بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Marilah sama-sama kita melebihbanyakkan ihya’ al-layl pada malam 10 yang akhir bulan Ramadan, khususnya pada malam-malam yang ganjil, mudah-mudahan Allah kurniakan kepada kita Laylah al-qadr.
Laylah al-Qadr
Firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5 ) (سورة القدر، 97: 1-5)
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam laylah al-qadr. Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu malam laylah al-qadr? Malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara. Selamatlah malam yang barkat itu sehingga terbit fajar.
Ada disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Terdapat di kalangan Bani Isra`il seorang yang pada malamnya sembahyang sehingga Subuh, dan pada waktu siangnya berjihad melawan musuh sehingga petang, dia berbuat demikian selama 1,000 bulan, lalu Allah turunkan ayat ini yang menunjukkan sembahyang/ibadah pada malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari amalan lelaki Bani Isra’il tersebut. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Al-Imam Ibn Kathir juga ada menyebut tentang, pada satu hari Rasulullah s.a.w. ada menyebut kepada para Sahabat, mengenai empat orang lelaki dari kalangan Bani Isra’l, mereka beribadat kepada Allah selama 80 tahun dan mereka tidak derhaka kepada-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hizqil bin al-`Ajuz dan Yusa` bin Nun, maka para sahabat pun hairan mengenai perkara itu, lalu malaikat Jibril turun dan berkata: Ya Muhammad umatmu pelik dengan ibadah mereka yang beribadah 80 tahun tanpa sebarang maksiat walau seklip mata, Sesungguhnya Allah telah menurunkan yang lebih baik dari yang demikian itu, lalu Jibril pun membacakan ayat:
{ إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Ini lebih baik dari apa yang engkau dan sahabat-sahabatmu hairankan. Maka Rasulullah s.a.w. dan para sahabat gembira. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Penjelasan mengenai:
إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr.
Apa yang dimksudkan dengan al-Quran diturunkan oleh Allah pada malam layh al-qadr ialah Allah menurunkan al-Quran itu sekali gus dari al-Lawh al-Mahfuz ke Bait al-`Izzah di langit dunia. Selepas itu diturunkan kepada Rasululah s.a.w. sedikit-sedikit.
Ini berdasarkan nas-nas berikit:
عن بن عباس : قوله { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال نزل القرآن جملة واحدة في ليلة القدر وكان الله عز و جل ينزل على رسول الله صلى الله عليه و سلم بعضه في أثر بعض قالوا { لولا نزل عليه القرآن جملة واحدة كذلك لنثبت به فؤادك ورتلناه ترتيلا }
سنن النسائي الكبرى - (6 / 519)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas, firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya: al-Quran itu diturunkan sekelai gus pada malam laylah al-qadr, Allah a.`.w.j. menurunkannya ke atas Rasulullah s.a.w. setengahnya selepas setengahnya. Mereka (orang-orang kafir) berkata: Mengapa tidak al-Quran itu diturunkan kepada Muhammad dengan sekali gus? Diturunkan al-Quran dengan cara demikian (beransur-ansur) adalah untuk Kami menetapkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
Dalam riwayat yang lain:
عن ابن عباس رضي الله عنهما في قوله تعالى : ـ { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال : أنزل القرآن جملة واحدة في ليلة القدر إلى السماء الدنيا و كان بموقع النجوم و كان الله ينزله على رسول الله صلى الله عليه و سلم بعضه في أثر بعض قال : و قالوا : { لولا نزل عليه القرآن جملة واحدة كذلك لنثبت به فؤادك و رتلناه ترتيلا }
هذا حديث صحيح على شرطهما و لم يخرجاه
تعليق الذهبي قي التلخيص : على شرط البخاري ومسلم
المستدرك على الصحيحين للحاكم مع تعليقات الذهبي في التلخيص - (2 / 242)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. pada firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya: al-Quran itu diturunkan sekali gus pada malam laylah al-qadr ke langit dunia. Dan adalah dengan sedikit-sedikit dan adalah Allah menurunkannya kepada Rasulullah s.a.w. setengahnya pada selepas setengahnya. Kata Ibn `Abbas Orang-orang kafir bekta: Mengapa tidak al-Quran itu diturunkan kepada Muhammad dengan sekali gus? ? Diturunkan al-Quran dengan cara demikin (beransur-ansur) adalah untuk Kami menetapkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
Dalam riwayat lain:
عن ابن عباس في قوله : { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال : أنزل القرآن جملة واحدة حتى وضع في بيت العزة في السماء الدنيا ونزله جبريل عليه السلام على محمد صلى الله عليه و سلم بجواب كلام العباد وأعمالهم
المعجم الكبير – (12 / 32)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. pada firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya: al-Quran itu diturunkan sekali gus sehingga diletakkan di bayt al-`izzah pada langit dunia, dan menurunkannya oleh Jibril `a.s. kepada Muhammad s.a.w. mengikut tuntutan perkataan dan perbuatan hamba.
Dalam riwayat yang lain:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ : إنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ، قَالَ : دُفِعَ إِلَى جِبْرِيلَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ جُمْلَةً , فوضع فِي بَيْتِ الْعِزَّةِ ثم جَعَلَ يَنْزِلُه تَنْزِيلاً.
مصنف ابن أبي شيبة - (10 / 533)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. pada firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Katanya, diberikan kepada Jibril pada malam laylah al-qadr sekali gus, kemudian diletakkan pada bayt al-`azzah kemudia selepas itu Jibril menurunkannya sedikit-sedikit.
Menurut Ibn Kathir: Ibn `Abbas dan lainnya berkata: Allah telah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Lawh al-Mahfuz ke Bayt al-Izzah dari langit dunia, kemudian diturunkan sedikit-sedikit kepada Rasulullah s.a.w., mengikut peristiwa dalam masa 23 tahun. (Ibn Kathir 1999, 8: 441).
Kata al-Hafiz Ibn Hajar: Bahawasanya al-Quran itu diturunkan sekali gus dari Lawh al-Mahfuz ke langit dunia, kemudian selepas itu diturunkan sedikit-sedikit adalah merupakan pendapat yang sahih lagi muktamad. (Ibn Hajar t.t. 9: 4-5).
Perkataan يْلَةُ الْقَدْرِ لَ yang bererti: Malam al-qadr. Maksud al-qadr di sini, ada ulama yang mengatakan agong (al-ta`zim). Iaitu malam yang agong, sama seperti firman Allah:
{وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ } [الأنعام : 91]
Al-qadr, dalam ayat di atas bermaksud agong. Malam al-qadr itu agong kerana al-`Quran turun pada malam itu, atau kerana malaikat turun pada malam itu, atau kerana berakat, rahmat dan keampunan yang diturunkan pada malam itu, atau kerana orang yang menghidupkannya menjadi mempunyai keagongan. Ada ulama yang mengatakan maksud al-qar di sini ialah menyempitkan seperti firman Allah:
{وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ } [الطلاق : 7]
Al-qadr dalam ayat di atas bermaksud sempit. Maksud sempit di sini ialah laylh al-qadr tidak diketahui ketepatan masanya, atau kerana bumi menjadi sempit penuh dengan malaikat. Ada ulama yang mengatakan maksud al-qadr di sini ialah al-qadar iaitu qada’dan qadar, penentuan Allah. Bermaksud: pada malam itu ditentukan perkara-perkara yang berlaku pada tahun itu selaras dengan firman Allah:
{ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) } [الدخان : 4 ، 5]
Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah
Di atas tadi apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. (Ibn Hajar t.t. 4: 255)
Al-Imam al-Nwawi berkata dalam Sharh Sahih Musim: Para ulama berkata: Dinamakan laylah al-qar kerana malaikat menulis berhubung dengan penentunan, rezeki dan ajal (seeorang) yang berlaku pada tahun itu berdasarkan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.
(al-Nawawi t.t. 8: 57)
Pandangan-pandangan di atas adalah mempunyai dalil dari alQuran atau Hadith. Oleh itu boleh difahami bahawa laylah al-qadr adalah malam yang agong yang sangat mulia, bumi menjadi sempit, sesak dengan malikat, waktu yang tepat berlakunya tidak diketahui. Oleh itu kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Pada malam itu ditentukan perkara-perkara yang akan berlaku pada tahun itu. Oleh itu kita hendaklah membanyakkan istighfar dan doa bermohon kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita dan memberikan kepada kita kebaikan dunia dan akhirat.
Penjelasan mengenai:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْر
Yang bermaksud Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu laylah al-qadr?
Ayat ini menunjukkan kepada betapa tingginya kedudukkan malam laylah al-qadr itu ia adalah di luar pengetahuan makhluk, makhluk tidak mengetahuinya. Tidak mengetahui ketingian kedudukkan laylah al-qadr itu melainkan Allah Yang Amat mengetahui tentang perkara-perkara ghaib. Ini ditunjukkan oleh firman Allah:
لَيْلَةُ القدر خَيْرٌ مّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
(Abu al-Su`ud t.t. 7: 40).
Penjelasan mengenai:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Bermaksud: Malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan
Apa yang dipilih oleh Ibn Jarir al-Tabari, seorang ulama tafsir yang terkenal, maksud:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
ialah beribadah pada malam itu adalah lebih baik dari 1,000 bulan yang tidak terdapat padanya laylah al-qadr. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Penjelasan mengenai:
تَنزلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
Bermaksud: Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka,
Pada malam laylah al-qadr itu para malaikat, termasuk Jibril turun kebumi. Mereka turun kerana pada malam itu terdapat banyak berkat. Malaikat turun apabila terdapat berkat dan rahmat. Menurut Qatadah dan lainnya, pada malam itu ditentukan segala perkara, ditentukan ajal dan rezeki, selaras dengan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
(Ibn Katir 1999, 8:443).
Adapun firman Allah:
حم (1) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (2) إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4)
سورة الدخان،44: 1-4))
Bermaksud: Ha mim. Demi al-Quran yang menerangkan kebenaran. Bahawasanya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat, bahawasanya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.
Al-Imam Ibn Kathir menjelaskan: Dalam ayat ini Allah s.w.t memberitahu bahawa Allah menurunkan al-Quran adalah pada malam yang barkat, malam yang barkat itu adalah malam laylah al-qadr sebagaimana firman Allah:
إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam laylah al-qadr, yang demikian itu adalah pada bulan Ramadan, sebagaimana firman-Nya:
{ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزلَ فِيهِ الْقُرْآنُ }
Bermaksud: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran. (Ibn Katir 1999, 8:445)
Dengan demikian maka penjelasan dan penetapan sesuatu perkara adalah pada bulan Ramadhan pada malam laylah al-qadr.
Jika dikatakan penentuan sesuatu perkara itu berlaku pada malam nisfu Sha`ban maka pendapat ini adalah lemah. Kata al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir: Sesiapa yang berkata, penentuan itu berlaku pada malam nisfu Sha`ban adalah jauh dari yang diharapkan kerana nas al-Quran menunjukkan penetepan sesuatu perkara adalah dalam bulan Ramadhan. Hadith yang menyebut:
"تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له، وقد أخرج اسمه في الموتى" (2)
Bermaksud: Ditentukan ajal dari Sha`ban hingga ke Sha`ban, sehingga seseorang itu hendak menikah dan mendapat anak, dan namanya telah dimasukkan di kalangan orang-orang yang akan mati.
Adalah hadith mursal. Hadith yang seperti ini tidak boleh menentang nas. (Ibn Katir 1999, 7: 246). Hadith mursal adalah da`if. Hadith da`if apabila bertentangan dengan nas yang qat`i al-thubut iaitu yang diyakini kebenarannya ia hendaklah ditolak. Yang perlu kepada penyelarasan (al-tawfiq/al-jam`) ialah jika nas-nas yang zahirnya bertentangan itu kedua-duanya atau semuanya sahih.
Al-Imam al-Nawawi juga menjelaskan bahawa penentuan sesuatu perkara itu adalah dalam bulan Ramadan, pada malam laylah al-qar, katanya: Para ulama berkata: Dinamakan laylah al-qar kerana malaikat menulis berhubung dengan penentunan, rezeki dan ajal (seseorang) yang berlaku pada tahun itu berdasarkan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.
(al-Nawawi t.t. 8: 57). Laylah al-qadr adalah dalam bulan Ramadahan , bukan bulan Sha`ban.
Do`a kita pada malam yang penuh dengan berkat dan rahmat, dan pada malam yang ditentukan ajal dan rezeki, kebaikan dan keburukan agar kita dapat menghidupkannya dengan sembahyang, doa, istighfar dan taubat, dan lain-lain supaya kita mendapat kebaikan, rahmat, keampunan, kebarkatan dan keredaan dari Allah a.s.w.t.
Penjelasan firman Allah:
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Bermaksud: Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara.
Malam laylah al-qadr itu adalah malam yang selamat, sehingga terbit fajar. Ada juga ulama yang mentafsirkan pada malam itu malaikat memberi salam kepada orang yang sembahyang di masjid sehingga terbit fajar. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Apabila telah dijelaskan bahawa malam itu adalah malam yang penuh barkat dan rahmat, para malaikat turun memenuhi bumi maka tidak hairanlah para malaikat itu mengucap salam kepada orang yang sembahyang di masjid.
Di antara kelebihan malam laylah al-qadr juga ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
صحيح البخاري، فضل ليلةالقدر))
Bermaksud: Sesiapa yang puasa bulan Ramadhan dengan beriman akan kebenarannya dan kelebihannya dan mengharapkan pahala semata-mata daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. Dan sesiapa yang sembahyang /ibadah pada malam laylah al-qadr kerana beriman dan mengharapkan pahala semata-mata daripada Allah diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu.
« مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ » (صحيح البخارى، الصوم)
Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang /ibadah pada malam laylah al-qadr kerana beriman dan mengharapkan pahala semata-mata daripada Allah diampunkan baginya dosa-dosa yang lalau.
Dari keterangan-keterangan yang telah dijelaskan menunjukkan sungguh besar kelebihan laylah al-qadr itu. Malam itu adalah malam yang telah diturunkan al-Quran padanya, Beramal ibadah pada malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan yang lain. Malam itu adalah penuh dengan berkat dan rahmat. Pada malam itu dijelas dan ditentukan ajal dan rezeki. Pada malam itu para malaikat turun ke bumi, dan ada ulama mengatakan mereka memberi salam kepada orang yang sembahyang di masjid dan orang yang menghidupkan malam itu dimpunkan dosa-dosanya yang lepas.
Sungguh beruntung mereka yang beribadah di masjid pada malam laylah al-qadr itu.
Bila waktu berlaku laylah al-qadr:
Mengenai bilakah berlakunya malam laylah al-qadr itu al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, telah membawakan lebih dari 40 pendapat ulamak mengenainya. al-Hafiz Ibn Hajar juga telah memberikan komen terhadap pandapat-pendapat tersebut. Pendapat pertama: Ia telah diangkat. Ini merupakan pendapat Shi`ah. Pendapat ini tidak benar (dusta). Kedua: Ia hanya berlaku satu tahun sahaja pada zaman Rasulullah s.a.w. Ketiga: Ia hanya berlaku kepada umat ini sahaja, tidak kepada umat yang sebelumnya. Keempat: Ia mungkin berlaku sepanjang tahun. Kelima: Ia khusus pada bulan Ramadan, mungkin pada semua malam-malamnya. Keenam: Ia berpindah-pindah pada semu bulan Ramadhan dan ia berada pada satu malam yang tertentu yang tidak diketahui. Ketujuh: Ia pada awal malam dari bulan ramadhan. Kelapan: Ia adalah malam pertengahan dari bulan Ramadhan. Kesembilan malam pertengahan bulan Sha`ban (malam nisfu Sha`ban). Kesepuluh: Malam 17 dari bulan Rmadahan. Kesebelas: Ia tersembunyi pada pertengahan 10 (dari bulan Ramadhan). Kedua belas: Ia adalah malam 18 (dari bulan Ramadan). Ketiga belas: Ia adalah malam 19 (dari bulan Ramadhan). Keempat belas: Ia adalah malam pertama dari sepuluh yang akhir (dari bulan Ramadhan). Kelima belas: Sama dengan yang sebelumnya, Cuma jika bulan itu sempurna ia pada malam 20, jika bulan tidak sempurna ia pada malam 21. Keenam belas: Malam 22. Ketujuh belas: Malam 23. Kelapan belas: Malam 24. Kesembilan belas: Malam 25. Kedua puluh: Malam 26. Kedua puluh satu: Malam 27. Kedua puluh dua: Malam 28. Kedua puluh tiga: Malam 29. Kedua puluh empat: Malam 30. Kedua puluh lima: Ia pada malam-malam yang ganjil 10 yang akhir. Kedua puluh enam: Berpindah-pindah pada 10 yang akhir. Kedua puluh tujuh: Yang lebih diharapkan malam 21. Kedua puluh lapan: Yang lebih diharapkan malam 23. Kedua puluh sembilan: Yang lebih diharapkan malam 27. Ketiga puluh: Berpindah-pindah pada tujuh yang akhir. Ketiga puluh dua: Berpindah-pindah pada pertengahan bulan yang akir. Ketiga puluh tiga: Malam 16 atau 17. Ketiga puluh empat: Malam 17, 19 atau 21. Ketiga puluh lima: Awal malam bulan Ramadan atau akhir malam. Ketiga puluh enam: Awal malam atau malam kesembilan, atau malam 17, atau malam 21atau akhir malam. Ketiga puluh tujuh: Malam 19,atau 21atau 23. Ketiga puluh lapan: Malam 23, atau 27, Ketiga puluh sembilan: Malam 21 atau 23, atau 25. Keemapat puluh: Terkandong dalam tujuh yang akhir dari bulan Ramadan. Keempat puluh satu: Malam 22 atau 23. Keempat puluh dua: Pada pertenghan 10 yang genap dan 10 yang akhir. Keempat puluh tiga: Malam yang ketiga dari 10 yang akhir atau yang kelima darinya. Malam yang ketiga mungkin 23, mungkin 27. Keempat puluh empat: Pada tujuh atau lapan dari awal pertengahan kedua (16-23). Keempat puluh lima: Pada awal malam atau akhir malam atau malam gangil. Setengah-setengah pendapat itu boleh dimasukkan kepada yang lain. (Ibn Hajar t.t. 4: 263-266).
Kata al-Hafiz Ibn Hjar lagi: Yang paling rajih ia adalah pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir, dan ianya berpindah-pindah, tidak tetap. Yang lebih diharapkan dari malam-mlam yang ganjil itu pula menurut ulamak-ulamak mazhab al-Shafi`i ialah malam 21 atau malam 23, dan yang lebih diharapkan menurut kebanyakan ulamak ialah malam 27. Para ulamak berkata: Hikmat disembunyikan malam laylah al-qadr itu ialah supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencarinya, bersalahan jika ditentukan satu malam tertentu nescaya hanya mencari pada malam itu sahaja.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar lagi: Ada berlaku khilaf di kalangan ulamak samada orang yang mendapat malam laylah al-qadr itu dia mendapat tanda atau tidak, seperti ada dikatakan dia melihat segala sesuatu sujud, ada dikatakan juga dia melihat cahaya pada tempat-tempat yang tinggi sekalipun tempat itu gelap, ada dikatakan juga dia mendengar salam dari malaikat atau ada dikatakan juga doanya diperkenankan. Apa yang dipilih oleh al-Tabri ialah itu semua bukan satu kepastian, tidak disyaratkan bahawa orang yang mendapat laylah al-qadr itu dia melihat sesuatu atau mendengarnya. Para ulama juga ada khilaf, adakah mendapat pahala yang agong sebagaimana yang dijanjikan, bagi orang yang mendapatkannya sekalipun dia tidak mendapat sebarang tanda, atau pahala yang amat agong sebagaimana yang dijanjikan itu diberikan kepada orang yang ditunjukkan tanda kepadanya? Menurut al-Tabri, al-Mahlab, Ibn al-`Arabi dan sekumpulan ulamak adalah kepada yang pertama, iaitu tidak perlu kepada mendapat tanda, manakala ulamak yang lebih ramai kepada yang kedua, iaitu dia mendapat tanda. Menurut al-Hafiz Ibn Hajr: Pada pandangankau yang rajihnya ialah yang kedua sekalipun aku tidak mengingkari bahawa pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bertujuan untuk mendapat laylay al-qadr sekalipun dia tidak mengetahui akan laylah al-qadr dan dia tidak mendapatkannya. Apa yang dibincangkan di sini ialah dari segi mendapat pahala yang tertentu sebagai mana yang dijanjikan. (Ibn Hajar t.t. 4: 266-267).
Dari apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di atas menunjukkan bahawa, adalah pahala yang besar bagi orang yang beribadah untuk mendapatkan laylah al-qadr sekalipun dia tidak mengetahuinya dan dia tidak mendapatkannya. Adapun bagi orang yang mendapatkannya dan dia mengetahui dia mendapatnya maka dia mendapat pahala sebagimana yang dijanjikan.
Menurut pandangan penulis yang amat da`if lagi amat kerdil ini, pandangan al-Imam al-Tabari dan lain-lain hendaklah juga diambil perhatian, iaitu harus juga seseorang itu mendapat laylah al-qadr dan mendapt pahala sebagiman yang dijanjikan, sekalipun dia tidak mengetahuinya dan tidak dinampakkan tanda kepadanya. Mungkin orang itu tidak mengetahui yang dia dapat dan tidak diberikan tanda kepadanya kerana itulah yang lebih baik baginya. Apa yang penting ialah al-istiqamah. Maksud al-istiqamah ialah seseorang itu terus berada di jalan yang benar, sedikit pun tidak melencong. Dengan lain perkataan berterusan sampai mati melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya, kerana al-istiqamah itu adalah merupakan satu pemberian yang amat agong daripada Allah samada orang itu diberikan karamah atau tidak, samaada dia diberikan tanda mendapat laylah al-qadr atau tidak.
Di bawah ini penulis hanya membawakan beberapa hadith sahaja mengenai kelebihan malam 10 yang akhir bulan Ramadan. Antaranya:
قالت عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
(صحيح مسلم )
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh pada 10 malam yang akhir apa yang Baginda tidak lakukan pada yang lainnya.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
صحيح مسلم))
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Apabila masuk 10 yang akhir dari bulan Ramadan Baginda menghidupkan malam itu dan membangunkan keluarganya dan bersungguh-bersungguh (beribadah).
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ (صحيح البخاري )
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di masjid pada 10 yang akhir dari bulan Ramadan, dan bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah al-qadr pada 10 yang akhir dari bulan Ramadan.
- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
صحيح البخاري )-)
Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Bahawa Rasulullah bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah al-qadr pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir bulan Ramadan.
- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ
(صحيح البخارى)
Bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a.`. bahawa beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. mereka diperlihatkan laylah al-qadr dalam mimpi pada tujuh yang akhir, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku berpendapat mimpi kamu sesungguhnya telah menepati pada tujuh yang akhir dari bulan Ramadan, maka sesiapa yang bersungguh-sunguh mencarinya maka dia hendaklah bersungguh-sungguh mencarinya pada tujuh yang akhir dari bulan Ramadan.
Dari nas-nas yang dipaparkan menunjukkan lebih kuat Laylah al-qadr itu berlaku pada malam 10 yang akhir dalam bulan Ramadan. Dari 10 malam yang akhir itu pula lebih diutamakan pada malam-malam yang ganjil.
Tanda-tanda pada waktu malam dan pagi laylah al-qadr.
Antara riwayat-riwayat mengenainya:
عن أُبَيٌّ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ
هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا
صحيح مسلم - (4 / 150)
Bermaksud: Daripada `Ubay, demi Allah, aku mengetahui malam apa ia, ia adalah malam yang Rasulullah s.a.w. menyuruh kita menghidupkannya iaitu malam subuh 27. Tandanya matahari terbit pada subuh harinya tiada pancaran (sinaran yang kelihatan seperti benang) baginya.
Riwayat yang lain:
عن أُبَيٌّ
، وهي طلقة بلجة لا حارة ولا باردة كأن فيها قمرا يفضح كواكبها، لا يخرج شيطانها حتى يخرج فجرها" )
صحيح ابن حبان - (8 / 444)
صحيح ابن حبان - (8 / 444)
Menurut al-Arnawut, hadith di atas hukumnya sahih berserta dengan shawahidnya.(al-Arnawut t.t. 8: 444)
Bermaksud: Daripada `Ubay, malam yang bercahaya (mushriqah), tidak panas dan tidak sejuk, seolah-oleh pada malam itu tedapat bulan yang mengingkap bintang-bintanhnya, tidak keluar syatannya sehingga keluar fajarnya.
Riwayat lain
وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم إن أمارة ليلة القدر أنها صافية بلجة كان فيها قمراساطعا ساكنة ساجية لا برد فيها ولا حر ولا يحل لكوكب أن يرمي به فيها حتى تصبح وإن إمارتها أن الشمس صبيحتها تخرج مستوية ليس لها شعاع مثل القمر ليلة
البدر ولا يحل للشيطان أن يخرج معها يومئذ
تعليق شعيب الأرنؤوط : الشطر الأول من الحديث حسن وأما الشطر الثاني فمحتمل
للتحسين لشواهده وإسناد هذا الحديث ضعيف
مسند أحمد بن حنبل - (5 /324)
Bermaksud: Rasulullah bersabda, bahawa tanda malam laylah al`-qadr itu ia bersih dan bercahaya, seolah-oleh terdapat pada malam itu bulan yang bercahaya, tenang, tiada ribut, tidak panas dan tidak sejuk, tiada bintang yang merejam pada malam itu sehingga waktu Subuh. Dan tandanya bahawa matahari pada waku paginya keluar dengan sempurna tiada pancaran baginya, seperti bulan purnama, dan ketika itu tidak boleh bagi syatan keluar bersama-samanya.
Riwayat lain:
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم و إن الملائكة تلك الليلة أكثر في الأرض من عدد الحصى
قال الألباني : إسناده حسن وبيانه في الصحيحة 2205
صحيح ابن خزيمة - (3 / 332)
Bermaksud:Daripada Abu Hurayrah katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:… Dan malaikat pada malam itu berada di bumi lebih banyak dari bilangan batu-batu kecil.
Dari apa yang dipaparkan menunjukkan laylah alqadr itu pada malamnya, tidak gelap, bercahaya, seolah-olah terdapat bulan yang bercahaya, tenang, tiada ribut petir, tidak panas dan tidak sejuk, dan tiada rejaman bintang sehingga waktu Subuh, manakala pada waktu paginya pula matahari terbit dan tiada sinaran panas, sama seperti bulan purnama. Wa Allah a`lam.
Harapan dan doa
Marilah sama-sam kita berdoa kepada Allah agar Allah memberi kekuatan kepada kita dapat menghidupkan malam laylah al-qadr dan Allah mengurniakan kepada kita mendapatkannya.
وبالله التوفيق والهداية
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.
Rujukan
Al-Quran al-Karim
Abu al-Su`ud, Muhammad bin Muhammad al-`Imadi.T.T. Irshad a-`Aql al-Salim `Ila Mazaya al-Quran al-Karim. Al-Qahirah: Maktabah Muhammad `Ali Subayh.
Ahmad bin Hambal. 1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, tahqiq al-Arnawut. Muassasah al-Risalah
Al-Arnawut, Shu`ayb. T.T. Tahqiq Shaih Ibn Hibban. Muassasah al-Risalah. Al-Maktabah al-Shamilah.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar, T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari. al-Qahirah:Al-Maktabah al-salfiyyah.
Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Al-Hakim, Muhammad bin `Abd Allah. 1990/1411. Al-Mustadrak `Ala al-Sahihayn. ma`a ta`liqat al-Dhahabi Fi al-Talkhis. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Ibn Abi Shaybah, Abd Allah bin Muhammad. T.T. Musannaf Ibn Abi Shaybah. Al-Mktabah al-Shamilah.
Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. 1991/1411. . al-Sunan al-Kubra,tahqiq Dr. Abda al-Ghaffar Sulayman. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. T.T. Sharh al-Nawawi `Ala Sahih Muslim. Al-Qahirah: al-Matba`ah al-Misriyyah Wa Maktabatuha.
Ibn Hajar al-`Asqalani, Ahmad bin `Ali. T.T. Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari. Al-Maktabah al-Salafiyyah.
Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban. T.T. Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Balaban, tahqiq Shu`yab al-Arnawut. Muassasah al-Risalah.
Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir. 1999/1420. Tafsir al-Quran al-`Azim. Dar Tayyibah Li al-Nashr Wa al-Tawzi`.
Al-Tabarani, Sulayman bin Ahmad. 1983/1404. Al-Mu`jam al-Kabir, tahqiq Hamdi bin Abd al-Hamid. Al-Musil: Maktabah al-`Ulum Wa al-Hikam.