KELEBIHAN 10 PERTAMA BULAN DHU AL-HIJJAH

Disediakan oleh:
Dr.Udah Mohsin


KELEBIHAN BESAR HARI-HARI 10 PERTAMA BULAN DHU AL-HIJJAH
Tidak lama lagi iaitu menurut kelender 13 Ogos ini adalah awal Dhu al-Hijjah. Di sini saya ingin memperkatakan tentang kelebihan hari-hari  10 pertama, Dhu al-Hijjah.

Hari-hari 10 pertama bulan Dhu al-Hijjah mempunyai kelebihan yang amat besar.
Di antaranya:
Firman Allah:
وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2) وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ (3) وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِي (4) هَلْ فِي ذَلِكَ قَسَمٌ لِذِي حِجْرٍ (5) أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (6) إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ (7) الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلادِ (8) وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِي (9) وَفِرْعَوْنَ ذِي الأوْتَادِ (10) الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلادِ (11) فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ (12) فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ (13) إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ (14)

Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsirnya: Maksud Malam-malam 10 iaitu    وَلَيَالٍ عَشْرٍ, dalam ayat di atas adalah malam-malam 10 pertama dari bulan Dhu al-Hijjah, sebagaimana yang diperkatakannya oleh Ibn `Abbas, Ibn al-Zubayr, Mujahid dan bukan hanya seorang dari kalangan al-Salaf al-Salih dan juga dari kalangan al-Khalaf. Dan telah sabit dalam kitab Sahih al-Bukhari daripada Ibn `Abbas secara marfu` (sabda Nabi s.a.w.): Tiada dari hari-hari yang beramal salih padanya lebih disukai kepada Allah dari hari-hari ini, iaitu 10 hari (pertama) Dhu al-Hijjah. Para Sahabat bertanya: Tidak juga (lebih disukai dari) berjihad fi sabi lillah? Jawab Nabi: Tidak juga (lebih disukai dari) berjihad fi sabi lillah, Kecuali seorang lelaki yang keluar mengkorbankan diri dan hartanya dalam berjihad dan dia tidak kembali dengan sesuatu.
تفسير ابن كثير – (8 / 390)
Huruf wau pada وَلَيَالٍ عَشْرٍ adalah li al-Qasam iaitu sumpah. Sesuatu yang Allah bersumpah dengannya adalah merupakan perkara yang penting. Ini menunjukkan kepada pentingnya malam-malam 10 pertama dari bulan Dhu al-Hijjah.
Hadith yang lain pula:

وعن جابر أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: أفضل أيام الدنيا أيام العشر يعني عشر ذي الحجة - قيل : ولا مثلهن في سبيل الله ؟ قال : " ولا مثلهن في سبيل الله إلا من عفر وجهه في التراب 
رواه البزار وإسناده حسن ورجاله ثقات
مجمع الزوائد - (4 / 8))

Bermaksud: Daripada Jabir bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik hari dunia ialah hari-hari 10 dari bulan Dhu al-Hijjah. Maka dikatakan: Dan tidak sepertinya berperang pada jalan Allah? Jawab Baginda: Dan tidak sepertinya berperang pada jalan Allah, kecuali orang yang benar-benar tunduk kepada Allah, sujud dan berserah kepada-Nya.

Nas di atas menunjukkan kepada hari-hari di dunia ini yang paling afdal ialah hari-hari 10 pertama dari bulan Dhu al-hijjah.
Kelebihan beramal pada hari-hari 10 pertama bulan Dhu al-Hijjah
Hadith Rasulullah s.a.w.:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - أَنَّهُ قَالَ : مَا الْعَمَلُ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِى هَذِهِ  . قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ  وَلاَ الْجِهَادُ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ .
 (صحيح البخاري،كتاب العيدين، باب فضب العمل فى أيام التشرق)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas daripada Nabi s.a.w. bahawasanya Baginda bersabda: Tiada amalan pada hari-hari 10 (pertama Dhu al-Hijjah) yang lebih afdal dari amalan pada hari-hari ini. Mereka berkata: Tidak juga jihad? Jawab Baginda: Tidak juga jihad. Kecuali seorang lelaki yang keluar mengkorbankan diri dan hartanya dalam berjihad dan dia tidak kembali dengan sesuatu.
Maksud: Tidak kembali dengan sesuatu, sama ada dia selamat tetapi kembali dengan tidak membawa sesuatu kerana semua hartanya telah digunakan untuk berjihd fi sabilillah, atau harta dan orang itu sekali tidak kembali kerana sahid fi sabilillah.
Maksud amalan-amalan dalam hadith di atas adalah merangkumi amalan-amalan ketaatan kepada Allah yang termasuk padanya zikir, sembahyang, puasa, sedakah,berdoa, mempelajari ilmu dan menyebarkannya dan lain-lain.

Mengenai tuntutan zikir pada hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah.
Antaranya:Firman Allah:

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ (28) ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ (29) . [الحج : 28 ،29 )

Bermaksud: Supaya mereka menyaksikan beberapa manfaat untuk mereka dan mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu, di atas apa yang Allah telah rezekikan kepada mereka dari binatang ternakan (untuk dijadikan korban) maka makanlah darinya dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. Kemudian mereka hendaklah membersihkan diri dan meyempurnakan nazar dan tawaf di Bayt Allah yang tua sejarahnya.
Dalam Tafsir Ibn Kathir ada menyebut:
Pada hari-hari yang tertentu,
فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ , daripada Ibn Abbas r.a. dan lain-lain yang ia juga merupakan mazhab al-Shafi`i dan yang masyhur daripada Imam Ahmad bin Hanbal ialah hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah.
تفسير ابن كثير – (5 / 415)
Hadith yang lain pula:

عن ابن عمر عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
مسند أحمد – (11 / 225)
مسند أحمد بن حنبل – (2 / 131)
تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح

Bermaksud: Daripada Ibn `Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Tiada dari hari-hari yang lebih besar di sisi Allah dan tiada yang lebih disukai oleh Allah daripada beramal pada hari-hari 10 (yang pertama) dari bulan Du al-Hijjah. Maka banyakkan pada hari-hari itu bertahlil, bertakbir dan tahmid.
Imam al-Bukari berkata:

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَ
(صحيح البخارى، كتاب العيدين، باب فضل العمل في أيام التشريق)

Bermaksud: Ibn Umar r.a. dan Abu Hurayrah r.a. kedua-duanya keluar ke pasar pada hari-hari 10 pertama Dhu al-Hijjah bertakbir, dan orang ramai bertakbir mengikut takbir kedua-duanya.
Dari nas-nas yang telah disebutkan ternyata supaya membanyakkan zikrullah dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan tahlil pada 10 yang pertama Dhu al-Hijjah.

Malam Hari Raya Korban dan siangnya di samping ia adalah malam hari raya ia juga termasuk dalam 10 hari pertama dari bulan Dhu al-Hijjah, oleh itu dituntut memperbanyakkan takbir pada malam itu.
Kata Imam al-Nawawi:Sebaik-baiknya (sunat), bahawa orang ramai mengangkatkan suaranya dengan bertakbir mursal pada malam dan siang bagi dua hari raya sehingga masa yang disebutkan, di rumah, masjid, pasar, jalan dan lainnya, samaada bagi orang yang menetap atau bagi orang musafir, dalam perjalanan ke tempat sembahyang atau di tempat sembahyang …
المجموع شرح المهذب – (5 / 32)
Di dalam al-Majmu` juga ada menyebut: Tiada khilaf mengenai, adalah sebaik-baiknya/sunat, takbir mursal dari waktu Maghrib pada malam bagi dua hari raya sehingga imam takbirah al-ihram untuk sembahyang hari raya.
المجموع شرح المهذب – (5 / 34)
Kata al-Imam Nawawi lagi dalam Sharah Shaih Muslim: Sepakat ulama mengenai sebaik-baiknya/sunat, menghidupkan malam dua hari raya (raya fitri dan raya korban).
شرح النووي على مسلم - (8 / 71)

Hadith mengenai tuntutan berpuasa pada hari-hari sembilan pertama dari bulan Dhu al-Hijjah.
Hari ke sepuluh adalah hari al-Nahr iaitu Hari Raya Haji, tidak boleh berpuasa pada hari itu. Antara tuntutan dan kelebihan berpauasa pada hari-hari sembilan pertama dari bulan Dhu al-Hijjah.
Kelebihan puasa hari `Arafah.
Hari `Arafah adalah hari sembilan Dhu al-Hijjah.
Hadith Rasulullah s.a.w.

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
(صحيح مسلم، الصيام، باب استحباب صيام ثلاثة أيام من كل شهر وصوم يوم عرفة وعاشوراء والاثنين والخميس)

Bermaksud: … Dan Baginda ditanya mengenai puasa hari `Arafah, jawab Baginda, ia menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang ada.
Dengan ini puasa pada hari `Arafah menghapuskan dosa dua tahun. Tahu lalu dan sekarang.
Manakala tuntutan berpuasa pada hari-hari yang sebelumnya secara khusus di antaranya ialah:

عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنْ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ
(سنن أبى داود، كتاب الصوم، باب في صوم العشر)
Hadith ini juga dijadikan hujjah oleh Imam al-Nawawi, sebagaimana akan disebutkan kemudian
Bermaksud: Daripada sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w. katanya: adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sembilan dari Dhu al-Hijjah, hari `Ashura, tiga hari dari setiap bulan, awal hari Isnin dari sebulan dan hari Khamis.
Hadith yang lain juga ialah:


عَنْ حَفْصَةَ قَالَتْ: أَرْبَعٌ لَمْ يَكُنْ يَدَعُهُنَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِيَامَ عَاشُورَاءَ وَالْعَشْرَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْغَدَاةِ
(سنن النسائي، كتاب الصيام)

Bermaksud: … Empat puasa yang Nabi tidak meninggalkannya, puasa `Ashura (10 Muharram), 10 (hari-hari pertama dari bulan Dhu al-Hijah), tiga hari dari setiap bulan dan dua rakaat sebelum Subuh.
Maksud10 hari-hari petama dari bulan Dhu al-Hijah adalah sembilan hari sahaja kerana hari 10 adalah hari Raya Haji, dilarang berpuasa padanya.
Pandangan ulama mengeni puasa pada sembilan hari pertama dari bulan Dhu al-Hijjah.
Imam al-Nawawi ada menyebut dalam Sharah Sahih Muslim:
Puasa hari-hari Sembilan pertama dari Dhu al-hijjah adalah amat disukai iaitu sangat digalakkan terutamanya pada hari yang ke sembilan iaitu Hari `Arafah dan telah disebutkan beberapa Hadith mengenai kelebihannya dan telah sabit dalam Sahih al-Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada hari-hari yang beramal salih padanya lebih afdal dari hari-hari ini iaitu hari-hari 10 pertama dari bulan Dhu al-Hijjah. Oleh kerana itu perkataan `Aishah: Aku tiada melihat Rasulullah s.a.w. puasa pada hari-hari 10 pertama (dari bulan Dhu al-Hijjah), hendaklah dita’wilkan iaitu Baginda tidak berpuasa kerana ada halangan sakit, musafir atau lain-lain. Atau `Aishah tidak melihat Baginda berpuasa pada ketika itu. Ini bukan bererti sebenarnya Baginda tidak berpuasa. Ta’wilan ini perlu kerana terdapat hadith yang diriwayatkan daripada setengah isteri-isteri Nabi s.a.w. katanya:
Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sembilan dari Dhu al-Hijjah, hari `Ashura, tiga hari dari setip bulan, awal hari Isnin dari sebulan dan hari Khamis. Hadith ini diriwyatkan oleh Abu Daud dengan lafaz ini, juga oleh Ahmad, al-Nasa’i.
شرح النووي على مسلم - (8 / 71)
شرح النووي على مسلم - (8 / 72
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari ada menyebut mengenai kelebihan berpuasa pada sembilan hari pertama dari bulan Dhu al-Hijjah ketika mensyarahkan Hadith:

مَا الْعَمَلُ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِى هَذِهِ » . قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ »

Yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang telah disebut sebelum ini. Katanya:
Diambil hukum dari hadith ini ialah kelebihan berpuasa sembilan hari dari bulan Dhu al-Hijjah, kerana puasa itu adalah termasuk dalam amalan. Ini tidak tertolak dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain-lain dari `Aishah:

قالت ما رأيت رسول الله صلى الله عليه و سلم صائما العشر قط

yang bermaksud: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa Hari-hari 10 Dhu al-Hijjah selama-lama, kerana kemungkinan Baginda tidak melakukannya kerana takut akan difardhukan kepada umatnya, sedangkan Baginda suka untuk melakukannya.
فتح الباري - ابن حجر - (2 / 460)

Kenyataan Imam al-Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar di atas menunjukkan kepada tuntutan berpuasa pada sembilan hari pertama dari bulan Dhu al-Hijjah khususnya pada hari yang ke sembilan Dhu al-Hijjah iaitu hari `Arafah.
Dengan ini marilah kita berpuasa sembilan hari pertama dari bulan Dhu al-Hijjah, dan sekurang-kurangnya pada hari `Arafah kerana ia mempunyai kelebihan yang amat besar.
Kelebihan Hari `Arafah.
Sebelum ini telah diperkatakan kelebihan puasa pada hari `Arafah maka di sini akan disebut kelebihan yang lain. antaranya:

عَنِ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ »
 (صحيح مسلم، الحج)

Bermaksud: Daripada Saidatina `Aishah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada hari yang padanya lebih banyak Allah memerdekakan hamba dari neraka dari hari `Arafah. Bahawasanya Allah hampir, kemudian berbangga-bangga dengan hamba-hamba-Nya itu kepada malaikat, kemudian Allah berfirman: Apa yang hamba-hamba-Ku itu mahukan?
Kelebihan hari al-Nahr
Hari al-Nahr adalah hari ke sepuluh dari bulan Dhu al-Hijjah iaitu Hari Raya Haji.
Antara kelebihan Hari al-Nahr:

عن عبد الله بن قرط، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أفضل الأيام عند الله يوم النحر ويوم القر"
صحيح ابن حبان - محققا (7 / 51):

Bermaksud:… Rasulullah s.a.w. bersabda: Seafdal-afdal hari di sisi Allah ialah hari al-Nahr dan hari al-Qarr.
Al-Qarr ialah hari yang selepas hari al-Nahr. Hari al-Nahr adalah 10 Dhu al-Hijjah iaitu Hari Raya Qurban.
Hadith yang lain ialah: Daripada Abd Allah bin Qurt daripada Nabi s.a.w. bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قُرْطٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ أَعْظَمَ الْأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ
سنن أبى داود، كتاب المناسك، باب في الهدي إذا عطب قبل أن يبلغ))

Bermaksud: Seagong-agong hari di sisi Allah Tabaraka wa Ta`ala ialah ialah hari al-Nahr kemudian hari al-Qarr.
Hdith yang lain:

أَنَّ حُمَيْدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَخْبَرَهُ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَخْبَرَه أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بَعَثَهُ فِي الْحَجَّةِ الَّتِي أَمَّرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهَا قَبْلَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فِي رَهْطٍ يُؤَذِّنُونَ فِي النَّاسِ أَنْ لَا يَحُجَّنَّ بَعْدَ الْعَامِ مُشْرِكٌ وَلَا يَطُوفَ بِالْبَيْتِ عُرْيَانٌ فَكَانَ حُمَيْدٌ يَقُولُ يَوْمُ النَّحْرِ يَوْمُ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ مِنْ أَجْلِ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ
صحيح البخاري، كتاب التفسير ، سورة البراءة))

Bermaksud: … Humayd berkata: … Kerana Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah maka Hari al-Nahr adalah hari Haji Akbar.
Dari nas-nas di atas menunjukkan bahawa hari yang paling agong dan paling afdal dan dinamakan Haji Akbar ialah Hari Nahr iaitu Hari Raya Adha yang terletak pada 10 Dhu al-Hijjah. Pada hari yang paling agong dan paling afdal ini kita sembahyang sunat hari raya, bertakbir mengagongkan Allah, bertahmid, bertasbih, tahlil dan lain-lain. Pada hari yang paling agong dan paling afdal ini juga kita berkorban dan bertakbir disamping makan dan minum. Cuma satu lagi yang kita sering kurang mengambil perhatin pada hari yang paling agong dan paling afdal ini, iaitu kita sering meninggalkan sembahyang fardu berjamaah, sedangkan tuntutannya kuat dan kelebihannya besar. Oleh itu sama-samalah kita mengambil perhatian dalam perkara ini.
Amalan-amalan pada 10 hari (pertama Dhu al-Hijjah.
Amalan-amalan salih adalah dituntut untuk dilakukan padahari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah.Ia termasuk dalam sabda Baginda: Tiada amalan pada hari-hari10 (pertama Dhu al-Hijjah) yang lebih afdal dari amlan pada hari-hari ini. Amalan-amalan itu merangkumi sembahyang, puasa, bersedekah, menderma, zikir, membaca al-Quran, berdoa, berkorban, mempelajari dan menyampaikan ilmu yang bermanfat dan lain-lain amal salih yang amat banyak.
Kerana kesuntukkan masa maka dalam tulisan yang pendek yang tidak sepertinya ini penulis hanya memperkatakan zikir dan puasa sahaja.

Mana lebih afdal di antara hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah dengan malam-malam 10 yang akhir dari bulan Ramadan?
Apa bila telah dijelaskan mengenai kelebihan hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Hadith-Hadith Rasulullah s.a.w. di atas maka ditimbulkan persoalan manakah yang lebih afdal di antara hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah dengan malam-malam 10 yang akhir dari bulan Ramadan?
Imam Ibn Kathir dalam kitab Tafsirnya ada menyebut:
Ada dikatakan 10 hari yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah, ia merupakan seafdal-afdal hari bagi setahun sebagaimana yang telah disebut oleh Hadith. Kelebihannya banyak, ia mengatasi 10 yang akhir dari bulan Ramadan, kerana pada hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah itu disyariatkan padanya apa yang disyariatkan pada 10 yang akhir dari bulan Ramadan dari segi berpuasa, sembahyang, sedekah dan lain-lain, dan ia melebihinya dari sudut dikerjakan Haji padanya.
Dikatakan pula: 10 yang akhir dari bulan Ramadan lebih afdal kerana ia mengandungi laylayh al-qadr yang ia lebih baik dari seribu bulan.
Pendapat yang lain pula mengambil jalan tengah, mereka mengatakan: Siang hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah adalah lebih afdal, manakala malam-malam 10 yang akhir dari bulan Ramadan lebih afdal. Menurut Imam Ibn Kathir: Pendapat inilah yang merangkumi
segala dali-dalil. (Tafsir Ibn Kathir, 5: 416.).

Pada pandangan penulis, sama ada pada hari-hari 10 yang pertama dari bulan Dhu al-Hijjah yang lebih afdal atau 10 yang akhir dari bulan Ramadan lebih afdal, apa yang penting, kedua-duanya adalah masa-masa yang sangat afdal yang kita mesti mengambil peluang untuk beramal salih pada masa-masa itu dengan sebanyak-banyaknya. Oleh itu janganlah kita membiarkan masa-masa itu berlalu sedangkan kita lalai, tidak beramal salih pada masa-masa tersebut. Banyakkanlah amal-amal saleh pada masa-masa tersebut.