InsyaAllah IM Asyraf telah menyatakan persetujuan beliau untuk hadir didalam program ini dan akan menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib
Tentatif program adalah seperti berikut:
6:00 pm : Ketibaan jemaah
6:15 pm : Majlis bacaan Yasin dan Tahlil
7:15 mlm : Solat Maghrib
Ceramah
Solat Isya’
Jamuan
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengumpulkan ahli-ahli qariah masjid ini yang berhasrat untuk mengadakan kenduri sempena sambutan Ramadhan, mengadakannya secara beramai-ramai dan serentak dimana masjid menjadi tuan rumahnya.
Jawatankuasa masjid percaya bahawa dengan mengadakan program ini akan dapat mengumpulkan lebih ramai jemaah dan dengan perkongsian kos, semua keluarga mampu untuk turut serta dalam program ini.
Sumbangan penyertaan adalah RM50.00 bagi 5 penama arwah. Semua jemaah dijemput bersama didalam program ini. Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan sila hubungi Jawatankuasa masjid.