereka di tengah-tengah (al-Bayhaqi 1989, 1: 343, al-Bayhaqi 1994, 3: 131)
  وعن أم سلمة أنها أمتهن فقامت وسطا (السنن الصغرى، 1: 343)
.Bermaksud: Daripada Umm Salamah bahawasanya beliau menjdi imam bagi kaum wanita lalu beliau bangun di tengah-tengah. (al-Bayhaqi 1989, 1: 343)
  عن عائشة ثم أنها كانت تؤذن وتقيم وتؤم النساء وتقوم وسطهن  (سنن البيهقي, 3: 131)
Bermaksud: Daripada Aisah bahawasanya beliau azan, kamat, dan menjadi imam kepada kaum wanita dan beliau berdiri di tengah-tengah.( al-Bayhaqi 1994, 3: 131)
Nas-nas di atas menunjukkan bahawa cAishah dan  Umm Salamah telah menjdi imam di dalam sembahyang dan yang menjadi makmum adalah dari kalangan wanita juga, tidak ada lelaki padanya

Wanita menjadi imam bagi lelaki
Berpandukan kepada zahir hadith Umm Waraqah di atas tadi, -jika hadith itu diterima- maka seseorang wanita boleh menjadi imam bagi lelaki yang termasuk di dalam ahli rumahnya,  wanita itu   qariah dan ahli rumah tiada yang qari`. Wanita boleh menjadi imam bagi lelaki adalah merupakan pendapat Abu Thawr, al-Muzani dan al-Tabari. Adapun jamhur al-Ulama iaitu kebanyakkan ulama menentang pendapat mereka bertiga ini. ( Abdi 1967, 2: 302, al-Qurtubi 1967, 1: 356). Ini ialah kerana hadith ini tidak disepakati kesahihnnya dan ia bertentangan dengan hadith-hadith  sahih  sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, oleh itu menurut jumhur, jika hadith ini diterima- maka perkataan ahli rumah di sini ialah ahli rumah yang perempuan tidak termasuk yang lelaki.
Apa yang perlu diambil perhatian, ialah pendapat tiga ulama tersebut adalah di dalam konteks hadith Umm Waraqah di atas iaitu perempuan menjadi imam dirumahnya bagi ahli keluarganya, dan perempuan itu sebagi qari'ah dan ahli keluarganya tidak qari. Adapun perempuan menjadi imam sembahyang fardu di dalam masjid, apatah lagi bagi sembahyang Jumaat maka saya tidak mengetahui ada  ulama muctabar yang mengharuskannya.


9. Bukan merupakan satu penindasan atau tidak adil kepada wanita jika dia tidak boleh menjadi imam bagi sembahyang Jumaat.
Siapa sahaja yang melakukan amal salih sama ada lelaki atu perempuan Allah akan memberi balasan dengan yang lebih baik, tidak kira lelaki atu perempuan: Firman Allah:
{مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (97)} [النحل :
Bermaksud: Sesiapa yang melakukan amal soleh sama ada dari lelaki atau perempuan sedangkan dia beriman maka Kami akan memberikannya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas pahala mereka dengan sebaik-baik apa yang mereka lakukan. (Surah al-Nahl, 16: 97)
Walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan, di antara lelaki dengan perempuan, bukan dari segi balasan pahala dan dosa, tetapi dari sudut-sudut yang lain, ini bukan menunjukkan tidak adil, tetapi itu sebagai sesuatu yang ditetapkan selaras dengan tabiat  kejadian mereka. Oleh sebab itu orang yang adil ialah orang yang mengikut suruhan Allah, yang meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya, tidak melampau dan tidak cuai. ( Ibn Hajar t.t. Fath al-Bari,2: 145)

Kesimpulan
Dari nas-nas yang sahih, bukan adat tetapi adalah merupakan sunnah Rasulullah bahawa perempuan tidak boleh menjadi imam sembahyang Jumaat, kerana sembahyang Jumaat adalah merupakan ibadah, bukan adat dan bukan urusan duniawi. Di dalam perkara ibadah seseorang Mukmin diperintahkan supaya ittibac bukan ibtidac mengikut bukan mencipta.


Rujukan:
Al-Quran al-Karim
Abu Daud, Sulayman bin al-Ashcath. 1969/1388. Sunan Abi Daud, tacliq cIzzat cAbid. Siriya: Hims.
Abadi, Muhammad Muhammad Shams al-Haq. 1968/1388. cAun al-Macbud, Sharh Sunan Abi Daud. Al-Madinah al-Munawwarh: al-Maktabah al-Salafiyyah.
Al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husayn bin Ali 1989/1410. al-Sunan al-Sughra, tahqiq Dr, Muhammad Diya' al-Rahman al-cAzami. Al-Madinah al-Munawwarah.
Al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husayn bin Ali. 1994/1414. al-Sunan al-Bayhaqi al-Kubra. Makkah al-Mukarramah.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar. T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari. Al-Maktabah al-Salafiyyah.
Al-Darqutni, cAli bin Umar. 1966/1386. Sunan al-Darqutni, tacliq Abdi. Al-Madinah al-Munawwarh.
Al-Harith bin Usamah. 1992/1413. Musnad al-Harith. Al-Madinah al-Munawwarah.
Ibn Hajar, Ahmad bin Ali. 1979/1399. Talkhis al-Khabir. al-Qahirah: Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah
Ibn Majah, Muhammad bin Yazid. T.T. Sunan Ibn Majah tarqim Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: cIsa al-Halabi.
Al-Nasa'I, Ahmad bin Shucayb. T.T. Sunan al-Nasa'I, sharh al-Suyuti wa al-Sindi. Al-Qahirah: al-Matbcah al-Misriyyah.
Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: CIsa al-Babi al-Halabi.
Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad. 1967/1387. al-Jamic Li Ahkam al-Quran. Al-Qahirah: Dar al-Kitab al-cArabi.
Al-Shafici, Muhammad bin Idris. Musnad al-Shafici. Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin cIsa. Sunan al-Tirmidhi, tahqiq Muhammad Shakir. Al-Qahirah: Mustafa al-Halabi.