Mati dalam keadaan beriman

Dr Udah Mohsin
بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan mati kecuali dalam keadaan beriman

Manusia di atas muka bumi ini ada berbagi-bagai bentuk. Ada yang Mukmin dan ada yang kafir.
Yang Mukmin, ada yang beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Islam sejak dari muda lagi. Ada yang pada mulanya dia bergelumang dengan maksiat selepas itu mula berjinak-jinak dengan agama dan mula mempelajarinya dan mengamalkannya setelah berumur lebih dari lima puluh tahun, namun begitu  dia betul-betul bertaubat kepada Alllah dengan sebenr-benarnya. Ada golongan orang Islam yang hanya dia melaksanakan sebahagian dari apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan yang lainnya dan bergelumang dengan dosa sampai mati. Ada Juga orang Islam yang murtad iaitu keluar dari Islam menjadi kafir.
Yang kafir pula, ada yang kafir dan terus mati dalam kakafirannya, dan ada yang kafir pada mulanya tetapi pada akhirnya dia memilih dan diberi hidayah oleh Allah memelok Islam dan mati dalam Islam.
Inilah secara kasarnya apa yang kelihatan keadan manusia dia atas muka bumi ini, sekalipun secara ditilnya mungkin lebih dari itu.

Golongan pertama,
Orang yang sejak dari dilahirkan dan terus membesar dengan penuh didikan agama dan beramal dengannya secara berterusan, suruhan-suruhan Allah dilaksanakan dan larangan-Nya dijauhi sehingga dia mati. Orang ini sungguh tinggilah derajatmu di sisi Allah. Kamu adalah termasuk dalam golongan mereka yang dijanjikan derajat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
Di antaranya, firman Allah:
{ لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ (198)} [آل عمران : 198]
Bermaksud: Tetapi mereka yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh syurga yang mengalir sungai-sungai dari bawahnya, mereka kekal di dalamnya kurniaan  dari Allah, dan apa yang ada pada Allah adalah lebih baik bagi orang yang berbakti kepada Allah.
Firman Allah lagi:

{إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا (107) } [الكهف : 107 ، 108]
Bermksud: Bahawasanya mereka yang beriman dan beramal salih adalah bagi mereka dikurniakan syurga firdaws.
Orang ini mendapat beberapa kelebihan yang tidak ada pada yang lainnya. Di antaranya dia tergolong dalam Hadith Nabi s.a.w.:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
صحيح البخاري - (3 / 51)
Bermaksud: Tujuh golongan manusia yang dinaungi oleh Allah pada naungan-Nya, pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya. Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar dalam beribadah kepada Tuhannya
Pada Hari Kiamat, hari yang amat dahsat, teruk, tetapi orang ini mendapat naungan daripada Allah s.w.t. Dia berada dalam keadaan yang amat selesa. Untunglah engkau kerana dari sejak mudamu lagi engkau telah istiqamah dalam mentaati Allah s.w.t..
Sama-samalah kita berdoa agar kita dan anak cucu kita terdiri dari golongan ini.

Golongan kedua
Golongan ini juga adalah golongan yang beruntung kerana dia dapat bertaubat dari dosa-dosanya yang telah lalu dan kembali kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya sebelum mati. –Alangkah malangnya jika maut datang kepada kamu sebelum kamu bertaubat-. Sekarang kamu telah menyahut seruan Allah:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)} [الزمر : 53]
Bermaksud: Katakanlah! Wahai hamba-hamba-Ku yang menjadikan diri mereka melampui batasan! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, bahawasanya Allah mengampunkan dosa-dosa kesemuanya, bahawasanya Dia adalah Maha pengampun dan Maha penyayang.
Mereka yang benar-benar bertaubat kepada Allah dan terus beramal salih kejahatan-kejahatannya ditukar kepada kebaikan.
Firman Allah:
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا } [الفرقان : 70
Bermaksud: Kecuali orang yang bertaubat dan beramal salih maka mereka Allah tukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan kebaikan, Allah adalah Maha pengampun dan Maha pengsih.
Kamu telah termasuk dalam golongan mereka yang beriman dan beramal salih. Syurga untuk kamu.

Golongan Ketiga,
Mereka   yang di samping mentaati Allah dia juga banyak melaku maksiat termasuklah melakukan dosa-dosa besar dan perkara-perkara fardu juga banyak yang ditinggalkan. Orang ini sekalipun banyak bergelumang dengan maksiat walau bagimanapun dia tetap beriman. Dengan lain perkataan iman orang ini tidak gugur. Golongan ini mungkin ramai pengikutnya tetapi kita mesti bermohon kepada Allah agar tidak termasuk dalam golongan ini. Golongan ini walaupun banyak peringkat mengikut kepada ketaatan dan kederhakaan mereka, mereka tetap akan dimasukkan juga ke dalam syurga sekalipun telah teruk dibaham api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w.:
يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مِنْ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدْ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوْ الْحَيَاةِ شَكَّ مَالِكٌ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً
صحيح البخاري - (1 / 37)
Bermaksud: Ahli syurga masuk syurga, dan ahli neraka masuk neraka, kemudian Allah berfirman: Keluarkanlah (dari neraka) orang yang terdapat di dalam hatinya iman seberat biji khardal. Maka mereka pun dikeluarkan dari nereka sedangkan mereka telah hitam legam maka mereka pun dicampakkan ke dalam sebuah sungai al-haya atau  al-hayat. (Perawi hadith ini iaitu) Malik ragu samaada al-haya atau al-hayat, lalu mereka pun  tumbuh sebagaimana biji-bijian yang tumbuh di tepi air yang mengalir (sungai). Tidakkah engkau melihatnya keluar (tumbuh) dengan berwarna kuning
Orang yang terdapat iman dalam hatinya, iaitu orang yang masih mempunyai iman walaupun sedikit dia akan dikeluarkan juga dari neraka setelah badannya hitam legam kerana amat lama dibaham api neraka. Sungguh teruk orang ini. Cuma dia tidak kekal dalam neraka. Adapun orang kafir dia kekal dalam neraka.
Seruan
Kepada teman-teman yang masih bergelumang dengan maksiat, makan riba, berjudi, berzina, minum arak, menghisap dadah, pecah amanah, bercakap bohong, mencuri, meragut, merompak, derhaka kepada ibu bapa, derhaka kepada suami dan lain-lain perangai buruk, bertaubatlah kepada Allah sebelum maut datang menerkam kamu, kerana azab Allah iaitu adalah amat dahsat. Janganlah apabila mati telah berada di hadapan kamu, baru kamu hendak bertaubat. Ketika itu sudah terlepas masanya. Firman Allah:
{وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ } [النساء : 18]
Bermaksud: Bukanlah taubat itu bagi mereka yang melakukan kejahatan sehingga apabila mati datang kepada salah seorang dari mereka dia pun  berkata, sekarang aku bertaubat.
Sabda Rasululah s.a.w.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
سنن الترمذى - (11 / 445)
Bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Bahawasanya Allah mererima taubat hamba selagi dia belum ghargarah.  Ghargarah ialah melihat mati, dengan lain perkataan mati itu sudah berada di hadapannya.

Golongan keempat.
Orang Islam yang murtad iaitu keluar dari Islam menjadi kafir dan mati dalam keadaan kafir. Golongan ini adalah orang yang amat malang sekali. Betapa tidak? Orang yang telah berada dalam cahaya iman, keluar, masuk ke dalam kegelapan kekufuran. Segala kebaikan-kebaikannya terhapus, yang tinggal hanya dosa-dosanya. Orang ini adalah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.
Firman Allah:
{ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (217)} [البقرة : 217]
Bermaksud: Sesiapa yang murtad dari kalangan kamu dari agamanya lalu dia mati sedangkan dia dalam kedaan kafir maka hapus amalan mereka di dunia dan akhirat, dan mereka penghuni nereka mereka kekal di dalamnya.

Renungan.
Janganlah sekali-kali seseorang itu murtad. Apabila dia murtad dia menjadi kafir maka segala kebaikannya terhapus. Firman Allah:
{وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (65) بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ (66) } [الزمر : 65 - 67]
Bermaksud: Sesungguhnya telah diwahyukan kepada engkau dan kepada mereka yang sebelummu, sesungguhnya jika engkau melakukan syirik nescaya amalanmu terhapus, dan jadilah engkau dari kalangan orang yang rugi.
Orang yang melakukan syirik dia adalah kafir.
Segala amal kebaikan orang kafir ditolakIa  mejadi sebagai debu yang berterbangan Firman Allah:
{وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا (23)} [الفرقان : 23]
Bermaksud: Dan Kami bentangkan kepada apa yang mereka telah lakukan dari amalan dan Kami jadikannya sebagai habuk yang bertaburan.
Habuk yang berterbangan menunjukkan sia-sia. Apa yang tinggal bagi orang yang murtad ialah hanya dosa-dosanya sahaja di samping dosa murtad. Segala amal kebaikannya sia-sia.
Orang kafir kekal dalam neraka. Akan dibincangkan selepas ini.

Orang kafir.
Orang kafir ada yang terus berkekalan dalam kekafirannya dan ada yang memelok Islam.

Golongan kelima.
Orang Kafir  yang terus kekal dalam kekufurannya dan mati dalam kaadaan kafir maka orang ini dimasukkan ke dalam neraka dan kekal di dalamnya selama-lama. Firman Allah:

{إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ (6)} [البينة : 6]
Bermaksud: Bahawasanya mereka yang kafir dari kalangan Ahli Kitab dan Musyrikin dalam neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya, mereka adalah sejahat-jahat makhluk.
{وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا هِيَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ (68) } [التوبة : 68]
Bermaksud: Allah menjanjikan kepada orang munafiq dan orang kafir neraka jahannam mereka kekal dalamnya, cukuplah nereka itu sebagai balasan mereka dan Allah melaknat mereka, dan bagi mereka azab yang kekal.

Golongan Keenam.
Orang yang kafir pada mulanya tetapi akhirnya dia memelok Islam dan jadilah dia sebagai seorang Musilm yang berpegang teguh dengan ajaran Islam maka amat beruntunglah  golongan ini.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
فَإِنَّ الإِسْلاَمَ يَجُبُّ مَا كَانَ قَبْلَهُ  
السنن الكبرى للبيهقي وفي ذيله الجوهر النقي - (9 / 123)
Bermaksud: Bahawasanya Islam itu menghapuskan  apa yang sebelumnya.
Sabdanya lagi:
عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قُلْتُ
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ أَشْيَاءَ كُنْتُ أَتَحَنَّثُ بِهَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ مِنْ صَدَقَةٍ أَوْ عَتَاقَةٍ وَصِلَةِ رَحِمٍ فَهَلْ فِيهَا مِنْ أَجْرٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْلَمْتَ عَلَى مَا سَلَفَ مِنْ خَيْرٍ
صحيح البخاري - (5 / 262)
Bermaksud: Daripada Hakim bin Huzam r.a. katanya, aku berkata: Wahai Rasulullah! Apa pandanganmu mengenai perkara-perkara yang aku lakukan dalam masa jahiliyah, seperti sedakah, memerdekakan hamba, meghubungkan silaturrahim, adakah padanya pahala? Maka Nabi s.a.w. menjawab : Engkau memelok Islam dan bagimu apa yang engkau telah lakukan dari kebaikan.
Alangkah untungnya orang kafir yang memelok Islam dosa-dosanya dihapuskan dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukannya diberikan kepadanya.
Segala janji Allah kepada orang yang beriman dan beramal salih adalah diberikan kepada kamu. Di antaranya firman Allah:
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا (107) } [الكهف : 107 ، 108]
Bermksud: Bahawasanya mereka yang beriman dan beramal salih adalah bagi mereka dikurniakan syurga firdaws.
Surga Firdaws adalah syurga yang paling tiggi sekali derjatnya.

Seruan
Wahai teman-teman yang masih belum memeluk Islam! peluklah Islam kerana agama Islam sahajalah yang boleh menyelamatkan kita dari azab neraka Jahannam dan terus kekal di dalamnya. Nikmat dunia walau bagimanapun besarnya ia akan tetap  berpisah dari kita, samaada ia akan meninggalkan kita atau kita akan meninggalkannya, atau kedu-dua sekali.
Wahai teman-teman! Jika kamu melihat ramai orang Islam yang pecah amanah, makan rasuah, berzina, mencuri, meragtut menyamun, bergaduh dan berperang sesama sendiri dan lain-lain perangai yang buruk maka itu adalah kelemahan mereka sendiri, bukan datang dari ajaran Islam yang suci lagi murni.
Wahai teman-teman yang masih belum memelok Islam! Masuklah Islam sebelum maut datang kepada kamu. Tiada ruginya bagi kamu jika kamu memeluk Islam. Harta kekayaan kamu tetap terus berada ditanganmu. Nikmat yang kamu kecapi sekarang ini terus kamu kecapi. Disamping kamu mendapat kesenangan yang tiada tolok bandingnya dan berkekalan di akhirat.
Wahai teman-teman sekelian! Janganlah kita mati kecuali dalam keadaan berpegang teguh dengan Islam kerana itulah sahaja yang melepaskan kita dari azab Allah s.w.t.di akhirat.
 Firman Allah menghikayat Nabi Ibrahim dan Nabi Ya`qub `a. s. :
{ إ وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (132) } [البقرة : 131 - 133]
Bermaksud: Nabi Ibrahim dan Nabi Ya`qub berpesan denganya: Wahi anakku! Bahawasanya Allah telah memilihkan agama untukmu maka janganlah kamu mati kecuali kamu sebagi seorang Islam.
Firman-Nya lagi:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ (99)
سورة الحجر
Bermaksud: Hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga mati datang kepada kamu.
Kita diperintahkan oleh Allah untuk menyembah Allah sehingga mati. Menyembah Allah yang benar yang diredha`i  Allah adalah dengan beragama Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ حَدِّثْنِي بِأَمْرٍ أَعْتَصِمُ بِهِ قَالَ قُلْ رَبِّيَ اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقِمْ
سنن الترمذى - (8 / 431)
Bermaksud: Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi katanya, aku berkata, wahai Rasulullah: Beritahu kapaku satu perkara yang aku berpegang teguh dengannya. Jawab Baginda: Katalah, Tuhanku adalah Allah kemudian engkau hendaklah istiqamah
Istiqamah ialah berterusan, tanpa sebarang kecacatan sampai akhir. Akhirnya ialah mati.
Ya Allah! Jadikanlah akhir perkataan kami di atas muka bumi ini ialah kalimah:
لَاإِلَهَإِلَّااللَّهُ


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين