Hukum mentalqin mayat di kubur


Dr. Udah bin Mohsin


Hukum mentalqin mayat di kubur
Masyarakat kita di Malaysia melakukan talqin mayat di atas kubur, ini telah dilakukan  sejak dahulu lagi. Walau bagimanapun ada  dari kalangan masyarakat kita yang mempertikaikannya. Mereka mengatakan ianya tidak dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. kerana hadith mengenainya da`if. Di sini penulis cuba membawakan nas-nas mengenainya, seterusnya pandangan-pandangan ulama mengenainya. Dalam perkara hilaf sepatutnya masing-masing menghormati pandangan yang lain. Janganlah dalam perkara khilaf ini masing-masing mengatakan pendapat aku sahaja yang betul yang lain salah dan sesat. Ini akan membawa kepada perpecahan dalam masyarakat Islam yang wajib dijauhi.

Hadith dan athar mengenai talqin mayat di kubur
Imam al-Tabarani dalam kitabnya al-Mu`jam al-Kabir ada meriwayatkan katanya:
حدثنا أبو عقيل أنس بن سلم الخولاني ثنا محمد بن إبراهيم بن العلاء الحمصي ثنا إسماعيل بن عياش ثنا عبد الله بن محمد القرشي عن يحيى بن أبي كثير عن سعيد بن عبد الله الأودي قال : شهدت أبو أمامة وهو في النزع فقال : إذا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه و سلم أن نصنع بموتانا أمرنا رسول الله صلى الله عليه و سلم فقال : إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل : يا فلان بن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب ثم يقول : يا فلان بن فلانة فإنه يستوي قاعدا ثم يقول يا فلان بن فلانة فإنه يقول : أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فإن منكرا ونكيرا يأخذ واحد منهما بيد صاحبه ويقول : انطلق بنا ما نقعد عند من قد لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما فقال رجل : يا رسول الله فإن لم يعرف أمه قال : فينسبه إلى حواء يا فلان بن حواء
المعجم الكبير - (8 / 249)
Bermaksud: Imam al-Tabarani meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Umamah ketika dia naza` katanya: Apabila aku telah meninggal dunia lakukanlah kepada aku sebagaimana yang diperintahkan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w. melakukan kepada mereka yang telah mati di kalangan kami. Baginda telah memerintahkan kami maka sabdanya: Apabila seseorang dari suadara-suadara kamu meninggal dunia dan kamu telah ratakan tanah di atas kuburnya maka salah seorang dari kalangan kamu hendaklah bangun di atas kuburnya di bahagian kepala, kemudian berkata: Wahai pulan bin pulan! Sesungguhnya dia mendengar tetapi dia tidak menjawab. Kemudian orang itu berkata (lagi): Wahai pulan bin pulan! Kemudian dia duduk, kemudian dia (Yang mati)  berkata: Ajarkanlah kami, Allah memberi rahmat kepada engkau, tetapi kamu tidak menyedarinya. Maka orang itu hendaklah berkata:
اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فإن منكرا ونكيرا يأخذ واحد منهما بيد صاحبه ويقول : انطلق بنا ما نقعد عند من قد لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما
Maksudnya: Ingatlah apa yang engkau keluar dari dunia ucapan syahadah, tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Dan bahawasanya engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Nabi dan al-Quran sebagai panduan. Sesungguhnya malaikat Munkar dan malaikat Nakir kedua-duanya berpegangan tangan dan berkata: Marilah kita pergi kepada orang yang telah diajar berhujah maka Allah yang menjadi penghujah menjawab kedua-duanya. (Allah mengajarnya menjawab soalan dua malaikat itu),
Maka seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Jika  tiada ketahui ibunya?  Jawab Baginda dinisbahkan kepada Hawwa’ (Saidatina Hawwa’, isteri Nabi Adam `.a.s.) Wahai pulan bin Hawwa’.
Kata Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Hashiyah Ibn al-Qayyam `Ala Sunan Abi Daud:
وَلَكِنْ هَذَا الْحَدِيث مُتَّفَق عَلَى ضَعْفه فَلَا تَقُوم بِهِ حُجَّة
Bermaksud: Hadith ini disepakati kedaifannya, oleh itu ia tidak menjadi hujah.
(Ibn Qayyim al-Juziyyah 1415H, 13: 199)
Walau bagaimana pun hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabarani daripada Abu Umamah di atas mempunyai beberapa shawahid  Sebagaimana yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya  al-Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadith al-Rafi`I al-Kabir. 
Maksud shawahid ialah: hadith-hadith lain yang sama maksud dengan hadith tersebut dan ia diriwayatkan daripada sahabat yang lain.                                                                                 
Di antara shawahid bagi hadith tersebut sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar:                                                                                                                                  Apa yang dinukil oleh beliau dari apa yang diriwayatkan oleh Sa`id bin Mansur:
وَعَنْ ضَمْرَةَ بْنِ حَبِيبٍ أَحَدِ التَّابِعِينَ قَالَ: - كَانُوا يَسْتَحِبُّونَ إِذَا سُوِّيَ عَلَى الْمَيِّتِ قَبْرُهُ, وَانْصَرَفَ اَلنَّاسُ عَنْهُ, أَنْ يُقَالَ عِنْدَ قَبْرِهِ: يَا فُلَانُ! قُلْ: لَا إِلَهَ إِلَّا اَللَّهُ. ثَلَاثُ مَرَّاتٍ, يَا فُلَانُ! قُلْ: رَبِّيَ اللَّهُ, وَدِينِيَ الْإِسْلَامُ, وَنَبِيِّ مُحَمَّدٌ – صلى الله عليه وسلم - - رَوَاهُ سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ مَوْقُوفًا .
بلوغ المرام من أدلة الأحكام – (1 / 209)
Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada percakapan al-Hakam bin al-Harith al-Sulami r.a. katanya:
أنه غزا مع رسول الله صلى الله عليه و سلم ثلاث غزوات قال : قال لنا : إذا دفنتموني ورششتم على قبري الماء فقوموا على قبري واستقبلوا القبلة وادعوا لي
المعجم الكبير – (3 / 215)
Bermaksud: Bahawasanya beliau berjihad bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga kali. Katanya, beliau berkata kepada kami: Apabila kamu telah mengkebumikan aku, dan telah menjiruskan air di atas kuburku maka berdirilah kamu di atas kuburku dan hendaklah kamu menghadap ke Kiblat dan berdoa untukku.
Nas yang lain:
عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ
حَضَرْتُ ابْنَ عُمَرَ فِي جِنَازَةٍ فَلَمَّا وَضَعَهَا فِي اللَّحْدِ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ فَلَمَّا أُخِذَ فِي تَسْوِيَةِ اللَّبِنِ عَلَى اللَّحْدِ قَالَ اللَّهُمَّ أَجِرْهَا مِنْ الشَّيْطَانِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ جَافِ الْأَرْضَ عَنْ جَنْبَيْهَا وَصَعِّدْ رُوحَهَا وَلَقِّهَا مِنْكَ رِضْوَانًا قُلْتُ يَا ابْنَ عُمَرَ أَشَيْءٌ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ أَمْ قُلْتَهُ بِرَأْيِكَ قَالَ إِنِّي إِذًا لَقَادِرٌ عَلَى الْقَوْلِ بَلْ شَيْءٌ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
سنن ابن ماجه – (5 / 18)
Bermaksud: Daripada Sa`id bin al-Musayyab katanya: Aku menghadiri Ibn Umar dalam satu janazah, setelah dia meletakkannya dalam liang lahad dia berkata:
بِسْمِ اللَّهِ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ ف
Apabila dia menyusun tanah/batu bata di liang lahad dia berdoa:
اللَّهُمَّ أَجِرْهَا مِنْ الشَّيْطَانِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ جَافِ الْأَرْضَ عَنْ جَنْبَيْهَا وَصَعِّدْ رُوحَهَا وَلَقِّهَا مِنْكَ رِضْوَانًا
Maka aku berkata: wahai Ibn Umar Adakah itu yang engkau mendengarnya daripada Nabi s.a.w. atau engkau memperkatakannya melalui pendapatmu sendiri? Jawabnya: Aku mampu untuk memperkatakannya, tetapi ia adalah yang aku mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.
`Amrw bin `As r.a.  ketika hampir meninggal dunia berkata kepada mereka yang berada di sisinya:
فَإِذَا أَنَا مُتُّ فَلَا تَصْحَبْنِي نَائِحَةٌ وَلَا نَارٌ فَإِذَا دَفَنْتُمُونِي فَشُنُّوا عَلَيَّ التُّرَابَ شَنًّا ثُمَّ أَقِيمُوا حَوْلَ قَبْرِي قَدْرَ مَا تُنْحَرُ جَزُورٌ وَيُقْسَمُ لَحْمُهَا حَتَّى أَسْتَأْنِسَ بِكُمْ وَأَنْظُرَ مَاذَا أُرَاجِعُ بِهِ رُسُلَ رَبِّي
صحيح مسلم – (1 / 304)
Bermaksud: Apabila aku mati maka orang yang menangis dengan melaong-laong dan juga api, janganlah mengiringi aku. Maka apabila kamu mengkebumikan aku maka ratakanlah tanah di atasku kemudian berdirilah di sekeliling kuburku sekadar lamanya disembelih unta dan dagingnya dibahagi-bahagikan, supaya aku berjinak-jinak dengan kamu (tidak keseorangan) dan aku akan melihat apa yang aku akan jawab kepada utusan Tuhanku.
Daripada Hani’, mawla Uthman daripada Uthman bin `Affan r.a.  katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ
سنن أبى داود – (9 / 24)
والحديث حسنه النووي في "الأذكار" "".
Bermaksud: Adalah Nabi s.a.w. apabila Baginda selesai dari mengkebumikan mayat, Baginda berdiri di atasnya (berhampiran dengannya) dan bersabda: Minta ampunlah kepada Allah untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan untuknya kerana dia sekarang sedang disoal.
Ibn al-Mulaqqin pula dalam kitabnya al-Badr al-Munir  Fi takhrij al-Ahadith Wa al-Athar al-Waqi`ah Fi al-Sharh al-Kabir ada menambah beberapa shawahid yang lain.                                                                                                                                                             Di antaranya:
حدثني عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه قال قال لي أبي : يا بني إذا أنامت فألحدني فإذا وضعتني في لحدي فقل بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه و سلم ثم سن على الثرى سنا ثم اقرأ عند رأسي بفاتحة البقرة وخاتمهتا فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ذلك
المعجم الكبير - (19 / 220)
Bermaksud: Abd al-Rahman bin al-`Ala’ bin al-Lijlaj  daripada bapanya katanya, Bapaku berkata kepada aku: Wahai anakku! Apabila aku mati maka buatkanlah aku liang lahad, maka apabila engkau telah memasukkan aku ke dalam liang lahad maka katalah:
بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه و سلم
Kemudian timbuslah aku dengan sebaik-baiknya kemudian bacalah di bahagian kepalaku permulaan Surah al-Baqarah dan kesudahannya kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. membacanya.
Kata Ibn al-Mulaqqin:
 (وَعبد الرَّحْمَن هَذَا هُوَ مُبشر بن إِسْمَاعِيل الْحلَبِي) ، لَكِن ذكره ابْن حبَان فِي «ثقاته
البدر المنير في تخريج الأحاديث والأثار الواقعة في الشرح الكبير - (5 / 337)
Dalam riwayat yang lain:
عن سعيد بن المسيب قال : حضرت ابن عمر في جنازة فلما وضعها في اللحد قال : بسم الله وفي سبيل الله وعلى ملة رسول الله فلما أخذ في اللبن على اللحد قال : اللهم أجرها من الشيطان ومن عذاب القبر فلما سووا الكثيب عليها قام إلى جانب القبر ثم قال : اللهم جاف الأرض عن جنبيها وصعد روحها ولقها منك رضوانا فقلت : أشياء سمعته من رسول الله صلى الله عليه و سلم أم أشياء قلت من رأيك ؟ قال : إي إذا لقادر على القول بل سمعته رسول الله صلى الله عليه و سلم
المعجم الكبير - (12 / 274)
Bermaksud: … Daripada Sa`id bin al-Musayyab katanya aku menghadiri Ibn Umar dalam satu janazah maka apabila janazah itu dimasukkan ke dalam liang  lahad beliau berkata:
: باسم الله ، وَفِي سَبِيل الله ، وَعَلَى مِلَّة رَسُول الله ،
Maka apabila diletakkan tanah di atas liang lahad   dia berdoa:
 : اللهم أجرها من الشيطان ومن عذاب القبر
Maka apabila mereka telah meratakan pasir di atasnya dia bangun ke arah kubur dan berdoa:
  اللهم جاف الأرض عن جنبيها وصعد روحها ولقها منك رضوانا
Kata Ibn al-Mualqqin:
. وَإِدْرِيس هَذَا مَجْهُول . قَالَه أَبُو حَاتِم ،
وَقد أسلفنا لهَذَا طَرِيقا آخر من رِوَايَة ابْن مَاجَه
البدر المنير في تخريج الأحاديث والأثار الواقعة في الشرح الكبير – (5 / 338)
Kata Ibn al-Mulaqqin lagi mengenai hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabarani di atas yang menjadi asas mengenai talqin ini: al-Shaikh Taqiyyuddin bin al-Salah berkata: Hadith ini sanadnya tidak lurus,  لَيْسَ بالقائم  tetapi dikuatkan dengan beberapa shawahid dan dengan amalan penduduk negeri Sham dari zaman dahulu.
البدر المنير في تخريج الأحاديث والأثار الواقعة في الشرح الكبير – (5 / 338)
Hukum hadith
Menurut sebagai mana yang telah dibentangkan maka:                                                   Hadith ini menurut Ibn al-Qayyim hukumnya da`if.

Menurut Ibn Hajar:  

وَإِسْنَادُهُ صَالِحٌ وَقَدْ قَوَّاهُ الضِّيَاءُ فِي أَحْكَامِهِ                                                                                                            
Menurut al-Haythami:

                                     وفي إسناده جماعة لم أعرفهم
مجمع الزوائد – (3 / 163)
Menurut Ibn al-Mulaqqin: إِسْنَاده لَا أعلم بِهِ بَأْسا , katanya lagi:  لَكِن حَدِيثه هَذَا لَهُ شَوَاهِد يعتضد بهَا.                                                                                                                                              

Menurut al-Imam al-Nawawi:
فهذا الحديث وان كان ضعيفا فيستأنس به وقد اتفق علماء المحدثين وغيرهم علي المسامحة في أحاديث الفضائل والترغيب والترهيب وقد أعتضد بشواهد من الاحاديث كحديث " واسألوا له الثبيت " ووصية عمرو بن العاص وهما صحيحان سبق بيانهما قريبا ولم يزل اهل الشام علي العمل بهذا في زمن من يقتدى به والي الآن
المجموع شرح المهذب – (5 / 304)
Bermaksud: Hadith ini sekalipun hukumnya da`if maka ia boleh dipakai, kerana sesungguhnya ulama-ulama hadith dan lainnya telah sepakat untuk bertolak ansur mengenai hadith-hadith yang berkaitan dengan fadail al-a`mal dan tarhib dan targhib. Hadith itu telah disokong dengan beberapa shawahid dari beberapa hadith yang lain. Seperti hadith: Hendaklah kamu bermohon (kepada Allah s.a.t.) untuknya supaya tetap/cekal. Juga wasiat Umrw bin al-`As, kedua-dua nas tersebut adalah sahih yang telah diterangkan sebentar sebelum ini. Penduduk-penduduk negeri Sham sentiasa beramal dengannya pada zaman orang yang boleh menjadi ikutan dan sehingga sekarang.
Menurut Taqiyyuddin Ibn al-Salah:                                                                               Hadith ini sanadnya tidak lurus,  لَيْسَ بالقائم  tetapi dikuatkan dengan beberapa shawahid dan dengan amalan penduduk negeri Sham dari zaman dahulu.
(al-Nawawi al-Adhkar 148).                                                   
Pandangan penulis: Hadith mengenai talqin yang diriwayatkan oleh al-Tabarani di atas adalah boleh dijadikan hujah kerana dua sebab. Pertama, sekalipun ia da`if tetapi ia mempunyai shawahid yang boleh menyokongnya sebagaimana yang diperkatakan oleh Ibn Hajar yang menukil daripada al-Diya’. Begitu juga yang disebut oleh Imam al-Nawawi dan lain-lain. Kedua, hadith ini pula adalah mengenai fada’il al-a`mal yang boleh berhujah dengan hadith dai`f dalam perkara ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dan lainnya.

Pandangan para  ulama mengenai talqin mayat di kubur.
Fikah Shafie
Kata Imam al-Nawawi:
قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين
الميت عقب دفنه فيجلس عند رأسه انسان ويقول يا فلان ابن فلان ويا عبد الله ابن أمة الله اذكر العهد
وانك رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن اماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته فقال رجل يا رسول الله فان لم نعرف أمه قال فينسبه إلى امه حواء يا فلان ابن حواء " قلت فهذا الحديث وان كان ضعيفا فيستأنس به وقد اتفق علماء المحدثين وغيرهم علي المسامحة في أحاديث الفضائل والترغيب والترهيب وقد أعتضد بشواهد من الاحاديث كحديث " واسألوا له الثبيت " ووصية عمرو بن العاص وهما صحيحان سبق بيانهما قريبا ولم يزل اهل الشام علي العمل بهذا في زمن من يقتدى به والي الآن وهذا التلقين انما " هو في حق المكلف الميت اما الصبى فلا يلقن والله اعلم
Al-Nawawi T.T.(d), 5: 303-304).
Bermaksud:  Sekumpulan sahabat-sahabat kami berkata: Sebaik-baiknya/ sunat (yustahabb) mentalqinkan mayat setelah sahaja dikebumikan oleh seorang di bahagian kepala mayat itu dan berkata: Wahai pulan bin pulan! Wahai haba Allah bin amah Allah (ibu si mati)! Ingatlah perjanjian,  dan  engkau redha, Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Nabi, al-Quran sebagai panduan. Maka Bahawasanya  malaikat  Munkar dan Nakir kedua-duanya berpegangan tangan dan berkata: Marilah kita pergi kepada orang yang telah diajar berhujah.
Maka seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Jika kita tiada mengetahui ibunya? Jawab Baginda dinisbahkan kepada ibunya, Hawwa’ (Saidatina Hawwa’, isteri Nabi Adam `.a.s.) Wahai pulan bin Hawwa’!. Kata Imam al-Nawawi: Hadith ini sekalipun hukumnya da`if maka ia boleh dipakai, kerana sesungguhnya ulama-ulama hadith dan lainnya telah sepakat untuk bertolak ansur mengenai hadith-hadith yang berkaitan dengan fadail al-a`mal dan tarhib dan targhib. Hadith itu telah disokong dengan beberapa shawahid dari beberapa hadith yang lain. Seperti hadith: Hendaklah kamu bermohon (kepada Allah s.a.t.) untuk mayat supaya tetap/cekal. Juga wasiat Umrw bin al-`As. Kedua-dua nas tersebut adalah sahih yang telah diterangkan sebentar sebelum ini. Penduduk-penduduk negeri Sham sentiasa beramal dengannya yang dilakukan pada zaman mereka yang boleh menjadi ikutan sehingga sekarang. Talqin ini hanya kepada orang yang telah mukallaf,  adapun kanak-kanak maka tidak perlu ditalqinkan.
Kata Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam Tuhfah al-Muhtaj:
وَيُسْتَحَبُّ تَلْقِينُ بَالِغٍ عَاقِلٍ أَوْ مَجْنُونٍ سَبَقَ لَهُ تَكْلِيفٌ وَلَوْ شَهِيدًا كَمَا اقْتَضَاهُ إطْلَاقُهُمْ بَعْدَ تَمَامِ الدَّفْنِ لِخَبَرٍ فِيهِ وَضَعْفُهُ اُعْتُضِدَ بِشَوَاهِدَ عَلَى أَنَّهُ مِنْ الْفَضَائِلِ
Bermaksud: Dan sunat mentalqin orang yang baligh lagi berakal, atau orang gila yang telah mukallaf, sekali pun orang yang mati syahid mengikut apa yang dituntut oleh penjelasan para ulama, kerana terdapat hadith mengenainya. Kedaifan hadith ini disokong oleh beberapa shawahid dan ianya adalah dari fadail al-a`mal.
Kata Ibn Hajar al-Haytami lagi: Orang yang mentalqin itu duduk di bahagian kepala orang yang dikebumikan, dan sayugia dilakukan oleh orang salih dari kalangan keluarganya, jika tiada dari kalangan keluarganya maka dari kalangan orang lain, dan berkata: Wahai Abdullah bin Amah Allah!  Ingatlah ketika engkau keluar dari dunia ini akan pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah dan Bahawasanya syurga itu adalah benar, bahawa neraka itu benar, kebangkitan dari kubur itu benar, bahawasannya Hari Kiamat tidak boleh diragui dan Bahawasanya Allah membangkitkan orang yang dalam kubur, dan bahawasanya engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad s.a.w.  sebagai Nabi, al-Quran sebagai ikutan, al-ka'bah sebagai kiblat, orang Mukmin sebagai saudara.
Ibn Hajar al-Haytami t.t. (a), : 11: 436-438).
Maksud yang lebih kurang sama dengan yang disebut oleh Imam al-Nawawi  juga ada disebut oleh  Muhammad al-Sharbini al-Khatib dalam al-Iqna`. (Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1995, 1: 210).
Fikah Hanbali ???
Pandangan Imam Ahmad bin Hanbal
Kata Ibn al-Mulaqqin yang menukil daripada al-Hafiz Abu Mansur :
وَقد أرخص الإِمَام أَحْمد بن حَنْبَل فِي تلقين الْمَيِّت ، وَأَعْجَبهُ ذَلِك ، وَقَالَ :
 (أهل) الشَّام يَفْعَلُونَهُ . قَالَ أَبُو مَنْصُور : وَهُوَ من العزمات والتذكير بِاللَّه ، و (السماح) بذلك مأثور عَن السّلف
البدر المنير في تخريج الأحاديث والأثار الواقعة في الشرح الكبير - (5 / 335)
Bermaksud: Imam Ahmad telah mengharuskan talqin mayat dan beliau menyukainya, penduduk Sham melakukannya. Abu Mansur berkata: Talqin itu adalah termasuk dalam kesabaran dan mengingati Allah, keizinan melakukan  yang demikian itu ma’thur daripada al-salaf .
Kata Ibn Qudamah dalam . al-Kafi Fi Fiqh al-Imam al-Mubajjal Ahmad Ibn Hanbal.
سئل أحمد رضي الله عنه عن تلقين الميت في قبره فقال : ما رأيت أحدا يفعله إلا أهل الشام قال : وكان أبو مغيرة يروي فيه عن أبي بكر بن أبي مريم عن أشياخهم أنهم كانوا يفعلون وقال القاضي و أبو الخطاب : يستحب ذلك ورويا فيه حديث عن أبي أمامة أن النبي ( ص ) قال : [ إذا مات أحدكم فسويتم عليه التراب فليقم أحد عند رأس قبره ثم ليقل : يا فلان بن فلانة فإنه يسمع ولا يجيب ثم ليقل : يا فلان ابن فلانة الثانية فيستوي قاعدا ثم ليقل : يا فلان بن فلانة فإنه يقول : أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تسمعونه فيقول : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد ( ص ) نبيا وبالقرآن إماما فإن منكرا و نكير يتأخر كل واحد منهما فيقول : انطلق فما يقعدنا عند هذا وقد لقن حجته ويكون عند الله حجيجه دونهما ] فقال الرجل : يا رسول الله فإن لم يعرف اسم أمه ؟ قال : [ فلينسبه إلى حواء ] رواه الطبراني في معجمه بمعناه
الكافي في فقه ابن حنبل – (1 / 368)
Bermaksud: Imam Ahmad telah ditanya mengenai talqin mayat di kuburnya, beliau menjawab: Aku tidak melihat seseorang pun yang melakukannya kecuali penduduk negeri Sham, katanya lagi: Adalah Abu Mughirah meriwayatkan mengenainya daripada Abu Bakr bin Abu Maryam daripada guru-guru mereka bahawasanya mereka melakukannya. Al-Qadi dan Abu al-Khattab berkata: Yang demikian itu adalah disukai/sunat (yustahabb) kedua-duanya meriwayatkan mengenainya hadith Abu Umamah bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Apabila seseorang kamu mati dan telah diratakan tanah di atas kuburnya maka seseorang hendaklah bangun di bahagian kepala mayat kemudian berkata: Wahai pulan bin pulanah, sesungguhnya dia mendengar, tetapi dia tidak menjawab kemudian orang itu hendaklah berkata: Wahai pulan bin pulanah kali kedua kemudian orang itu duduk kemudian berkata: Wahai pulan bin pulanah! Sesungguhnya si mati itu berkata: Tunjukkan kami, Allah memberi rahmat kepadamu, tetapi kamu tidak mendengarnya maka orang itu berkata: Ingatlah ketika engkau keluar daripada dunia, engkau menyaksi, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Dan bahawasanya engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Nabi dan al-Quran sebagai panduan. Sesungguhnya malaikat Munkar dan malaikat Nakir kedua-duanya berpegangan tangan dan berkata: Marilah kita pergi kepada orang yang telah diajar berhujah, maka Allah yang menjadi penghujah menjawab kedua-duanya. (Allah mengajarnya menjawab soalan dua malaikat itu),Kemudian  seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Jika  tidak ketahui ibunya?  Jawab Baginda:  Dinisbahkan kepada Hawwa’ (Saidatina Hawwa’, isteri Nabi Adam `.a.s.) Wahai pulan bin Hawwa’!. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu`jamnya dengan makna.
Kata Ali bin Sulayman al-Mirdawi 
يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب قال في الفروع استحبه الأكثر قال في مجمع البحرين اختاره القاضي وأصحابه وأكثرنا وجزم به في المستوعب والرعايتين والحاويين ومختصر ابن تميم وغيرهم فيجلس الملقن عند رأسه.
الإنصاف - (2 / 384)
Bermaksud: Sunat (yustahabb) ditalqinkan mayat setelah dikebumikan menurut kebanyakkan sahabat kami, … maka orang yang mentalqin itu duduk di bahagian kepala mayat.
Menurut  Ibn Taymiyyah dalam kitabnya, Majmu` al-Fatawa:
هَذَا التَّلْقِينُ الْمَذْكُورِ قَدْ نُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْ الصَّحَابَةِ : أَنَّهُمْ أَمَرُوا بِهِ كَأَبِي أمامة الْبَاهِلِيِّ وَغَيْرِهِ . وَرُوِيَ فِيهِ حَدِيثٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَكِنَّهُ مِمَّا لَا يُحْكَمُ بِصِحَّتِهِ ؛ وَلَمْ يَكُنْ كَثِيرٌ مِنْ الصَّحَابَةِ يَفْعَلُ ذَلِكَ فَلِهَذَا قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ الْعُلَمَاءِ : إنَّ هَذَا التَّلْقِينَ لَا بَأْسَ بِهِ فَرَخَّصُوا فِيهِ وَلَمْ يَأْمُرُوا بِهِ ، وَاسْتَحَبَّهُ طَائِفَةٌ مِنْ أَصْحَابِ الشَّافِعِيِّ وَأَحْمَد وَكَرِهَهُ طَائِفَةٌ مِنْ الْعُلَمَاءِ مِنْ أَصْحَابِ مَالِكٍ وَغَيْرِهِمْ .
(Ibn Taymiyyah 2005, 24: 296)
Talqin yang telah disebut ini telah dinukilkan daripada setengah Sahabat Rasulullah s.a.w. bahawasanya mereka menyuruh dengannya seperti Abu Umamah al-Bahili dan lain-lain. Diriwayatkan hadith mengenainya daripada Rasulullah s.a.w. tetapi hadith ini tidak dihukumkan sahih, dan tidak ramai para Sahabat melakukannya. Oleh kerana itu Imam Ahmad dan ulama lain berkata: Talqin ini tidak mengapa, mereka mengharuskannya, tetapi tidak menyuruhnya, sekumpulan sahabat-sahabat al-Shafie dan Ahmad menyukainya, tetapi sekumpulan ulama dari sahabat-sahabat Malik dan lainnya membencinya.
Nas di atas menunjukkan bahawa Ibn Taymiyyah tidak melarang untuk ditalqinkan mayat di kuburnya, bahkan beliau mengisyaratkan kepada ulama yang megharuskannya, menyukainya dan yang tidak menyukainya.
Kata  Ibn Qayyim al-Juziyyah dalam kitabnya al-Ruh:
Dalil yang menunjukkan kepada keharusan talqin mayat ialah apa yang dilakukan oleh kebanyakkan manusia dari zaman dahulu sehingga sekarang mereka mentalqinkan mayat di kuburnya, jika dia tidak mendengarnya dan tidak mendapat faedah darinya maka ia tidak mempunyai sebarang faedah dan sis-sia. Imam Ahmad telah ditanya mengenainya lalu beliau menganggapnya ia satu perkara yang baik dan beliau berhujah untuk beramal dengannya.
Ibn al-Qayyim seterusnya menjelaskan: Diriwayatkan padanya hadith da`if yang telah disebut oleh al-Tabarani dalam Mu`jamnya , dari Hadith riwayat Abu Umamah,  sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini.
Katanya lagi: Hadith ini sekalipun tidak sabit, tetapi berterusan beramal dengannya di semua tempat dan di sepanjang zaman tanpa diingkari cukup untuk beramal  dengannya.
(Ibn Qayyim al-Juziyyah 1975, 1: 13).
Kenyataan  di atas menunjukkan bahawa Ibn Qayyim al-Jawziyyah menggalakkan melakukan talqin mayat di kuburnya.
Fikah Hanafi
Kata Abd. Al-Ghani al-Ghanimi al-Maydani Al-Dimishqi. dalam kitabnya al-Lubab Fi Sharh al-Kitab
وأما تلقينه في القبر فمشروع عند أهل السنة؛ لأن اللّه تعالى يحييه في القبر
اللباب في شرح الكتاب - (1 / 62)
Bermaksud: Adapun mentalqin mayat di kubur maka ia disyariatkan di sisi Ahl al-Sunnah kerana Allah menghidupkannnya di kubur.
Kata Uthman bin `Ali al-Zayla`i:
Dalam kitab al-Haqaiq ada menyebut:  Imam Abu Ishaq al-Saffar  ada menyebut dalam kitab al-Talkhis bahawa mentalqin mayat adalah disyariatkan kerana roh dan akal mayat itu akan dikembalikan kepadanya dan dia paham apa yang diajarkan kepadanya. Kata Uthman bin Ali al-Zayla`i lagi: Caranya bahawa dia berkata: Wahai si pulan bin si pulan! Ingatlah agama yang engkau telah berada padanya, engkau redha Allah sebagai Tuhan,  Islam sebagai  agama dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi. Menurut Mu`tazilah: Talqin setelah mati tidak memberi faedah, kerana menghidupkan orang yang dalam  kubur adalah mustahil.
 (Uthman bin `Ali al-Zayla`i  t.t., 3: 157).
Kata Ahmad bin Muhammad bin Ismail al-Tahwi al-Hanafi:
Apabila mereka telah selesai dari mengkebumikannnya sunat (yustahabb) duduk di atas kuburnya sekadar disembelih unta dan dibahagikan dagingnya, mereka membaca al-Quran, berdoa untuk mayat. Sesungguhnya telah warid Bahawasanya mayat yang dalam kubur itu merasa mesra (يستأنس ) dengan kewujudan mereka dan dia mendapati manfa1at darinya. Daripada Uthman r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila Baginda selesai dari mengkebumikan mayat Baginda berdiri di sebelahnya dan bersabda: Mintalah ampun untuk saudara kamu, dan mintalah kemantapan untuknya kerana dia sekarang sedang disoal. Kata Ahmad al-Tahawi lagi: Mentalqin mayat setelah dikebumikan adalah baik dan ulama-ulama mazhab al-Shafie menyukainya kerana Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umammah al-Bahili …  Hadithnya  telah disebutkan sebelum ini.(Ahmad bin Muhammad bin Ismail al-Tahwi al-Hanafi 1318H., 1: 408)
Mazhab Maliki:
Imam al-Qurtubi, seorang ulama besar dalam tafsir al-Quran, dalam kitabnya, al-Tadhkirah Bi Ahwal al-Mawta Wa al-Akhirat  ada menyebut:
باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده
Di sini Imam al-Qurtubi telah membawakan dalil-dalil mengenainya yang pada kesimpulannya beliau menggalakkan mentalqin mayat di atas kubur.
(Al-Qurtubi. t.t. 1: 119)
Dari pendapat-pendapat ulama di atas menunjukkan kepada, adalah merupakan satu kebaikkan mentalqin mayat di kuburnya setelah sahaja mayat itu dikebumikan.
 Dengan ini adalah baik/sunat seseorang yang telah dimasukkan ke dalam kuburnya sebelum mereka yang menghantarnya beredar, terlebih dahulu mereka mentalqinkan mayat itu di atas tepi kuburnya dengan katanya:
يا فلان بن فلانة : يا فلان بن فلانة  يا فلان بن فلانة
اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما
Ulama yang melarang atau tidak menggalakkan talqin di kubur                                            
Terdapat ulama yang melarang talqin di kubur dan ada juga yang tidak menggalakkannya.
Di antara mereka:                                                                          
Al-Shykh Muhammad al-San`ani dalam kitabnya,
Subul al-Salam,  berkata:

 ويتحصل من كلام أئمة التحقيق أنه حديث ضعيف والعمل به بدعة ولا يغتر بكثرة من يفعله 
سبل السلام - (2 / 114)
Bermaksud: Hasil dari perkataan imam-imam yang muhaqqiqin, bahawasanya hadith mengenai talqin adalah da`if, maka beramal dengannya adalah bid`ah, maka janganlah tertipu daya dengan ramai orang yang melakukannya.
Al-Shykh al-Albani dalam kitabnya, Tahqiq al-Ayat al-Bayyinat ada menyebut:
Kerana Bahawasanya talqin itu di samping Hadithnya adalah da`if,  ia juga bertentangan dengan pertunjuk Rasulullah s.a.w. kerana telah sabit daripada Baginda: Apabila telah dikebumikan mayat,  Baginda berdiri di atas kuburnya dan berdoa supaya dimantapkan dan beristighfar untuk mayat. Baginda seterusnya menyuruh mereka yang hadir melakukannya. Maka apa jua yang menyalahinya ia adalah bid`ah, tanpa diragui lagi. Ini telah diputuskan oleh Imam al-San`ani. (Al-Albani  t.t., 1: 63)
Katanya lagi dalam Silsilah al-Ahadith al-Da`ifah Wa al-Mawdu`ah:  Ringkasnya bahawa Hadith mengenai Talqin mayat pada pandanganku adalah mungkar, jika tidak palsu. Kemudian beliau memetik perkataan al-Sna`ani dalam kitab Subul al-Salam: Hasil dari perkataan imam-imam yang muhaqqiqin Bahawasanya hadith mengenai talqin adalah da`if, maka beramal dengannya adalah bid`ah, maka janganlah tertipu daya dengan ramai orang yang melakukannya.
Al-Shykh al-Albani seterusnya menambah:  Ini tidak tertolak dengan pendapat   yang telah masyhur iaitu  boleh beramal dengan Hadith da`if pada fadail al-a`mal, kerana pendapat yang masyhur ini tempatnya ialah pada perkara yang telah sabit pensyariataannya melalui al-Quran dan Sunnah yang sahih. Adapun pada perkara yang bukan demikian maka tidak harus beramal padanya dengan Hadith daif, kerana ia merupakan satu pensyariatan yang tidak boleh padanya dengan Hadith da`if …(  Al-Albani 2002, 2: 65)
Kata Saykh Abd. Al-`Aziz bin Baz, bekas mufti al-Mamlakah al-Sa`udiyyah:

فالتلقين للميت بعد الدفن لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم، ولا عن أصحابه رضي الله عنهم، وإنما ورد في حديثٍ موضوع، رواه الطبراني من حديث أبي أمامة الباهلي ، وهو ليس بثابت، وليس بصحيح، بل هو موضوع، ويروى عن جماعة من أهل الشام فعل ذلك، والصواب أنه بدعة، لا يشرع، والميت على ما مات عليه،

Bermaksud: Talqin untuk si mati setelah dikebumikan adalah tidak sabit daripada Nabi s.a.w. dan tidak sabit daripada Sahabat-Sahabat Baginda r.a. Ia warida daripada Hadith mawdu` yang diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Hadith Abu Umamah al-Bahili, Hadith itu tidak sabit dan tidak sahih, bahkan ia mawdu`. Diriwayatkan daripada sekumpulan penduduk Sham melakukannya. Yang benar ia adalah bid`ah, tidak disyariatkan,  dan mayat itu adalah mengikut  kematian apa yang dia mati.

Kata Al-Saykh Salih Fauzan, salah seorang ulama al-Mamlakah al-Sa`udiyyah
أما بعد خروج الروح فإن الميت لا يلقن لا قبل الدفن ولا بعد الدفن، ولم يرد بذلك سنة صحيحة عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ فيما نعلم، وإنما استحب تلقين الميت بعد دفنه جماعة من العلماء، وليس لهم دليل ثابت عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ لأن الحديث الوارد في ذلك مطعون في سنده، فعلى هذا يكون التلقين بعد الدفن لا أصل له من سنة الرسول صلى الله عليه وسلم، وإنما قال به بعض العلماء اعتمادًا على حديث غير ثابت‏.‏ 
فالتلقين بعد الدفن لا أصل له في السنة، وإنما التلقين المشروع هو عند الاحتضار،
فتاوى صالح بن فوزان الفوز
طريق الإسلام ، الفتاوى، 10 ذو القعدة 1427
Bermaksud: Adapun setelah keluar roh maka mayat itu tidak ditalqinkan,   samaada sebelum atau sesudah dikebumikan. Tidak warid padanya Sunnah yang sahih daripada Rasulullah s.a.w. – mengikut yang kami ketahui -.  Adapun sekumpulan ulama mengatakan sunat (yustahabb) ditalqinkan mayat setelah dikebumikan. Mereka tidak mempunyai dalil yang sabit kesahihannya daripada Rasulullah s.a.w. kerana Hadith mengenainya adalah mempunyai cacat cela  pada sanadnya. Oleh itu mentalqinkan mayat setelah dikebumikan adalah tidak mempunyai asal daripada Sunnah Rasulullah s.a.w. . Ia diperkatakan oleh setengah ulama, berpegang kepada Hadith yang tidak sabit. Mentalqinkan mayat setelah dikebumikan tidak ada asalnya daripada Sunnah. Adapun talqin yang disyariatkan ialah talqin ketika hampir sangat seseorang itu dengan mati.

Secara ringkas
Hadith mengenai talqin ini adalah da`if. Walau bagimanapun menurut ramai dari kalangan   ulama  ia telah disokong oleh beberapa  hadith lain yang sama maksud denganya sebagai shawahid.  ini menjadikan boleh beramal dengan hadith ini.  Ada juga ulama yang mengatakan hadith itu amat  da`if atau sampai kepada peringkat mawdu` yang tidak boleh disokong dengan adanya hadith-hadith lain yang sama maksud dengannya, apatah lagi jika hadith-hadith lain itu lebih lemah darinya.

Kebanyakkan ulama mengatakan boleh beramal dengan mentalqin mayat di kubur. Antara mereka ialah ulama-ulama dalam mazhab empat, di antara mereka juga Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, termasuk juga Ibn Qayyim al-Juziyyah dan lain-lain. Di antara ulama yang menegah mentalqinkan mayat di atas kubur ialah al-San`ani, al-Albani dan Saykh Abd. Al-`Aziz bin Baz
.
Dalam perkara hilaf sepatutnya masing-masing menghormati pandangan yang lain. Janganlah dalam perkara khilaf ini masing-masing mengatakan pendapat aku sahaja yang betul yang lain salah dan sesat. Ini akan membawa kepada perpecahan dalam masyarakat Islam yang wajib dijauhi.