PUASA BULAN REJAB

Disediakan oleh:
Ust Dr.Udah Mohsin

PUASA BULAN RAJAB
Di antara Hadith-Hadith yang dijadikan dalil bagi pensyariatan puasa bulan Rajab

Pertama:
Daripada Usamah bin Zayd r.a. katanya:

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
(سنن النسائى، كتاب الصوم، صوم النبي صلى الله عليه وسلم)

Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’i dalam Sunannya.
Bermaksud: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak melihatmu berpuasa satu bulan dari beberapa bulan yang engkau berpuasa dari bulan Sha`ban (engkau berpuasa dalam bulan Sha`ban lebih dari yang lain) Baginda menjawab: Itu adalah bulan yang orang ramai lalai darinya, iaitu di antara Rajab dengan Ramadan, ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada (Allah) Pemilik sekelian alam, maka akau suka bahawa diangkatkan amalanku sedangkan ketika itu aku berpuasa.

Kata al-Hafiz Ibn Hajar  dalam Tabyin al-`Ajab Bi Ma Warda Fi Fadl Rajab: Hadith ini menunjukkan dalam bulan Rajab menyurupai dengan Ramadan. Orang ramai beribadah (padanya) apa yang mereka lakukan dalam bulan Ramadan, tetapi mereka lalai yang sepertinya dalam bulan Sha`ban , oleh itu Baginda berpuasa pada bulan itu (sha`ban). Baginda Mengkhususkan Ramadan dan Rajab dengan berpuasa menunjukkan kelebihan bulan Rajab. Perkara ini telah diketahui dan diperakui di sisi mereka.

Kedua
Bulan Rajab adalah termasuk dalam bulan al-hurum. Mengenai pensyariatan puasa bulan al-hurum:

عَنْ مُجِيبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ، عَنْ أَبِيهَا، أَوْ عَمِّهَا، أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ، وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالُهُ وَهَيْئَتُهُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَمَا تَعْرِفُنِي، قَالَ: «وَمَنْ أَنْتَ؟» قَالَ: أَنَا الْبَاهِلِيُّ، الَّذِي جِئْتُكَ عَامَ الْأَوَّلِ، قَالَ: «فَمَا غَيَّرَكَ، وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ؟» ، قَالَ: مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلَّا بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ، ثُمَّ قَالَ: «صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ، وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ» ، قَالَ: زِدْنِي فَإِنَّ بِي قُوَّةً، قَالَ: «صُمْ يَوْمَيْنِ» ، قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: «صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ» ، قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ "، وَقَالَ: بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
(سنن أبى داود، كتاب الصوم، باب في صوم أشهر الحرم)

Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya. Imam Abu Daud tidak memberi komen mengenai Hadith ini. Hadith ini juga ada disebut oleh Imam al-Nawawi dalam Riyad al-Salihin.
رياض الصالحين ط الرسالة (1 / 358):
Bermaksud: Daripada Mujibah al-Bahiliyyah daripada bapanya daripda bapa saudarnya bahawasanya beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. kemudian beliau balik. Setelah setahun seleps itu beliau datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan kedaan dan bentuknya telah berubah, lalu dia berkata: wahai Rasulullah! Adakah engkau mengenali aku? Jawab Baginda: Siapa engkau? Dia menjawab: Aku adalah al-Bahili yang datang kepadamu setahun yang lalu. Baginda menjawab: Apakah yang yang mengubahkan bentukmu? Sedangkan engkau dahulu cantek keadaan bentukmu? Dia menjawab:  Setelah aku meninggalkan engkau (setahun yang lalu) aku tidak makan makanan kecuali pada waktu malam, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau mengazab dirimu. Kemudian Baginda bersabda: Berpuaslah bulan sabar, dan satu hari dari setiap bulan. Dia menjawab: Tambahkan bagiku kerana aku mempunyai kekuatan, jawab Baginda: Puaslah dua hari (dari setip bulan), dia menjawab: Tambahkan bagiku, Baginda menjawab: Puaslah tiga hari (dari setiap bulan). Dia menjawab: Tambahkan bagiku. Baginda menjawab: Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan, Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Puasalah dari bulan-bulan al-hurum dan tinggalkan. Baginda mengisyaratkan dengan jarinya yang tiga kemudian Baginda menggegamnya, kemudian melepaskannya.

Bulan-bulan al-hurum ialah Dhu al-Qa`dah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram dan Rajab.

Pandangan ulama mengenai puasa bulan al-hurum yang termasuk padanya bulan Rajab.

Imam Ibn al-Salah berkata: Hadith mengenai kelebihan puasa secara umum dan Hadith mengenai puasa bulan-bulan al-hurum (Dhu al-Qa`dah, Dhu al-hijjah, al-Muharram dan Rajab) sudah cukup untuk meggalakkan puasa di bulan Rajab. 

     فتاوى ابن الصلاح - (1 / 180
Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ketika membincangkan Hadith di atas ada menyebut:

قال الْعُلَمَاءُ وَإِنَّمَا أَمَرَهُ بِالتَّرْكِ لِأَنَّهُ كان يَشُقُّ عليه إكْثَارُ الصَّوْمِ كما ذَكَره في أَوَّلِ الحديث فَأَمَّا من لَا يَشُقّ عليه فَصَوْمُ جَمِيعِهَا فَضِيلَةٌ
الفتاوى الفقهية الكبرى - (2 / 54)
Bermaksud: Para ulama berkata: Bahawasanya Baginda menyuruh orang itu meninggalkan (puasa pada bulan-bulan al-hurum) kerana ia menyusahkannya sebagaimana yang disebutkannya pada awal Hadith. Adapun orang yang tidak susah baginya, maka puasa keseluruhan bulan-bulan itu adalah satu kelebihan.
Imam al-Nawawi dalam al-Majmu` menyebut:

قال اصحابنا ومن الصوم المستحب صوم الاشهر الحرم وهي ذوالقعدة وذو الحجة والمحرم ورجب
المجموع شرح المهذب - (6 / 386)
Bermaksud: Sahabat-sahabat kami berkata: Setengah dari puasa yang digalakan (al-mustahabb) ialah puasa bulan-bulan al-hurum iaitu Dhu al-Qa`dah, Dhu al-hijjah, al-Muharram dan Rajab.

Imam al-Nawawi  menjelaskan mengenai  Hadith di atas dalam kitabnya al-Majmu`: Rasulullah s.a.w. menyuruhnya ( al-Bahili iaitu seorang Sahabt) berpuasa bulan-bulan al-hurum dan meninggalkannya. Rasulullah menyuruhnya meninggalkan kerana susah baginya membanyakkan berpuasa. Oleh itu bagi orang yang tidak susah baginya membanyakkan berpuasa maka puasa seluruh bulan-bulan iatu adalah satu kelebihan.
Pandangan ulama mengenai puasa keseluruhan bulan Rajab.

Berpandukan kepada Hadith di atas dan pandangan-pandangan yang dibawa oleh Imam al-Nawawi dan juga Imam  Ibn Hajar al-Haytami di atas maka bagi orang yang mampu dan tidak menyusahkan untuk berpuasa sebulan penuh bulan Rajab adalah satu kebaikan.

Walau bagaimana pun ada ulama yang tidak menyukai puasa keseluruhan bulan Rajab, tetapi hendaklah berhenti berpuasa walau satu hari pada bulan itu. Dalam kitab al-Iqna` Fi Fiqh al-Imam Ahmad ada menyebut:  Makruh (yukrah) hanya berpuasa pada bulan Rajab sahaja,  dan hilang makruh itu dengan berbuka pada bulan itu walau satu hari, atau dia berpuasa sebulan pada bulan yang lain dari tahun itu.

الإقناع في فقه الإمام أحمد بن حنبل (1 / 319)
Sekarang ini kita berada dalam bulan Rajab. Bulan Rajab adalah termasuk dalam Bulan al-hurum yang kita digalakan membanyakkan berpuasa padanya. Sekurang-kurangnya marilah kita berpuasa pada hari Isnin dan khamis, lebih baik lagi ditambah dengan puasa hari-hari bulan terang 13, 14 dan 15, lebih banyak berpuasa pada bulan ini adalah lebih baik.