PUASA BULAN REJAB

Masjid Istiqamah Sg. Merab Luar.
Oleh Dr.Udah bin Mohsin

بسم الله الرحمن الرحيم
Puasa bulan Rejab

Ramai orang yang mengatakan sunat puasa pada bulan Rejab, tetapi mungkin ada juga yang mengatakan tidak perlu puasa pada bulan Rejab ini kerana tidak terdapat nas yang sahih mengenainya. Untuk mengetahui perkara ini, penulis cuba menjelaskannya dengan membawakan dalil-dalil dari Hadith-Hadith Rasulullah s.a.w. dan pandangan-pandangan ulama mengenainya.
Hadith yang menjadi hujah mengenai puasa bulan Rejab. Antaranya ialah:

Hadith Pertama.
عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ الْأَنْصَارِيُّ، قَالَ: سَأَلْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ، عَنْ صَوْمِ رَجَبٍ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِي رَجَبٍ فَقَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: " كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ: لَا يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: لَا يَصُومُ "
صحيح مسلم (2 / 811):
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya.
Bermaksud: Daripada `Uthman bin Hakim al-Ansari katanya: Aku bertnya  Sa`id bin Jubayr mengenai puasa bulan Rejab, sedangan ketika itu kami berada ada bulan Rejab, jawab Sa`id: Aku mendengar Ibn `Abbas r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa (bulan Rejab) sehingga kami kata: Baginda tidak berbuka (terus berpusa), dan Baginda berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami kata: Baginda tidak berpuasa (terus tidak puasa).

Hadith di atas menunjukkan boleh banyak berpuasa pada bulan Rejab dan boleh tidak.
Imam al-Nawawi berkata dalam Sharh Shih Muslim dalam mensyarahkan Hadith di atas: Zahirnya maksud  Sa`id bin Jubayr berdalikan dengan nas di atas ialah tiada tegahan dan tiada galakan mengenai puas pada bulan Rejab secara khusus, bahkan hukumnya sama dengan bulan-bulan yang lain. Tidak sabit mengenai puasa bulan Rejab tegahan atau galakan yang khusus baginya, tetapi pada asalnya puasa itu adalah digalakkan. Dalam Sunan Abi Daud Rasulullah s.a.w. menggalakkan berpuasa dari bulan-bulan al-hurum sedangkan bulan Rejab adalah salah satu darinya. Wa Allah a`lam.     شرح النووي على مسلم - (8 / 39

Hadith kedua
عَنْ مُجِيبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ، عَنْ أَبِيهَا، أَوْ عَمِّهَا، أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ، وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالُهُ وَهَيْئَتُهُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَمَا تَعْرِفُنِي، قَالَ: «وَمَنْ أَنْتَ؟» قَالَ: أَنَا الْبَاهِلِيُّ، الَّذِي جِئْتُكَ عَامَ الْأَوَّلِ، قَالَ: «فَمَا غَيَّرَكَ، وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ؟» ، قَالَ: مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلَّا بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ، ثُمَّ قَالَ: «صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ، وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ» ، قَالَ: زِدْنِي فَإِنَّ بِي قُوَّةً، قَالَ: «صُمْ يَوْمَيْنِ» ، قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: «صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ» ، قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ "، وَقَالَ: بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
سنن أبي داود (2 / 323)
Imam Abu Daud tidak memberi komen mengenai Hadith ini. Hadith ini juga ada disebut oleh Imam al-Nawawi dalam Riyad al-Salihin.
رياض الصالحين ط الرسالة (1 / 358):
Bermaksud: Daripada Mujibah al-Bahiliyyah daripada bapanya daripda bapa saudarnya bahawasanya beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. kemudian beliau balik. Setelah setahun seleps itu beliau datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan kedaan dan bentuknya telah berubah, lalu dia berkata: wahai Rasulullah! Adakah engkau mengenali aku? Jawab Baginda: Siapa engkau? Dia menjawab: Aku adalah al-Bahili yang datang kepadamu setahun yang lalu. Baginda menjawab: Apakah yang yang mengubahkan bentukmu? Sedangkan engkau dahulu cantek keadaan bentukmu? Dia menjawab:  Setelah aku meninggalkan engkau (setahun yang lalu) aku tidak makan makanan kecuali pada waktu malam, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau mengazab dirimu. Kemudian Baginda bersabda: Bepuaslah bulan sabar, dan satu hari dari setiap bulan. Dia menjawab: Tambahkan bagiku kerana aku mempunyai kekuatan, jawab Baginda: Puaslah dua hari (dari setip bulan), dia menjawab: Tambahkan bagiku, Baginda menjawab: Puaslah tiga hari (dari setiap bulan). Dia menjawab: Tambahkan bagiku. Baginda menjawab: Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan, Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Baginda mengisyaratkan dengan jarinya yang tiga kemudian Baginda menggegamnya, kemudian melepaskannya.
Bulan-bulan al-hurum ialah Dhu al-Qa`dah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram dan Rejab.

Hadith ketiga.
Daripada Usamah bin Zayd r.a. katanya:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
سنن النسائي - (8 / 59
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’i dalam Sunannya.
Bermaksud: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak melihatmu bepuasa satu bulan dari beberapa bulan yang engkau berpuasa dari bulan Sha`ban (engkau berpusa dalam bulan Sha`ban lebih dari yang lain) Baginda mejawab: Itu adalah bulan yang orang ramai lalai darinya, iaiatu di antara Rejab dengan Ramadan, ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada (Allah) Pemilik sekelian alam, maka akau suka bahawa diangkatkan amalanku sedangkan ketika itu aku berpuasa.

Kata al-Hafiz Ibn Hajar  dalam
Tabyin al-`Ajab Bi Ma Warda Fi Fadl Rejab: Hadith ini menunjukkan dalam bulan Rejab menyurupai dengan Ramadan. Orang ramai beribadah (padanya) apa yang mereka lakukan dalam bulan Ramadan, tetapi mereka lalai yang sepertinya dalam bulan Sha`ban , oleh itu Baginda berpuasa pada bulan itu (sha`ban). Baginda Mengkhususkan Ramadan dan Rejab dengan berpuasa menunjukkan kelebihan bulan Rejab. Perkara ini telah diketahui dan diperakui di sisi mereka.

Galakkan berpuasa puasa pada  bulan Rejab
Fekah al-Shafi`i
Imam Ibn al-Salah berkata:
Hadith mengenai kelebihan puasa secara umum, dan Hadith mengenai puasa bulan-bulan al-hurum (Dhu al-Qa`dah, Dhu al-hijjah, al-Muharram dan Rejab).
 sudah cukup untuk meggalakkan puasa di bulan Rejab. 
     فتاوى ابن الصلاح - (1 / 180

Fekah  Maliki
Dalam Hashiyah al-`Adawi ada menyebut:
  وَ  كَذَلِكَ صَوْمُ شَهْرِ ( رَجَبٍ ) مُرَغَّبٌ فِيهِ لِمَا رَوَاهُ مُسْلِمٌ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ فَقَالَ : أَخْبَرَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا { أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ }
حاشية العدوي - (7 / 434)
Bermaksud: Seperi itu juga puasa Rejab adalah disukai kerana apayang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Sa`id bin Jubayr telah ditanya tentang puasa Rejab maka jawabnya: Ibn `Abbas r.a. menghabarkan daku bahawa Rasulullah s.a.w. Baginda berpuasa (bulan Rejab) sehingga kami kata: Baginda tidak berbuka (terus berpusa), dan Baginda berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami kata: Baginda tidak berpuasa (terus tidak puasa).

Sama seperti di atas juga terdapa dalam kitab Kifayah al-Talib.
كفاية الطالب - (2 / 531)

Ulama yang menggalakkan seseorang berpuasa keseluruhan bulan Rejab jika tidak meyusahkannya.

Fekah al-Shafi`i.
Menurut Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ketika membincangkan Hadith:
عن الْبَاهِلِيِّ أَتَيْت رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم فَقُلْت يا رَسُولَ اللَّهِ أنا الرَّجُلُ الذي أَتَيْتُك عَامَ الْأَوَّلِ قال فما لي أَرَى جِسْمَك نَاحِلًا قال يا رَسُولَ اللَّهِ ما أَكَلْت طَعَامًا بِالنَّهَارِ ما أَكَلْته إلَّا بِاللَّيْلِ قال من أَمَرَك أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَك قُلْت يا رَسُولَ اللَّهِ إنِّي أَقْوَى قال صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ وَصُمْ الْأَشْهُرَ الْحُرُمَ وفي رِوَايَةٍ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَيَوْمًا من كل شَهْرٍ قال زِدْنِي فإن لي قُوَّةً قال صُمْ يَوْمَيْنِ قال زِدْنِي فإن لي قُوَّةً قال صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ وَصُمْ من الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ من الحزم  ( الحرم ) وَاتْرُكْ وقال بِأُصْبُعِهِ الثَّلَاثِ يَضُمُّهَا ثُمَّ يُرْسِلُهَا
Bermaksud: Daripada al-Bahiliyyah: Aku datang menemui Rasulullah s.a.w. maka aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku adalah lelaki yang datang kepadamu pada tahun lepas, Rasullah pun bertanya Kenapa aku melihat badanmu kurus? Beliau menjawab: Wahai Rasullah! Aku tidak makan pada siang hari, aku tidak makan makanan kecuali pada waktu malam, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Siapa yang menyuruh engkau menyeksa dirimu? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Aku mempunyai kekuataan. Bagind bersabda: Bepuaslah bulan sabar, dan  tiga hari selepasnya dan puasalah bulan-bulan al-hurum. Dalam satu riywat: Bepuaslah bulan sabar dan satu hari dari setiap bulan. Dia menjawab: Tambahkan bagiku keraana aku mempunyai kekuataan, Baginda menjawa puasalah dua hari. al-Bahili menjawa: Tambahlah bagiku kerana aku mempunyai kekuataan. Baginda menjawab: Puasalah tiga hari selepasnya, dan puasalah  dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan, Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Baginda mengisyaratkan dengan jari-jarinya yang tiga kemudian Baginda menggegamnya, kemudian melepaskannya.
beliau berkata:

قال الْعُلَمَاءُ وَإِنَّمَا أَمَرَهُ بِالتَّرْكِ لِأَنَّهُ كان يَشُقُّ عليه إكْثَارُ الصَّوْمِ كما ذَكَره في أَوَّلِ الحديث فَأَمَّا من لَا يَشُقّ عليه فَصَوْمُ جَمِيعِهَا فَضِيلَةٌ
الفتاوى الفقهية الكبرى - (2 / 54)

Bermaksud: Para ulama berkata: Bahawasanya Baginda menyuruh orang itu meninggalkan (puasa pada bulan-bulan al-hurum) kerana ia menyusahkannya sebagaimana yang disebutkannya pada awal Hadith. Adapun orang yang tidak susah baginya maka puasa keseluruhan bulan-bulan itu adalah satu kelebihan.
Imam al-Nawawi dalam al-Majmu` menyebut:

قال اصحابنا ومن الصوم المستحب صوم الاشهر الحرم وهي ذوالقعدة وذو الحجة والمحرم ورجب
المجموع شرح المهذب - (6 / 386)
Bermaksud: Sahabat-sahabat kami berkata: Setengah dari puasa yang digalakkan (al-mustahabb) ialah puasa bulan-bulan al-hurum iaitu Dhu al-Qa`dah, Dhu al-hijjah, al-Muharram dan Rejab.

Hadith mengenai puasa bulan-bulan al-hurum ialah:
حديث مجيبة الباهلية عن ابيها أو عمها " انه اتى رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم انطلق فأتاه بعد سنة وقد تغيرت حالته وهيئة فقال يارسول الله اما تعرفني قال ومن انت قال انا الباهلي الذى جئتك عام الاول قال فما غيرك وقد كنت حسن الهيئة قال ما اكلت طعاما منذ فارقتك إلا بليل فقال رسول الله صلي الله عليه وسلم ولم عذبت نفسك ثم قال صم شهر الصبر ويوما من كل شهر قال زدنى فان بى قوة قال صم يومين قال زدني قال صم ثلاثة ايام قال زدني قال صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك وقال باصابعه الثلاث ثم ارسلها " رواه أبو داود وغيره
المجموع شرح المهذب - (6 / 386)
Bermaksud: Daripada Mujibah al-Bahiliyyah daripada bapanya daripda bapa saudarnya bahawasanya beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. kemudian beliau balik. Setelah setahun seleps itu beliau datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan kedaan dan bentuknya telah berubah, lalu dia berkata: wahai Rasulullah! Adakah engkau mengenali aku? Jawab Baginda: Siapa engkau? Dia menjawab: Aku adalah al-Bahili yang datang kepadamu setahun yang lalu. Baginda menjawab: Apakah yang yang mengubahkan bentukmu? Sedangkan engkau dahulu cantek keadaan bentukmu? Dia menjawab:  Setelah aku meninggalkan engkau (setahun yang lalu) aku tidak makan makanan kecuali pada waktu malam, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau mengazab dirimu. Kemudian Baginda bersabda: Bepuaslah bulan sabar, dan satu hari dari setiap bulan. Dia menjawab: Tambahkan bagiku kerana aku mempunyai kekuatan, jawab Baginda: Puaslah dua hari (dari setip bulan), dia menjawab: Tambahkan bagiku, Baginda menjawab: Puaslah tiga hari (dari setiap bulan). Dia menjawab: Tambahkan bagiku. Baginda menjawab: Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan, Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Baginda mengisyaratkan dengan jarinya yang tiga kemudian Baginda menggegamnya, kemudian melepaskannya.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya.
Ketika menjelaskan potongan Hadith di atas iaitu:

صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك وقال باصابعه الثلاث ثم ارسلها
Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan, Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Baginda mengisyaratkan dengan jari-jarinya yang tiga kemudian Baginda melepaskannya.

Imam al-Nawawi  menerangkan Hadith di atas dalam kitabnya al-Majmu`: Rasulullah s.a.w. menyuruhnya ( al-Bahili iaitu seorang Sahabt) )berpuasa bulan-bulan al-hurum dan meninggalkannya. Rasulullah menyuruhnya meninggalkan kerana susah baginya membanyakkan berpuasa, oleh itu bagi orang yang tidak susah baginya membanyakkan berpuasa, maka puasa seluruh bulan-bulan itu adalah satu kelebihan.

Termasuk dalam bulan-bulan al-hurum adalah bulan Rejab. Dengan ini menurut Imam al-Nawawi puasa keseluruhan bulan Rejab bagi orang yang mampu adalah merupakan satu kelebihan, iaitu kebaikan.

Ulama yang mengalakkan puasa bulan Rejab tetapi tetapi tidak keseluruhan bulan, dia hendaklah berbuka walaupun satu hari kecuali jika dia puasa sepanjang tahun

Fakeh Hanbali
Dalam kitab al-Mughni ada menyebut:
Fasl. Makruh (yukrah) hanya berpuasa pada bulan Rejab sahaja. Kata Imam Ahmd: Jika seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab dia hendaklah berbuka (tidak berpuasa) satu hari atau beberapa hari sekira-kira dia tidak berpuasa keseluruhannya. Ini ialah kerana apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Kharasah bin al-Hurr katanya: Aku melihat Umar memukul tangan mereka yang berpuasa Rejab sehingga mereka meletakkan tangan mereka. Umar berkata: Makanlah kamu, kerana bahawasanya ia adalah bulan yang diagongkan oleh orang-orang jahiliyyah.
Dan dengan sanadnya daripada Ibn Umar, bahawasanya dia apabila melihat orang ramai dan apa yang mereka sediakan untuk bulan Rejab dia membencinya dan berkata: Puasalah dari bulan Rejab dan berbukalah (tidak berpuasa). Dan daripada Ibn `Abbas seperi itu juga.

Imam Ahmad berkata: Sesiapa yang berpuasa sepanjang tahun maka berpuasalah pada bulan Rejab, jika tidak maka janganlah dia berpuasa pada bulan Rejab secara berterusan, dia berbuka padanya, dan jangan menyurupakannya  dengan bulan Ramadhan.
المغني - (6 / 181)
Dalam kitab al-Iqna` Fi Fiqh al-Imam Ahmad ada menyebut:  Makruh (yukrah) hanya berpuasa pada bulan Rejab sahaja,  dan hilang makruh itu dengan berbuka pada bulan itu walau satu hari, atau dia berpuasa sebulan pada bulan yang lain dari tahun itu.
الإقناع في فقه الإمام أحمد بن حنبل (1 / 319):
Pendapat Imam al-Shafi`i
Zahirnya Imam al-Shafi tidak meggalakn seseorang itu berpusa keseluruhan bulan kecuali bulan Ramadan atau ada kalannya Sha`ban. Dalam Ma`rifah al-Sunan Wa al-Athar ada menyebut:

مَنْ كَرِهَ أَنْ يَتَّخِذَ الرَّجُلُ صَوْمَ شَهْرٍ، يُكْمِلُهُ مِنْ بَيْنِ الشُّهُورِ، كَمَا يُكْمِلُ رَمَضَانَ أَوْ يَوْمًا مِنَ الْأَيَّامِ
معرفة السنن والآثار (6 / 368):
Bermaksud: Ulama yang membenci (kariha) seseorang itu berpuasa sebulan penuh di antara beberapa bulan sebagaiman dia puasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan …
كَرِهَهُ الشَّافِعِيُّ فِي الْقَدِيمِ، وَاحْتَجَّ بِحَدِيثِ مَالِكٍ، وَهُوَ فِيمَا أَخْبَرَنَا أَبُو إِسْحَاقَ الْفَقِيهُ، أَخْبَرَنَا أَبُو النَّضْرِ، أَخْبَرَنَا أَبُو جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا الْمُزَنِيُّ، حَدَّثَنَا الشَّافِعِيُّ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ أَبِي النَّضْرِ، مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهَا قَالَتْ: " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ: لَا يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: لَا يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ ". أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ، وَمُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ، مِنْ حَدِيثِ مَالِكٍ
معرفة السنن والآثار (6 / 368):
Imam al-Shafi`i dalam mazhab al-qadim membencinya (karihahu) dan beliau berhujah dengan Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik dengan sanadanya daripada `Aishah isteri Nabi s.a.w. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami berkta: Baginda tidak berbuka, dan Baginda berbuka sehingga kami kata: Baginda tidak berpuasa. Aku tidak melihat selama-lama, Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa sebulan kecualai bulan Ramadan. Dan aku tidak melihat Baginda lebih banyak berpuasa dari bulan Sha`ban. Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Mslim dalam sahih mereka dari Hadith riwayat Imam Malik.

وَأَخْبَرَنَا أَبُو إِسْحَاقَ قَالَ: أَخْبَرَنَا النَّضْرُ قَالَ: أَخْبَرَنَا أَبُو جَعْفَرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا الْمُزَنِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا الشَّافِعِيُّ قَالَ: أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي لَبِيدٍ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ، يَقُولُ: دَخَلْتُ عَلَى عَائِشَةَ، فَقُلْتُ: أَيْ أُمَّهْ أَخْبِرِينِي عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَتْ: " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ: قَدْ صَامَ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: قَدْ أَفْطَرَ، وَمَا رَأَيْتُهُ صَامَ فِي شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ فِي شَهْرِ شَعْبَانَ، كَانَ يَصُومُهُ كُلَّهُ، بَلْ كَانَ يَصُومُهُ إِلَّا قَلِيلًا ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ، عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ، عَنْ سُفْيَانَ.
9029 - قَالَ الشَّافِعِيُّ: وَإِنَّمَا كَرِهْتُهُ، لِأَنْ يَأْتِيَ جَاهِلٌ فَيَظُنُّ أَنَّ ذَلِكَ وَإِنْ فَعَلَ فَحَسَنٌ
Bermaksud: … Daripada `Aishah ktanya: Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami kata: Sesungguhnya Baginda berpuasa. Dan Baginda berbuka sehingga kami kata: Baginda telah berbuka. Aku tidak melihat selama-lamanya Baginda berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari puasanya pada bulan Sha`ban. Baginda berpuasa pada bulan itu keseluruhannya, bahkan baginda berpuasa pada bulan itu kecuali sedikit.

Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya. Daripada Abu Bakr bin Shaybah daripada Sufyan, Imam al-Shafi`i berkata: Bahawasanya aku membencinya (puasa sebelun penuh) kerana seseorang yang jahil datang lalu dia menyengka bahawasanya (puasa sebelun penuh) jika dia lakukan maka itu adalah baik.

معرفة السنن والآثار (6 / 369):
Dari kenyataan Imam al-Shafi`i di atas yang dinukil oleh Imam al-Bayhaqi menunjukkan Imam al-shafi tidak suka seseorang itu berpuasa penuh sebulan kecuali bulan Ramadhan dan ada kalanya bulan Sha`ban sebagaimana disebut dalam Hadith di atas. Selain dari dua bulan itu hendaklah tidak dicukupkan sebulan.

Pendapat al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani
Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani berkata dalam tulisannya, Tabyin al-`Ajab Bi Ma Warda Fi Fadl Rejab  تبيين العجب بما ورد في فضل رجب    :
لم يرد في فضله، ولا في صيامه، ولا في صيام شيء منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة، وقد سبقني إلى الجزم بذلك الإمام الهروي الحافظ.
Bermaksud: Tidak terdapat Hadith yang sahih yang khusus yang  boleh menjadi hujah mengenai kelebihan bulan Rejab, tidak juga mengenai puasanya, tidak juga mengenai puasa yang tertentu darinya, tidak juga mengenai sembahyang malam yang khusus padanya. Katanya lagi: Telah mendahului aku  dengan yakin mengenai perkara itu oleh al-Hafiz al-Imam al-Hurawi.  

Yang dinafikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar ialah terdapat Hadith sahih yang khusus mengenai kelebihan bulan Rejab, puasa pada bulan itu juga sembahyang malam pada bulan tersebut. Ini bukan bererti menafikan kelebihan puasa pada bulan Rejab yang sabit melalui Hadith yang umum seperti suruhan puasa pada bulan-bulan al-hurum dan Rasulullah s.a.w. ada berpuasa pada setiap bulan, galakkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain.

Katanya lagi: Telah masyhur bahawa ahli ilmu bersikap tolak ansur mengenai mendatangkan Hadith-Hadith dalam kelebihan beramal sekali pun terdapat padanya Hadith yang da`if, selama tidak palsu. Sayugia di samping yang demikin itu  disyaratkan bahawa orang yang melakukan itu beri`tiqad bahawa Hadith itu adalah da`if. Dia tidaklah memasyhurkan perkara itu, supaya seseorang itu tidak beramal
dengan sesuatu Hadith (yang da`if) lalu Hadith itu menjadi syariah sedangkan ia bukan syariah. Atau orang jahil melihatnya lalu dia menganggap itu sebagi Sunnah yang sahih. Maksud yang seperti itu telah dijelaskan oleh al-Ustaz Abu Muhammad Ibn Abd al-Salam dan lainnya. Seseorang itu hendaklah berjaga-jaga dari dia termasuk dalam Sabda Rasulullah s.a.w.:
من حدث عني بحديث يرى أنه كذب فهو أحد الكذابين
Yang bermaksud: Sesiapa yang menyampaikan Hadith dariku sesuatu Hadith dia mengetahui Hadith itu palsu maka dia adalah salah seorang dari para pendusta. 
Bagaimana dengan orang yang beramal dengannya, tiada perbezaan tentang beramal dengan Hadith mengenai hukum hakam atau pada fadail al-`amal kerana semua itu adalah merupakan syariat.

Katanya lagi: Sebaik-baik apa yang warid mengenai yang demikian itu (puasa Rejab) ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i: daripada Usamah bin Zayd r.a. katanya:

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
سنن النسائي - (8 / 59)
Bermaksud: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak melihatmu bepuasa satu bulan dari beberapa bulan yang engkau berpuasa dari bulan Sha`ban (engkau berpusa dalam bulan Sha`ban lebih dari yang lain) Baginda mejawab: Itu adalah bulan yang orang ramai lalai darinya, iaiatu di antara Rejab dengan Ramadan, ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada (Allah) Pemilik sekelian alam, maka akau suka bahawa diangkatkan amalanku sedangkan ketika itu aku berpuasa.

Kata al-Hafiz Ibn Hajar lagi: Hadith ini menunjukkan dalam bulan Rejab menyurupai dengan Ramadhan. Orang ramai beribadah (padanya) apa yang mereka lakukan dalam bulan Ramadhan, tetapi mereka lalai yang sepertinya dalam bulan Sha`ban , oleh itu Baginda berpuasa pada bulan itu (sha`ban). Baginda Mengkhususkan Ramadhan dan Rejab dengan berpuasa menunjukkan kelebihan bulan Rejab. Perkara ini telah diketahui dan diperakui di sisi mereka.

Di antaranya (mengenai puasa bulan Rejab) juga ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya:
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ أَبِي السَّلِيلِ عَنْ مُجِيبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ عَنْ أَبِيهَا أَوْ عَمِّهَا
أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالُهُ وَهَيْئَتُهُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمَا تَعْرِفُنِي قَالَ وَمَنْ أَنْتَ قَالَ أَنَا الْبَاهِلِيُّ الَّذِي جِئْتُكَ عَامَ الْأَوَّلِ قَالَ فَمَا غَيَّرَكَ وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ قَالَ مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلَّا بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ ثُمَّ قَالَ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ قَالَ زِدْنِي فَإِنَّ بِي قُوَّةً قَالَ صُمْ يَوْمَيْنِ قَالَ زِدْنِي قَالَ صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ قَالَ زِدْنِي قَالَ صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
سنن أبى داود - (6 / 403)
Bermaksud: Daripada Mujibah al-Bahiliyyah daripada bapanya daripda bapa saudarnya bahawasanya beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. kemudian beliau balik. Setelah setahun seleps itu beliau datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan kedaan dan bentuknya telah berubah, lalu dia berkata: wahai Rasulullah! Adakah engkau mengenali aku? Jawab Baginda: Siapa engkau? Dia menjawab: Aku adalah al-Bahili yang datang kepadamu setahun yang lalu. Baginda menjawab: Apakah yang yang mengubahkan bentukmu? Sedangkan engkau dahulu cantek keadaan bentukmu? Dia menjawab:  Setelah aku meninggalkan engkau (setahun yang lalu) aku tidak makan makanan kecuali pada waktu malam, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau mengazab dirimu. Kemudian Baginda bersabda: Bepuaslah bulan sabar, dan satu hari dari setiap bulan. Dia menjawab: Tambahkan bagiku kerana aku mempunyai kekuatan, jawab Baginda: Puaslah dua hari (dari setip bulan), dia menjawab: Tambahkan bagiku, Baginda menjawab: Puaslah tiga hari (dari setiap bulan). Dia menjawab: Tambahkan bagiku. Baginda menjawab: Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan, Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Baginda mengisyaratkan dengan jarinya yang tiga kemudian Baginda menggegamnya, kemudian melepaskannya.
.

Nas di atas sekalipun dalam sanadnya terdapat orang yang tidak diketahui, namun ia menunjukkan kebaikan puasa sebahagian dari bulan Rejab kerana ia adalah sebahagian dari bulan-bulan al-hurum. (Rejab, Dhu al-Qa`dah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram).
Selepas itu Ibn Hajar membawakan beberapa hadith da`if dan palsu mengenai kelebihan Bulan Rejab, kelebihan puasa padanya dan puasa sebahagian darinya.
تبيين العجب بما ورد في فضل رجب    

Dinukil dari al-Mawshu`ah al-Shamilah
Pandangan Ibn al-Qayyim.
Ibn al-Qayyim berkata dalam Zad al-Ma`ad:
 [فَصْلٌ فِي هَدْيِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صِيَامِ التَّطَوُّعِ]
( «كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى يُقَالَ: لَا يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى يُقَالَ: لَا يَصُومُ، وَمَا اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ غَيْرَ رَمَضَانَ، وَمَا كَانَ يَصُومُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِمَّا يَصُومُ فِي شَعْبَانَ» ) .
وَلَمْ يَكُنْ يَخْرُجُ عَنْهُ شَهْرٌ حَتَّى يَصُومَ مِنْهُ.
وَلَمْ يَصُمِ الثَّلَاثَةَ الْأَشْهُرَ سَرْدًا كَمَا يَفْعَلُهُ بَعْضُ النَّاسِ، وَلَا صَامَ رَجَبًا قَطُّ، وَلَا اسْتَحَبَّ صِيَامَهُ، بَلْ رُوِيَ عَنْهُ النَّهْيُ عَنْ صِيَامِهِ، ذَكَرَهُ ابْنُ مَاجَهْ.
وَكَانَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ.
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: ( «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ الْبِيضِ فِي سَفَرٍ وَلَا حَضَرٍ» ) ذَكَرَهُ النَّسَائِيُّ. (وَكَانَ يَحُضُّ عَلَى صِيَامِهَا) .
وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: ( «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ غُرَّةِ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ» ) ذَكَرَهُ أبو داود وَالنَّسَائِيُّ
وَقَالَتْ عائشة: ( «لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ الشَّهْرِ صَامَهَا» ) ذَكَرَهُ مسلم، وَلَا تَنَاقُضَ بَيْنَ هَذِهِ الْآثَارِ.
زاد المعاد في هدي خير العباد (2 / 61-62):
Bermaksud: Fasal pada menyatakan pertunjuk Rasulullah s.a.w. mengenai puasa suka rela (sunat). Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga dikatakan: Baginda tidak berbuka (terus berouasa), dan Baginda berbuka (tidak puasa) sehingga dikatakan: Baginda tidak berpuasa . Baginda tidak menyempurnakan puasa sebulan selain dari bulan Ramadan. Dan Baginda tidak beruasa pada satu bulan yang lebih banyak dari puasa pada bulan Sha`ban. Dan tidak berlalu darinya satu bulan sehingga Baginda berpuasa darinya. Baginda tidak berpuasa tiga bulan berturut-turut sebagaimana yang dilakukan oleh setengah orang. Baginda tidak berpuasa Rejab selama-lamanya, dan Baginda tidak menyukai puasanya, bahkan diriwayatkan dari Baginda menegah dari puasanya.Ini telah Disebut oleh Ibn Majah.

Adalah Baginda amat menjaga puasa hari Isnin dan Khamis. Ibn `Abbs berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. tidak berberbuka (berpuasa) pada hari-hari putih (bulah terang, 13,14 dan lima belas) samaada ketika musafir atau tidak musafir. Ini disebut oleh Imam al-Nasa’i. Adalah Baginda menggalakkan puasanya. Ibn Mas`ud r.a. berkata: adalah rasulullah s.a.w. berpuasa pada awal setiap bulan selama tiga hari. Ini disebut oleh Imam Abu Daud dean Imam al-Nasa’i. `Aishah berkata: Bginda tidak kira dari apa bulan sekalipun, Baginda berpuasa padanya. Ini disebut oleh Imam Muslim. Dan tiada pertentangan di antara Athar-Athar ini.
زاد المعاد في هدي خير العباد (2 / 61-62):
Komen penulis
Maksud perkataan Ibn al-Qayyim: Baginda tidak berpuasa Rejab selama-lamanya, dan Baginda tidak menyukai puasanya, bahkan diriwayatkan dari Baginda menegah dari puasanya. Ini telah Disebut oleh Ibn Majah ialah: Baginda  tidak berpuasa khas bagi bulan Rejab.  Jika ada orang mentafsirkan perkataan beliau di atas: Yang dimaksudkan dengannya ialah Nabi tidak puasa langsong dalam bulan Rejab maka ini  adalah salah.
Kerana: bertentangan dengan perkataan Ibn al-Qayyim sendiri iaitu:

ولم يكن يخرُج عنه شهر حتى يَصُومَ مِنه.
Dan juga bertentangan  dengan Hadith-Hadith yang dibawakan oleh Ibn al-Qayyaim sendiri. Dan bertentangan dengan perkataan Ibn al-Qayyaim yang menyebut: Dan tiada pertentangan di antara Athar-Athar ini.

Juga bertentangan dengan Hadith berikut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا كُلَّهُ قَالَتْ مَا عَلِمْتُهُ صَامَ شَهْرًا كُلَّهُ إِلَّا رَمَضَانَ وَلَا أَفْطَرَهُ كُلَّهُ حَتَّى يَصُومَ مِنْهُ حَتَّى مَضَى لِسَبِيلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ َ
صحيح مسلم - (6 / 31)
Perketaan وَلَا أَفْطَرَهُ كُلَّهُ حَتَّى يَصُومَ مِنْهُ  menunjukkan Rasulullah s.a.w. puasa pada setiap bulan, dengan sendirinya termasuk bulan Rejab. Juga bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang telah disebutkan sebelum ini, iaitu Hadith:

صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
سنن أبى داود - (6 / 403
Hadith ini juga disebut oleh Imam al-Nawawi dalam Riad al-Salihihin, dimana Imam al Nawawi mensyaratkan hadith  yang disebutkan dalam kitabnya ini sekukurang-kurangnya adalah hasan.

Adapun mengenai perkataan Ibn al-Qayyim:
بل رُوى عنه النهى عن صيامه، ذكره ابن ماجه
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah adalah amat da`if. Hadith ialah:
، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، «نَهَى عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ»
[تعليق محمد فؤاد عبد الباقي]
في إسناده داود بن عطاء وهو ضعيف متفق على ضعفه.
[حكم الألباني]
ضعيف جدا
سنن ابن ماجه (1 / 554):
Hadith di atas menurut al-Albani adalah amat da`if.
Dalil orang yang melarang puasa bulan Rejab
عن خرشة بن الحر قال : رأيت عمر بن الخطاب يضرب أكف الرجال فى صوم رجب حتى يضعوها فى الطعام فيقول رجب وما رجب إنما رجب شهر كانت تعظمه الجاهلية فلما جاء الإسلام ترك (ابن أبى شيبة ، والطبرانى فى الأوسط) [كنز العمال 24580]
أخرجه ابن أبى شيبة (2/345 ، رقم 9758) ، والطبرانى فى الأوسط (7/327 ، رقم 7636) . قال الهيثمى (3/191) : رواه الطبرانى فى الأوسط وفيه الحسن بن جبلة ولم أجد من ذكره وبقية رجاله ثقات
. جامع الأحاديث – (27 / 276)
 Bermaksud: Daripada Khurasah bin al-Hurr katanya, aku melihat Umar bin al-Khattab r.a.memukul pergelagan tangan lelaki mengenai puasa bulan Rejab sehingga mereka meletakkannya pada makanan. Umar r.a. berkata: Rejab, apa itu Rejab. Bahawasanya Rejab itu adalah bulan yang diagongkannya oleh orang jahiliyyah. Setelah Islam datang ia meninggalkannya.

Hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Abi Shaybah dan al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Awsat. Menurut al-Haythami: Dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama al-Hasan bin Jibillah. Katanya lagi: Aku tidak mendapati orang (ulama) yang menyebutnya (sama ada dia tihqah atau tidak). Perawi-perawi yang lain ada thiqah.

Menjawab kepada orang yang melarang puasa pada bulan Rejab.
Imam Ibn Hajar al-Haytami menyebut dalam al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubra: Para ulama yang memparkatakan mengenai syariat, mereka tidak menyebut bulan Rejab itu ditegah (yukrah) puasa padanya, bahkan pusa padanya adalah qurbah kepada Allah s.w.t. kerana terdapat dalam Hadith-Hadith sahih yang mengalakkan puasa. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Allah berfirman (dalam Hadith Qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah untuknya Kecuali puasa… dan sabda Rsulullah s.a.w. yang bermaksud: Bau busuk mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi (minyak wangi yang paling harum), dan sabda Baginda yang bermaksud: Se afdal-afdal puasa ialah puasa saudaraku Daud a.s. Nabi Daud berpuasa satu hari dan berbuka satu hari, dan Nabi Daud berpuasa tanpa dikaitkan dengan bulan selain bulan Rejab (bulan Rejab pun puasa juga)

Sesiapa yang mengagongkan bulan Rejab dengan cara bukan seperti yang dilakukan oleh orang jahiliyyah maka dia tidak mengikut mereka. Tidaklah semua perkara yang orang jahiliyyah  lakukan ditegah dari melakukannya, kecuali jika syarak melarangnya atau terdapat keadah syarak meninggalkannya. Kebenaran itu tidak boleh ditinggalakan dengan sebab ahli batil melakukannya.  Orang yang menegah puasa bulan Rejab ternyata amat jahil, tidak boleh bagi seseorang Muslim mengikutnya pada agama, kerana tidak boleh bertaklid kecuali kepada orang yang masyhur mengetahui hukum-hukum Allah s.w.t. dan tempat-tempat pengambilannya. Orang yang menambah yang demikian itu jauh dari mengetahui agama Allah s.a.t. Orang itu tidak boleh diikut, dan sesiapa yang mengikutnya dia teripu pada agamanya.        
الفتاوى الفقهية الكبرى - 2 /   54 53)

Kesimpulan

Pertama.
Tidak sabit Hadith yang sahih yang khusus mengenai kelebihan puasa pada bulan Rejab sahaja. Apa yang sabit sekalipun menurut setengah ulama ialah suruhan puasa bulan-bulan al-hurum yang termasuk padanya bulan Rejab. Selain dari itu galakkan berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa pada hari-hari ketika bulan cerah, 13,14 dan 15. Atau yang lainnya.

Kedua
Setengah ulama seperti Imam al-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Haytami mengatakan puasa keseluruhan bulan Rejab bagi orang yang tiada kesusahan baginya adalah satu kelebihan (kebaikan).

Ketiga
Setengah ulama seperti Imam Ahmad menghukumkan makruh (yukrah) berpuasa keseluruhan bulan Rejab, tetapi orang itu hendaklah berhenti berpuasa pada bulan itu walau satu hari, kecuali jika dia berpuasa sepanjang tahun.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين