PROGRAM BUBUR LAMBUK RAMADHAN 1432H

Pada tahun ini berkat sokongan yang diberikan pada tahun-tahun yang lalu, masjid akan meneruskan lagi program Bubur Lambuk buat tahun ketiganya, InsyaAllah.

Berkaitan dengan itu, kami mempelawa mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk memberikan sumbangan atau menaja program ini. Pada tahun ini, dianggarakan kos untuk 1 periuk besar bubur ini adalah sekitar RM300.

Untuk makluman program ini akan bermula pada 1 Ramadhan dan berakhir pada 25 Ramadhan setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Bubur yang siap dibungkus akan diedarkan dihadapan masjid selepas solat Asar pada setiap hari.

Selain dari itu, pada tahun ini sebagai usaha penambahbaikan, AJK masjid juga bercadang untuk menyediakan bungkusan bubur khusus untuk keluarga miskin di qariah ini. Setiap keluarga akan diberikan kad khas untuk pengambilan bubur ini. Sama-sama kita doakan semoga usaha ini akan dapat dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi AJK masjid.