LIWAT PERBUATAN KEJI

Disediakan oleh;
Dr. Udah Mohsin

LIWAT ADALAH PERBUATAN KEJI, KAUM NABI LUT YANG TERUS MELAKUKANNYA SETELAH DIBERI PERINGATAN TETAPI TIDAK MENGINDAHKANNYA DIBINASAKAN OLEH ALLAH S.W.T.
Renungilah ayat-ayat al-Quran di bawah ini:
Firman Allah:
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (80) إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (81) وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوهُمْ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ (82) فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ (83) وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ (84) [الأعراف: 80 – 85]
Bermaksud: Dan Nabi Lut ketika dia berkata kepada kaumnya: Adakah kamu melakukan perkara yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu.
Sesugguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu adalah kaum yang melampau batas.
Dan tiadalah jawapan daripada kaumnya kecuali bahawa mereka berkata: Keluarkanlah mereka dari bandar kamu ini bahawasanya mereka adalah orang yang (mendakwa) menyucikan diri.
Maka Kami selamatkannya dan keluarganya kecuali isterinya dia adalah dari kalangan mereka yang binasa.
Dan Kami hujani ke atas mereka hujan yang dahsyat (yang membinasakan mereka.) Maka lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan besar.
Penjelasan ayat-ayat di atas dan seterusnya mengenai Nabi Lut dan kaumnya.
Penjelasan secara ringkas.
Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa kaum Nabi Lut telah melakukan satu perbutan keji iaitu kaum lelaki mendatangi kaum lelaki bagi memuaskan nafsu syahwat iaitu liwat. Apabila Nabi Lut menegah perbuatan itu mereka mengancam Nabi Lut dan orang yang beriman dengannya untuk mengeluarkan mereka dari negeri mereka, pada akhirnya Allah binasakan kaum Nabi Lut itu.
Penjelasan secara terperinci
Selain dari ayat-ayat di atas Allah telah menyebut mengenai Nabi Lut dan kaumnya dalam banyak ayat yang lain sebagaimana yang akan disebut selepas ini.
Ayat-ayat al-Quran dalam Surah al-A`raf di atas menjelaskan di antara lain:
Pertama
Liwat merupakan satu perkara yang amat keji adalah jelas dari al-Quran.
Kaum Nabi Lut telah melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang pun dari penduduk alam ini sebelum mereka, iaitu kaum lelaki mereka mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat dengan meninggalkan perempuan. Orang lelaki mendatangi lelaki lain untuk memuaskan nafsu syahwat dengan meninggalkan perempuan adalah liwat. Dengan ini liwat merupakan satu perkara keji adalah jelas dari al-Quran. Kata Nabi Lut kepada kaumnya sebagaimana ayat di atas:
أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ
Adakah kamu melakukan perkara yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu.
Dalam ayat yang lain Allah berfirman:
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ (54) أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ (55) } [النمل: 54، 55]
Bermaksud: Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan) ketika dia bekata kepada kaumnya: Adakah kamu melakukan perkara yang keji sedengkan kamu melihatnya?. Adakah kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan sahwat dengan meninggakan perempuan, bahkan kamu adalah kaum yang jahil?.
Dalam Surah al-Anbaya’ mereka yang melakukan perbuatan keji itu disebut
تَعْمَلُ الْخَبَائِثَ bermaksud: Melakukan perbuatan keji, sebagai mana firman Allah:
وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ تَعْمَلُ الْخَبَائِثَ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَاسِقِينَ (74) [الأنبياء: 74،)
Bermaksud: dan Kami selamatkannya (Nabi Lut) dari bandar yang melakukan perkara keji, bahawasanya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik derhaka.
Dari ayat-ayat al-Quran di atas menunjukkan bahawa liwat itu adalah merupakan satu perkara yang amat keji.
Kedua
Kaum Lut Yang melakukan liwat dipangil dengan pangilan yang amat buruk:
Pertama. Kaum Lut yang melakaukan liwat dijelaskan dalam ayat yang dibincangkan di atas dipanggil sebagai mujrimin iaitu orang yang melakukan kesalahan besar, sebagaimana firman-Nya:

فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Maka lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan besar.
Dalam Surah al-`Ankabut, ayat 30, Allah menyebut mereka sebagai mufsidin iaitu orang yang melakukan kerosakkan:

قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ (30)
Bermaksud: Nabi Lut berdoa: Wahai Tuhanku tolonglah aku terhadap kaum yang melakukan kerosakkan.
Dalam surah yang sama ayat 31, mereka disebut sebagai zalimin iaitu orang yang zalim, sebagai mana firman Allah di bawah ini.

قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ (31
Bermaksud: Malaikat-malaikat itu berkata: Bahawasanya kami membinasakan penduduk bandar ini, bahawasanya penduduknya mereka adalah orang yang zalim.
Dalam surah yang sama ayat 34, Allah menjelaskan mereka sebagai orang yang melakukan kefasikan:

إِنَّا مُنْزِلُونَ عَلَى أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ رِجْزًا مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ (34)
Bermaksud: Bahawasanya Kami menurunkan keatas penduduk bandar ini azab dari langit dengan sebab mereka telah melakukan kefasikan.
Dalam Surah al-Anbiya’ mereka disebut: Kaum jahat lagi fasik.
Firman Allah:
وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ تَعْمَلُ الْخَبَائِثَ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَاسِقِينَ (74) [الأنبياء: 74،)
Bermaksud: Dan Kami selamatkannya dari bandar yang melakukan perkara keji dan bahawasanya mereka adalah kaum jahat lagi fasik.
Dalam Surah al-Su`ara’, Nabi Lut berkata kepada mereka, kaum yang melampau, sebagaimana yang yang disebut oleh Allah dengan firman-Nya:
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ (166)
Bermaksud: Dan kamu tinggalkan apa yang Tuhan kamu telah jadikan untuk kamu dari isteri-isteri kamu, bahkan kamu adalah kaum yang melampau.
Dalam Surah Hud mereka disebut sebagai orang yang melakukan kejahatan. Allah berfirman:

وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ قَالَ يَا قَوْمِ هَؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ (78)
Bermaksud: Maka datanglah meluru kaum Nabi Lut kepadanya sedangkan mereka sebelum itu telah melakukan kejahatan.
Dari ayat-ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan kaum Lut yang melakukan perbuatan keji itu dipanggil dengan berbagai-bagai panggilan yang amat buruk yang menunjukkan betapa kejinya perbuatan itu.
Ketiga
Kaum Nabi Lut telah diberi peringatan
Nabi Lut telah meberi peringatan kepada kaumnya supaya mereka memberhentikan perbuatan keji tersebut tetapi mereka tidak mengindahkannya.
Firman Allah dalam Surah al-Qamar, ayat 33,:
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ بِالنُّذُرِ (33)
Bermaksud: Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh rasul mereka iaitu Nabi Lut).
Dalam Surah yang sama, ayat 36, Allah berfirman:
وَلَقَدْ أَنْذَرَهُمْ بَطْشَتَنَا فَتَمَارَوْا بِالنُّذُرِ (36) [القمر:]
Bermaksud: Dan demi sesugguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada kaumnya akan azab seksa Kami tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
Dalam Surah al-Su`ara Allah mejelaskan bahawa kaum Nabi Lut bukan setakat mendustakan Nabi Lut sahaja tetapi mereka memberi amaran kepada Nabi Lut untuk mengeluarkannya dari bandar tempat Nabi Lut dan kaumnya berada. Allah menjelaskan:
قَالُوا لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ (167)
(
الشعراء: 167)
Bermaksud: Kaum Nabi Lut berkata: Jika engkau tidak berhenti wahai Lut! ( mencaci kami kerana mendatagi lelaki dan meninggalkan isteri iaitu liwat) nescaya engkau dari kalangan orang yang diusir keluar.
Balasan ke atas kaum Lut
Mereka dibinasakan dengan diturunkan hujan yang dahsyat. Dalam ayat yang dibincangkan ini Allah menyebut:
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا
Bermaksud: Dan Kami hujani ke atas mereka hujan yang dahsyat (yang membinasakan mereka.)
dalam Surah al-Hijr, ayat 73,74, Allah menjelaskan:
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ (73) فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ (74)
Bermaksud: Maka mereka ditimpa satu pekekan yang amat dahsyat (yang menggempakan bumi) pada waktu pagi.
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang balik dan Kami hujankan ke atas mereka batu dari sijjil
Dalam Surah al-Qamar, ayat 34, Allah menjelaskan:
إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ حَاصِبًا [القمر: 34]
Bermaksud: Kami utuskan ke atas mereka batu.
Dari keterangan di atas menunjukkan bahawa kaum Nabi Lut itu dibinasakan oleh Allah dengan menghujani negeri itu dengan hujan yang dahsyat dari batu yang membinaskan mereka. Allah utuskan satu pekekan yang dahsyat (yang menggempakan bumi) dan Allah tunggag balikkan negeri mereka.
Bilakah waktunya Allah mebinasakan mereka
Allah berfirman:
وَلَقَدْ صَبَّحَهُمْ بُكْرَةً عَذَابٌ مُسْتَقِرٌّ (38) فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ (39)} [القمر: 38 – 39]
Bermaksud: Demi sesungguhnya mereka ditimpa azab yang berterusan pada waktu pagi. Maka rasalah kamu azab dan kesan amaran-amaran-Ku.
Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

قَالُوا يَا لُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَنْ يَصِلُوا إِلَيْكَ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِنَ اللَّيْلِ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنْكُمْ أَحَدٌ إِلَّا امْرَأَتَكَ إنَّهُ مُصِيبُهَا مَا أَصَابَهُمْ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ (81)
(
هود: 81)
Bermaksud: … … Bahawasanya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka adalah waktu Subuh, adakah tidak waktu Subuh itu sudah sangat hampir.
Dari nas-nas yang telah dipaparkan menunjukkan bahawa kaum Luat itu dibinasakan pada waktu pagi, Subuh.
Allah menjelaskan apa yang berlaku kepada kaum Lut adalah pengajaran
Allah s.w.t berfirman:
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ (75) وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُقِيمٍ (76) إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ (77) [الحجر
Bermaksud: Bahawasanya balasan azab yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenal akan sesuatu serta mererhati dan memikirkan. Dan bahawasanya negeri yang dibinasakan itu adalah terletak pada jalan yang tetap (dilalui orang). Bahawasanya pada yang demikian itu adalah tanda yang memberi kesadaran kepada orang Mukmin.
Firman-Nya lagi:
وَلَقَدْ تَرَكْنَا مِنْهَا آيَةً بَيِّنَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (35)} [العنكبوت: 35)
Bermaksud: Demi sesungguhnya Kami telah tinggalkan tanda yang jelas kepada kaum yang berakal.
Dari nas ayat-ayat al-Quran yang Allah jelaskan di atas menunjukkan bahawa balasan azab yang Allah timpakan kepada kaum Lut itu adalah tanda yang jelas yang menjadi pengajaran kepada orang yang kenal sesuatu serta memerhati dan memikirkannya, tanda yang jelas yang menjadi pengajaran kepada orang Mukmin dan kepada orang yang berakal.
Dimanakah letaknya kaum Nabi Lut itu
Kaum Nabi Lut itu terletak di Jorden di satu Kawasan bernama Sodom di Kawasan Laut Mati (al-Bahr al-Maayyit)
Pengajaran dari kisah Nabi Lut dan kaumnya
Di antaranya ialah:
Liwat merupakan satu perkara keji adalah jelas sabit dari al-Quran. Sesuatu yang telah sabit jelas dari al-Quran sebagai seorang Mukmin tidak boleh mengingkarinya, mempermain-mainkannya atau mempersendakannya.
Kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan liwat dan tidak mahu berhenti melakukannya setelah diberi beberapa kali amaran mereka dibinaskan oleh Allah s.w.t.
Allah s.w.t menerangkan, bahawa balasan azab yang Allah timpakan kepada kaum Lut itu adalah tanda yang jelas yang menjadi pengajaran kepada orang yang kenal akan sesuatu serta memerhati dan memikirkan, kepada orang Mukmin dan kepada orang yang berakal.
Sebagai seorang Mukmin hendaklah mengatakan bahawa liwat itu adalah perkara keji dan wajib menjauhinya.