الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف
المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Cara Menghayatinya
Bulan Ramadhan
adalah berbeza dengan bulan-bulan yang lain kerana bulan Ramadhan ini mempunyai
kelebihannya sendiri yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Oleh itu
kita hendaklah menghayati bulan Ramadhan ini lebih istimewa dari bulan-bulan
yang lain. Dalam tulisan ini akan disentuh beberapa pekara yang sewajibnya dan yang sebaik-baiknya dilakukan
dalam bulan yang mulia dan berkat ini.
Kelebihan bulan Ramadhan
Untuk
mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, bolehlah dilihat dari nas-nas berikut. Antaranya:
Firman Allah s.w.t.
{ شَهْرُ
رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ
الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ} [البقرة : 185
Bermaksud:
Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia,
dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang
batil)
Nas di
atas menunjukkan bahawa al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang
memisahkan di antara haq dengan batil itu diturunkan dalam bulan Ramadhan.
Firman-Nya lagi:
{ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ
إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) [الدخان
: 3 - 4]
Bermaksud: Bahawasanya
Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang berkat, bahawasanya Kamilah yang
memberi peringatan. Pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap
perkara yang mempunyai hikmah.
Nas di
atas menunjukkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada malam yang berkat dan pada
malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara. Malam yang berkat ialah laylah al-qadr kerana
firman Allah:
{إِنَّا
أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1)} [القدر : 1]
Bermaksud:
Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr.
Maksud,
pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara, menurut
Ibn kathir: Pada malam laylah al-qadr itu dijelaskan dari al-lawh
al-mahfuz kepada malaikat akan perkara yang akan berlaku (bagi seseorang) dalam
setahun, mengenai ajal, rezeki dan lain-lain. Inilah yang diriwayatkan daripada
Ibn `Umar dan lain-lain dari kalangan salaf. (Ibn kathir 7: 246). Menurut `Izz
al-Din Ibn Abd al-Salam: Pada malam itu ditulis rezeki, ajal, kebahagiaan dan
kecelakaan (seseorang) dari setahun ke setahun. (Ibn Abd al-Salam t.t. 6: 13).
Apabila
telah dijelaskan sebelum ini bahawa al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan
maka malam yang berkat yang padanya dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara
adalah dalam bulan Ramadhan.
Firman-Nya
lagi:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
(1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ
شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ
كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ 5 (القدر
Bermaksud: Sesungguhnya
Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr. Dan apa yang
mengetahuikan engkau, apa itu laylah al-qadr?
Laylah al-qadr adalah lebih baik
dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin
dari Tuhan mereka, membawa segala perkara. Selamatlah malam yang berkat itu
sehingga terbit fajar.
Nas di
atas menunjukkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada laylah al-qadr.
laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan (yang lainnya). Pada malam itu malaikat turun ke dunia membawa segala perkara, dan
malam itu adalah malam yang selamat sejahtera sehingga terbit fajar. Maksud
malaikat turun ke dunia membawa segala
perkara, menurut Ibn Abd al-Salam ialah perkara yang telah ditentukan pada
malam itu dari rezeki, ajal (seeorang) dan yang lainnya. (Ibn Abd al-Salam t.t. 8: 73). Menurut Ibrahim
al-Qattan dalam Taysir al-Tafsir: Para malaikat dan jibril turun pada malam itu
dengan izin Tuhan mereka berserta dengan berkat dan rahmat Allah. (Ibrahim
al-Qattan t.t. 3: 443).
Telah
dijelaskan bahawa al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan maka laylah
al-qadr adalah pada bulan Ramadhan.
Mengenai kelebihan bulan Ramadhan juga
ialah:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ
مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ
مِنْ رَمَضَانَ (صحيح البخاري )
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w.
beri`tikaf di masjid pada 10 yang akhir dari bulan Ramadhan, dan bersabda:
Berusaha sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah al-qadr pada 10 yang akhir
dari bulan Ramadhan.
Nas yang lain:
- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ
الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
صحيح البخاري )-)
Bermaksud: Daripada
`Aisah r.a.`. katanya: Bahawa Rasulullah bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah
untuk mendapatkan laylah al-qad pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir bulan
Ramadhan.
Dua nas di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di masjid pada 10 yang akhir bulan Ramadan dan Baginda
menyuruh umatnya supaya mendapatkan laylah
al-qadr pada 10 yang akhir bulan Ramadhan
khususnya pada malam yang ganjil.
Mengenai kelebihan bulan Ramadhan juga:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ
أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ فِيهِ
لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
سنن النسائي بشرح السيوطي وحاشية السندي ، 434
:4
Bermaksud:
Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Ramadhan telah
datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah A.W.J. memfardukan ke
atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan
yang amat jahat. Pada bulan Ramadhan itu
terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan
kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan.
Nas di
atas menunjukkan bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan berkat, dibuka
pintu-pintu langit, ditutup pintu
neraka, dibelenggu segala syaitan yang amat jahat, pada bulan ini terdapat satu
malam yang lebih baik dari seribu malam, sesiapa yang diharamkan
mendapatkan kebaikan malam itu maka dia
diharamkan (dari mendapatkannya).
Ya Allah,
jadikanlah kami dari kalangan orang yang mendapat kebaikan malam yang lebih
baik dari 1000 malam, iaitu malam laylah al-qadr. Ya Allah berilah kami
kebaikan laylah al-qadr, dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang
mendapatkannya.
Dalam nas
yang lain Rasulullah bersabda:
إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ
الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
صحيح البخاري - (11 / 55)
Bermaksud: Apabila masuk bulan Ramadhan
dibuka pintu-pintu syurga, ditutup
pintu-pintu neraka jahanam dan dibelenggu syaitan-syaitan.
Dalam riwayat lain:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ
الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
صحيح مسلم - (5 / 337)
Dua nas di atas menunjukkan apabila
masuk bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka
dan dibelenggu syaitan-syaitan.
Dalam riwayat yang lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ
الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ
يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا
بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ
الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ
بْنِ عَوْفٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَسَلْمَانَ
سنن الترمذى،
صحيح ابن حبان، 8: 222 ، صحيح ابن حزيمة 3: 188 ، المستدرك على الصحيحين
للحاكيم مع التعليقات الذهبى فى التلحيص 1: 582))
Bermaksud:
… Dan menyeru oleh (malaikat ) yang menyeru: Wahai orang yang suka kebaikan,
Lakukanlah!, wahai orang yang sukakan kejahatan, kurangkanlah! Bagi Allah,
ramai orang yang dimerdekakan dari
neraka. Yang demikian itu adalah setiap malam.
Di antara
kandungan nas di atas ialah pada setiap malam Ramadhan Allah memerdekakan
(melepaskan ramai orang) dari api neraka.
Di antara kelebihan Ramadhan juga ialah:
عن ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي
رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ
الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam
bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda
setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca
al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah
lebih pemurah dari angin yang bertiup
kencang (dengan membawa hujan rahmat).
Di antara
apa yang difahami dari nas di atas ialah Rasulullah amat pemurah dengan
kebaikan dalam bulan Ramadhan, lebih pemurah dari bulan-bulan yang lain. Dan
dalam bulan Ramadhan juga Rasulullah bertadarus al-Quran dengan Jibril.
Beberapa Kemenangan
Besar
Di antara
kemenangan-kemenangan besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah peperangan
Badr. Ibn kathir ketika menjelaskan firman Allah:
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْر
Yang bermaksud: Dan sesungguhnya
Allah telah memberi pertolongan kepada kamu pada peperangan Badr. Ia
berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan, tahun kedua hijrah. (Ibn kathir 2: 111)
Pembukaan
Makkah juga adalah berlaku dalam bulan Ramadhan.
وكان فتح مكة في رمضان
الموطأ - رواية محمد بن الحسن - (2 / 177)
صحيح ابن حبان - (9 / 261)
Bermaksud: Adalah Makkah dibuka pada
bulan Ramadhan.
Dari apa yang
telah dibentangkan ternyata bulan Ramadhan itu mempunyai banyak kelebihannya. Ia
adalah merupakan bulan yang berkat, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup
pintu-pintu nereka dan dibelenggu syaitan yang amat jahat itu. Dalam bulan yang
berkat ini diwajibkan berpuasa, diturunkan al-Quran yang menjadi panduan hidup
kepada manusia. Dalam bulan yang berkat ini terdapat laylah al-qadr yang
lebih baik dari 1,000 bulan yang lain. Dalam bulan yang berkat ini Rasulullah
s.a.w. melebih banyakkan segala bentuk kebaikan dan pada malam bulan yang mulia
ini Rasulullah bertadarus al-Quran bersama Jibril. Dari segi sejarahnya pula
kemenangan-kemenangan besar berlaku dalam bulan Ramadhan seperti peperangan
Badr dan pembukaan Makkah. Marilah sama-sama kita berusaha agar kita adalah
dari kalangan orang yang mendapat kebaikan, kelebihan dan kejayaan dari bulan
yang penuh berkat ini dan berdoa kepada Allah agar mengurniakannya kepada kita.
Doa ketika berbuka adalah mustajab
عن عَبْدِ الله بْنِ عَمْروٍ ، رَضِيَ الله
عَنْهُمَا , سَمِعْتُ رَسُولَ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم يَقُولُ :
لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ فَكَانَ عَبْدُ الله بْنُ
عَمْروٍ إِذَا أَفْطَرَ دَعَا أَهْلَهُ وَوَلَدَهُ وَدَعَا.
رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ.
وَرَوَاهُ ابْنُ مَاجَةَ وَالْحَاكِمُ ،
وَالْبَيْهَقِيُّ فِي الْكُبْرَى مِنْ طَرِيقِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ عَبْدِ
الله بْنِ عَمْروٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم :
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَة مَا تُرَدُّ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ
الله يَقُولُ عِنْدَ فِطْرِهِ : اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي
وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي - زَادَ فِي رِوَايَةٍ : ذُنُوبِي لَفْظُ
ابْنِ مَاجَةَ وَإِسْنَادُهُ صَحِيحٌ.
وَلَهُ شَاهِدٌ مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَوَاهُ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَالْبَزَّارُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ ،
وَابْنُ مَاجَةَ وَابْنُ خزيمَةَ , وابن حبان في صحيحيهما.
إتحاف الخيرة المهرة - (3 / 102)
Bermaksud:
Daripada Abd Allah bin `Umrw r.a.`. aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bagi orang yang berpuasa ketika ia
berbuka terdapat doa yang tidak ditolak/diperkenankan. Abd Allah bin `Amrw
berdoa ketika beliau berbuka:
اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ
الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي - زَادَ فِي رِوَايَةٍ :
ذُنُوبِي
Bermaksud:
Ya Allah! Bahawasanya aku bermohon kepada–Mu dengan rahmat-Mu yang Engkau
luaskan kepada segala sesuatu, bahawa Engkau mengampuni aku, dalam satu riwayat, dosaku. (mengampuni dosaku).
Doa setelah berbuka puasa.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ
أَفْطَرْتُ
سنن أبى داود – (6 / 309)
Bermaksud: Bahawasanya Nabi s.a.w.
apabila Baginda telah berbuka berdoa:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ
أَفْطَرْتُ
Ya Allah! Bagi-Mu aku berpuasa, dan di
atas rezeki-Mu aku berbuka.
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ
وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
سنن أبى داود – (6 / 308)
Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w.
apabila Baginda telah berbuka berdoa:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ
وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Hilang dahaga, basahlah peluh dan
mendapat pahala
Doa orang yang berpuasa tidak ditolak
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ
وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ
الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ وَعِزَّتِي
لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
سنن الترمذى - (12 / 25)
Bermaksud:
Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: tiga (golongan
manusia) tidak ditolak doa mereka. Orang yang puasa sehingga dia berbuka, imam
(pemerintah) yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah mengangkat doanya ke
atas awan Dan Allah buka untuknya pintu-pintu langit, dan Allah berkata: Aku
akan tolong engkau walau setelah satu masa.
Di antara kandungan hadith di atas
ialah doa orang yang berpuasa tidak ditolak. Oleh itu banyakkan berdoa kepada
Allah semasa ketika kita berpuasa, khususnya dalam bulan Ramadhan yang berkat
ini.
Doa ketika melihat anak bulan
عن طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه أن النبي
صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا
بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ ، وَالسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ ، رَبِّي وَرَبُّك
اللَّهُ هلال رشد وخير
رواه الترمذي وقال: حديث حسن
شرح رياض الصالحين - (1 / 1409)
Bermaksud: Daripada Talhah bin `Ubud
Allah r.a.`. bahawa Nabi s.a.w. apabila Baginda melihat anak bulan Baginda
berdoa:
: اللَّهُمَّ
أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ ، وَالسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ ،
رَبِّي وَرَبُّك اللَّهُ هلال رشد وخير
Bermaksud: Ya Allah perlihatkanlah
anak bulan kepada kami dengan aman dan iman, selamat dan Islam. Tuhanku dan
tuhan kamu adalah Allah, awal bulan yang cerdik dan baik.
Cara menghayati Ramadhan
Berpuasa
Berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah
wajib. Firman Allah:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ
الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ
شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ
[البقرة : 185
Bermaksud:
Bermaksud: Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk
bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak
dengan yang batil), maka sesiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan bulan Ramadhan
itu hendaklah dia berpuasa.
Ayat di
atas menunjukkan bahawa sesiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan hendaklah dia
berpuasa. Nas yang lain yang menunjukkan kepada perintah puasa pada bulan Ramadhan,
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ
إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ
وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
صحيح البخاري - (1 / 11)
Bermaksud:
Daripada Ibn Umar r.a.`.katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Diasaskan Islam itu
kepada lima (perkara). Menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya
Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
Kelebihan berpuasa
Manakala mengenai kelebihan berpuasa
pula antara lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ
قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى
مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي
الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا
صحيح البخاري - (6 / 457)
Bermaksud:
Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu
melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang
mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua
kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut
orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia
meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu
dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya.
Di antara
apa yang boleh difahami dari nas di atas ialah puasa iatu adalah untuk Allah
dan Dia yang akan membalasnya, tidak seperti kebaikan-kebaikan yang lain, satu
kebaikan dibalas dengan sepuloh. Balasan pahala puasa hanya Allah yang
mengetahuinya. Oleh itu sama-samalah kita memperelokkan puasa kita, mudah-
mudahan puasa kita mendapat balasan yang amat besar dari Allah.
Puasa
merupakan ibadah yang lama, satu hari, sejak dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari. Oleh itu seseorang itu terus mendapat pahala yang
berpanjangan sejak dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Dengan itu
jika seseorang itu membaca al-Quran maka dia mendapat pahala yang berganda, di
samping pahala membaca al-Quran adalah pahala puasa. Seperti itu juga jika dia
mengerjakan kebaikan-kebaikan yang lain.
Sembahyang fardu
Dalam
bulan Ramadhan di samping seseorang itu berpuasa wajiblah ke atasnya
mengerjakan sembahyang fardu lima waktu, sama seperti bulan-bulan yang lain. Perintah
sembahyang dalam al-Quran adalah amat banyak. Di antarnya:
{ وَأَقِيمُوا
الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
(56) } [النور : 56 ، 57]
Bermaksud:
Dan hendaklah kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan taat kepada
Rasulullah mudah-mudahan kamu dirahmati
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ
إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ
وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
صحيح البخاري، الإيمان))
Bermaksud: Islam itu
diasaskan kepada lima perkara, mengucap kalimah syahadah iaitu أشهد أَنْ لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ وأشهد َأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ, mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan
Ramadhan.
Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai
orang yang meninggalkan sembahyang:
الْعَهْدُ
الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ».
وَفِى الْبَابِ عَنْ أَنَسٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ
حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ. (سنن الترمذى، الإيمان)
Bermaksud: Perjanjian yang antara kita dengan mereka ialah
sembahyang maka sesiapa yang meninggalkannya sesunguhnya dia telah kafir.
Dalam hadith ini
Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang adalah
kafir. Sabda Baginda lagi:
إِنَّ
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ. (صحيح مسلم،
الإيمان)
Bermaksud: Bahawasanya
di antara seseorang itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan sembahyang.
Ini bererti sesiapa yang meninggalkan
sembahyang dia adalah kafir. Maksud kafir di sini samada kafir hakiki atau
kafir nikmat ia jelas menunjukkan betapa buruknya orang yang meninggalkan
sembahyang itu.
Perintah sembahyang fardu dengan berjamaah
{ وَأَقِيمُوا
الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ (43) أَ} [البقرة :
43 ، 44]
Bermaksud:Dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama-sama
orang yang rukuk.
Dalam ayat
ini Allah s.w.t. menyuruh orang mukmin supaya rukuk bersama-sama dengan
orang-orang yang rukuk, tidak hanya
rukuk sendiri, tetapi hendaklah bersama-sama dengan orang-orang lain yang
rukuk. Ini menunjukkan kepada suruhan berjemaah.
Nas yang lain:
وَالَّذِى
نَفْسـِى بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ، ثُمَّ آمُرَ
بِالصَّلاَةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا، ثُمَّ آمُرَ رَجُلاً فَيَؤُمَّ النَّاسَ، ثُمَّ
أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ، وَالَّذِى نَفْسِى
بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ
مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ الْعِشَاءَ (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud:
Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku bercita-cita untuk
menyuruh dibawakan kayu api lalu dinyalakan. Kemudian aku menyuruh didirikan
sembahyang. Lalu dilaungkan azan, kemudian aku menyuruh seorang, lalu dia
menjadi imam kepada orang ramai, kemudian aku pergi bersama-sama. Beberapa
orang lelaki dan aku membakar rumah mereka (yang tidak hadir berjemaah). Demi
yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, jika seseorang dari mereka mengetahui
bahawa dia akan dapat sesuatu yang baik nescaya dia akan menghadiri sembahyang
isyak berjemaah.
Hadith ini
menunjukkan kepada pentingnya sembahyang berjemaah. Dalam riwayat yang lain
Nabi s.a.w. bersabda:
لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلاَةِ
فَتُقَامَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى مَنَازِلِ قَوْمٍ لاَ يَشْهَدُونَ الصَّلاَةَ
فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ (صحيح البخارى، الخصومات)
Bermaksud:
Sesungguhnya aku bercita-cita untuk menyuruh mendirikan sembahyang lalu
didirikan, kemudian aku pergi ke rumah-rumah
mereka yang tidak menghadiri sembahyang lalu aku membakar ke atas mereka.
Hadith ini
menunjukkan kepada pentingnya sembahyang berjemaah.
Kelebihan sembahyang berjamaah
Di antara kelebhan sembahyang jamaah
ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
لاَ
يَزَالُ الْعَبْدُ فِى صَلاَةٍ مَا كَانَ فِى مُصَلاَّهُ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ
وَتَقُولُ الْمَلاَئِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. حَتَّى
يَنْصَرِفَ أَوْ يُحْدِثَ ». قُلْتُ مَا يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو أَوْ يَضْرِطُ.
(صحيح مسلم، المساجد )
Bermaksud:
Seseorang hamba Allah itu dikira dalam sembahyang selama dia berada di
tempat sembahyangnya kerana menunggu sembahyang, dan berkata Malaikat: “Ya Allah,
ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas”.
Sabda baginda
مَنْ
تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ
الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى
الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ. )صحيح
مسلم، الطهارة)
Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu
dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang
fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau
berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.
Di antara kelebihan
sembahyang berjemaah juga ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
صَلاَةُ
الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. (صحيح
البخارى، الأذان)
Bermaksud:
Sembahyang berjemaah lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan 27
darjat.
Sabda Baginda
lagi:
مَنْ
صَلَّى الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ
صَلَّى الصُّبْحَ فِى جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. (صحيح
مسلم، المساجد)
Bermaksud:
Sesiapa yang bersembahyang Isyak berjemaah seolah-olah dia bangun sembahyang
sunat separuh malam, dan sesiapa yang bersembahyang Subuh berjemaah maka
seolah-olah dia sembahyang sunat seluruh malam.
Sembahyang-sembahyang sunat termasukklah:
Sembahyang terawih
Pensyaratan sembahyang terawih
عن عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ
وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ
أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا
فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ
فَلَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ
حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى
النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ
مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا
فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى
ذَلِك (صحيح البخاري، كتاب صلاة التراويح، باب فضل من قام رمضان)
Bermaksud:
Daipada `Urwah, bahawa `Aisah r. a. `. mengkhabarkan kepadanya, bahawa pada
satu malam Rasulullah s.a.w. keluar pada waktu tengah malam lalu Baginda
sembahyang di masjid, maka beberapa orang sembahyang mengikut sembahyang
Baginda. Pada waktu pagi orang ramai bercerita, (maka pada waktu malam
berikutnya) berhimpunlah lebih ramai dari mereka (yang sebelumnya), maka
Rasulullah pun sembahyang, lalau orang ramai
sembahyang mengikutnya. Pada waktu pagi orang ramai bercerita, maka pada
malam yang ketiganya ramailah orang-orang di masjid, maka Rasulullah s.a.w.
keluar (dan menuju ke dalam masjid) lalu disembahyangkan dengan sembahyang
Baginda (orang ramai mengikut sembahyang Baginda). Maka pada malam ke empatnya
penuh sesaklah masjid dengan ahlinya sehingga apabila Baginda keluar
untuk menunaikan sembahyang Subuh,
setelah Baginda menunaikan sembahyang, Baginda menghadap ke pada orang ramai
dan mengucap sahadah kemudian bersabda, Amma ba`d, sesungguhnya tidak
tersembunyi kedudukan kamu ke atasku, tetapi aku takut akan difardukan ia ke
atas kamu maka kamu lemah/tidak mampu. Rasulullah s.a.w. wafat keadaannya
adalah di atas yang demikian itu.
Berjamaah sembahyang terawih
وَعَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ
الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ
خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ
أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ
فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ
هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ
عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ
يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ
وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي يَقُومُونَ يُرِيدُ آخِرَ
اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ (صحيح البخاري، كتاب صلاة
التراويح، باب فضل من قام رمضان)
Bermaksud: Daripada Ibn Shihab daripada `Urwah bin
al-Zubayr daripada Abd. Al-Rahman bin Abd. Al-qari’ bahawasanya beliau berkata:
Aku keluar ke masjid bersama-sama `Umar bin al-Khattab r. a.`. pada satu malam
bulan Ramadhan, ketika itu orang ramai
berpecah-pecah, ada orang yang sembahyang sendiri, ada yang sembahyang kemudian
di belakangnya terdapat beberapa orang maka Umar berkata: Aku berpendapat, kalau aku himpunkan mereka di di belakang
imam seorang qari itu adalah lebih
utama, kemudia dia memutuskan azamnya dan menghimpunkan mereka berimamkan `Ubay
bin Ka`ab. Kemudia aku keluar bersamanya pada malam yang lain ketika itu orang
ramai sembahyang mengikut sembahyang qari mereka lalu kata `Umar: Sebaik-baik
bid`ah ialah ini. Dan mereka yang tidur dan bangun pada akhir malam adalah
lebih afdal dari yang sembahyang
pada awalnya. Orang ramai sembahyang pada awalnya.
Al-Hafiz
Ibn Hajar pengarang kitab Fath al-Bari ada menyebut pandangan ulamak
mengenai perkara ini. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, perkara yang ditakuti,
iaitu ia akan dianggap sebagai wajib sudah tidak akan berlaku, maka Sadina
`Umar meminta supaya mereka semua sembahyang berimamkan Ubay bin Ka`b. Ia
bertujuan untuk menyatukan ummah dan untuk lebih mencergaskan kepada kebanyakan
orang yang sembahyang. Kebanyakan ulama cenderung kepada pendapat Umar. . (Ibn
Hajar t.t. 4: 252)
Kelebihan sembahyang terawih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
(صحيح البخاري، كتاب صلاة التراويح، باب فضل من
قام رمضان ) الفتح : 252:4
Bermaksud:
Dari pada abu Hurayrah, Bahawa Rasulullah s. a.w. bersabda: Sesiapa
yang sembahyang bulan Ramadhan (terawih) dengan kedaan beriman dan mengharapkan
(keampunan Allah) diampunkan baginya apa yang terdahulu dari dosa-dosanya.
Sembahyang witir
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ
بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ
أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
سنن أبى داود - (4 / 206)
Kata al-Imam al-Nawawi sanadnya sahih
(al-Nawawi t.t., 3: 472)
Bermaksud:
Daripada Abu Ayyub al-Ansari katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang
witir itu adalah tuntutan ke atas setiap orang Muslim, maka sesiapa yang hendak
mengerjakan witir dengan lima rekaat maka bolehlah dia melakukannya, dan
sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan tiga rekaat maka boleh dia
mengerjakannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan satu rekaat
maka bolehlah dia mengerjakannya.
Hadith di
atas menunjukkan kepada tuntutan sembahyang witir. Walau bagimanapun tuntutan
ini tidak wajib kerana yang wajib hanya sembahyang fardu lima waktu sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. antara lain, ialah hadith yang panjang, dalam hadith
itu ada disebut:
...فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي
الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ
تَطَوَّعَ...
صحيح البخاري - (1 / 80)
Bermaksud:
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima sembahyang dalam satu hari dan satu
malam, maka orang itu berkata: Adakah ke atasku selain darinya? Jawab Baginda:
tidak, kecuali engkau melakukan sunat.
Hadith
yang lain:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ خَافَ أَنْ لَا يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ
أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ
فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
و قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ مَحْضُورَةٌ
صحيح مسلم - (4 / 129)
Bermaksud:
Daripada Jabir katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang takut
bahawa dia tidak bangun pada akhir malam maka dia hendaklah mengerjakan witir
pada awalnya, dan sesiapa yang yakin bahawa dia bangun pada akhir malam maka
hendaklah dia mengerjakan witir pada akhir malam, maka sesungguhnya sembahyang
pada akhir malam iatu adalah disaksikan dan yang demikian itu adalah lebih
afdal.
Hadith di
atas adalah menunjukkan kepada pensyariatan witir dan menunjukkan bahawa
mengerjakan witir pada akhir malam adalah lebih afdal dari awal malam dan dari
pertengahan malam.
Hadith yang lain:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ أَوْتِرُوا قَبْلَ أَنْ تُصْبِحُوا
صحيح مسلم - (4 / 126)
Bermaksud:
Daripada Abu Sa`id bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu mengerjakan
sembahyang witir sebelum kamu berada dalam
waktu Subuh. Hadith di atas jelas menunjukkan kepada pensyariatan
sembahyang witir dan ia hendaklah dikerjakan sebelum waktu Subuh.
Hadith
yang lain:
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ
بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ
أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
سنن أبى داود - (4 / 206)
Kata al-Imam al-Nawawi sanadnya sahih
(al-Nawawi t.t., 3: 472)
Bermaksud:
Daripada Abu Ayyub al-Ansari katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang
witir itu adalah tuntutan ke atas setiap orang Muslim, maka sesiapa yang hendak
mengerjakan witir dengan lima rekaat maka bolehlah dia melakukannya, dan
sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan tiga rekaat maka boleh dia
mengerjakannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan satu rekaat
maka bolehlah dia mengerjakannya.
Hadith di
atas menunjukkan kepada tuntutan sembahyang witir. Walau bagimanapun tuntutan
ini tidak wajib kerana yang wajib hanya sembahyang fardu lima waktu sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. antara lain, ialah hadith yang panjang, dalam hadith
itu ada disebut:
...فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي
الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ
تَطَوَّعَ...
صحيح البخاري - (1 / 80)
Bermaksud:
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima sembahyang dalam satu hari dan satu
malam, maka orang itu berkata: Adakah ke atasku selain darinya? Jawab Baginda:
tidak, kecuali engkau melakukan sunat.
Sembahyang Rawatib
Sembahyang sunat rawatib.
Sembahyang sunat rawatib mengikut
bilangan rekaat yang sekurang-kurangnya
iaitu adna al-kamal ada sebanyak 10 rekaat. Iaitu:
* Dua rekaat sebelum Zuhur.
* Dua rekaat sesudah Zuhur.
* Dua rekaat selepas Maghrib.
* Dua rekaat selepas `Isa
*Dua rekat sebelum Subuh.
( al-Shirazi, t.t. 3: 461; al-Nawawi t.t. 3:
462) Ini tidak termasuk Witir. Sembahyang sunat rawatib yang disebutkan di atas
iaitu dua rekaat sebelum Zuhur, dua rekaat sesudah Zuhur, dua rekaat selepas
Maghrib, dua rekaat selepas `Isya dan
dua rekaat sebelum Subuh adalah sembahyang sunat rawatib yang mu’akkad.
(Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1995, 1; 115)
Sembahyang
sunat rawatib mengikut kadar yang lebih sempurna (al-akmal) ada sebanyak
18 rekaat, iaitu:
Dua
reka`at sebelum Subuh.
Dua rekaat
selepas Maghrib
Dua rekaat
lepas Isha’
Empat
rekaat sebelum Zuhur
Empat
rekaat lepas Zuhur
Empat
rekaat sebelum `Asar
(
al-Shirazi, t.t. 3: 461; al-Nawawi t.t. 3: 462) Ini tidak termasuk witir. 18
rekaat di atas adalah termasuk yang muakkad dan yang tidak muakkad.
Kelebihan sembahyang rawatib
عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ
لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ
وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ عَنْبَسَةَ عَنْ
أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ
عَنْبَسَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ
سنن الترمذى – (2 / 192)
Bermaksud:
Daripada Umm Habibah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang sembahyang pada satu hari dan satu
malam, 12 rekaat dibina untuknya sebuah rumah di syurga, iaitu empat rekaat
sebelum Zuhur, dua rekaat selepasnya, , dua rekaat selepas Maghrib, dua rekaat
selepas `Isya dan dua rekaat sebelum subuh.
عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ قَال
سَمِعْتُ أُخْتِي أُمَّ حَبِيبَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ تَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَافَظَ عَلَى
أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ
عَلَى النَّارِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَالْقَاسِمُ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ
يُكْنَى أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَالِدِ
بْنِ يَزِيدَ بْنِ مُعَاوِيَةَ وَهُوَ ثِقَةٌ شَأْمِيٌّ وَهُوَ صَاحِبُ أَبِي
أُمَامَةَ
سنن الترمذى، الصلاة))
Bermaksud:
Daripada `Ambasah bin Abu Sufyan katanya, aku mendengar saudara perempuanku
Umm Habibah, isteri Nabi s.a.w. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesiapa yang memelihara empat rekaat sebelum Zuhur dan empat rekaat
selepasnya, Allah haramkannya ke atas api neraka.
Hadith di
atas menunjukkan kepada pensyariatan dan kelebihan sembahyang sunat empat
rekaat sebelum dan selepas Zuhur.
Sembahyang tahajjud
Firman
Allah:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ
نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا ([الإسراء، 17
: 79]
Bermaksud: Dan dari waktu malam hendaklah engkau
bertahajjud, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan
menempatkan engkau di tempat yang
terpuji.
Perintah
Allah ini sekalipun ditujukan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi ia juga dituntut
kepada umatnya.
Firman-Nya
lagi:
{إِنَّ
الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15) آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانُوا قَلِيلًا مِنَ
اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ } [الذاريات : 15 - 17]
Bermaksud:
Bahawasanya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman syurga dengan
beberapa mata air terpancar padanya, mereka sentiasa menerima apa yang
dikurniakan kepada mereka oleh Tuhan mereka, mereka di dunia dahulu adalah orang
yang melakukan kebaikan. Mereka sedikit sahaja tidur dari waktu malam.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه
- يَرْفَعُهُ قَالَ سُئِلَ أَىُّ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ
وَأَىُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ « أَفْضَلُ
الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ
وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ
الْمُحَرَّمِ . (صحيح مسلم، الصيام)
Bermaksud:
Daripada Abu Hurayrah r.a.`. marfu` kepada Rasulullah s.a.w. katanya, Baginda ditanya mengenai sembahyang yang
lebih utama setelah sembahyang
fardu, dan puasa yang lebih utama
setelah puasa bulan Ramadhan? Jawab Baginda ialah: Sembahyang di waktu malam dan puasa yang paling afdal
setelah puasa di bulan Ramadhan ialah puasa bulan Allah, bulan Muharram
Waktu yang paling baik untu tahajjud
عَنْ
أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم -
قَالَ « يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ
الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى
فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى
فَأَغْفِرَ لَهُ » (صحيح البخارى، التهجد)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a.`. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah
t.w.t., Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam, ketika tinggal lagi satu pertiga malam yang
akhir, katanya-Nya: Sesiapa yang berdo’a kepada-Ku maka Aku akan perkenankan,
sesiapa yang meminta kepada-Ku Aku akan berikan kepada-Nya, dan sesiapa yang meminta
ampun kepada Aku, Aku beri ampun kepadanya.
Berusaha untuk mendapatkan Laylah
al-qadr
Firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ
الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا
بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
(5 ) (سورة القدر، 97: 1-5)
Bermaksud: Sesungguhnya
Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam laylah al-qadr. Dan apa yang
mengetahuikan engkau, apa itu malam laylah al-qadr? Malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan. Turun
para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa
segala perkara. Selamatlah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.
Ada disebut
oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Terdapat di kalangan Bani Isra`il seorang
yang pada malamnya sembahyang sehingga subuh, dan pada waktu siangnya berjihad
melawan musuh sehingga petang, dia berbuat demikian selama 1,000 bulan, lalu
Allah turunkan ayat ini yang menunjukkan sembahyang/ibadah pada malam laylah
al-qadr adalah lebih baik dari amalan lelaki Bani Isra’il tersebut. (Ibn
Katir 1999, 8:443)
Ibn Kathir juga
ada menyebut tentang, pada satu hari Rasulullah s.a.w. ada menyebut
kepada para Sahabat, mengenai empat orang lelaki dari kalangan Bani Israi’l,
mereka beribadat kepada Allah selama 80 tahun dan mereka tidak derhaka
kepada-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hizqil bin
al-`Ajuz dan Yusa` bin Nun, maka para sahabat pun hairan mengenai perkara itu,
lalu malaikat Jibril turun dan berkata: Ya Muhammad umatmu pelik dengan ibadah
mereka yang beribadah 80 tahun tanpa
sebarang maksiat walau sekelip mata, Sesungguhnya Allah telah menurunkan yang
lebih baik dari yang demikian itu, lalu Jibril pun membacakan ayat:
{ إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا
أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Ini lebih baik dari apa yang engkau dan
sahabat-sahabatmu hairankan, maka Rasulullah s.a.w. dan para sahabat gembira
Penjelasan mengenai:
لَيْلَةُ
الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Apa yang dipilih oleh Ibn Jarir al-Tabari, seorang
ulama tafsir yang terkenal, maksud:
لَيْلَةُ
الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
ialah beribadah pada malam itu adalah lebih baik dari
1,000 bulan yang tidak terdapat padanya laylah al-qadr. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Penjelasan mengenai:
تَنزلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ
فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
Pada malm laylah
al-qadr itu para malaikat, termasuk Jibril turun kebumi. Mereka turun
kerana pada malam itu terdapat banyak berkat. Malaikat turun apabila terdapat
berkat dan rahmat. Menurut Qatadah dan lainnya, pada malam itu ditentukan
segala perkara, ditentukan ajal dan rezeki, selaras dengan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
(Ibn Katir
1999, 8:443).
Tadarus al-Quran
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي
رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ
الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam
bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda
setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca
al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah
lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat).
Di antara apa yang difahami dari hadith
di atas ialah Rasulullah s.a.w. bertadarus al-Quran dengan Jibril pda malam
bulan Ramadhan. Oleh itu kita sebagai umatnya adalah dituntut untuk bertadarus
al-Quran pada bulan Ramadhan yang berkat itu.
Bersedekah
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي
رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ
الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam
bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda
setiap malam pada bulan Ramdan sehingga Ramadhan berlalau, Nabi membaca
al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah
lebih pemurah dari angin yang bertiup
kencang (dengan membawa hujan rahmat).
Nas di
atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah dengan
kebaikan, dan Baginda yang amat pemurah sekali dengan kebaikan adalah dalam
bulan Ramadhan. Kebaikan adalah segala sesuatu yang memberi menafa`at.
Rasulullah s.a.w. adalah pemurah dengan segala bentuk kebaikan dunia dan
akhirat untuk Allah dan kerana Allah. Di
antara kebaikan itu ialah membelanjakan harta pada jalan Allah.
Kata
al-Imam al-Nawawi: Sunat menambahkan bersifat pemurah pada bulan Ramadhan
(al-Nawawi 1392, 15: 68
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا
يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
صَحِيحٌ
سنن الترمذى - (3 / 301)
Bermaksud:
Daripada Zayd bin Khalid al-Juhani katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa
yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa adalah baginya seperti
pahala orang yang berpuasa dengan tidak dikurangkan pahala orang yang berpuasa
sedikitpun.
Hadith di
atas menunjukkan kepada pahala yang amat besar kepada orang yang memberi buka
puasa. Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa wajib.
Berdoa
Telah dijelaskan sebelum ini bahawa doa
orang puasa tidak ditolak, begitu juga doa ketika berbuka adalah mustajab,
apatah lagi pada laylah al-qudr yang lebih baik dari 1000 bulan yang
lainnya.
Lain-lain kebaikan
Hadith sahih yang telah disebutkan
sebelum ini:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي
رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ
عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud:
Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang paling
pemurah dengan kebaikan, dan
Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril
menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan
sehingga Ramadhan berlalau, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril
`a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa hujan
rahmat).
Telah
dikatakan sebelum ini al-khair iaitu kebaikan adalah segala bentuk
kebaikan dunia dan akhirat. Termasuk dalamnya membelanjakan harta pada jalan
Allah, menyebarkan ilmu yang memberi manafa`at, mendatangkan manafa`at kepada
orang ramai, memberi pertolongan kepada
mereka yang memerlukan dan lain-lain. Jika Rasulullah s.a.w. melebih banyakkan
segala bentuk kebaikkan pada bulan Ramadhan ini maka umatnya adalah dituntut
berbuat demikian.
Menjauhi maksiat.
Sembahyang, puasa dan lain-lain ibadah
yang dilakukan adalah bertujuan untuk menjadikan pelakunya sebagai orang yang
bertakwa yang sifatnya yang terpenting antara lain ialah menjauhi maksiat.
Mengenai puasa Allah berfirman:
{ا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ
مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183) } [البقرة : 183]
Bermaksud:
Wahai mereka yang beriman difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan
ke atas mereka yang sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertakwa.
Nas di
atas menunjukkan tujuan berpuasa adalah untuk menjadi orang yang bertakwa.
Dalam
hadith pula,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ
حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
صحيح البخاري - (6 / 472)
Bermaksud:
Daripada Abu Hurayrah r.a.`. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa
yang tidak meninggalkan perkatan palsu (berdusta) dan melakukannya, maka Allah
tidak berhajat bahawa dia meninggalkan makanannya dan minumannya.
Nas di
atas menunjukkan bahawa Allah tidak menerima puasa orang yang bercakap bohong.
Dalam
hadith yang lain Rasulullah menjelaskan:
كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ
إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
مسند أ حمد - (19 / 351)
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده حسن
مسند أحمد بن حنبل - (2 / 441)
Bermaksud:
Ramai dari orang yang berpuasa, tiada dari puasanya kecuali lapar. Dan ramai
orang bangun (dari tidur untuk sembahyang), tiada baginya dari bangun
sembahyangnya kecuali (hanya) berjaga. (tidak mendapat pahala).
Dalam
riwayat yang lain:
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال
: كم من صائم ليس له من صيامه إلا الظمأ وكم من قائم ليس له من قيامه إلا السهر
قال حسين سليم أسد : إسناده حسن ولكن الحديث
صحيح
سنن الدارمي - (2 / 390)
Nas di atas sama maksud dengan nas yang
sebelumnya hanya disebut dahaga ganti dari lapar.
Dari dua nas
di atas menunjukkan ramai orang berpuasa tetapi apa yang dia dapat hanya lapar dan
dahaga sahaja, tiada pahala baginya. Begitu juga ramai orang yang sembahyang
malam apa yang dia dapat hanya berjaga malam sahaja, tiada pahala baginya. Ini
ialah kerana sembahyang dan puasa begitu juga ibadah-ibadah yang lain yang sepatutnya
menjadikan pelakunya sebagai orang yang bertakwa, yang sifatnya yang terpenting
antara lain ialah menjauhi maksiat tidak ada pada orang itu, maka sembahyang
dan puasanya tidak diterima oleh Allah. Ibadah yang dilakukan sepatutnya melindungi
pelakunya dari melakukan perkara-perkra yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya
selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا
يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
مَرَّتَيْنِ
صحيح البخاري - (6 / 457)
Bermaksud:
Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu
melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang
mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua
kali.
Nas di
atas menunjukkan bahawa puasa itu adalah sebagai perisai yang menyelamatkan
tuannya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang iaitu maksiat, apatah lagi
dosa besar.
Nas yang lain mengenai sembahyang Allah
berfirman:
{ وَأَقِمِ
الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ } [العنكبوت
: 45]
Bermaksud:
Dan hendaklah kamu mendirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu
menegah dari fahsha' dan mungkar.
Fahsha' ialah perkara-perkara yang amat
keji yang tergolong dalam dosa besar, sepeti zina. Manakala mungkar pula ialah
semua perkara yang bertentangan dengan syarak. Oleh itu sembahyang itu akan
mencegah pelakunya dari melakukan dosa apatah lagi dosa-dosa besar.
Renungilah
hadith berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا
دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي
يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا
وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا
فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ
حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ
فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
صحيح مسلم - (12 / 459)
Bermaksud:
Daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Adakah kamu
mengetahui? Apa itu muflis? Para sahabat menjawab: Orang yang muflis dari
kalangan kami ialah orang yang tiada dirham dan tiada barang, maka kata
Rasulullah: Bahawasanya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang
datang pada Hari Kiamat dengan membawa sembahyang, puasa dan zakat, dan dia
datang sesungguhnya dia telah memaki orang ini, menuduh zina orang ini, makan
harta orang ini, mengalirkan darah orang ini dan memukul orang ini, maka dia
memberi orang ini dari kebaikan-kebaikannya, dan orang ini dari kebaikannya,
maka jika habis kebaikan-kebaikannya sebelum ditunaikan apa yang ke atasnya, diambillah kejahatan
(dosa) mereka dan dicampakkan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan dalam
neraka.
Nas di
atas menerangkan bahawa orang yang benar-benar muflis dari kalangan umat
Muhammad s.a.w. pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang telah kehabisan pahala
kebaikkan, seperti pahala sembahyang, pahala puasa, pahala zakat dan lain
kerana diberikan kepada oarang-orang yang dizalimi semasa di dunia, setelah
habis pahalanya, tetapi masih banyak lagi kejahatan yang dilakukannya maka dosa
orang yang dizalimi itu dihumbankan ke atasnya, lalu orang itu dicampakkan ke
dalam neraka. Nas di atas juga adalah jelas menunjukkan tidak memadai jika
hanya melakukan kebaikan sahaja tetapi maksiat/kezaliman juga dilakukan.
Ya Allah!
Terimalah sembahyang, puasa dan segala amal kebikan kami. Ya Allah! Jadikanlah
kami dari golongan orang yang mendapat limpah kurniaan kebaikan-Mu pada bulan
yang berkat ini, seterusnya pada bulan-bulan yang lainnya. Ampunilah dosa kami.
Jadikanlah sembahyang, puasa dan ibadah-ibadah
yang lain serta amal-amal salih yang lainnya menjadikan kami sebagai orang yang
bertakwa, melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.
Amin. Ya Rabb al-`alamin!.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله
وأصحابه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.
Disediakan
oleh:
Dr. Udah
bin Mohsin
Masjid
al-Istiqamah, Sungai Merab Luar,
43000, Kajang,
Selangor, Darul Ehsan.
Rujukan:
Abu Daud, Suliman bin al-Ash’ath. T.T. Sunan Abi Daud.
Al-Maktabah al-Shamilah.
Ahmad
bin Abu Bakr bin Ismail al-Busiri. T.T. Ittihaf al-Khiyarah al-Maharah.
Al-Maktabah al-Shamilah.
Ahmad
bin Hambal. 1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, tahqiq
al-Arnawut. Muassasah al-Risalah
Al-Bukhari,
Muhammad bin Ismail. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musnad Min Hadith Rasul Allah
S.A.W. Wa Sunanih Wa Ayyamihn (Sahih
al-Bukahri). Al-Maktabah al-Shamilah
Al-Bukhari,
Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar, T.T. Sahih al-Bukhari di dalam
Fath al-Bari. Al-Qahirah:Al-Maktabah al-salfiyyah.
Al-Darimi, Abdullah bin Abd al-Rahman.
1966/1386. Sunan al-Darimi. Al-Qahirah: Sharikah al-Tiba’ah al-Fannayyah
al-Muttahidah.
Ibn
Abd al-Salam, `Iz al-Din, `Abd al-`Aziz bin `Abd al-Salam. 1996/1416. Tafrsir
al-`Izz bin `Abd al-Salam Tfsir al-Quran tahqiq Dr. Abd Allah bin Ibrahim.
Bayrut: Dar Ibn Hazm.
Ibn
Hibban, Muhammad bin Hibban. T.T. Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn
Balaban, tahqiq Shu`yab al-Arnawut. Muassasah al-Risalah.
Ibn Kathir, Ismail bin Umar. 1999/1420. Tafsir
al-Quran al-‘Azim. Al-Maktabah al-Shamilah
Ibn
Khuzaymah, Muhammad bin Ishaq bin Khuzaymah. 1970/1390. Sahih Ibn Khuzaymah,
Ahkam al-Ahadith Li al-A`zami wa al-Albani. Bayrut: al-Maktab al-Islami
Ibrahim
al-Qattan t.t. Taysir al-Tafsir. Al-Maktabah al-Shamilah.
Muslim
bin al-Hajjaj. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musamma Sahih Muslim.
Al-Maktabah al-Shmilah
Muslim bin al-Hajjaj.
1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah:
‘Isa al-Babi al-Halabi.
Muhammad bin Salaih al-`Uthaymin.
T.T. Shrh Riad al-Salihin. Al-Maktabah al-Shamilah.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin
`Isa bin Surah. T.T. Sunan al-Tirmidhi. Al-Maktabah al-Shamilah.
Malik bin Anas. 1991/1413. Muawtta’
al-Imam Malik, Dr. Taqiyyuddin al-Nadawi. Dimisq: Dar al-Qalam.
Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. T.T. Sunan al-Nasa’i Sharh
al-Suyuti. Al-Qahirah: al-Matba’ah al-Misriyyah.
Al-Nawawi,
Yahya bin Sahraf. T.T. al-Majmu’ Sharah al-Muhadhdhab. Al-Qahirah:
Matba’ah al-‘Alamiyyah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. T.T. Sharh al-Nawawi `Ala
Sahih Muslim. Al-Qahirah: al-Matba`ah al-Misriyyah Wa Maktabatuha.