PUASA BULAN MUHARAM


صوم شهر المحرم

Dr. Udah bin Mohsin

بسم الله الرحمن الرحيم

Puasa bulan Muharram
صوم شهر المحرم

Mengenai bulan Muharram, Allah berfirman:

: " إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ " [ التوبة : 36 ] . 
Bermaksud: Bahawasanya bilangan bagi bulan-bulan itu di sisi Allah adalah sebanyak 12 bulan, dalam kitab Allah ketika Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ialah empat bulan haram.

Hadith pula menerangkan nama-nama empat bulan haram tersebut: Daripada Abu Bakrah, bahawa Nabi s.a.w. telah berkhutbah pada haji wada` , sabdanya:
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ "
صحيح البخاري (4 / 107):
Bermaksud: Masa itu berpusing  seperti keadaannya, pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Setahun itu ada sebanyak 12 bulan, di antaranya empat bulan haram, tiga bulan berturut-turut, iaitu Dhul-Qa’dah, Dhul-Hijjah dan Muharram, dan satu lagi  Rajab  yang di antara dua Jumadil awal dan akhir dengan Sha`ban.

Kelebihan puasa  bulan Muharram
Dalam Hadith ada menyebut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
صحيح مسلم - (6 / 63)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Seafdal-afdal puasa setelah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Allah al-Muharram, dan seafdal-afdal sembahyang setelah sembahyang fardhu ialah sembahyang malam.

Sama maksud dengan Hadith di atas ialah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ؟ قَالَ: «شَهْرُ اللَّهِ الَّذِي تَدْعُونَهُ الْمُحَرَّمَ»
سنن ابن ماجه (1 / 554)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. maka katanya: Apakah puasa yang paling afdal setelah bulan Ramadan? Baginda menjawab: Bulan Allah yang kamu memanggilnya Muharram.
Hadith-Hadith di atas menunjukkan bahawa puasa yang paling afdal setelah bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram.

Dalam Hadith lain:
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ سَعْدٍ، قَالَ: أَتَى عَلِيًّا رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَخْبِرْنِي بِشَهْرٍ أَصُومُهُ بَعْدَ رَمَضَانَ، قَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ شَيْءٍ مَا سَمِعْتُ أَحَدًا يَسْأَلُ عَنْهُ بَعْدَ رَجُلٍ سَمِعْتُهُ يَسْأَلُ عَنْهُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: " إِنْ كُنْتَ صَائِمًا شَهْرًا بَعْدَ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ، فَإِنَّهُ شَهْرُ اللهِ، وَفِيهِ يَوْمٌ تَابَ اللهُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ، وَيُتَابُ عَلَى آخَرِينَ:
" شعب الإيمان (5 / 321
Bermaksud: Daripada al-Nu`man bin Sa`d katanya: Seorang lelaki datang kepada Ali r.a. lalu berkata: Wahai amir al-Mu`minin! Beritahu kepadaku mengenai bulan yang aku berpuasa padanya setelah bulan Ramadan? Beliau menjawab: Engkau telah bertanya sesuatu yang aku tidak mendengar seseorang bertanya mengenainya setelah seorang yang aku mendengar dia bertanya mengenainya kepada Rasulullah s.a.w. maka Baginda menjawab: Jika engkau berpuasa sebulan setelah berpuasa bulan Ramadan maka berpuasalah bulan Muharram kerana ia adalah bulan Allah. Pada hari itu Allah memberi keampunan ke atas satu kaum dan diberi keampunan kepada kaum yang lain.

Al-Hafiz Ibn Rajab berkata dalam Lataif al-Ma`arf: Nabi s.a.w. telah menamakan bulan Muharram dengan bulan Allah. Disandarkan bulan itu kepada Allah s.w.t. menunjukkan kepada kemuliaan dan kelebihannya, kerana Allah tidak menyandarkan kepada-Nya kecuali kepada makhluk-Nya yang khusus, sebagaimana Allah menisbahkan Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Ishaq, Nabi Ya`qub s.a.w., sebagai hamba-Nya, dan Allah menisbahkan kepada-Nya rumah-Nya (bayt Allah) dan unta-Nya (naqah Allah).

Apabila bulan ini dikhususkan dengan disandarkan kepada Allah maka puasa adalah di antara amalan-amalan yang disandarkan kepada Allah.
(Lataif al-Ma`arif Li ibn Rajab 1: 136). Yang menunjukkan kepada ketinggian puasa pada bulan Muharram.

Zahir nas Hadith di atas menunjukkan kelebihan yang besar bagi puasa pada bulan Muharram kerana Rasulullah s.a.w. menjelaskan seafdal-afdal puasa setelah puasa pada bulan Ramada ialah puasa pada bulan Muharam. Keafdalan itu tercapai samada seseorang itu puasa sedikit
dalam bulan itu atau banyak. Semakin banyak adalah semakin baik. Sekiranya seseorang itu mampu untuk berpuasa keseluruhan bulan itu maka itu adalah baik.

Ibn Rajab berkata: Hadith ini jelas menunjukkan bahawa seafdal-afdal puasa sunat setelah puasa bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Allah, Muharram. Katanya lagi: Mungkin juga maksudnya seafdal-afdal bulan untuk berpuasa sebulan penuh setelah bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram
. (Lataif al-Ma`arif , 33)

Setelah diperkatakan di atas tadi bahawa puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa bulan Muharram maka mengenai Rasulullah s.a.w. membanyakkan puasa pada bulan Sa`ban bukan bulan Muharram? Jawabnya menurut Imam al-Nawawi ialah: Rasulullah s.a.w. tidak mengetahui kelebihan puasa bulan Muharram kecuali pada akhir hayatnya sebelum Baginda dapat melakukannya, atau terdapat keuzuran yang menghalang Baginda membanyakkan puasa pada bulan Muharram seperti musafir, sakit atau lainnya. (al-Majmu` Sharh al-Mudhadhab, 6: 387).

Puasa sembilan dan sepuluh Muharram.
Mengenai puasa sembilan Muharram dalam Hadith ada menyebut:
سَمِعْتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ» قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صحيح مسلم (2 / 797):
Bermaksud: Aku mendenger `Abdullah bin `Abbas r.a. berkata ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari `ashura dan Baginda menyuruh supaya berpuasa pada hari itu maka para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Itu adalah hari yang diagongkan oleh orang Yahudi dan Nasrani, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Insha’Allah pada tahun akan datang kita puasa hari yang ke sembilan. Ibn `Abbas berkata: Belum pun sampai tahun akan datang Rasulullah s.a.w. telah wafat.

Dalam Hadith lain:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ، لَأَصُومَنَّ الْيَوْمَ التَّاسِعَ»
 قَالَ أَبُو عَلِيٍّ: رَوَاهُ أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ عَنِ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ، زَادَ فِيهِ: مَخَافَةَ أَنْ يَفُوتَهُ عَاشُورَاءُ
سنن ابن ماجه (1 /552):
Bermaksud: Daripada Abn `Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika aku berada sampai tahun akan datang nescaya aku puasa pada hari yang ke sembilan.
Abu `Ali berkata: Hadith di atas diriwayatkan oleh Ahmad bin Yunus daripada Ibn Abi Dhib. Beliau menambah: Kerana Baginda takut kalau terlepas darinya puasa `ashura.

Dalam Hadith yang lain:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَوْمِ عَاشُورَاءَ يَوْمُ عَاشِرٍ» : «حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ حَسَنٌ صَحِيحٌ»
سنن الترمذي ت شاكر (3 / 119):
Bermaksud: Daripada Ibn Abbas katanya: Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya berpuasa hari `ashura iaitu hari yang ke sepuluh ( bulan Muharram).

Imam al-Tirmidhi berkata:
 وَاخْتَلَفَ أَهْلُ العِلْمِ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ: يَوْمُ التَّاسِعِ، وقَالَ بَعْضُهُمْ: يَوْمُ العَاشِرِ "، [ص:120] وَرُوِيَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ: «صُومُوا التَّاسِعَ وَالعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ» ، «وَبِهَذَا الحَدِيثِ يَقُولُ الشَّافِعِيُّ، وَأَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ»
سنن الترمذي ت شاكر (3 / 119):
[حكم الألباني] : صحيح
Bermaksud: Ahli ilmu (ulama) berselisih pendapat mengenai hari `ashura, setengah daripada mereka berkata hari yang ke sembilan dan setengah mereka mengatakan hari yang ke sepuluh. Diriwayatkan daripada Ibn `Abbas bahawasanya beliau berkata: Puasalah pada hari yang ke sembilan dan kesepuluh dan hendaklah kamu berbeza dengan orang Yahudi. (yang hanya berpuasa pada hari ke sepuluh sahaja.). Dengan Hadith di atas (iaitu berpuasa pada hari sembilan dan sepuluh Muharram) adalah pendapat al-Shafi`i, Ahmad dan Ishaq.

Nas-nas di atas menunjukkan kepada tuntutan puasa hari kesembilan dari bulan Muharram.
Imam al-Nawawi berkata dalam al-Majmu`: Sahabat-sahabat kami dan ulama-ulama yang lain bersepakat mengenai hikmat dituntut puasa pada hari Tasu`a. iaitu hari yang ke sembilan bulan Muharram. Ia merangkumi beberapa pendapat.

Pertama. Untuk membezakan dengan orang Yahudi dimana mereka hanya berpuasa pada hari yang ke sepuluh. Ini yang diriwayatkan daripada Ibn `Abbas melalui  satu Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal daripada Ibn `Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا الْيَهُودَ وَصُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا وَبَعْدَهُ يَوْمًا
Bermaksud: Hendaklah kamu berpuasa pada hari `Asura, dan hendaklah kamu berbeza dengan orang Yahudi, maka puasalah sebelumnya satu hari dan selepasnya satu hari.

Kedua. Maksudnya ialah menyambungkan kepada hari `ashura dengan berpuasa, sebagaimana ditegah berpuasa pada hari Jumaat sahaja. Ini disebut oleh al-Khttabi dan lain-lain.

Ketiga. Untuk mendapat yang lebih selamat bagi berpuasa pada hari yang ke sepuluh, kerana ditakuti kurang pada bilangan hari dari awal bulan maka berlaku salah. Dibilang  hari yang kesembilan  tetapi yang sebenarnya adalah hari yang kesepuluh. . (al-Majmu` Sharh al-Mudhadhab, 6: 383).
Yang lebih rajih dari tiga pendapat di atas ialah pendapat yang pertama kerana terdapat banyak Hadith mengenainya.

Mengenai puasa hari `ashura iaitu hari kesepuluh bulan  Muharram
 Di antaranya:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
صحيح البخاري – (7 / 127)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a. katanya: Nabi s.a.w. sampai di al-Madinah al-Munawwarah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa hari `Ashura maka Baginda pun berkata: Apa ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari ini hari yang Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka  maka Nabi Musa pun berpuasa. Nabi s.a.w. menjawab: Aku lebih berhak dengan Nabi Musa daripada kamu, maka Nabi s.a.w. pun berpuasa pada hari itu dan Baginda menyuruh (sahabat-sahabat Baginda) supaya berpuasa.

Dalam riwayat yang lain:
فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، أَنْجَى اللهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ، وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ، فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا، فَنَحْنُ نَصُومُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ»
صحيح مسلم (2 / 796)
Bermaksud: Mereka berkata: Ini adalah hari yang Allah selamatkan padanya Nabi Musa dan kaumnya , dan tenggelamlah Fir`awn dan kaumnya maka Nabi Musa berpuasa kerana bersyukur kepada Allah maka kami berpuasa, Nabi s.a.w. menjawab: Kami lebih berhak dan lebih utama kepada Musa daripada kamu, maka Rasulullah s.a.w. berpuasa dan menyuruh untuk berpuasa pada hari itu.

Dalam Hadith yang lain:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا اليَوْمَ، يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ»
صحيح البخاري (3 / 44):
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a. katanya: Aku tidak melihat Nabi s.a.w. menjaga puasa pada satu hari yang Baginda melebihkannya dari yang lain kecuali hari ini iaitu  hari `ashura dan bulan ini yakni bulan Ramadan.
Nas-Nas di atas menunjukkan kepada tuntutan berpuasa pada hari `ashura itu hari ke sepuluh bulan Muharam.

Peristiwa yang berlaku pada hari `ashura
Di antaranya:
Pertama. Hari yang Allah selamatkan pada Nabi Musa a.s. dan mereka yang bersama-samanya. Hari yang Allah tenggelamkan padanya Fir`awn dan mereka yang bersama-samnya sebagaimana yang disebutkan oleh Hadith sebelum ini.

Kedua. Bahtera Nabi Nuh berlabuh di bumi
Imam Ibn Kathir ada menyebut dalam Tafsirnya:
وَقَالَ قَتَادَةُ وَغَيْرُهُ: رَكِبُوا فِي عَاشِرِ شَهْرِ رَجَبٍ فَسَارُوا مِائَةً وَخَمْسِينَ وَاسْتَقَرَّتْ بِهِمْ عَلَى الْجُودِيِّ شَهْرًا، وَكَانَ خُرُوجُهُمْ مِنَ السَّفِينَةِ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ مِنَ الْمُحَرَّمِ. وَقَدْ وَرَدَ نَحْوَ هَذَا فِي حَدِيثٍ مَرْفُوعٍ رَوَاهُ ابْنُ جَرِيرٍ (5) . وَأَنَّهُمْ صَامُوا يَوْمَهُمْ ذَاكَ (6) ، فَاللَّهُ أَعْلَمُ.
. تفسير ابن كثير ت سلامة (4 / 324
Bermaksud: Qatadah dan lain-lain berkata: Nabi Nuh a.s. dan orang yang berserta dengannya menaiki (Bahtera) pada hari yang kesepuluh bulan Rajab dan mereka berjalan selama 150 hari dan berlabuh di atas bukit al-Judi selama sebulan. Mereka keluar dari bahtra pada sepuluh al-Muharram. Dan telah warid yang seperti ini dalam satu Hadith marfu` yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir. Pada ketika itu mereka berpuasa.

Kelebihan puasa hari `ashura
):

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
صحيح مسلم - (6 / 56)
Bermaksud: Dan Baginda di tanya mengenai puasa hari `ashura iaitu hari ke sepuluh bulan Muharram maka Baginda menjawab: Ia menghapuskan (dosa) tahun yang selepasnya..
Dalam riwayat lain:
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ»
سنن الترمذي ت شاكر (3 / 117):
Bermaksud: Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Puasa hari `ashura aku mengharap kepada Allah ia menghapuskan (dosa-dosa) tahun yang sebelumnya.

Ini adalah merupakan satu kelebihan yang besar, puasa satu hari ia dapat menghapuskan dosa setahun
Mengenai kelebihan puasa hari `ashura juga:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا اليَوْمَ، يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ»
صحيح البخاري (3 / 44):
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a. katanya: Aku tidak melihat Nabi s.a.w. sengaja berpuasa kerana suka dan untuk mendapat pahala yang lebih diutamakan dari yang lain kecuali hari ini iaitu hari `ashura dan bulan ini iaitu bulan Ramadan.

Kesimpulan
Dari perbincangan di atas menunjukkan bahawa puasa dalam bulan Muharam adalah dituntut dan mempunyai kelebihan yang tinggi, apatah lagi puasa al-`ashura iaitu puasa pada hari yang kesepuluh. Setelah itu puasa al-tasu`a iaitu puasa pada hari yang kesembilan, kemudian yang selepas hari al-`Ashura iaitu hakesebelas. Kemudian ditambah lagi dengan puasa-puasa sunat yang lain seperti puasa Isnin dan Khamis, puasa hari-hari bulan terang, dan lain-lain hari dalam bulan Muharam, makin banyak makin baik, dan jika puasa keseluruhan bulan Muharram adalah baik kerana nas Hadith adalah menunjukkan kelebihan puasa bulan Muharram secara umum.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين